Assalamualaikum,
Pernahkah anda masih berasa lapar walaupun selepas makan makanan berat? Cepat rasa lapar bukanlah sesuatu yang menggembirakan bagi individu yang sedang menurunkan berat badan. Tentu perkara ini amat mengganggu emosi.
Cepat Rasa Lapar (Gambar hiasan) - Google |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tenaga segera ketika lapar. Beberapa faktor menyebabkan cepat rasa lapar adalah seperti berikut:
1. Kerap makan makanan segera
Kandungan Monosodium Glutamate (MSG) di dalam makanan segera tentunya mampu membuatkannya berasa sedap. Sehingga satu tahap anda akan berasa ketagih dengan makanan itu dan akan makan dalam kuantiti yang banyak bagi mengatasi ketagihan.
2. Elak mengambil sarapan pagi
Ada orang yang menyangka jika tidak mengambil sarapan pagi mampu untuk mengurangkan kalori seharian. Seeloknya ambil sarapan pagi secukupnya untuk mengalas perut anda agar tidak mudah berasa lapar sebelum waktu makan tengahari.
3. Tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Kandungan serat dan pelbagai vitamin semulajadi di dalam buah serta sayur mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dalam tempoh masa yang lama.
4. Kurang minum air kosong
Badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melancarkan proses pencernaan serta sistem badan yang lain. Pastikan minum 8 gelas air atau lebih pada setiap hari kerana jika badan kekurangan air pasti kita akan berasa cepat lapar.
5. Tekanan perasaan
Tekanan perasaan tentunya dapat meningkatkan penggunaan tenaga kimia oleh otak anda. Situasi ini akan menyebabkan perut cepat berasa lapar. Cubalah kawal perasaan anda agar ianya sentiasa positif dan gembira selalu.
6. Berasa bosan
Bosan kerana tiada kerja untuk dilakukan boleh membuatkan berasa cepat lapar. Apa kata sibukkan diri anda dengan hobi yang disukai seperti membaca novel atau keluar berjalan kaki menghirup udara segar di luar rumah (jika hobi memasak, masaklah makanan yang menyihatkan).
7. Cuaca sejuk
Selalunya jika di persekitaran tempat kerja atau rumah terlalu sejuk (pendingin udara), cubalah lakukan pergerakan ringkas untuk memanaskan badan anda. Minum secawan teh suam tanpa gula pasti membuatkan anda berasa tidak lapar.
Oleh itu, hanya kita yang dapat mengawal diri kita agar tidak cepat berasa lapar. Gembirakan hati dan berfikiran positif selalu. Pastikan badan mendapat nutrien mencukupi berdasarkan piramid makanan. Seeloknya masak sendiri makanan di rumah dengan mengelakkan penggunaan MSG.
^_^
sy lah salah seorang yg kerap berasa lapar... heh
ReplyDeleteOoo kerana positif selalu yer akak..baru kurang sikit rasa nak makan jer.. thanks 4 sharing akak.. =D
ReplyDeletetekanan perasaan punca cepat lapar? ahhaha
ReplyDeletemacam betul je, ika pun kadang2 bila mood swinng mesti raasa nak makan banyak, bila marah mesti nak makan, bila menangis sebab frust ke apa ke pun rasa nak makan hukhuk
akak..kalau bosan mmg asyik makan je.... tp mujurlah badan tak naik naik...
ReplyDeleteRezeki masing-masing...dah isi tabung balik. selamat menjalani kehidupan seharian.
ReplyDeletePengambilan kalori ni berkaitan dengan jumlah penggunaan tenaga seharian jugak. Kalau banyak buat kerja berat, lagi cepat lapor perutnya.
ReplyDeleteDulu-dulu, saya tak heran sangat buat kerja teruk-teruk sampai skip waktu makan.
Sekarang ni bila umur dah meningkat, makan kena berjaga waktu. Lambat je skit, rasa macam nak pitam.
pernah...tambah2 time hujannn
ReplyDeletepart bosan tu sally setuju...tu la sally tak suka duduk rumah...lg suka kalau berjalan..hik :)
ReplyDeletenice sharing kak, mama cepat rasa lapar sebab mama menyusukan sufi.. hihi
ReplyDeleteadda klau ada prob mmg cpat lapar..asyik nk mkn ja..lpas tu berat naik mcm dipam2..hehe..
ReplyDeletesaya pon pernah alami cm ni .. dh makan pon still nak makan lagii :)
ReplyDeletesaya pun pernah mengalami begini. terima kasih perkongsian manfaat ini
ReplyDeletekadang-kadang bukan sebab lapar sangat pun Aiza.. tapi rasa nak menguyah.. huhuhu
ReplyDeleteea kot... tapi satu faktor lagi, bagi ibu menyusu dan mengandung mmg 3 kali ganda cepat lapar.. hehe
ReplyDeletehaih...lately ni selalu sgt lapar T__T tapi kite pagi, makan berat, tengahari berat, malam pun makan berat..diantara waktu2 makan tu pun still mengunyah...tak tahu kenapa, lapar sangat2... kdg2 tak boleh tahan...dah lebih pade orang pregnant dah aku ni
ReplyDeleteada imptom2 kat atas tu terjadi pada akak..oh no!! cepat berubah
ReplyDeleteUntuk balance kan berat badan..Erin ambil VCO.. Selain tu minum air putih secukupnya.. InsyaAllah boleh kurangkan berat badan...
