25 February 2014

Kena Pukau

Assalamualaikum, 

Kisah ini berlaku pada bulan lepas dan diceritakan semula oleh kakak aku. Ibu saudara rakan sepejabat kakakku (Mak Cik A) tinggal bersendirian di rumah ketika anak-anaknya pergi bekerja. Pada hari itu seseorang membunyikan loceng pagar.

Kena Pukau
Kena Pukau (Gambar hiasan) - mlive.com
Mak Cik A menjenguk di pintu rumah dan mendapati ada dua orang lelaki berpakaian kemas berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya. "Assalamualaikum puan." sapa salah seorang dari lelaki itu dengan wajah yang manis. 

"Waalaikummussalam. Ada apa hal encik berdua datang?"soal Mak Cik A. "Kami wakil dari Bank #@#@. Kami ingin menawarkan skim insurans. Ianya percuma dan puan tidak perlu membayar apa-apa." balas lelaki itu. 

"Kalau begitu silakan masuk. Kita berbincang di dalam." jemput Mak Cik A yang mula tertarik apabila mendengar perkataan 'percuma'. Pagar dibuka dengan alat kawalan jauh dan kedua-dua lelaki itu masuk ke dalam rumah. 

Mak Cik A menjemput kedua lelaki itu duduk di sofa dan mereka mula berbual. "Dengan tawaran skim ini, puan tidak perlu membayar apa-apa." salah seorang dari lelaki itu memulakan bicara sambil merenung tepat ke mata Mak Cik A. 

Apabila Mak Cik A tersedar anaknya yang baru balik dari kerja memberi salam dan menggerak-gerakkan tubuhnya yang terbaring di sofa. Dia mendapati semua barangan kemasnya dan beberapa barangan beharga di dalam rumah telah hilang. 

Rupa-rupanya Mak Cik A telah dipukau oleh kedua-dua lelaki tadi melalui renungan mata. Semua yang berlaku dirasakan seolah-olah seperti mimpi. Sejak itu Mak Cik A trauma dan lebih berhati-hati jika ada tetamu yang tidak dikenali datang.

Sekarang ini banyak taktik penipuan yang dilakukan untuk mendapatkan wang. Oleh itu, semoga kita semua berhati-hati dan jangan sesekali membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah kita. Sebelum ini pernah diceritakan pengalaman dipukau di Mydin dan trauma akibat diragut

 ^_^

59 comments:

  1. inilah paling ditakuti.kalau boleh nak elakkan semua benda nie berlaku kan..tapi kekdang kita lupa akan sesuatu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah pagi Aiza...kena selalu berhati2 dengan mereka2 yang tidak kita kenali..

    ReplyDelete
  3. semoga kita dijauhkan drpd perkara2 mcm ni kak. huhu

    ReplyDelete
  4. eee... bahaya tu, takot la pulak nak duk sorang2 dlm rumah,,huhu

    ReplyDelete
  5. sekarang ni ramai sangat org duk buat gini. dak paham betul.
    mak ee tiap hari pesan kalau sapa sapa datang jangan bagi masuk.
    hehehe =3

    ReplyDelete
  6. ASSALAM..MESTI BERHATI-HATI SENTIASA KADANG DLM BERINGAT-INGATPUN TERKENA JUGA...

    ReplyDelete
  7. ini mmg bahaya.
    sbb tu skarang jgn bagi sesiapa masuk umah,
    sbb tiada lagi perkhidmatan awam/swasta yg bergerak dari umah ke umah.

    ReplyDelete
  8. suri,lalala...takut sekarang bukan boleh jadi berani sangat tegur orang nanti lain jadinya...

    ReplyDelete
  9. suri,

    ikea mahu jumpa kita kata nak bagi dua barang misteri heee...jalan sini jam 11.40 pg heeee

    ReplyDelete
  10. Bahayanyer..moga kita dijauhi fari krna pukau mcm ni..seram saya baca..kalo duk sorang2 gini memang kena hati2

    ReplyDelete
  11. Malang tidak berbau kan.. tapi mcm en shark kay kata, jangan sesekali bagi orang yang tak dikenali masuk ke rumah.. macam2 dah sekarang ni. Moga kita sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
  12. lya pun pernah terkena nie dulu..nasib baik hf ja yang hilang..trauma owhh.klik visa

    ReplyDelete
  13. bahayanya..kena lebih hati2 lepas nie... klik nuff utk kak aiza

    ReplyDelete
  14. uiss mintak dijauhkan dari pukau ni..takut betul sekarang ni macam2 kaedahnya orang nak cari duit dengan cara cepat..kita yg housewife ni kenalah hati2 if ada tetamu yg datang bertandang..

    thanks aiza for this info :)

    ReplyDelete
  15. Sekarang ini motif perompak lebih rapi ya mizz tidak harus dengan jalan kekerasan

    ReplyDelete
  16. Ahad baru lalu kakak tengok tv tentang pukau juga. Takut memang sebab bila dah terkena dah lupa tindakan yg tak sepatutnya telah dibuat tanpa sedar... diluar pertimbangan akal sebenarnya..

    ReplyDelete
  17. byk kes mcm ni berlaku
    hati2 bila tinggal berseorangan
    jgn bg org masuk jika tidak dikenali itu lebih baik

    ReplyDelete
  18. kalau disini disebutnya kena Hypnotis...dengan tatapan mata saja, korbannya jadi nurut apapun yang penjahat itu bilang.
    #lebih berhati hati yei..

