20 February 2014

Mana Jantan Mana Betina?

Assalamualaikum,

Bagaimana nak tentukan jantina ikan? Itulah masalah yang aku hadapi ketika menjalani latihan praktikal di Pusat Pengembangan Akuakultur Enggor, Perak (kini dikenali sebagai Pusat Ikan Hiasan) pada tahun 2003 dahulu.

Penyelia aku meminta supaya mengasingkan induk ikan Keli jantan dan betina untuk dibiakkan secara pembiakan aruhan  (menggunakan suntikan hormon). Sebelum itu aku hanya belajar secara teori sahaja di dalam bilik kuliah.

Ikan Keli Afrika
Ikan Keli
Pada zaman itu tidak seperti sekarang adanya internet untuk mencari maklumat dengan segera. Mujurlah pekerja di situ mengajar aku mengenali jantina ikan Keli itu. Ikan Keli boleh dikenalpasti jantina melalui ciri-ciri luaran seperti berikut:

1. Saiz badan ikan
Jantan: Kecil
Betina: Besar

2. Kelakuan ikan
Jantan: Agresif
Betina: Kurang agresif

3. Abdomen (badan) ikan
Jantan: Kecil
Betina: Besar dan lebar

4. Alat kelamin ikan
Jantan: Memanjang dan tajam
Betina: Membulat

Sebelum ini pernah diceritakan cara biakkan ikan keli dengan menggunakan teknik pembiakan aruhan. Walaupun pengalaman itu tidak dapat aku praktikkan ketika bekerja (ketika aku bekerja dahulu di Ibu Pejabat), namun ianya tetap segar dalam ingatanku. 

^_^

59 comments:

  1. Teringat pepatah lama "sekilas ikan di air..sudah tahu jantan atau betina"...rupa2 nya kena ada additional skill utk buat tu...thanks Aiza :)

    ReplyDelete
  2. jenuh nak menjawab... kalo tak sebab cik Mizz Aiza kabo...... Enggor ke Karai?? hikhikhihk...

    ReplyDelete
  3. Macam tu caranya nak kenal jantina. Tak pernah tahu. Thanks sharing. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak aiza, ikan keli paling sheila suka masak dan makan. hehee. ohh baru tahu nak bezakan.. sheila suka beli keli kecil. maknanya jantan ekk. heheee ~~~

    ReplyDelete
  5. pengetahuan ni penting...manatahu suatu masa kelak nak majukan bisnis penternakan ikan atau pengeluaran benih ikan...setakat nk makan xperlu tahu jantan betinanya, sembelih saja tapi aiza makan ke ikan keli? kak ikan keli kat kl ni mmg tolak. ikan keli sawah ok..

    ReplyDelete
  6. owh...tahap keagresifan ikan pun bleh tahu jantan betina..kalau ada ikan yang tomboy macam mana??hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. teringat cerita nujum pak belalang "yang mana satukah jantan, dan yang mana satukah betina.." hehe. Ilmu baru ni. btw, keli goreng garing dengan sambal sodapp.. :D

    ReplyDelete
  8. yg Fiza tahu ikan keli mmg tak boleh biak sendiri, kene guna teknik pembiakan aruhan tu..

    ReplyDelete
  9. sedapnye ikan keli goreng sambal hahahaha

    ReplyDelete
  10. Oh... kakak baru tahu hari ini Aiza. Bagus juga kalau tahu lain kali boleh pilih nak yg jantan ke betina..

    ReplyDelete
  11. Salam singga, menarik jugak, dapat pengetahuan dari sini, thanks.

    ReplyDelete
  12. kalau tak tahu, memang susahlah nak bezakan kan aiza

    ReplyDelete
  13. ee payah jugak yer, dh ala2 cam citer nujum pak belalang ler pulak !

    ReplyDelete
  14. belajar mengenali jantina ikan eak..nice. mcm tu rupenye..boleh la apply bile2 nmpk ikan keli kt pasar..hehe . Kalau tak tengok ikan tu sume same je..ehe..=)

    ReplyDelete
  15. Aiza dah tak guna blogspot yer.. Cewah.. advance gitu.. kena bayar ke kalau tak mahu guna perkataan blogspot tu??

    ReplyDelete
  16. Ikan pun ada alat kelamin jugak ke??

    ReplyDelete
  17. so, jantan yang kat atas, yang kat bawah tu betina.. betul tak kak?

    ReplyDelete
  18. Betina besar rupanya.. Baruku tahu...

    ReplyDelete
  19. selalu dalam peribahasa je. hehe.. hari baru tau. setiap ikan same je ke kalo nak bezakan jantina die kak?