ReplyDeleteMcm betul jer semua tu... cuma yg tekanan perasaan tu tak pasti... yg lain2 tu memang betul kena pada diri ida
ReplyDeletetakla sangat sis..coz tiap2 hari memang kita bfast kat umah ja & hari2 pun kita bawa bekal hehe..boleh jimat disitu kan ;)
ReplyDeletepoin no. 1, 6 dan 7 yg terjadi pada saya.
ReplyDeletenamun , meski gampang lapar, tapi saya gak gemuk-gemuk juga, h-hee...
wah..perkongsian yang menarik..few month back sy memang ade masalah macam nie..tapi lepas baca nie mungkin masalah tu datang dari keadaan opis yg sejuk sgt ni dan kurang minum air kosong..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Good info..!
ReplyDeleteErmm.. Kak Idah breakfast memang diwajibkan.. lunch memang slalu skip.. tapi air kurang.. patut la tak kurus2.. :D
ada org mmg dilahirkan dgn metabolisme badan yg tinggi.. itu menyebabkan cepat rasa lapar.... mmg makanan yg tggi dgn serat dpt memberikan rasa kenyang lebih lama... hehe....
ReplyDeleteYg last bila sejuk itu kakak pasti sangat ketepatannya Aiza. Macam sekarang ni baru lepas sarapan rasa dah nak makan tengahari pulak..
ReplyDeleteselalu jugak..huhu.. tp kne kawal nafsu mkn.. mak fiza pesan jgn lupe bc doa makan sblm makan..
ReplyDeleteHehe. Izz selalu cepat lapar. makan banyak. tapi takpe, still maintain. hee :D maybe sebab kurang minum air :)
ReplyDeleteboring asyik kunyah jer..kalau pagi selalu sy akan wajib ambil sarapan.sarap roti, air panas juga.
ReplyDeleteps:mmg sush masuk blog tu sb guna dua web bergabung.. http://www.cahayacinta.com baru blh masuk sb blog lama saya ada masalah teknikal. terima kasih sb beri maklum pada suri
nice sharing kak.. selalu juga dengar tips nombor 1,2,3. Tapi yg 5,6,7 tu baru pulak tahu. patutlah macam nak makan something jer kalau tgh bosan..huhu
ReplyDeleteSaya lah tu...cepat sangat lapar. Kalau cuaca sejuk lagi lah tak menahan laparnya. Tapi breastfeed mom memang akan sentiasa lapar memanjang...hehehe...
ReplyDeletenice sharing kak..sy selalu juga rasanya sebab kurang minum air la tu kut hehe
ReplyDeletemasa menyusukan anak kathy kerap lapar...
ReplyDeletesaya memang jarang tinggal sarapan pagi...dan tengah hari emamng susah nk tengok saya makan..dan makan malam tak pernah tinggal la..
ReplyDeleteTips yang bagus Aiza..memang banyak yang betul...Alhamdulillah masa puasa tak laparkan..
ReplyDeleteselalu jadi mcm ni..kalau tension atau nmpak mkanan best ja cepat la lapar..godaan iman btul..hehehe
ReplyDeletesekarang ni pun sedang lapar. hehehe
ReplyDeleteBetul juga ya kak Aiza. Patutlah saya cepat berasa lapar.
ReplyDeleteBetui Aiza..kena kawal nafsu makan...jenis makanan..dan kawal fikiran...hehehe...
ReplyDeletebest !!!
x0x0 smile ^___^
Bunda ni suka makan nasi...sejak kebelakangan ni bunda latih diri untuk kurangkn mengambil nasi...tapi memang cpt lapar...nasibaik masih maintain 51+ kg...
ReplyDeleteyup betul sgt tu !
ReplyDeleteAssalammualaikum..duniakecil,
ReplyDeletewah.. tips yang baik.. entry pun menarik.. thanks sudi berkongsi..
mselim3
hahaha mulai lapar saya
ReplyDeletepasal berasa bosan tu, mmg betol.. seriusly, pha is mmg selalu rasa lapar. bila boring, tak tau nak buat apa, otomatik tetiba je perut rasa lapar... dah terbiasa.
ReplyDeletehihihi..kalau sejuk cepat aje rasa lapar
ReplyDeletesyuk rasa mungkin sebb dah biasa makan banyak. jadi bila makan sikit rasa cepat lapar. huhu
ReplyDeletelepas makan berat, kak mesti nak cari sesuatu untuk dikunyah. dah jadi habit. kerepek, keropok, kekacang..
ReplyDeletesaya biasanya lapar ketika malam tiba, padahal sore hari sudah makan :D
ReplyDeletenice sharing kak.. saya pun pernah alami.. tapi bila minum banyak air kurang sikit rasa lapar tu. :)
ReplyDeletelepas ni kena makan buah2 ngan sayur banyak...untuk elak lapo...saya kalo lapo minum air masak bebanyak...