    ReplyDelete
  19. Macam2 skrg ni...semoga kita sentiasa beringat dan lebih berhati hati...

    ReplyDelete
  20. kadang2 tu kita terkena jugak walaupun sudah berjaga2...binasalah mereka yang buat kerja terkutuk tu..

    ReplyDelete
  21. zaman sekarang nie perlu lebih berhati-hati walau dimana kita berada sekalipun...

    ReplyDelete
  22. Mmg merisaukan pukau2 ni.. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari terlibat dgn musibah2 termasuk pukau ni.. aamiin.
    ada churp2 je.. nnti repeat lagi.. :D

    ReplyDelete
  23. bahasa sis pukau ni...
    pukau melalui renungan mata..mintak dijauhkan
    simpati utk makcik a.. >:P

    ReplyDelete
  24. bab kena pukau ni, zizie paling takut la... ada kawan cerita dia pernah kena pukau kat mall, dia ckp, dia sedar yg dia kena keluarkan duit kat atm, tp xmampu buat apa.. badan bergerak sendiri..

    ReplyDelete
  25. hati-hati, ada penipu di mana-mana

    ReplyDelete
  26. sennag2 ja kan dia org memperdaya mangsa...utk mendakwa,tiada bukti..

    ReplyDelete
  27. memang kena berhati-hati.. bahaya pekara2 yang seperti ini

    ReplyDelete
  28. menyeramkan. oga kita terhindar dri benda mcm tu

    ReplyDelete
  29. Alhamdulliah fizi atau keluaga x pernah lagi kena..semoga kita semua mendapat perlindungan dari-Nya dari ilmu sihir, pukau dan macam lagi..

    ReplyDelete
  30. takutnyer.. rasanya ada doa yg boleh diamalkan untk elak drpd disihir...

    ReplyDelete
  31. uiksss ade lg ke pukau2 zaman moden ni?huhu

    ReplyDelete
  32. alahai..baca ni terus risau ngan mak kat rumah tu tinggal ngan si kembar jer waktu siang...harap2 mak x buka la pintu kalau ada orang x kenal kan...

    ReplyDelete
  33. Assalam..singgah sini.takutnya..mintak dijauhi. pernah terjadi kat jiran saya.. jom lawat blog saya. byk info kesihatan juga..

    ReplyDelete
  34. sis klu ada org gegar pagar sekalipun , dah mmg tak kenal , jgn harap sis nak buka pintu ...

    ReplyDelete
  35. Memang bahaya,kita sendiri x bole sedar yg ia adalah pukau.minta di jauhi

    ReplyDelete
  36. Oh, pukau itu hipnotis yah?

    Di sini juga marak kasus spt itu. Semakin memperbanyak dzikir saja bg yang Muslim.

    ReplyDelete
  37. Ada-ada saja Zaman sekarang yah Mbak Mizz Aiza, lebih berhati-hati yah
    Mbak pada orang yang kita belum
    'Kenal baik. salam silaturrahmi
    Semoga Ukhuwah antar blogging makin
    Erat yah Mbak Aiza?

    ReplyDelete
  38. Oh yah terima kasih atas artikelny
    Nice share nya Mbak Mizz salam sukses

    ReplyDelete
  39. Bahayanya,Ni kene ingatkan pada mak mak or nenek.Kadang2 org tua ni suke bg org luar masuk rumah hmmm

    ReplyDelete
  40. Kena lebih berhati2.

    ReplyDelete
  41. Macam2 sekarang ni...memang bahaya...ada jer kerja nak cari duit mudah...tapi sesat mcm tu...


    X0x0

    ReplyDelete
  42. Macam-macam kan Aiza..Dia orang ni cari rezeki yang khalaal, tak nak. Buat kerja senang ang menyusahkan orang lain..Hmm..minta dijauhkan Allah..

    ReplyDelete
  43. hipnotis tu memang semakin sering terjadi, caranya pun beragam. semoga kita selalu dalam perlindungan-Nya.

    ReplyDelete
  44. Emak saya dikampung pernah terkena taktik [ukau ni. Habis barang kemasnya... Hanya kerana nak tolong tetamu tidak dikenali kehausan.

    ReplyDelete
  45. sekarang ni macam macam taktik orang nak merompak..kena selalu berhati-hati. Moga kita dijauhkan dari perkara perkara yang tak diingini

    ReplyDelete
  46. saya tak pernah buka pintu kalau orang tak dikenali datang
    cakap melalui tingkap aje
    atau diam buat tak tahu
    zaman sekarang kan macam-macam, takut

    ReplyDelete
  47. dunia skang ni macam2 cara org nak merompak. kalo duduk sorang2, x perlu ajak org yg x dikenali masuk. even kalo lelaki pun, x yah nak buat berani jemput org masuk. kuat x kuat, sekali kena pukau kena rompak jugak.

    ReplyDelete
  48. memang kene berhati2.. mohon dijauhkan sangat2.. taktik pukau nie sgt2 bahaya sbb mangsa mmg tak akan sedar apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  49. ish3xxx...perlu lbh berhati sekarang nikan....

    ReplyDelete
  50. memang risau kalau jadi macam ni,
    harap dijauhkan la..

    ReplyDelete
  51. takutnya, minta-minta dijauhi perkara begini..

    ReplyDelete
  52. manusia skrg..mcm2 cara guna nak puaskan nafsu dunia..

    semoga kite terhindar dr mereka2 ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^