27 January 2014

Jom Sihat dengan Berbasikal

Assalamualaikum, 

Kebanyakan individu pada masa kini mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Semakin hari kehidupan kita semakin selesa dengan terciptanya pelbagai kemudahan hasil dari inovasi dan teknologi terkini.

Sihat dengan Berbasikal
Jom Sihat dengan Berbasikal (Gambar hiasan) - blogs.crikey.com.au
Secara tidak langsung manusia terdedah kepada pelbagai penyakit seperti obesiti, sakit jantung dan darah tinggi. Tentu semua orang inginkan kesihatan yang baik dengan harga yang murah. Jawapannya hanya dengan menunggang basikal. Beberapa manfaat berbasikal adalah seperti berikut:

1. Berbasikal menguatkan sistem imun
Kajian menunjukkan bahawa berbasikal dapat menguatkan sistem imun seseorang. Sistem imun berfungsi untuk melindungi tubuh kita dari jangkitan penyakit. 

2. Berbasikal menguatkan otot dan tulang
Ketika berbasikal semua otot badan kita akan digerakkan. Otot kaki digunakan untuk mengayuh, otot abdomen serta belakang menstabilkan badan dan otot bahu serta lengan menyokong hadapan badan. Pergerakan ini membuatkan sistem otot kuat dan berfungsi dengan cekap. Tulang belakang kita juga dapat dikukuhkan dan sekaligus mengurangkan masalah sakit belakang.  

3. Berbasikal mengurangkan tekanan
Ketika berbasikal kita akan berasa santai. Pertukaran oksigen berlaku apabila kita menyedut udara segar ketika mengayuh basikal. Secara langsung ianya akan membuatkan kita berasa segar serta mengurangkan tekanan yang dialami. 

4. Berbasikal mencegah penyakit jantung dan darah tinggi
Berbasikal secara sederhana dapat mengurangkan risiko terhadap serangan jantung dan penyakit darah tinggi. Risiko terhadap serangan strok juga dapat dikurangkan. 

5. Berbasikal mengurangkan berat badan dan meningkatkan stamina
Kecergasan fizikal dapat ditingkatkan dengan berbasikal. Di samping itu juga berat badan dapat dikurangkan apabila tenaga dibakar ketika mengayuh basikal. Apabila mengayuh basikal, stamina badan kita dapat ditingkatkan dan kelesuan badan dapat dikurangkan. 

Oleh itu, banyak lagi manfaat lain yang boleh diperolehi dari aktiviti berbasikal. Senaman dengan basikal ini tidak perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Anda hanya perlu luangkan masa 15-20 minit sehari untuk mengayuh basikal pada setiap petang. 

Diolah dari sumber: cyclehelmets.org/1015.html

^_^

25 January 2014

Memilih Katering Perkahwinan

Assalamualaikum,

Penyediaan makanan untuk tetamu adalah salah satu perkara penting untuk majlis perkahwinan. Di zaman kini kebanyakan orang lebih senang menggunakan perkhidmatan katering. Memilih katering perkahwinan yang berkualiti adalah penting. 

Memilih Katering Perkahwinan
Memilih Katering Perkahwinan (Gambar hiasan) - neomanforce.blog.com
Tambahan pula di zaman kenaikan harga barangan ini harus berbelanja secara berhemah. Berikut dikongsikan beberapa tips memilih katering perkahwinan (berdasarkan pengalaman perkahwinan sepupu): 

1. Buat survey
Minta sebutharga dengan beberapa katerer (sekurang-kurangnya 3 katerer). Minta mereka memberikan perincian harga pakej setiap makanan atau perkhidmatan yang disediakan termasuk nasi minyak, lauk-pauk, meja makan (pengantin, VIP, tetamu), masakan pengantin, canopy dan apa sahaja berkaitan khidmat katering. 

2. Pemilihan katerer
Bandingkan harga untuk semua katerer yang diterima sebutharganya. Pilih katerer yang menawarkan harga yang anda mampu (mengikut bajet) dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Seeloknya pilih katerer yang berdaftar bagi mengelakkan penipuan. 