ReplyDeleteaku pengen kurusan nih.. jd klo pas blm waktunya makan tp terasa lapar, mendingan minum air putih aja.. :)
ReplyDeleteooo patutlah selalu lapar mungkin sebab selalu skip breakfast
ReplyDeleteKdg kala klu stress pun mmg jadi lapar, jadi selera tngok makanan.. hilang stress klu makan... :D
ReplyDeleteselalu jugak makan mee segera ni..hmm, kalau sejuk memang komform lapooo.memang tak boleh nak lari..haha
ReplyDeleteSelalu merasainya.
ReplyDeleteAktivitas yang padat serta kerja keras yang rutin, serta fikiran yang yang berat, pasti akan mudah menyebabkan kita lapar. Terlebih lagi jika kita hidup di daerah dingin, di pegunungan misalnya, pasti kita akan mudah sekali merasa lapar. Jadi terkadang, setelah kita makan habis satu piring, kita ingin nambah makan lagi hehe :D Tapi lebih baik makan itu secukupnya saja. Kalau berlebihan itu tidak baik untuk kesehatan ya mizz :)
ReplyDeleteselalu rasa lapar,betul2..kadang2 lepas makan tu rasa lapar lagi,sedih toi..thanks share akk :)
ReplyDeleteKhaira hendak menambah berat badan tetapi susah makan, sebenarnya untung juga orang yang cepat merasa lapar kan..
ReplyDeletehehhe..
ReplyDeletesaya mengalami sintom nie...
asyik lapar je walaupon da makan..
mungkin lps mkn wat kerja..
so makanan di tukar jadi tenaga...
╔════════════════════════╗
║
║ My Blog ► http://abgdude.com/blog
║
╚════════════════════════╝
Salam kak.....tips semua tu mmng ada kat sue hehehe.... Lapar ,memanjang kak....
ReplyDeletesatu lagi kak aiza.. jadi burung hantu, suka berjaga malam.. mmg rasa cepat lapar.. hehe
ReplyDeletedalam rumah pcl ni cuma Hanis yg cepat lapar...tu pasal malam2 kena cari roti canai...
ReplyDeletebila cuaca sejuk memang terasa cepat lapar kan :)
ReplyDeletenice sharing ...
ReplyDeleteTapi memang betul Mizz, kalau tak ambik sarapan pagi lebih kerap pulak rasa lapar tu datang. Kejab-kejab nak makan. Jadi biasanya akak memang sarapan, wajib tu untuk mengelak makan berulang hehe..
ReplyDeletemusim tengkujuh ni , ish ... mmg nak ngap jer ...
ReplyDeletethanks sudah berbagi mbak
ReplyDeleteinformasi yg sangat bermanfaat mba :) terimakasih
ReplyDeleteCepat lapar itu dampaknya negative tidak untuk kesehatan ?
ReplyDeletesarapan buat fizi cepat ngantuk..
ReplyDeletesangat setuju..salah satu punca cepat lapar dan faktor menggemukkan badan ialah kalau x mkn pagi..x guna diet,,sebab kajian mengatakan salah satu faktor menyebab seorg itu gagal ialah sebab dia x menjaga waktu mkn atau x makan sarapan ..
ReplyDeletehoho... =) makanan la makanan y berkhasiat agar x cpt lapar..ekkeke
ReplyDeleteKalau saya, sering lupa makan karena sibuk bekerja. Bagaimana itu kawan??
ReplyDeletepernah jugak mengalami perut asyik lapar...
ReplyDeletehu3..sy ni pn slah seorang juga yg cepat rsa lapar =) kdg2 lewat pg pn mkan lg..tp sy mkan skit..cuma kerap la..mmg xbgus utk keadaan sy skrg..lgpn nk bersenam berat2 xboleh
ReplyDeletemmg kena sgt entry ni dgn didiey kak..hihi.. cepat sgt rasa lapar. padahal on diet. last2 makan jugak
ReplyDeletepunca, mkn fast food byk. then stress dan bosan. bosan kat ofis g cari mknn..psl bfast tu didiey dah xskip sejak kerja. alhamdulillah..mmg betul kalau bfast, menjelang lunch hour kita kenyang
ni masalah yg sye sdg hadapi. selalu lapar. dah makan tak sampai sejam lapar balik. tapi...tak jugak gemuk2...macam mana ni? ade tips??
ReplyDelete>____>
huu . patutlaa orang stress kuat makan . tau dahh kenapa . tx kak aiza kongsi info , hehehe . tapi deeya pun cepat lapar sebenarnyaa . hee . xtau lah kenapa >.<
ReplyDeleteakakpun selalu cepat rasa lapar...perkara yg tak baik tu, tu sebab berat susah turun
ReplyDeletemkn byk tp xgemok pun 1 hal jugak
ReplyDeleteinfo yg baik akak...kekadang mmg ada alami benda ni semua..:)
ReplyDeletekalo cepat lapar, tp bila mkn tu sket2 je, xpe la lg. tp bila lpr je, melantak sakan, mmg susah.
ReplyDelete