14 February 2014

Kembara Kehidupan Manusia

Assalamualaikum, 

Kehidupan manusia umpama sebuah kembara yang panjang dan penuh dengan pelbagai ujian serta rintangan yang perlu ditempuhi. Bermula dari pertama kali diciptakan, manusia terus mengembara dari satu alam ke alam yang lain.

Kembara Kehidupan Manusia
Kembara Kehidupan Manusia (Gambar hiasan) - senyumsyukur.wordpress.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai orang yang dicintai oleh Allah SWT. Ringkasan kembara kehidupan manusia adalah seperti berikut: 

1. Alam Roh
Alam ini adalah permulaan bagi kembara kehidupan manusia. Ketika berada di alam ini manusia sangat rapat Allah SWT dan mengakui keesaan-Nya. Manusia mengatakan kesanggupannya untuk memikul amanah sebagai khalifah di bumi.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya(kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Surah al-Ahzab 33: 72).

2. Alam Rahim
Ketika di alam ini manusia akan tinggal di dalam perut seorang wanita (ibu) selama lebih kurang 9 bulan 10 hari. Di sini janin selamat dilindungi sehingga menjadi seorang bayi. Alam ini bermula dengan setitis air mani yang bercantum menjadi segumpal darah.

Seterusnya menjadi seketul daging yang kemudiannya menjadi tulang dan dibungkus dengan kulit. Akhirnya terbentuklah seorang bayi yang lengkap dengan sifatnya. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifatnya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Surah al-Mukminun 23:12-14)
Ketika di alam rahim, beberapa perkara seperti rezeki, kematian, amalan serta nasibnya sama ada baik atau buruk ditentukan oleh Allah SWT. Pada ketika ini juga jasad bayi dilengkapi pancaindera (pendengaran, penglihatan, sentuhan, rasa dan lain-lain).

3. Alam Dunia
Manusia lahir ke alam dunia dengan diiringi oleh tangisan. Ketika berada di alam dunia seharusnya manusia mengumpul sebanyak mungkin bekalan amalan. Kehidupan di alam dunia menjadi penentu sama ada manusia itu bahagia atau derita selama-lamanya.

Di alam dunia, bermulalah ujian hidup diberikan kepada manusia. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan manzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk 67:2)

4. Alam Barzakh (Alam Kubur)
Setiap manusia yang hidup pasti akan melalui proses kematian. Mati adalah proses manusia berpindah dari alam dunia ke alam barzakh (alam kubur). Alam barzakh (ertinya pemisah) ialah sempadan antara alam dunia dan alam akhirat.

Alam barzakh menjadi petunjuk sama ada kembara seterusnya berjalan dengan baik atau sebaliknya. Soal siasat mengenai perlakuan serta amalan seorang manusia di alam dunia akan dilakukan oleh dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir. 

5. Alam Mahsyar
Dengan hanya dua tiupan sangkakala oleh malaikat Israfil, bumi dilipatkan semula dengan sistem aturannya diterbalikkan serta berlakulah letupan yang kuat. Tiupan sangkakala kali pertama untuk mematikan semua manusia yang hidup ketika itu.

Tiupan sangkakala kali kedua untuk menghidupkan semula semua manusia. Manusia dibangkitkan semula dari alam kubur menuju ke Mahsyar. Pelbagai rupa dan cara manusia ke Mahsyar ditentukan oleh amalan masing-masing. 

Manusia akan diadili dengan seadilnya dengan bersaksikan anggota badan mereka sendiri. Setiap amalan atau dosa tidak dapat disembunyikan lagi dan akan dihitung satu persatu dengan adil. Allah SWT Maha Adil dalam menentukan hukuman.

6. Alam Syurga atau Neraka
Kembara terakhir kehidupan seorang manusia pasti akan berakhir sama ada ke alam syurga atau neraka. Penentuan sama ada manusia itu masuk ke syurga atau neraka adalah bergantung kepada catatan amal mereka.

Manusia yang berjaya akan masuk ke syurga manakala manusia yang gagal akan masuk ke neraka. Kehidupan di alam itu adalah kekal buat selama-lamanya dan tiada lagi peluang untuk memulakan kembali kembara yang baharu.

Oleh itu, bersedialah menempuhi kembara panjang ini dengan persiapan amalan selengkapnya. Masih belum terlewat untuk kita memperbaiki diri. Semoga hasil kerja kuat kita di alam dunia akan membuahkan hasil untuk dituai ketika berakhirnya kembara kita nanti.

