24 February 2014

Pasangan Curang

Assalamualaikum, 

Tentu kita tidak pernah menyangka apabila orang yang kita sayangi mula berubah hati atau dalam erti kata yang lain si dia telah curang terhadap kita. Menjadi lumrah seorang manusia mudah berubah hati jika bertemu dengan sesuatu yang lebih cantik atau baik.

Pasangan Curang
Pasangan Curang (Gambar hiasan) - ellecanada.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai berhenti bertengkar dengan pasangan. Berikut dikongsikan beberapa cara mudah untuk mengenalpasti pasangan curang

1. Pasangan curang kurang memberikan perhatian
Secara tiba-tiba pasangan anda berubah sikap dan kurang memberikan perhatian kepada anda. Mungkin dia sudah pandai mencari kesalahan diri anda dan adakalanya sehingga sanggup menengking atau memerli anda dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

2. Pasangan curang menjawab panggilan telefon secara sembunyi 
Secara tiba-tiba pasangan anda menjawab panggilan telefon secara sembunyi di bilik air. Telefonnya juga dibuat mode silent dan terdapat kata laluan. Jika benar-benar jujur pasti tiada apa yang hendak dirahsiakan dari anda.

3. Pasangan curang melayari internet sehingga larut malam 
Jika sebelum ini pasangan sering menghabiskan masa bersama anda dan anak-anak. Secara tiba-tiba si dia banyak melayani perasaannya di laman sosial sehingga lewat malam. Anda perlu menyiasat apakah aktiviti yang dia lakukan di alam maya. 

4. Pasangan curang berubah penampilan diri secara tiba-tiba
Sebelum ini pasangan anda tidak pernah mempedulikan penampilan dirinya ketika keluar rumah. Secara tiba-tiba dia berubah memakai pakaian yang lebih kemas dan sudah pandai mengenakan minyak wangi ketika keluar rumah.

5. Pasangan curang tersasul memanggil nama anda
Secara tiba-tiba pasangan anda tersalah memanggil nama anda dengan nama wanita lain. Mungkin di dalam fikirannya asyik teringatkan wanita itu sehingga tersasul memanggil anda dengan nama itu.

Seeloknya siasatlah terlebih dahulu sama ada pasangan anda benar-benar curang. Sekiranya si dia benar-benar curang, pastikan diri anda sentiasa positif untuk menghadapi masalah itu. Anda boleh membaca cadangan penyelesaiannya di dalam artikel apabila cinta dikhianati.

^_^

45 comments:

  1. Assalamualaikum kak aiza, heee artikel yang berguna ~~~

    ReplyDelete
  2. ughhh...minta dijauhkan dari perkara ni. moga kita tak diberi ujian sebegini... amiiinn...

    ReplyDelete
  3. Sedihnye kalau pasangan kita curang.. baik ckp terus terang drp buat perkara2 yg mcm akak list kan tu.. sekurang2nya bawa berbincang apa yg pasangan kita tidak puas hati sehingga dia sanggup curang..

    ReplyDelete
  4. mohon dijauhi samada bagi pihak saya atau suami untuk melakukan kecurangan

    ReplyDelete
  5. yg penting kena jujur dan ikhlas dlm setiap hubungan kan !

    ReplyDelete
  6. yup..ape2 pun siasat dulu..jgn cepat menghukum..=)..

    ReplyDelete
  7. kena alert dengan perubahan pasangan kita nih..semoga kita dilindungi..

    ReplyDelete
  8. Kalau pasangan kita curang.. bermakna dia dah tak bekenan dengan kita.. Kalau Erin redha je nak buat macam mana sebab cinta tidak boleh dipaksa.. Huhuhuhu.. semakin dipaksa semakin diri merana...

    ReplyDelete
  9. kena selalu berhati2..tak blh nak terburu2..klik2 cne visa & inti

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua dijauhi dari berlaku curang mahupun menghadapi masalah2 kecurangan.. aamiin
    3x visa sini & salam ceria Aiza.. :D

    ReplyDelete
  11. suri cubit 5 IKEA untuk aiza jum belik mug cimel kt sana

    ReplyDelete
  12. suri...geram kalau ada pasangan curang rasa nak cucuk jari dia dengan pisau tahu sakit hati dada lagu tu hrrr

    ReplyDelete
  13. Lelaki mudah tersasul bila dah banyak sangat pasangan. Kalau nama isteri pun terpanggil nama lain, itu dah selalu bagi lelaki yang curang.

