23 February 2014

Warna Mata dan Personaliti

Assalamualaikum,

Mata adalah salah satu pancaindera yang beharga. Tanpa mata pasti hidup kita dipenuhi dengan kegelapan. Kegembiraan dan kesedihan diri kita juga pasti akan terpancar melalui mata. Kerana mata juga kita boleh jatuh cinta pada seseorang. 

Warna Mata dan Personaliti
Warna Mata dan Personaliti (Gambar hiasan) - quoteko.com
Penulis buku "Jane Eyre" iaitu Charlotte Bronte mengatakan mata bukan sahaja mentafsirkan perasaan, tetapi juga personaliti diri. Warna mata berbeza bergantung kepada pigmen melanin yang terdapat dalam iris mata. Warna mata dan personaliti adalah seperti berikut:

1. Warna anak mata hitam
  • Pemilik anak mata hitam adalah seorang yang penuh bersemangat. 
  • Komited terhadap kerjaya dengan memberikan tumpuan 100% terhadap tugasan yang dilakukan. 
  • Seorang yang berdaya saing dengan cara melakukan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin berbanding orang lain. 
  • Seorang yang perahsia dan tidak mudah terpengaruh dengan perasaan sendiri. 
  • Sukar untuk jatuh cinta, tetapi apabila telah mencintai seseorang pasti akan menjadi pencinta yang setia.
  • Seorang yang boleh dipercayai kerana mereka bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan. 
  • Suka menegakkan kebenaran walaupun tahu dirinya yang bersalah. 
  • Bukan seorang yang penyabar dan tidak suka menunggu terlalu lama. 
2. Warna anak mata coklat
  • Warna coklat adalah warna tanah yang mewakili kesederhanaan, kekuatan dan kreativiti. 
  • Pemilik anak mata coklat adalah seorang yang sukakan alam semulajadi dan tidak terlalu mementingkan kebendaan (materialistik).
  • Seorang pencinta yang hebat dan tahu bagaimana untuk membuatkan pasangan berasa istimewa dan mempercayai mereka. 
  • Kelihatan menarik dan nampak comel. 
  • Seorang yang suka mencari kawan baru (extrovert).
  • Namun takut untuk menunjukkan perasaan sebenar di hadapan orang lain. 
  • Pandai bergurau dan boleh menggembirakan orang lain. 
  • Seorang yang bijak dan mampu memberikan nasihat kepada orang lain. 
  • Kreatif dan mempunyai citarasa yang tinggi terhadap fesyen. 
3. Warna anak mata biru
  • Pemilik mata biru kelihatan lebih muda. Hinggakan ramai orang yang suka memakai kanta lekap bewarna biru.
  • Seorang yang kelihatan menarik, menawan dan peramah. 
  • Spontan dan bertenaga di dalam menjalani kehidupan mereka. 
  • Memiliki kelebihan semulajadi untuk menggembirakan orang lain. 
  • Suka membantu orang di sekeliling mereka dengan sedaya upaya mereka dengan penuh keikhlasan.
  • Mahukan keluarga yang bahagia bersama pasangan dan memerlukan komitmen yang sepenuhnya dari pasangan. 
  • Memiliki kuasa pemerhatian yang tajam. 
  • Suka membebel dan tidak pemalu serta suka mengekspresikan perasaan mereka secara terbuka. 
4. Warna anak mata kelabu
  • Bersifat kepimpinan kerana mereka memahami isu kedua-dua pihak yang tidak bersefahaman dan mampu untuk menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri . 
  • Seorang yang kuat dan tabah walaupun diberikan tekanan besar.
  • Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. 
  • Tidak suka berdiam diri dalam jangka masa yang lama. 
  • Seorang yang pintar dan pandai berniaga.
  • Kelihatan tenang dan disenangi oleh orang di sekeliling mereka.
  • Bersikap rasional dan penyimpan rahsia yang baik. 
  • Memastikan diri dan persekitaran sentiasa kemas dan bersih, namun tidak keterlaluan mengenainya. 
  • Mampu untuk menguruskan kehidupan dengan baik dan membuat keputusan yang bijak.
  • Seorang pencinta yang setia dengan hubungan yang berkekalan dan romantik. 
5. Warna anak mata hijau
  • Seorang yang bertenaga dan kreatif. 
  • Sukakan pengembaraan dan sanggup menyahut cabaran.
  • Jika disakiti, pasti mereka akan akan mencari jalan untuk membalas dendam. 
  • Penceramah yang baik dan sangat pintar.
  • Tidak suka orang lain masuk campur dalam kehidupan mereka. 
  • Seorang pencinta yang baik dan menjalinkan hubungan yang berpanjangan. Namun kadang kala mereka mudah cemburu. 
  • Suka membuatkan orang lain ketawa dan mempercayai mereka. Namun jika tersalah cakap pasti mereka akan membalasnya sehingga menampakkan kita seakan bodoh. 
6. Warna anak mata hazel
  • Pemilik mata hezel suka menerima cabaran. 
  • Tidak akan berundur di dalam perjuangan dan membuktikan dirinya yang terbaik.
  • Kurang sabar dan jangan mengganggu mereka ketika sedang marah. 
  • Memiliki semua sifat-sifat orang yang bermata coklat dan hijau. 
  • Seorang yang spontan dan suka mengambil kesempatan.
  • Kelihatan cantik dan elegan. 
  • Di dalam perhubungan selalunya cenderung untuk hubungan jangka pendek walaupun romantik.
  • Seorang yang suka mencuba dan sangat bertenaga serta berani. 
Diingatkan di sini bahawa artikel berkenaan warna mata dan personaliti ini adalah berdasarkan kajian sahaja. Jika ianya betul mungkin hanya kebetulan. Setiap ciptaan Allah SWT adalah yang terbaik dan terindah. 

