27 February 2014

Dapatkan Tidur Berkualiti

Assalamualaikum,

Tidur berkualiti adalah penting untuk badan kita kekal bertenaga di dalam melaksanakan aktiviti seharian. Ada masanya mungkin kita sukar untuk tidur tepat pada waktunya. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kesan akibat kurang tidur.

Dapatkan Tidur Berkualiti
Dapatkan Tidur Berkualiti (Gambar hiasan) - guardianlv.com
Seterusnya pada hari ini akan dibincangkan mengenai cara untuk dapatkan tidur berkualiti. Beberapa cara yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:

1. Atur waktu tidur yang tetap
Elakkan tidur panjang pada waktu siang (anda boleh tidur sebentar sebelum waktu Zohor mengikut sunnah Rasulullah SAW).  Disiplinkan diri anda untuk tidur tepat pada masanya pada setiap malam. Lama-kelamaan pasti badan kita akan terbiasa. 

2. Bersenam
Senaman secara teratur pasti akan menghilangkan ketegangan pada badan kita. Lakukan senaman seperti berlari selama 15 minit pada setiap petang. Jika terlalu sibuk, bolehlah melakukan senaman ringan seperti naik turun tangga.

3. Suasana tenang ketika tidur
Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda. Gunakan lampu tidur ketika tidur atau terus padamkan lampu. Anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi seperti lavender yang dititiskan ke dalam bekas berisi air dan dibakar.

4. Pemakanan sebelum tidur
Pastikan perut anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang. Sebelum tidur anda boleh makan buah-buahan rendah kalori seperti oren dan epal. Makanan berat dan tinggi kalori tentu akan mengganggu sistem penghadaman ketika tidur. 

5. Kawal tekanan perasaan
Tekanan pasti akan menyebabkan kita sukar untuk tidur. Cuba tenangkan perasaan sebelum tidur dengan cara melakukan senaman pernafasan. Bagi umat Islam bolehlah bersolat dan berdoa sebelum tidur. Yang penting maafkan orang sebelum tidur.

6. Posisi tidur yang selesa
Pastikan posisi tidur yang betul iaitu badan mengiring ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi seperti sunnah Rasullah SAW. Bacalah doa sebelum tidur. Diikuti oleh al-fatihah, ayat kursi dan 3 Qul (al-Ikhlas, al-Nas, al-Falaq) dan tasbih (Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sebanyak 33 kali). 

Oleh itu, apa yang penting adalah kualiti tidur, bukan hanya kuantiti. Ada orang yang cukup hanya tidur selama lima hingga enam jam pada setiap hari. Jika masalah tidur anda berlarutan, segeralah berjumpa dengan doktor anda. 

^_^

53 comments:

  1. akak memang ada masalah susah tidur lately nie,cuba jugak nak tidur awal,tapi tak boleh..tak taulah kenapa

    ReplyDelete
  2. setakat nie tak ada lagi mengalami masalah sukar tidur..menabung sis british council

    ReplyDelete
  3. Tidur yang berkwalitas sangat
    Penting buat kesehatan yah Mbak
    Mizz Aiza nice share nya Mbak
    selamat menjalankan aktivitas :)

    ReplyDelete
  4. in syaa Allah... tidur yg berkualiti..hidup pun sihat

    ReplyDelete
  5. lau dah kawin ada anak
    mmg waktu tidur x berkualiti dah hahaha
    lg2 lau anak dah masuk sekolah lagilahhh huwaaaaaaaaaaaaaaa
    miss my tido alots ekekeke

    ReplyDelete
  6. tidur yang berkualiti itu memang sangat penting dan akak salah seorang yang mementingkan tidur yang berkualiti...

    ReplyDelete
  7. Akak lebih suka tidur mengiring ke kiri. Lena sangat rasanya...

    ReplyDelete
  8. ya tidur kena tetap on time...
    betul..smua perkara di ats perlu dilakukan utk pastikan mdpat tidur yg nyeyak sis :P

    ReplyDelete
  9. betul tu aiza..akak kalau kurang tido..esok pagi2 dan meroyan satu badan,gelap mata la, maigrain la, lesu pon ye jugak..

    tapi nak dapat kan kualiti tidor yg cukup agak sukar bagi akak..tak tahu kenapa ea ? lagi2 if stress oh may GOD

    ReplyDelete
  10. akak memang nak sangat tidur yg berkualiti..tapi susah nak dapat sebab si Afif ni masih menyusu badan..walopon dah nak masuk 3 tahun tetap bangun 2-3 kali..
    tema kasih untuk info yang berguna ni..:)

    ReplyDelete
  11. thanks share kak.
    kalau dulu masa sekolah. kalau study tidur lambat sikit esok nak sekolah.
    ee akan tidur pakai coolfever. untuk tidur yg berkualiti.

    hehehe =D

    ReplyDelete
  12. sepakat. dg tidur yg berkualitas, semangat esok pagi kn tetap terjaga.

    ReplyDelete
  13. penting tdo berkualiti nih. baru la cergas nak buat keje esok nyer.

    ReplyDelete
  14. assalam...tidur sgt penting...kalau kurang tidur letih n pening..

    ReplyDelete
  15. Kualiti tidur lebih penting dari kuantiti..

