17 February 2014

Berhenti Bertengkar dengan Pasangan

Assalamualaikum,

Bertengkar adalah satu perkara yang normal berlaku kepada setiap pasangan suami isteri atau kekasih. Kadangkala hanya disebabkan oleh isu yang kecil sahaja sudah menyebabkan pertengkaran. Pertengkaran adalah penyeri kepada hubungan.

Berhenti Bertengkar dengan Pasangan
Berhenti Bertengkar dengan Pasangan (Gambar hiasan) - littleanswer.com
Namun jika ianya berlarutan, sesuatu perlu dilakukan agar ianya kembali normal. Sebelum ini dibincangkan mengenai apabila cinta dikhianati. Beberapa cara untuk berhenti bertengkar dengan pasangan yang boleh cuba dilakukan adalah seperti berikut:

1. Berdiam diri
Ketika bertengkar pasti masing-masing ingin mempertahankan pendapat masing-masing. Cuba untuk berdiam diri ketika pasangan sedang berleter. Sekiranya anda tidak respon, pasti kemarahan pasangan akan cepat menurun.

2. Fikirkan sesuatu yang menggembirakan
Biarkan pasangan meluahkan ketidakpuasan hatinya. Usah membangkang walaupun anda merasakan anda yang betul. Cuba alihkan tumpuan diri dengan cara tidak memberikan perhatian terhadap kata-katanya dan fikirkan perkara lain yang menggembirakan.

3. Sesekali beralah
Beralah mungkin sesuatu yang sukar dilakukan kerana setiap manusia memiliki ego yang tinggi. Sesekali singkirkan perasaan ego itu demi menjernihkan kembali perhubungan anda. Beralah bukanlah bermaksud anda kalah.

4. Fikir sebelum berkata-kata
Berjagalah dengan kata-kata anda ketika bertengkar dengan pasangan. Usah mengungkit perkara lepas yang tidak baik berkenaan dirinya. Pasti si dia akan lebih terluka dan sedih dengan kata-kata anda. Kerana mulut badan binasa.

5. Bertenang dan kawal perasaan marah
Marah itu adalah dari syaitan dan pasti dia bersorak riang apabila anda bertengkar. Ketika marah pasti kita akan mengikut perasaan. Cuba beristighfar dan ambil wudhuk. Apabila hati telah tenang, minta maaf dengan pasangan dan berbincang elok-elok.

Usah jadikan masalah sebagai alasan untuk anda dan pasangan terus bertegang leher. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Oleh itu, hanya anda sahaja yang tahu penyelesaian terbaik untuk anda menghentikan pertengkaran yang terjadi.

^_^

81 comments:

  1. salam kak Aiza...sihat kak??bagus input ni..walaupun yg belum kawen perlu ambil tahu benda2 gini..bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan!! ^_^ hehe

    ReplyDelete
  2. ee jenis yang tak pikir sebelum cakap. sebab tu lebih suka diam and kadang kadang orang marah pun ee gelak. hahaha.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak aiza, alhamdullilah. bagus sekali tips yang diberikan ni. heheee. sheila selalu la cuba diamkan diri, takpun buat kerja rumah yang lain. Nak elakkan dari bergaduh lama-lama ~~~

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Terima kasih di atas sokongan Aiza.

    Pertengkaran memang lumrah.Sebab itu Nabi pernah berpesan bahawa orang yang paling kuat adalah orang boleh mengawal perasaan marah.

    ReplyDelete
  5. kalau tak tahan selalu akan mengis sahaja pastu baru cool peasaan dan berfikir cara terbaik untuk selesaikan

    cip2 dua ekor uh...

    ReplyDelete
  6. untunglah org ada pasangan, boleh la bergaduh.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Ragam bertengkar ni macam-macam Aiza. Memang sebaiknya seperti yg Aiza listkan itu.

    ps: kakak tak bertengkar tapi kakak merajuk aje... kalau kakak diam tu tanda kakak merajuklah hihi...

    ReplyDelete
  8. Masing-masing tak nak beralah, that's the problem.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kak aiza atas perkongsian, yg penting kene salah sorang mengalah..

    ReplyDelete
  10. suri datang lagi tapi masih cip2 dua ekor, nak ajak aiza pi sbb BOLEH?

    aiza jadi pergi?

    ReplyDelete
  11. bertengkar kdg2 boleh mengeratkan hubungan kak..acece

    ReplyDelete
  12. Saling mengoreksi diri satu sama lain, membuang ego dan berjiwa besar harus dimiliki oleh setiap manusia agar cepat adem ketika bertengkar :)

    ReplyDelete
  13. hehehe kadg2 gaduh2 manja tu perlu juga !

    ReplyDelete
  14. kata-kata yang harus dihindari ketika bertengkar adalah "terserah"
    karena pasangan tidak bisa membaca pikiran kita ^^

    ReplyDelete
  15. Salah seorang perlu mengalah...buangkan sedikit ego. Api dan api xkan dapat memadamkan kemarahan. Saling memahami dan menghormati itu lah rahsia kebahagiaan

    ReplyDelete
  16. kadang bertengkar nie bleh mjdi satu platform kita meluahkan semua rasa x senag atau sakit hari..huhuh

    ReplyDelete
  17. kita selalu mengalah & berdiam diri..takat gaduh kecil tu biasala sis :)

    ReplyDelete
  18. aiza, akak lebih suka kepada discusion hati ke hati secara terbuka tanpa berselindung apa2 dari jadi hipokrit...