3. Berbincang dengan katerer
Berjumpa dan berbincanglah dengan katerer yang dipilih berkenaan sebutharga yang mereka berikan jika terdapat hidden charge. Bincang juga mengenai kaedah pembayaran, seeloknya pembayaran pendahuluan yang dikenakan tidak melebihi 70% dari harga keseluruhan. Ambil peluang untuk merasa sampel makanan yang akan disajikan ketika majlis perkahwinan nanti. 

Oleh itu, pilihlah pakej katering yang berkualiti dan murah untuk majlis perkahwinan anda nanti. Tentu anda mahu menyajikan makanan yang terbaik untuk tetamu anda. Sebelum ini telah dibincangkan gotong-royong atau katering

^_^

24 January 2014

Jom Join "Count The Books Giveaway"!

Assalamualaikum,

Giveaway ini dianjurkan oleh blog Life As Mama Liza. Anda hanya perlu meneka bilangan buku dan majalah di  rak bawah ini.

Klik banner di atas untuk join
Hadiah menarik seperti di bawah:


 ^_^

Segmen Blogger's Birthday by Invisible Me

Assalamualaikum,

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Invisible Me. 

Tarikh bermula : 6 Januari 2014
Tarikh berakhir : Sehingga 100 penyertaan (setakat ini ada 18 penyertaan)


Kelebihan Menyertai Blogger's Birthday:
- Tersenarai dalam page BIRTHDAY di menu bar blog Invisible Note.
- Ramai blogger dapat mengetahui tarikh lahir anda.
- Saling mengenali dan rapatkan silaturrahim.

Jom ramai-ramai sokong segmen ini!!!

^_^

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Assalamualaikum,

Malam ini nak join beberapa segmen yang ada di bookmark. Segmen pertama ini anjuran blogger Abak. 

Klik banner di atas untuk join
Jom ramai-ramai join segmen ini..

^_^

Memperbaiki Akhlak

Assalamualaikum, 

Akhlak adalah sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang. Jika perbuatan yang terkeluar itu baik, ia dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya jika yang terkeluar adalah perbuatan yang jahat, ia adalah akhlak yang buruk.

Memperbaiki Akhlak
Memperbaiki Akhlak (Gambar hiasan) - suckledsunnah.wordpress. com
Akhlak adalah sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu diubah dan dibentuk. Contohnya Saidina Umar al-Khattab telah berubah menjadi lebih baik akhlaknya selepas memeluk Islam berbanding ketika beliau di Zaman Jahiliyyah. Beberapa cara memperbaiki akhlak adalah seperti berikut:
  • Menguatkan nilai-nilai akidah dan keimanan dalam jiwa.
  • Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu (punca segala sifat buruk dan keji).
  • Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta tafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.
  • Melatih diri melakukan perbuatan baik seperti melakukan ibadah solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk dan keji.
  • Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran juga mempengaruhi pembentukan akhlak seseorang.
  • Mempelajari dan menjadikan kehidupan nabi Muhammad SAW, sahabat, ulama atau auliya sebagai teladan.
  • Sentiasa menggunakan akal fikiran di dalam setiap tindak tanduk kita, janganlah mengikut hawa nafsu kita.
  • Berdoa memohon kepada Allah SWT supaya dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, jika hendak memperbaiki akhlak seharusnya kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW berpandukan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita samaada menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Diolah dari sumber: www2.islamgrid.gov.my

^_^

23 January 2014

Kekejaman Terhadap Kucing

Assalamualaikum, 

Isu kekejaman terhadap kucing bukanlah sesuatu yang baru. Satu ketika dahulu ada cerita kucing yang dipotong kaki atau diracun kerana mencuri. Baru-baru ini disebarkan mengenai kucing diberi makan kepada ular dan  terkini kucing dibakar hidup-hidup!!

Kekejaman Terhadap Kucing
Kekejaman Terhadap Kucing (Gambar hiasan) - mrwallpaper.com
Di dalam hati kecilku berasa sangat geram kepada manusia yang sanggup merakamkan kerja jahat itu untuk disiarkan kepada umum melalui internet. Tersentuh hati aku apabila melihat haiwan yang comel seperti kucing diperlakukan sedemikian rupa.

