21 February 2014

Solat di Hujung Waktu

Assalamualaikum, 

Solat adalah tiang agama dan wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Namun adakalanya kesibukan kerja menyebabkan sesetengah individu memberi alasan untuk menunaikan solat di hujung waktu. Bagaimanakah pahala orang yang solat di hujung waktu?

Solat di Hujung Waktu
Solat di Hujung Waktu (Gambar hiasan) - masjidassiddiqin.com
Solat adalah ibadat yang dilaksanakan dalam waktu tertentu. Jadi, solat tidak sah jika dilakukan di luar waktu yang ditetapkan. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang wajib atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya”. (an-Nisa’ 103)
Solat di hujung waktu akan menyebabkan waktu solat terluput dan akhirnya seseorang itu terus meninggalkan solat. Bayangkan, menonton rancangan di televisyen selama 1 jam kita sanggup, tetapi menunaikan solat selama 10 minit?

Salah satu cara untuk memotivasikan diri supaya solat di awal waktu adalah cuba bayangkan diri anda akan mati pada bila-bila masa. Pasti di hati akan timbul perasaan takut dan insaf untuk tidak melengahkan suruhan Allah SWT.

Oleh itu, bersamalah kita memperbaiki kelemahan diri agar menjadi lebih baik. Berubah untuk tidak melengahkan menunaikan solat dan lakukan secara istiqamah. Sebelum ini juga telah diceritakan mengenai solat menghilangkan rasa sakit.

^_^

51 comments:

  1. :( liz selalu macam tu, hati ni nk meninggalkan tv tu mg la liat sgt, lg lg tgk cerita ariana rose tu dulu

    ReplyDelete
  2. errrmmmm..... tepuk dada tanya iman.....

    ReplyDelete
  3. salam kak aiza..nice sharing :) selalu cuba elak agar tak solat d akhir waktu. sebab ada dalil mengatakan haram solat saat2 akhir waktu

    ReplyDelete
  4. Kita mungkin mampu menundakan solat tapi kita tak mampu menundakan ajal...Maka solatlah sebaik tiba waktunya kerana kita tidak mahu ajal tiba sebelum kita menunaikan kewajipan kita.

    ReplyDelete
  5. insyallah akan cuba memperbaiki waktu solat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. abang ee selalu bising kalau ee lambatkan solat ni. hm. =3

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang bermanfaat kaki Aiza..Salam jumaat..:DD

    ReplyDelete
  8. bila solat awal.. rasa lega nak buat kerja lain...

    ReplyDelete
  9. In Shaa ALlah, tq berkongsi ilmu !

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak Aiza, thanks sharing.. sheila suka solat diawal waktu kecuali isyak. hehee knp ntah.. dah terbiasa kot ~~~

    ReplyDelete
  11. Biasanya menonton televisi lebih asyik karena nyata mizz jadi sholat terlupakan

    ReplyDelete
  12. salam Jumaat sis aiza..insyallah akan perbaiki diri ini.trima kasih atas pringatan

    ReplyDelete
  13. Salam kenal Mizz Aiza, kalau perasan, bila kita solat awal waktu, masa akan teresa panjang jer... :)

    ReplyDelete
  14. Mekasih atas perkongsian dan peringatan.

    ReplyDelete
  15. Peringatan yang amat berguna. terima kasih atas perkongsian, aiza..

    ReplyDelete
  16. semoga kita semua dapat bersolat pada awal waktu seperti yg dituntut agama kita...

    ReplyDelete
  17. Solat di awal waktu tu penting . Menjaga hak2 waktu .

    Kalau untuk benda dunia boleh spend masa berjam2..supposedly stop bila tiba masa solat . =)

    ReplyDelete
  18. bila baca entri ni, teringat kat lecturer ni.. last sem, kelas dia awal waktu asar.. nanti dia halau kitorang gi solat asar.. :)

    ReplyDelete
  19. insyallah..sama-sma kita solat kita ye aiza...

    ReplyDelete
  20. Sholat adalah kewajiban untuk semua
    Umat Muslim-muslimat yah Mbak Mizz Aiza. dan saya selalu berusaha
    Menjalankanya dengan Ikhlas
    Terima kasih sudah berbagi

    ReplyDelete
  21. sekarang ni...seringan-ringan benda yg org suka tinggalkan..solat...ish...

    ReplyDelete
  22. terima kasih diatas perkongsianmu dik...

    ReplyDelete
  23. peringatan yang sangat bagus akak.. :))

    ReplyDelete
  24. tp rintangan dan godaan utk melakukan sholat itu teramat berat, pdhl rintangan itu hanya berupa 'rasa malas' saja.

    ReplyDelete
  25. memang banyak cara dilakukan setan
    untuk menunda nunda waktu shalat ya mizz

    ReplyDelete
  26. Mencoba untuk yang lebih baik mbak.. saya msih jarang shlat

    ReplyDelete
  27. Peringatan yg bagus...Salam Jumaat Aiza..

    ReplyDelete
  28. cukuplah mati sebagai peringatan.

    ReplyDelete
  29. tula,kadang-kadang macam ni jugak :(

    ReplyDelete
  30. Muhasabah diri aiza...semoaga hari esok adalah lebih baikkan..

    ReplyDelete
  31. tak sdikit mereka yang sukanya shalat menjelang akhir waktu, biasanya seperti itu shalatnya cenderung terburu2 karena merasa takut waktunya abis, biasanya juga tipikal seperti ini orang yang suka menyepelekan sesuatu, kalau shalat saja di sepelkan tak di utamakan urusan lain di luar shlat biasanya juga suka mudah di sepelekan

    ReplyDelete
  32. solat itu mudah, tapi orang kita yang menyusahkannye, haha.. macam lisa.. liaaat

    ReplyDelete
  33. kadang2 terlewat juga akak.. kerja menimbun mcm tu la. peringatan buat diri dr lalai

    ReplyDelete
  34. Ummi kiera selalu kata, tak dapat pahala kalau melengah-lengahkan solat nih...

    ReplyDelete
  35. sama-sama kita berusaha memperbaiki diri :)

    ReplyDelete
  36. terima kasih untuk perkongsian ni aiza
    sama-sama muhasabah diri

    ReplyDelete
  37. salam..
    terima kasih ats nsihat dan pkongsian sis.

    ReplyDelete
  38. takut, cuba sedaya upaya praktikkan diri bila dengar azan terus solat.....

    ReplyDelete
  39. Biasanya mmg mcm tu.utamakan dunia baru akhirat.tu salahkan.kalau suami akak sllu ckp,,kalau x sempat solat tetiba mati mcm mana.so..kena fikir2kan lah.

    ReplyDelete
  40. Subhanallah... utamakanlah solat.. semoga kita semua sentiasa mengutamakan solat sejurus masuk waktunya.. aamiin..
    3x Inti.. :D

    ReplyDelete
  41. terima kasih berkongsi..mudah mudahan kita dapat memperbaiki apa yang kurang :)

    ReplyDelete
  42. betul :) sama samalah kita muhasabah diri kan ? <3333

    ReplyDelete
  43. Peringatan yang baik untuk semua...

    ReplyDelete
  44. ALHAMDUILLAH. barakallahu fikum :')

    ReplyDelete
  45. tq share kak.Hmm reminder for myself yg selalu cmni hmmm

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^