Diolah dari sumber: http://genta-rasa.com/2009/06/30/celik-mata-hati-2-takah-hidup-insan/ (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)
Sumber petikan ayat al-Quran : Quran Reciter v5.4 oleh PPZ

^_^

63 comments:

  1. Assalamualaikum, kita ada disini pada hari ini bukan secara tak sengaja.. semua terjadi dengan izinnya.. Salam Jumaat Aiza :)

    ReplyDelete
  2. subhanallah
    masyallah
    Allahuakbar
    sesungguh kita tidak tahu apa yg akan kita tempuh di hari kelak...insyallah semoga kita semua dijauhkan dr seksaan api neraka..
    thankyou for sharing this..untuk peringatan jugak tu yelah kita manusia ni sllu alpha..

    iols suka bc2 kisah keagamaan mcm ni..rendah diri sgt :)

    ReplyDelete
  3. tinggal lagi 3 alam je belum melalui.. singkatnya masa

    ReplyDelete
  4. bnyak alam rupanyer yg shark x tahu..
    thanx sudi share ilmu kt cni :)

    ReplyDelete
  5. Ye,,skrg kita menunggu masa ke alam barzakh,,tak tahu bila tapi ianya pasti

    ReplyDelete
  6. suka baca kisah alam manusia ni:)
    terima kasih share akak ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak Aiza.. subhanallah. Indahnya ciptaan Allah SWT... semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan melindungi kita daripada terbabas ke jalan yang tidak diredhaiNya. In shaa Allah (",)

    ReplyDelete
  8. Allahu Rabbi.. dunia tmpat kita skarang psinggahan..sama2 bmuhasabah..pnuhi bekalan

    ReplyDelete
  9. Apa yg pasti pengembaraan kita akan berakhir di akhirat kelak. Sementara dibagi pinjam nyawa ini carilah bekalan secukupnya..

    ReplyDelete
  10. saya menanti alam akhirat (syurga dan neraka) untuk detik pertemuan semula dengan Yanie....inysaAllah.. hanya Allah jua yang mengetahui...

    ReplyDelete
  11. sekarang ni baru sampai alam dunia
    entah bila-bila ke alam barzakh
    cukup ke idak amalan ni

    ReplyDelete
  12. salam Jumaat kak aiza.. terima kasih mengingatkan Fiza.. kdg2 kita terlalu leka dengan kebahagiaan di dunia dan perlu disedarkan bahawa kehidupan ini hanya sementara..

    ReplyDelete
  13. terima kasih aiza..perkongsian yg sgt berilmu/

    ReplyDelete
  14. salam. perkongsian yang baik..salam jumaat akak :)

    ReplyDelete
  15. sungguh indah ciptaan Allah S.W.T..Begitu panjang perjallanan

    ReplyDelete
  16. Kembara hidup yang sering diabaikan.. sibuk dengan duniawi jer.. peringatan utk diriku

    ReplyDelete
  17. alam dunia hanya sementara.. Salam Jumaat :)

    ReplyDelete
  18. Yang pasti dari mana kita berasal disitu pulalah kita akan kembali

    ReplyDelete
  19. subhanaallah..takut nya untuk harungi alam yang ke-4 dan seterusnya...

    hmm..kak aiza..maaf kak aiza..cer baca yg ni..ada 3 sangkakala tak silap..
    http://hidup-sesudah-mati.blogspot.com/2008/11/bila-tiupan-sangkakala-berbunyi-3.html

    ReplyDelete
  20. Dari ke 6 alam itu, hanya di alam dunia-lah manusia bs berlaku sesukanya.

    Hati-hati, akan ada balasan setiap amal perbuatan.

    ReplyDelete
  21. hai semua alam akan kita lalui sabar dan rajin selalu ingat padaNYA.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum mizz..perkongsian yg baik...;)

    ReplyDelete
  23. Nice share kak... manusia pada dasarnya hanyalah musafir..

    ReplyDelete
  24. Kehidupan kita seperti seorang perantau... Hmm,
    Nice entri sis.. peringatan yang bagus.. :'D

    ReplyDelete
  25. @miLa saim
    terima kasih di atas komen ini mila..
    apa yang akak tahu, sebenarnya ada dua pendapat mengenai tiupan sangkakala.. ada pendapat mengatakan 2kali dan ada pendapat mengatakan 3kali (boleh baca blog ini-->>http://asysyariah.com/ditiupnya-sangkakala/ )..
    menurut buku yang akak pernah baca bertajuk 'Sakaratulmaut dan Alam Kubur' tulisan Abd. Shukur terbitan Jasmin Publications (cetakan ke-3 2012), rujuk mukasurat 82 ada dinyatakan sangkakala ditiup sebanyak 2kali.. ketika tiupan kali pertama semua makhluk mati, dan kali kedua mereka akan dibangkitkan semula.. seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Ditiup sangkakala pertama, maka matilah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Kecuali orang-orang yang dikendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi, lalu mereka itu dihidupkan kembali dari kuburnya masing-masing menunggu hukuman Allah (surah az-zumar ayat 68)..