    ReplyDelete
  16. Tidurlah memmbolehkan badan kita berehat secukupnyer sebsbtu kits perlu menjaga kuiliti tidur..bagus entry ni aiza tq share

    ReplyDelete
  17. kalau nk tidur yg kualiti, kena dapatkan fasa REM (rapid eye movement phase) dalam tidur..

    ReplyDelete
  18. tapi sampai sekarang kak, saya masih tak tau nak bahagikan masa tido. ade je aktiviti selalunye. hehehe

    ReplyDelete
  19. yup pentingnya utk dapatkan tidur yng cukup & berkualiti ni !

    ReplyDelete
  20. hahaha...sally letak kepala je terus tido unless kalau sally paksa tak nak tido :P

    ReplyDelete
  21. Kalau Nurul ni, pantang kepala letak kat bantal.. melayang laju je :D tu yg semakin 'sihat' jek ni.. haha

    ReplyDelete
  22. rasa nya skrg ni kan kak saya dh terlebih tdo :)

    ReplyDelete
  23. Tidur yang cukup dan berkuality walaupun sekejap buatkan kita bangun dengan rasa segar dan cergas..

    ReplyDelete
  24. kualiti ye bukan kuantiti
    selama ni ingat kuantiti tidur yang penting

    ReplyDelete
  25. acik ada masalah nak tidur malam kak.. aduhhh kadang kala stress

    ReplyDelete
  26. Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, sukar utk mendapatkan tidur yang lena..tidur yg berkualiti. huhu

    ReplyDelete
  27. Kakak satu kalau tidur ada bermimpi macam tak cukup tidur... kadang dah baca pun macam-macam tapi tetap ada mimpi. Lagi kalau mimpi pergi kerja macam letih aje bila sedar...

    ReplyDelete
  28. Aiza..ummi kan kalau malam janganlah minum teh ke kopi ke, sampai pagilah tak tidur jawabnya.

    ReplyDelete
  29. iyeee... tak cukop tido.. kita pun jadi tak sehat... kat opis jgn citer le....... asik menguap jeeee

    ReplyDelete
  30. nice sharing kak, saya pun kalau perut lapar susah nak tidur nyenyak.. :)

    ReplyDelete
  31. SA hari2 terlebih tido....tido awal tau..kul 9.30pm bagun kul 6.30 am...hehehehe...

    ReplyDelete
  32. Tidur yg berkualiti mmg sgt penting utk kesihatan.. cuma kdg2 mmg tak cukup tidur juga.. mmg kena beringat juga saya ni...
    3x british council.. :D

    ReplyDelete
  33. kadang-kadang susah juga nak tidur malam, mungkin sebab cuaca panas kot.

    ReplyDelete
  34. kena cuba amalkan tips-tips yang aiza kongsikan ni. Selalunya waktu tidur puteri berubah-ubah, lepas ni kena tetapkan.

    p/s jom kita pergi belajar kat Inti :)

    ReplyDelete
  35. saya mmg susah nak tidor.
    insyaALlah try cara ni, n moga dapat tido lah lepas ni. hehe

    ReplyDelete
  36. kalau saya lebih sering tidur larut malam mb', sudah terbiasa soalnya, apalagi kalau selesai kerjaan tak bisa langsung tidur, biasanya saya nonton tv di kamar lama2 ketiduran juga, kalau saya tidurnya lebih awal biasanya tengah malam saya malah terjaga setelah itu malah susah tidur lagi yang kadang setelah terjaga malah g bisa tidur sampai pagi, akibatnya saya kerja malah jadi ngantuk

    ReplyDelete
  37. dah beberapa hari nggak bisa tidur...
    biar kucoba cara diatas mudah-mudahan bisa

    ReplyDelete
  38. Thankyou for this info. selama ni asyik tidur lambat je. haih lepas ni kena tetapkan waktu tidur ni :O

    ReplyDelete
  39. Tidur berkualiti mmg sgt2 pnting utk aktvti esok harinya ;)

    ReplyDelete
  40. nombor dua susah nak buat bukan susah arrr tapi malas, heeeee

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah :D
    qila dah start tidor awal ni hehehehehheeee

    ReplyDelete
  42. Waktu tidur akk mmg berterabur..hihii

    ReplyDelete
  43. seketul mcd utk aiza lbh nyenyak tudur .

    ReplyDelete
  44. Tidur yang berkualiti dapat mengekalkan kualiti hidup dan kerja juga.

    ReplyDelete
  45. faktor pemakanan tu pun pernah dgr....tidur yg berkualiti mmg penting untuk hidup seharian kita....perkongsian yg baik Kak Aiza..:DD

    ReplyDelete
  46. tips yang bagus kak..naniey kena tidur sebelum jam 12 am..kalau terlebih..memang susah nak tido..

    ReplyDelete
  47. kdg2 tidur lama pun rasa tak puas sbbnye tidur kita tak berkualiti kan..

    ReplyDelete
  48. ha'a..sy terfikir..sbb tu la klo dah byk sgt tidur pun , msh rasa mengantuk..kualiti takde..=)

    ReplyDelete
  49. Dah de anak ni x tahu la kualiti ke tak.. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^