26 February 2014

Langkah Keselamatan Jenayah ragut

Assalamualaikum, 

Jenayah ragut yang berlaku pada masa kini semakin menjadi-jadi. Hal ini tentunya mebimbangkan kita terutamanya kaum wanita. Sebelum ini pernah diceritakan mengenai kakak kawanku yang trauma akibat diragut di bank. 

Langkah Keselamatan Jenayah ragut
Langkah Keselamatan Jenayah ragut (Gambar hiasan) - ryot.org
Beberapa langkah keselamatan yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi serta menghadapi jenayah ragut di bank adalah seperti berikut:

1. Elakkan bersendirian
Bawa kawan sekurang-kurangnya dua orang untuk urusan yang melibatkan wang yang banyak. Minta tolong seorang kawan menunggu di dalam kereta ketika anda mengeluarkan wang dan seorang lagi mengiringi anda. 

2. Waktu yang sesuai
Selesaikan urusan yang berkaitan perbankan pada waktu siang hari yang ramai orang. Peragut suka mengambil kesempatan jika kita berada di tempat yang sunyi terutamanya pada waktu senja atau malam. 

3. Sorok wang
Terus masukkan wang yang dikeluarkan ke dalam beg anda. Elakkan mengira wang yang dikeluarkan di khalayak ramai. Itulah pentingnya anda membawa kawan untuk menemani anda. 

4. Senjata di saat kecemasan
Pegang kunci kereta di dalam genggaman tangan dan ianya boleh dijadikan senjata jika diserang. Pada kunci kereta juga terdapat butang 'penggera' yang berbunyi apabila ditekan. Tekan butang itu untuk menarik perhatian orang ramai. 

5. Jangan melawan
Jika anda menjadi mangsa, serahkan sahaja beg atau wang anda kepada peragut. Usah mengambil risiko untuk bergelut dengan peragut. Tindakan anda itu pasti membahayakan nyawa anda.

Oleh itu, sentiasa berhati-hati walau di mana anda berada. Sebaik-baiknya, daftarlah perbankan secara atas talian bagi memudahkan urusan berkaitan pembayaran bil atau pemindahan wang. Jenayah ragut pasti ada di mana-mana. 

^_^

51 comments:

  1. biasanya penjahat kalau korbannya semakin melawan semakin liar mb', solusinya tetap tenang

    ReplyDelete
  2. skrg ni makin scary.. klau boleh semua nk buat on9 tp sy ni kalau bab shopping on9 cerewet plak. huhu

    ReplyDelete
  3. bila dunia semakin maju..jenayah pun makin bertambah...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Betul tu...kena waspada selalu. Tips yang bagus utk diamalkan.

    ReplyDelete
  5. sis lbh suka letakkan rm hphone di dlm poket seluar . klu beg diragut , benda ptg masih selamat lagi ... education UK utk aiza .

    ReplyDelete
  6. Satu tips yang berguna tu. Kena ambil peringatan ;)

    ReplyDelete
  7. makin bahaya da sekarang ni kan kak?
    sentiasa kena berhati2, lebih2 lagi orang pompuan..
    kat kawasan rumah sewa anne ni selalu kena pecah masuk.. nasib baik rumah anne tak kena.. hehe

    ReplyDelete
  8. doa ketika keluar rumah jgn lupa... kiat ni teori tau apa nak buat, bila jadi beul2 panik

    ReplyDelete
  9. penyagak ada dimana-mana saje..sebelum terkena baiklah kita beringat dan berwaspada...

    ReplyDelete
  10. kena sentiasa alert.. terutamanya akalu baru keluar dari mesin atm.. tu target diorg yg utama.. lagi 1, jalan melawan arus.. kalau ikut arus, kita x nmpak siapa belakang kita..

    ReplyDelete
  11. Sesuatu peringatan yg sememangnya kita semua harus tahu & beringat.. thanks sharing Aiza..
    3x british council.. :D

    ReplyDelete
  12. memang jenayah ragut nie merbahaya.. tapi kita kena sentiasa berhati2 kan... terutama orang perempuan..

    ReplyDelete
  13. penjenayah ni tunggu masa je kita terlalai. sebab tu kak biasa letak kunci kereta kat ruang handbag yg senang dicapai. takle terkial2 mencari sewaktu menuju ke kereta

    ReplyDelete
  14. betul... setuju dengan semua tips yang MA tulis ni... perempuan ken xtra careful...

    ReplyDelete
  15. kadang2 tu rasa takut kelua nak bawak bag,better simpan dalam poket je kan..tapi perempuan susah sikit..

    ReplyDelete
  16. Sekarang ni macam-macam kan Aiza..kita cukup risau bila jalan-jalan kat luar..macam forbia pulak..Hmm

    ReplyDelete
  17. Sye pernah hampir diragut . Tapi cepat2 lari and pergi ke tempat yg ramai org . Alhamdulillah , semuanya selamat .

