Assalamualaikum,
Mood hari ni ceria.. Aku selalu ingatkan pada diri, walau apa pun yang terjadi hidup harus diteruskan. Sebentar lagi aku akan bergerak ke pejabat. Hari ini bos minta siapkan bahan-bahan untuk bengkel di Melaka bermula 12 hingga 14 Disember ni.
Senyum seindah suria |
Habis je bengkel di Melaka, terus gerak ke KLIA untuk terbang ke Kuala Terengganu. Pada 15 Disember ada meeting di sana. Minggu ni memang jadual agak padat, sebab tu aku harus pastikan mood sentiasa ceria. Kalau kita ceria, Insya Allah semua kerja jadi mudah dan enjoy.
Stress hanya akan membuat diri kita rasa marah dan benci pada semua benda. So, ceriakanlah hari-hari anda. Jangan biarkan tekanan menyelubungi diri anda. Cuba cari butang keceriaan diri masing-masing. Misalnya ada orang gembira dan ceria bila dapat makan kek atau menyertai aktiviti lasak atau berjumpa dengan orang tersayang atau macam-macam lagi..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^