Penulisan entri ini bukanlah hendak menyalahkan mana-mana pihak. Walaupun aku bukanlah aktivis sosial yang membela nasib kucing seperti Papa Hero (PH), namun aku berasa kesal dengan sikap segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Semakin hari semakin menjadi-jadi pula. Apalah salah kucing yang tidak berakal itu dibunuh dengan kejam? Hanya kerana mereka mencuri? Atau kencing berak merata-rata? Seharusnya kita sebagai manusia yang berakal perlu menghormati kucing.

Kucing juga makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT untuk hidup di atas muka bumi ini bersama-sama kita. Teringat kisah Rasulullah SAW dengan kucing. Ketika baginda hendak mengambil jubahnya, kucing bernama Mueeza sedang tidur di atas jubahnya. Oleh kerana baginda tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya, baginda telah memotong belahan jubah yang ditiduri Mueeza. 

*Nota: Semoga kekejaman terhadap kucing dihentikan dengan segera. Mereka juga ada hak untuk hidup tenang seperti makhluk yang lain. 

 ^_^

CIMB Clicks kena Block

Assalamualaikum, 

Petang semalam aku ingin menambah kuota internet disebabkan internet semakin slow. Tapi sayangnya kredit aku telah kehabisan. Jadi aku pun segera masuk ke website CIMB Clicks untuk topup kredit. Aku guna versi mobile kerana ia loading laju. 

Akaun CIMB kena Block
Versi mobile - The access has been suspended
Aku memasukkan username dan password seperti biasa. Kali pertama dan kedua aku masukkan salah. Masuk kali ketiga keluar amaran 'The access has been suspended'. Macam tak percaya aku salah masukkan username atau password.

Aku dah serik nak telefon pegawai khidmat pelanggan CIMB. Tekan banyak sangat nombor semata-mata nak bercakap dengan dia, hinggakan kredit habis begitu sahaja. Sebelum ini pernah juga terjadi seperti ini dalam entri cerita CIMB Clicks

Jadi aku biarkan sahaja buat sementara waktu. Malam tadi tiba-tiba aku luahkan kepada adik aku berkenaan masalah itu. Terus adik aku mencuba masuk dan berjaya (username dan password aku memang adik aku hafal). 

Akaun CIMB kena Block
Versi biasa - keluar secure word
Rupa-rupanya aku tersalah masuk username, patutlah jadi begitu. Aku harap tiada orang yang gunakan username itu, kasihan pula jika akaun CIMB Clicks dia yang kena block. Selalunya jika guna versi biasa (bukan mobile) ia akan keluar secure word.

*p.s: Kena lebih berhati-hati selepas ini. 

 ^_^

22 January 2014

Jenis Tulisan dan Personaliti

Assalamualaikum, 

Ketika bekerja dahulu bos aku sering menceritakan mengenai jenis tulisan dan personaliti. Katanya salah satu cara dia membaca personaliti staf bawahannya adalah melalui jenis tulisan mereka. Kebetulan apa yang diperkatakannya ada kebenarannya.

Jenis Tulisan dan Personaliti
Jenis Tulisan dan Personaliti (Gambar hiasan) - flickr. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai buah dan personaliti. Jenis tulisan dan personaliti adalah seperti berikut:

1. Tulisan tidak pernah berubah
Sukar untuk berubah dan lebih suka mengekalkan personaliti diri yang sedia ada, mempunyai pendirian yang tetap serta tegas. 

2. Tulisan sering berubah-ubah
Sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual dan mudah berubah. Namun keputusan mereka masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

3. Tulisan tegak
Rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain, menyenangkan dan keputusan wajar dan tepat.

4. Tulisan condong ke kanan
Bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri. Cepat bosan jika terpaksa menunggu lama.

5. Tulisan condong ke kiri
Sensitif walaupun dari segi luaran nampak normal. Seorang yang berhati-hati dalam apa juga yang dilakukan kerana tidak mahu timbulnya penyesalan di kemudian hari. Setia kepada orang yang dicintainya.