    ReplyDelete
  19. Org yg x kawen lg macam saya kena take note benda nie... :D

    ReplyDelete
  20. betengkar dlm perhubungan tu ok... tapi jgn meleret... dan macma mane kita handle ..... kalo tak terhandle... mmg berlanjutan ..... lagi satu..dua2 jangan le keras kepala sangat..... bawak berbincang elok2..... cari titik persamaan ..... bukan perbezaan.....

    ReplyDelete
  21. berdiam diri tu memang selalu buat =)

    ReplyDelete
  22. setuju tu aiza...bertengkar umpama masakan yg sesekali terasa masin ;-)

    ReplyDelete
  23. thanks 4 da tips..hehe..tapi pergaduhan nie kena pandai dikawal sebab kita tak tau kadang2 sbb perkara kecil ia boleh merebak menjadi satu isu yang besar..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. selalunya kalau Cik Nur,sebelum pertengkaran tue makin teruk,Cik Nur larikan diri dulu.Cik Nur senyapkan je mulut dari terus melawan kata-kata.Bila dah rasa diri nie ok,baru akan bercakap semula..bila time marah,mulut nie memang akan ckp mcm2..langkah paling baik,diam dan jangan terus berlawan..huhuhu...

    ReplyDelete
  25. hehe good sharing akak :) boleh cuba tips ni klu gaduh ngn laki hikhikhik :)

    ReplyDelete
  26. Selamat sore Mbak Mizz Aiza simak Entri bermanfaat nya
    Untuk membuat kebaikan pada pasangan kita dan tips ini
    Saya suka sekali, terima kasih yah Mbak atas saranya

    ReplyDelete
  27. Pasangan kita terkadang suka memancing, dalam keributan namun
    Alangkah baik nya kita gunakan
    Tips yang ada di artikel ini

    ReplyDelete
  28. lumrah perkahwinan kan akak....Yg penting jangan dua2 nak menang..Toleransi tu penting...perkongsian yang bagus kak Aiza..:DD

    ReplyDelete
  29. tips yg bagus..adakalanya memasing xmo mengalah. akhirnya memasing rs sakit ati.

    kengkdg yumida pun jd childish gak..haha...

    dlm proses melayari bahtera perkahwinan..sentiasa ada cabaran

    ReplyDelete
  30. boleh bertengkar asal tidak terlalu lama hehe...

    ReplyDelete
  31. kadang-kadang, seronok juga bertengkar, dapat tau diri dia. Hehe~

    tapi, jangan panjang-panjang dan lama-lama sangat. Nanti jadi masalah.

    ReplyDelete
  32. Betul mba itu hanyalah emosi sesaat yang dapat menimbulkan penyesalan nantinya

    ReplyDelete
  33. sesekali gaduh tu takpe..
    kalau selalu bergaduh tu kena la faham2 yek..ada orang ke3 tengah meracuni iman..

    ReplyDelete
  34. iya kalau bisa ya yang rukun dan saling kasih sayang ya mizz dengan pasangan sehingga bisa hidup bahagia :)

    ReplyDelete
  35. wahh gaduh itu juga satu keperluan untuk mengeratkan lagi berhubungan ^_^ cewah

    ReplyDelete
  36. yg penting kena bersabar.. jgn ikut perasaan dan emosi sangat..

    ReplyDelete
  37. setuju kak, especially dengan yg no.4. kata-kata yang keluar ketika marah seringkali dapat menyakiti hati

    ReplyDelete
  38. Terkadang kalau emosi sudah menguasai tak bisa lagi berfikir jernih

    ReplyDelete
  39. Kita paling risau kalau ada perselisihan faham dengan sapa-sapa aje Aiza..asyik dok fikir aje..memang kena settle cepat kalu tak stress..,

    ReplyDelete
  40. alah.. nak gaduh boleh, tapi set time la.. lima minit ke satu jam ke.. ala-ala gaduh manja gitu.. aiceh...

    ReplyDelete
  41. api jangan ditambahkan dengan api.. nnt besar apinya...

    ReplyDelete
  42. betul tu kak..kne mengalah kalau tidak susah..

    ReplyDelete
  43. Bertengkar sekali sekala tu perkara biasa dalam rumahtangga...baru la ceria yer dak....

    ReplyDelete
  44. memang diam itu lebih baik.. kalau berkata-kata nanti akan mengguris perasaan... hehe..
    saya kalau ada salah faham dengan suami selalu saya yang menang.. ekekeke....

    ReplyDelete
  45. Salah seorang kena bertolak ansur.
    Satu air dan satu api.moga pergaduhan tak berlarutan.

    ReplyDelete
  46. saya klu marah jgn ganggu . ambil masa utk redakan api ...