    ReplyDelete
  20. Bagus ilmu ni.. selama ni tau makan je ikan keli tu.. Thanks sharing Aiza.. 3x churp2.. tu je yg ada.. :D

    ReplyDelete
  21. ikan keliii... erkk...!
    ermm... nak tengok pun takut inikan nak makan... nak pegang jauh sekali...

    ReplyDelete
  22. salam singgah. ilmu baru untuk saya! tak tahu pun pasal ni. hehehehhehe. terima kasih aiza ;)

    ReplyDelete
  23. Da mcm citee nujum pak belalang dah.. Hehe...

    ReplyDelete
  24. singgah ptg ari ni! kalau saya pun x tau juga

    ReplyDelete
  25. ooo baru tahu macam tu.. terima kasih kak aiza bagitahu info ini

    ReplyDelete
  26. susah nak pegang badan keli ni.. licin, pastuh sangat aktif plak..

    ReplyDelete
  27. mcm cerita nujum pak belalang plak kan sis :)..iklan churp2 juga yg kluar sis.

    ReplyDelete
  28. kalu ikut style p.ramlee dlm nujum pak belalang tu bleh x? ;-)

    ReplyDelete
  29. bila tgk ikan keli trus rs nk mkn asam pedas ikan keli..haahaha

    ReplyDelete
  30. akak baru tau pasal nie,sebelum nie tak amik tau pun aiza..

    ReplyDelete
  31. yumida baru tahu. nice sharing sis. x pernah compare ikan. nanti nak try la tgk jantinanya

    ReplyDelete
  32. waa..ilmu baru ni kak
    tak pernah taw pun ikn jantan ke betina ni..
    hehee

    ReplyDelete
  33. Kalau yang dalam gambar ni, mana jantan mana betina?

    ReplyDelete
  34. ssh nk tentukn jantinanya..sebelum ni mkn je thu,..hihihihihi

    ReplyDelete
  35. wah saya malah nggak tahu mizz mana yang jantan dan mana yang betina pada ikan lele ini. Tapi kalau kucing sih saya tahu hehe :D

    ReplyDelete
  36. Hehee..x pernah tau pun.kalau jumpe telur ikan masa mkn tu,tau lah betina nya.

    ReplyDelete
  37. Kalau bg sally pun..sampai skrg takkan tau la mana jantan mana betina

    ReplyDelete
  38. tajuk mcm citer pak belalang pula.. heee
    nice info.. baru saya tahu cara membezakan ikan keli jantan dan betina..



    ReplyDelete
  39. bgus infoni sis..
    trus tringat cerita p ramle.. nujum pak blalang..masa scene nak knal mana satu jantan dan betina..

    ReplyDelete
  40. Yup... ida pun ada belajar gak pasal ni.... tapi berani erkk akak pegang ikan ni? hehe ida geli

    ReplyDelete
  41. Jika dah pakar nanti...sekilas iakan di air sahaja, Aiza dah tau jantan atau betina... :)

    ReplyDelete
  42. Pasni da leh cek la sama ikan keli tu jantan ke betina.HEHE tp mcm susah je nk cr perbezaan dia

    ReplyDelete
  43. @puteri airyn
    aiza masih guna di bawah blogspot juga erin.. alhamdulillah tukar domain dot com sahaja.. setahun kena bayar rm38.00..

    ReplyDelete
  44. @D_08
    nama pusat perikanan tu ada perkataan enggor.. enggor dengan karai sebelah je..

    ReplyDelete
  45. @paridah
    aiza tak makan ikan air tawar kecuali ikan tilapia.. hehe..

    ReplyDelete
  46. @puteri airyn
    mengikut yang aiza belajar ada erin.. untuk tujuan pembiakan ikan tu..

    ReplyDelete
  47. @acik idah
    masa praktikal tu aiza pun rasa geli nak pegang induknya yang besar tu.. alhamdulillah berjaya mengatasi perasaan tu..

    ReplyDelete
  48. @Tetamu Istimewa
    itu tak dapat dipastikan.. kena belek badannya baru tahu..

    ReplyDelete
  49. letak 2 ekor ikan keli dalam bekas air.. pas tu tgk yang mana kejar y mana.. y duk depan betina..kat belakang jantan... buat macam p.ramlee..hehe

    ReplyDelete
  50. kalau nk check kena tgk 1 badan la kan.. selalunya semua binatang, kalau bear tu org fikir betina. hehe

    ReplyDelete
  51. info yang bagus kak, baru tahu mana ikan keli jantan dan betina hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^