    ReplyDelete
  18. Artikel arahan dan tips yang sangat
    Bermanfaat semoga Entri ini berguna
    Juga buat semua pembaca. dan selalu
    Waspada karena pencahat itu selalu
    Ada niat diman kesempatan itu ada

    ReplyDelete
  19. Sebuah tips entri yang harus kita
    Lakuakan agar lebih waspada
    Karena penjahat, lebih nekat jika
    Korbanya ada perlawanan ya Mbak Aiza

    ReplyDelete
  20. kalau naik motor, lagi la kena hati2.. ada kawan zizie kena ragut masa tgh bwk motor.. siap masuk NONA , buat lakonan semula..

    ReplyDelete
  21. Nice sharing.. Pling pnting jgn bg peluang kpd pnjenayah utk lakukan jenayah...

    ReplyDelete
  22. Nice tips akak.. skrg jenayah kt mana2.. kita yg kena lebih berhati2..

    ReplyDelete
  23. Semua tips ni amat berguna utk kita ikuti..berhati-hatilah selalu.

    ReplyDelete
  24. perkaran ini la yg paling ditakuti..sntiasa brwaspada tak beranila pegi tmpt2 yg sunyi sorg2.menabung cne lanegi

    ReplyDelete
  25. Rasa macam hidup dalam keadaan darurat pun ada sekarang ni. Sentiasa kena berhati-hati bila kat luar.

    Cenggini diorang kata Malaysia masih aman?

    ReplyDelete
  26. memang kena berhati-hati, tips yang baik.. takut diragut, jangan beri kesempatan dan peluang pada mereka untuk meragut kita...

    #akak, baru dapat singgah... bz kak.. mama menabung serum untuk akak...

    ReplyDelete
  27. suri

    bawa gerfu di mana kita berada heee...saya masa anak dara selalu buat lagu tu

    ReplyDelete
  28. jom aiza kita beli dua gindu pastu teman buat Visa...

    ReplyDelete
  29. Tips yang bagus... tapi tulaa, sekarang ni macam2 boleh berlaku... kena sentiasa berhati2 lebih2 lagi bila amik duit kat bank... ^__^

    ReplyDelete
  30. Tips yang bagus Miz Aiza, agar kita lebih berhati-hati

    ReplyDelete
  31. salam kak Aiza.. sy amalkan tips yg kat atas ni.. bawa teman kalau pegi bank..takut jugak kalau sendiri2..huhu

    ReplyDelete
  32. sekarang ni memang kena berwaspada selalu. tak boleh dah nak terleka walau sesaat. ada je orang nak ambil kesempatan. moga kita semua dilindungi Allah..amiinn.. terima kasih atas perkongsiannya Aiza..

    ReplyDelete
  33. selalu kalao jalan kat mana pon , mana2 org yg tak di kenali semua saya anggp seperti perompak . sebab nak suruh diri tu lebih alert

    ReplyDelete
  34. tips y bagus aiza..malang tidak berbau..
    semoga kita dilindungi..

    sila support ye..
    http://jnjikita.blogspot.com/2014/02/segmen-pencarian-bloglist-bulan-march_26.html

    ReplyDelete
  35. ya sis..tips yg sangat bguna..baik lelaki atau prempuan..malang x berbau :P

    menabung :P

    ReplyDelete
  36. Sentiasa waspada walau di mana berada.

    ReplyDelete
  37. gd tips tq share yr

    ReplyDelete
  38. Kat area taman Nurul ni kes ragut pada handphone.. mcm tak trfikir tapi itulah yang terjadi.. Jiran ni menjawab telefon tepi jalanraya.. datang motor, sambar handphone yang tengah guna dan trusss zuummmm.. macam2 hal..

    ReplyDelete
  39. awok tak galakkan kan Mem awok bawak handbag.... purse kecik muat dalam poket udah cukop.. bahaya bawak handbag ni... senang2 je deme bulih ragut

    ReplyDelete
  40. tips yg berguna kak, kena hati2 sekarang ni sebab jenayah ada dimana2..

    ReplyDelete
  41. sekarang ni pergi mana-mana pun memang bahaya, kena selalu berhati-hati dan selalu alert pada persekitaran. Kalau rasa ada yang mencurigakan memang kena bersedia untuk bertindak

    ReplyDelete
  42. Sentiasalah bersedia dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang terjadi.

    ReplyDelete
  43. Sekarang banyak kes ragut meragut ni.. Huishh...

    ReplyDelete
  44. kes ragut sekarang smpai sempat membunuh.. tu yg takut..

    ReplyDelete
  45. Munirah pernah kena ragut juga dulu

    ReplyDelete
  46. Peragut skrng dah berani. Kalau berteman pon ttp diragut.

    ReplyDelete
  47. ragut..yup..sgt bahaya ..semoga kite terpelihara dr mereka y xbermoral...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^