p.s: Warna mata di dalam artikel ini tidak termasuk untuk pemakai kanta lekap bewarna. Apakah warna anak mata anda? 

Diolah dari sumber http://listcrown.com/eye-colour-everything-tells-personality/

Boleh juga membaca : 
^_^

53 comments:

  1. zizie sebenarnya keliru dengan warna anak mata zizie. ada yang kata dark coklat, ada yg kata hitam. tapi, kalau hitam menurut artikel ni, ada satu point jela yg betul.

    ReplyDelete
  2. sy y anak mata hitam ..=)ehe..

    selalu jumpa y anak mata hitam n coklat je .. y kaler lain2 dr tu jarang .. ade pun biru kot..tu pun foreigner..^_^

    ReplyDelete
  3. Ee dark chocolate. nampak macam hitam tapi sebenarnya tak. hehe.

    ReplyDelete
  4. hana, anak mata hitam. haha banyak yang betol deh. tp komited terhadap kerjaya tu. hmm hmm mcm kelakar je. haha yang last tu mmg argree ! :)

    ReplyDelete
  5. pertamax yesss, :D

    ternyata setiap warna bola mata mempunyai tanda dan ciri kepribadian seseorang yaa mbak
    thanks buat informasinya mbak :)

    ReplyDelete
  6. suka tengok mata orang yang warna hijau ke biru ke,cantik sangat..hehee

    ReplyDelete
  7. diluar dari penjelasan detail tentang mata dan segala halnya, kata orang bijak mah..."mata adalah jendela hati"..dai pancarannya kita bisa merasakan dan menebak hati sang pemilik mata tersebut...;o)

    ReplyDelete
  8. Khas indo tercipta dngan mata hitam ya mba

    ReplyDelete
  9. Heheheheheheh dekat malaysia ni susah nak cari anak mata selain hitam n cekolet xD
    Hiks. kalau ada jumpa roger qila ye kak aiza hihihi mesti encem xD
    Eh. takde kena mengena hihihi.

    Betul lah tu qila semangat je xD
    qila punya anak mata warna hitam!!!

    ReplyDelete
  10. Eh..eh...mata saya hitam ler...macam ada yang betul tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. Wahh.. dari mata turun ke hati nih.. dulu mata saya warna biru, tapi ada satu masa tu bangun tidur sedar2 dah bertukar ke 'dark brown' nape ye huhu.. 3x laneige & slmt berhujung minggu Aiza.. :D

    ReplyDelete
  12. Info yang bagus mba mizz, tapi sangat sulit juga untuk menentukan warna iris mata pada seseorang. apalagi mungkin dalam satu negara memiliki warna iris mata yang sama.. hehe

    ReplyDelete
  13. Good info , tapi mata saya warna hitam , haha . Malaysian right ?
    Singgah jemput baca entry kak !

    http://mrssuperawesome.blogspot.com/2014/02/slow-slow.html

    ReplyDelete
  14. teringat mata kakak saya yg berwarna coklat .