6. Tulisan lebar
Aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Gemar mengembara sambil bercuti.

7. Tulisan kurus
Hanya akan melakukan perkara yang hanya digemarinya saja.

8. Tulisan bersegi empat
Seorang yang berotak matematik.

9. Tulisan bulat
Suka bergaul dan seorang yang penyayang.

10. Tulisan bersambung
Pemikirannya berdasarkan logik.

11. Tulisan bercerai-cerai
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja.

12. Tulisan jauh
Sukar didekati dan tidak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya.

13. Tulisan rapat
Mudah untuk berdampingan dengannya kerana dia berfikiran terbuka.

14. Tulisan ada ruangan di tepi
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat seperti berikut:
  • Ruang kiri dan kanannya sama besar - Berfikiran optimistik. 
  • Ruang mukasurat sebelah kiri kecil - Amat sensitif.
  • Ruang mukasurat sebelah kanan kecil - Rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya. 
  • Penuh satu mukasurat - Amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya. 
Walaupun jenis tulisan dan personaliti ini adalah berdasarkan kepada kajian sahaja, namun ianya mungkin boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan diri. Anda juga boleh membaca mengenai warna dan personaliti

*Nota: Jenis tulisan ini hanya untuk tulisan tangan sahaja. Apakah jenis tulisan tangan anda?

Diolah dari sumber: galeri.jpm.gov. my
^_^

21 January 2014

Cara Tegur Anak

Assalamualaikum,

Setiap orang anak pastinya mempunyai perwatakan yang berbeza bergantung kepada kelebihan yang mereka ada. Seharusnya ibu bapa mendepani segala kelebihan dan kekurangan setiap anak dengan seadilnya. 

Cara Tegur Anak
Cara Tegur Anak (Gambar hiasan) - kawwenyuk. my
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai 4 tahap mendidik anak. Anak-anak mungkin membanggakan ibu bapa dan adakalanya mereka akan melakukan kesilapan. Sekiranya mereka silap, usah terus menghukum mereka tetapi didiklah dengan kasih sayang.

Hukuman adalah sebagai salah satu cara untuk mendidik anak-anak. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan) (Hadis riwayat Abu Daud).
Perintah menunaikan solat wajib dilaksanakan oleh anak-anak bermula usia 7 tahun dan ketika usia 10 tahun boleh dipukul. Lazimnya ketika usia ini mereka sudah tahu membezakan antara betul dan salah dan ada juga telah akil baligh. 

Menghukum anak jika tidak solat adalah cara untuk mendidik dan peringatan. Namun ibu bapa harus membimbing anak-anak dengan menerangkan mengapa hukuman dijatuhkan. Jelaskan kepada mereka mengenai dosa dan pembalasan di akhirat kelak bagi manusia yang meninggalkan solat. 

Keberkesanan didikan secara ketegasan juga ada kaitan dengan tahap didikan ketika awal usia anak-anak. Jika pada awal usia mereka dididik dengan kasih sayang, insya-Allah didikan secara ketegasan pada tahap ini akan menjadi. 

Anak-anak menyedari bahawa teguran itu bukanlah tanda benci tetapi demi kebaikan mereka. Namun jika tidak dididik dengan kasih sayang pada peringkat permulaan, teguran pada usia ini akan membuatkan anak berasa jauh dan akhirnya mula membenci ibu bapa

Sekiranya anak-anak kurang kasih sayang ketika awal usia mereka, sebaiknya ibu bapa membina semula hubungan baik dengan anak-anak serta menunjukkan sifat kasih sayang dan membina komunikasi yang baik dengan anak-anak. 

Pujuk dan terangkan kepada anak-anak mengapa mereka dimarahi supaya mereka tidak terus membenci ibu bapa. Oleh itu, jadilah sahabat yang baik kepada anak-anak dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka ke arah jalan yang betul. 

^_^

20 January 2014

Khasiat Madu

Assalamualaikum,

Madu adalah pemanis semulajadi yang banyak khasiat. Ia telah digunakan untuk merawat pelbagai penyakit sejak dahulu kala. Namun kehebatan madu semakin dilupakan apabila manusia mula beralih kepada perubatan moden.