    Tapi, pernah satu hari lepak dengan member yang dah kawin, dia punya sayang kat isteri tu sampai tersasul panggil nama isteri sendiri kat kawan yang lepak satu table. Haha

    ReplyDelete
  14. Semoga kita di jauhkan daripada sikap sedemikian..

    ReplyDelete
  15. Perkara yg paling ditakuti oleh pasangan. Memang susah nak memaafkan org yg dah curang dgn kita apatah lagi nak membina semula kepercayaan.

    Trust is like a paper once it's crumpled it can't be perfect again. You can flatten the paper and try and make it as straight as you want, but it will never be perfect again.

    ReplyDelete
  16. nice artikel ni...tq 4 sharing...=)

    ReplyDelete
  17. satu perkongsian yg menarik ni untuk membuka minda kita bab curang ni kann..

    sekurang-kurangnya kita dapat tahu apa dan bagaimana harus kita hadapai setuasi if terjadi..but hopefully kept away :)

    ReplyDelete
  18. mintak simpang la kalao ada pasangan yg curg ni kan kak :)

    ReplyDelete
  19. bila seseorang tu curang dengan kita,kita pasti dapat rasakan kecurangan mereka..

    ReplyDelete
  20. Walau nak sorok macamana pun tembelang pasti terdedah jua satu hari...

    ReplyDelete
  21. moga pasangan kita org yg setia. perkara menakutkan buat semua yg mempunyai pasangan hidup. moga terhindar drpd pasangan yg curang.

    ReplyDelete
  22. hee..kena selalu perhati tanda2,,


    p/s patutle lama tak drop komen kat blog aiza kerana tak tahu nape blog aiza hilang dari bloglist kak anim. tapi kak anim dah masukkan semuka..

    ReplyDelete
  23. pekara ini yang ramai yang takut.. semoga semua bertemu jodoh yang baik

    ReplyDelete
  24. Ke lima2 item yg disenaraikan adalah benar belaka... errmmm :D

    ReplyDelete
  25. yang paling sering pasti internet ya mizz mulai curangnya

    ReplyDelete
  26. banyak kes macam ni berlaku kan Akak....

    ReplyDelete
  27. wah kalau pasangan kita selingkuh getu, harus dikasih pelajaran mizz biar tau rasa hehehe :D

    ReplyDelete
  28. Hmmm nasibaik qila tak de pakwe lagi.
    Eh. HIhihihihi

    ReplyDelete
  29. Mintak dijauhkan ya. aiza...Bila dah tak suak kena berterus tearng..tak perlu coz pastinya the other side jadi mangsa..

    ReplyDelete
  30. addcash & meet your girl for you...

    ReplyDelete
  31. betul3,selalu tengok dalam drama mesti macam ni,
    tapi dalam realiti pun sama jugak kan,
    takutnyaa..,.

    ReplyDelete
  32. Jika lemah iman itulah mudah curang...faktor iman dan agama mainkan peranan penting...

    ReplyDelete
  33. bg sy "curang is not not a mistake. is a choice"

    option pada pencurang tu.

    hewhew

    ReplyDelete
  34. Perkongsan yang bagus.. :D
    Moga dapat amik iktibar :D

    ReplyDelete
  35. Tersasul panggil nama tu yang kelakar

    ReplyDelete
  36. zizie pernah alami, pasangan mengaku dia sukakan orang lain. huhuhu. xde nak sembunyi2.

    ReplyDelete
  37. kejujuran dan kepercayaan tu amat penting untuk sesebuah perhubungan....smg semua pasangan pembaca kat sini setia hendaknya...aminnnn

    ReplyDelete
  38. Kejujuran dan kepercayaan sgt penting dlm sesuatu hubungan....nice sharing Aiza..thanks

    ReplyDelete
  39. Ada kena mengena dgn entry akak hari ini.

    ReplyDelete
  40. Saya setuju dgn bnda ni,Pernah jadi pada saya dlu2:)

    ReplyDelete
  41. dengan adanya internet sekarang ni lebih mudah untuk pasangan curang. Mudah mudahan kita dijauhkan dari mendapat pasangan yang curang

    ReplyDelete
  42. minta diselisihkan benda-benda gini
    dan minta saya juga dijauhkan sifat gitu

    ReplyDelete
  43. memang sedih bila pasangan kita curang. apapun moga dijauhi pasangan begini..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^