    ReplyDelete
  15. syuk bermata hitam. tapi baru2 ni ada eye bag lak. haha. susah nak tido >.<

    ReplyDelete
  16. Salam hujung minggu Aiza.. baru tahu tentang mata.. bukan mata hitam.. =)

    ReplyDelete
  17. orang melayu rata2x warna hitam, untunglah malaysia sebab ramai yang bersemangat.. hehe

    ReplyDelete
  18. ternyata ada hubungannya juga ya mizz antara warna mata dengan sikap kepribadian seseorang. Wah saya malah nggak tahu nih warna mata saya hehe :D

    ReplyDelete
  19. sesungguhnya, tafsiran anak mata coklat itu amat kena dengan saya..heheh

    ReplyDelete
  20. sepertinya saya yang masuk point pertama... :)
    ada sebagian yang memang sesuai sepertinya hehehe :)

    ReplyDelete
  21. good info sis..
    memng ada kajian..dibuat persenaliti mgikut mata..mostly kita asian memang mata hitam or coklat gelap..
    nak dpat mata..hazel dan sbagainya ..kena pakai contact lens la :P

    ReplyDelete
  22. Ternyata ada artinya ya mizz untung saya belum pakai lensa...kira-kira saya masuk bagian mana ya

    ReplyDelete
  23. dark chocolate. hehe.
    jadi termasuk dalam yg number dua lah kan? point number 4 utk number 2 tu sy sgt setuju! hahahaha! :P

    ReplyDelete
  24. org melayu kita kebanyakkannya warna hitam kot.

    ReplyDelete
  25. entah.. saya tengok anak mata saya hitam je... tapi ada org kata perang sikit.. tapi saya tengok hitam je.. buta kaler kot.. heheh

    ReplyDelete
  26. Mata..pancaindera anugerah Allah yg amat berharga. Merujuk kpd kajian, ada juga ketepatannya. Mungkin boleh dijadikan rujukan utk melihat personaliti melalui warna mata.
    Kalau penemuduga jumpa artikel ni...payah le...hehe

    ReplyDelete
  27. sally ikut warna mata arwah papa..hitam :)

    ReplyDelete
  28. selamat malam sobat. Ane sampai sekarang belum tahu sob warna mata ane hehehe. Izin nyimak artikel nya yang bermanfaat ini. Izin belajar juga ya sobat

    ReplyDelete
  29. liat mata nya saja saya jadi takut kak

    ReplyDelete
  30. Mata kita warna hitam..adab tanya juga kat situ tntg diri kita

    ReplyDelete
  31. suri terasa mahu mataku ini warna warni pula heee

    ReplyDelete
  32. Bukan seorang yang penyabar dan tidak suka menunggu terlalu lama. <--- i can relate to myself.. x suke tunggu lama sbb sy seorang yg sgt punctual.. :)is it a bad thing?


    ReplyDelete
  33. biru mata hitam ku... orang Asia almost anak mata warna coklat n hitam... hiiii

    ReplyDelete
  34. wane mata biru mmd cantik.. tp org kat msia nie mg wane coklat dan hitam jer..

    ReplyDelete
  35. very gd sharing ,.. tq yer

    ReplyDelete
  36. uwahh sonok nyer baca personaliti anak mata berwarna coklat hehe..macam ada ciri2 kat akak jer :D

    ReplyDelete
  37. semua jenis mata itu cantik belaka..ciptaan Allah sungguh indah

    ReplyDelete
  38. kak mata coklat..mata kebanyakan rakyat asia kan?

    ReplyDelete
  39. Ekhh kebetulan betul la untuk k idah.. :D

    ReplyDelete
  40. Saya warna hitam...:DDD perkongsian yg menarik akak

    ReplyDelete
  41. mata memang kena dijaga dengan elok kan. Warna mata puteri coklat :)

    ReplyDelete
  42. kalau dekat adia ni, biasa coklat dan hitam aje
    kalau dia ada color lain, pelik...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^