Khasiat Madu
Khasiat Madu (Gambar hiasan) - curademiere. ro
Kini madu kembali popular di kalangan masyarakat terutamanya ia digunakan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Sebelum ini dibincangkan khasiat secawan teh. Beberapa khasiat madu adalah seperti berikut:

1. Khasiat madu untuk awet muda
Madu mengandungi beberapa jenis asid organik yang bermanfaat untuk melonggarkan ikatan sel-sel kulit mati hingga mampu mengurangkan kulit kendur, garis penuaan, seimbangkan minyak dan menganjalkan kulit. Kandungan gula dan asid amino membantu mengekalkan kelembapan kulit.

2. Khasiat madu sebagai antioksida
Kandungan antioksida di dalam madu bermanfaat untuk mempertahankan tubuh daripada serangan radikal bebas. Antioksida yang dikenali sebagai ‘pinocembarin’ menjadikan tubuh lebih sihat, bertenaga dan terhindar daripada penyakit.

3. Khasiat madu untuk merawat luka
Madu telah digunakan untuk merawat luka sejak zaman dahulu. Kandungan glukosa dan enzim di dalamnya menghasilkan oksidase glukosa yang seterusnya memecahkan glukosa madu menjadi hidrogen peroksida (sebagai antiseptik). 

4. Khasiat madu untuk menghilangkan parut
Kandungan enzim, vitamin serta mineral yang terdapat dalam madu (propolis) boleh merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Jika ia disapu pada luka terbakar, luka akan cepat sembuh dan seterusnya mengurangkan parut.

5. Khasiat madu untuk menurunkan kolesterol
Walaupun rasa madu adalah manis, namun *indeks glikemiknya rendah kerana diserap ke dalam aliran darah secara berperingkat dan berupaya menurunkan glukosa darah. Mineral dan vitamin semulajadi di dalamnya juga membantu mengurangkan kolesterol buruk. 

Oleh itu, gunakanlah madu asli sebagai alternatif bagi menggantikan gula atau pemanis tiruan. Usah ragu dengan khasiat yang terdapat di dalam madu. Sebelum ini juga telah dibincangkan beberapa makanan yang manis tapi menyihatkan.  

*Indeks glikemik - ukuran kesan suatu makanan yang mengandungi karbohidrat dalam meningkatkan kadar gula darah setelah dimakan. 

Diolah dari artikel mingguanwanita.karangkraf. com

^_^

Kahwin dengan Lelaki Muda

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu kebiasaan apabila wanita berusia berkahwin dengan lelaki lebih muda. Soal perbezaan usia bukanlah penghalang untuk jatuh cinta dan sememangnya jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. 

Kahwin dengan Lelaki Muda
Kahwin dengan Lelaki Muda (Gambar hiasan) - dailytelegraph.com.au
Kawan aku sendiri telah berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari usianya dan mereka kekal bahagia sehingga kini. Pada permulaannya ibu bapa kawan aku menghalang hubungan antara kawan aku dan suaminya.

Namun setelah lelaki itu menunjukkan kematangan serta sikap bertanggungjawabnya barulah ibu bapa kawan aku yakin terhadap lelaki itu. Kini kawan aku dan suaminya telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. 

Apa yang aku perhatikan, dari segi fizikal kawan aku dan suaminya nampak sebaya walaupun beza usia mereka hampir 5 tahun. Lucunya apabila suaminya sengaja menyimpan misai semata-mata kerana ingin kelihatan lebih berusia. 

Semestinya tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita yang lain. Sebagai wanita pastinya kita cuba memahami perasaan wanita lain. Oleh itu, lebih baik berkahwin dengan lelaki muda berbanding merampas suami orang. 

^_^

19 January 2014

Membeli Makanan Sihat

Assalamualaikum,

Untuk mendapatkan badan yang sihat mungkin memerlukan kos yang tinggi untuk membeli makanan yang berkualiti. Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi pada masa kini pasti membuatkan kita berkira-kira untuk membeli. 