    ReplyDelete
  47. sangat setuju dengan ke lima poin diatas..begitulah yang seharusnya dijalankan saat amarah sedang melanda.

    menggaris bawahi poin yang kedua, pikirkan sesuatu yang menggembirakan, tersenyumlah walau akan terlihat hambar kala sedang marah....dan berpelukanlah sambil beristighfar bersama-sama.

    ReplyDelete
  48. weeeeeeee <3
    thanks share ni pulak ye kak aiza hikhik

    ReplyDelete
  49. bertengkar itu wajar asal jangan samapai keseringan
    hehe

    ReplyDelete
  50. Sesekali.kna gaduh gak.. Hehe... Nice tips aiza..

    ReplyDelete
  51. mama kalau bergaduh dengan pasangan, mama lebih memilih diam.... malas nak layan kak.. hihi

    ReplyDelete
  52. berdiam untuk redakan kemarahan lebih baik,then baru slow talk ngan pasangan.

    ReplyDelete
  53. Salam aiza..

    Bagus tips tu...akak rasa mereka yg suka bertengkar adalah tidak matang...

    ReplyDelete
  54. Kdg2 mmg ssh nk ikut tips ni ble kemarahan dah menguasai diri.kalau sorang bebel kita diam je,da di kata kita ni pekak sbb mcm x dgr je yg dia bebel.tp ble bg respon atau jawab da di kata melawan la plk.ssh kn.

    ReplyDelete
  55. selalunya better diam atau beralah...take time untuk bertenang..pastu ok lah! jgn ego!..hehe

    ReplyDelete
  56. Sesekali bertengkar best juga.. best tang kene pujuk tu.. haaa :D

    ReplyDelete
  57. Xde geng nak b'gaduh la sis.......;-)

    ReplyDelete
  58. tq kak.Sy plk jenis y suke berdiam diri kalau bergaduh.heheh.wlupon salah psngan saya .Malas nk panjang2 hehe

    ReplyDelete
  59. bertengkar lama2 pun buat skt hati je. so kalo boleh, cepat2 la berbaik.

    ReplyDelete
  60. komunikasi yang baik antara pasangan pasti akan lebih membantu kan..kalau dua dua pun keras kepala dan tak nak beralah..mesti makin teruk

    ReplyDelete
  61. bila bab bertengkar ni kena matang, seeloknya diam. Bila dah cool baru berbincang

    p/s ada burung biru je aiza :)

    ReplyDelete
  62. Kadang2 x leh nak diam jugak sebab geram.. hahaha

    ReplyDelete
  63. Sy cuba elak dari pertengkaran & beralah, tapi kadang2 terjadi juga...

    ReplyDelete
  64. Kenalah bertolak ansur kan supaya dapat menghindarkan daripada pergaduhan.

    ReplyDelete
  65. tips yg paling bagus adalah..diam dulu. biar pasangan habis cakap atau luahkan perasaan dia. tunggu sampai dia minta kita bercakap, then baru bercakap. abih..kalau dua2 nak bercakap serentak, sape nak dengar? betul tak..hihi. pengalaman nihhh... :)

    ReplyDelete
  66. macam2 yang jadi bila couple ni
    tapi tu la yg mematangkn kitee
    ye dokk!? hehee ^_^

    ReplyDelete
  67. bgus tips ni kak...tapi x leh pkai lg sbab x bkahwin dan msih solo..so klau kbarangkali nak btengkkar amatlah payah :)

    ReplyDelete
  68. kalau saya bertengkar g berlalurut mb', bertengkar y bertengkar tp harus selesai saat itu juga, selain itu saya juga mengingat semua kebaikannya biar marah saya gakl terus2an, saya bandingkan, kebaikannya lebih banyak ketimbang kesalahannya, kalau saya ingat hanya kesalahannya saja, yang ada malah hanya akan terus sakit hati.

    ReplyDelete
  69. Bertengkar adat asam garam dlm perhubungan.. semoga tak menjadi sesuatu yg memburukkan dah lah.. t kasih diatas perkongsian yg baik ini Aiza.. 2x churp2.. :D

    ReplyDelete
  70. Nice kak.. In Shaa Allah..

    ^__________________^

    ReplyDelete
  71. bila bergaduh...syaitan tu sentiasa happy...so, bersabar laa

    ReplyDelete
  72. Bagus tips ni untuk pasangan suami isteri kan :).. Nice sharing Aiza..

    ReplyDelete
  73. bertolak ansur. rendahkan ego..bg menjaga perhubungan . =)

    ReplyDelete
  74. kaedah pengawalan pertengkaran yang baik.. :D

    ReplyDelete
  75. Kena pandai kawal emosi.ikut sedap mulut je ckp akn melukakan hati masing2.

    ReplyDelete
  76. Tips yang bagus... terima kasih kak aiza

    ReplyDelete
  77. kalau masing2 tak nak mengalah memang susah nak selesaikan pertengkaran. kalau saya, saya pilih berdiam diri hehe :)

    ReplyDelete
  78. dlm hubungan kalau bergaduh kerap tu memang xlama la. kena byk tolak ansur. kalau boleh jgn bertengkar sbb benda kecil. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^