    ReplyDelete
  26. Thank you Aiza.. Nice sharing.. Rasa insaf Erin baca.. Semoga manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  27. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan kita sementara ke alam akhirat yang kekal abadi.

    ReplyDelete
  28. banyak juga ya mizz ternyata alam kehidupan manusia ini. Terimakasih banyak ya mizz atas share nya :)

    ReplyDelete
  29. terima kasih aiza sbb share info yang menarik ini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. Membaca perkongsian ini mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Moga kita sentiasa muhasabah diri. Terima kasih Kak Aiza.

    ReplyDelete
  31. refleksi yg baik kak AIza...teringat lagu nasyid alam barzah...:')

    ReplyDelete
  32. Subhanallah.. ada 3 dunia lg yg perlu kita tempuh.. sekalanya bertitik dari dunia kehidupan kita skrng ini.. semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah & tetap diatas jln Nya yg lurus.. aamiin.. Salam Jumaat Aiza.. :)

    ReplyDelete
  33. panjang banget ya perjalanan kita dan mungkin kita akan terus berjalan karena memang kita akan ada untuk selamanya

    ReplyDelete
  34. Salam Jumaat Aiza..Perjalanan yang terlalu jauh..semoga ada keberkatan untuk kita...Aminn!!!

    ReplyDelete
  35. suka baca entri² aiza...

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum kak. Bgus pnerangan ni kak. Terima kasih kongsi :D

    ReplyDelete
  37. hehe..maaf kak..ada jumpa lagi mengenai pendapat mengenai sangkakala..ada yang tafsir kan dua dan tiga..hehe...tq kak aiza :)

    ReplyDelete
  38. yup..byk alam y akn kite tempuhi.. kembara muslim.. dan skrg kite di alam dunia..pelbagai persediaan perlu dibuat utk ke fasa seterusnya..=)

    ReplyDelete
  39. thanks kak aizaaaa <333
    really. sangat bagus!!!

    ReplyDelete
  40. @miLa saim
    tidak mengapa mila.. bab agama memang perlu ada yang menegur.. kita manusia biasa pasti tidak terlepas dari kesilapan.. jika akak tersalah memang patut mila menegurnya..

    ReplyDelete
  41. entri yang berkesan dalam hidup. terima kasih kak aiza :)

    ReplyDelete
  42. terima kasih kak aiza. nice sharing. :)

    ReplyDelete
  43. Membaca artikel ini saya baru bisa mengerti saja Ka. terimakasih sharingnya.

    Salam

    ReplyDelete
  44. salam sis
    terima kasih atas entri ni
    kadang2 momoy alpa dengan kenikmatan duniawi
    dan entri ni buat momoy terhenti untuk berfikir sejenak

    ReplyDelete
  45. Mnusia tidak hidup selamanya didunia

    ReplyDelete
  46. Perjalanan yg pnjg dan.semua manusia akn.tmpuhinya...

    ReplyDelete
  47. Yg pasti kesudahannya terbahagi dua. Baik atau buruk, dan kita jugalah yg menentukan yg mana satu bakal diterima...

    ReplyDelete
  48. Bagaimana pula keadaan kita di alam barzakh dan di alam mahsyar nanti? wallahualam..


    ReplyDelete
  49. Hanya di alam dunia peluang untuk kita mengumpul bekalan sebagai penentu keadaan kita dialam seterusnya...

    ReplyDelete
  50. pelbagai alam berbeza yang akan kita lalui kan..dan di dunia ini kita hanya akan singgah sementara. Mudah mudahan kita perbanyakkan amalan kita.

    p/s ada burung biru je semuanya :)

    ReplyDelete
  51. skrg kita berada dialam ke-3 dan x tahu entah bila akan dipanggil olehNya..

    ReplyDelete
  52. Nice sharing...sedang berfikir apakah yg akan berlaku kpd kita di hari esok

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum Cik Aiza
    Semakin hari kita kena sedar,badan kita semakin berbau Tanah.
    Tanah tempat jasad kita dikembalikan.

    ReplyDelete
  54. tq kak aiza sharing.hmmm sedar xsedar

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^