Membeli Makanan Sihat
Membeli Makanan Sihat (Gambar hiasan) - foodinsight. org
Namun, cuba bayangkan jika badan anda sakit tentunya memerlukan kos perubatan yang mungkin lebih tinggi. Sebelum ini telah dibincangkan makan malam untuk diet. Beberapa tips membeli makanan sihat adalah seperti berikut:

1. Rancang perbelanjaan
Senaraikan barangan makanan sihat yang perlu dibeli. Apabila tiba di kedai, beli hanya barangan yang telah disenaraikan tadi.  

2. Makanan segera/ siap bungkus
Teliti kandungan bahan-bahan yang terdapat di label bungkusan. Elakkan membeli makanan yang mengandungi banyak bahan kimia kerana ia tidak baik untuk kesihatan kita. 

3. Makanan sejuk beku vs makanan dalam tin
Makanan sejuk beku lebih baik berbanding makanan dalam tin. Berdasarkan kepada beberapa kajian yang dijalankan, makanan dalam tin mengandungi kandungan sodium yang banyak berbanding makanan sejuk beku.

4. Makanan kandungan gandum
Berhati-hati memilih makanan yang mengandungi gandum. Ini kerana terdapat dua jenis gandum iaitu gandum sebenar dan gandum pelbagai. Pilih yang mengandungi gandum sebenar (harga lebih mahal) kerana kandungan gizi di dalamnya lebih tinggi.

5. Makanan kandungan lemak
Elakkan membeli makanan yang mengandungi lemak tepu. Sebaliknya beli makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti susu rendah lemak, minyak zaitun dan macam-macam lagi. 

6. Sayur dan buah vs makanan segera
Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi nutrien yang baik terhadap kesihatan badan. Jadikan sayur dan buah sebagai snek bagi menggantikan makanan segera. 

Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak dengan hanya membeli makanan sihat yang diperlukan oleh badan anda sahaja. Usah mudah terpengaruh dengan iklan yang memaparkan makanan sihat, sebaiknya kajilah terlebih dahulu kandungan nutrien di dalamnya.

^_^

18 January 2014

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat

Assalamualaikum,

Kempen dan Segmen Blogger Berselawat
Klik banner di atas untuk join
Setabah Nabi Muhammad SAW:
Saat kehilangan orang yang tersayang pastinya akan membuatkan kita berasa sedih dan berdukacita. Namun, ketahuilah bahawa Rasulullah SAW begitu tabah menghadapi kematian orang yang baginda sayangi secara berturut-turut. 

Ketika baginda di dalam kandungan ibunya, ayahnya Abdullah telah meninggal dunia. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah pula meninggal dunia. Kemudian datuk baginda iaitu Abdul Mutalib akhirnya juga meninggal dunia. 

Baginda kemudiannya dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib, beberapa lama kemudian Abu Talib turut meninggal dunia. Diikuti pula oleh isteri baginda iaitu Khadijah, anak baginda dan dua cucu baginda (Hasan dan Husin). 

Sesungguhnya baginda SAW menghadapi semua ujian dan kesedihan itu dengan hati yang tabah. Oleh itu, jadilah setabah baginda Rasulullah SAW di dalam menghadapi ujian hidup. Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

^_^

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Assalamualaikum,

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

^_^

Merawat Selsema

Assalamualaikum,

Sejak semalam aku diserang oleh selsema, asyik bersin dan hidung berair sahaja. Mujurlah aku tidak terkena demam. Memang menyeksakan apabila terpaksa menghabiskan hampir sekotak tisu. Aktiviti berblog juga terganggu.

Merawat Selsema
Merawat Selsema (Gambar hiasan) - northsideent. com
Sekarang ini aku cuba elakkan untuk makan ubat klinik jika sakit. Aku telah google di enjin carian cara untuk merawat selsema. Antara cara yang aku telah cuba dan rasa semakin berkurangan adalah seperti berikut:

1. Merawat selsema dengan air
Tutup sebelah hidung dan masukkan sedikit air ke dalam hidung sebelah lagi. Hembus keluar air dari hidung. Ulangi untuk kedua-dua belah hidung sebanyak 10 kali.

2. Merawat selsema dengan minyak ikan 
Minum satu sudu besar minyak ikan kod Scott's Emulsion (aku ambil yang perisa oren). Kalau perisa asli aku tak sanggup nak telan.

3. Merawat selsema dengan air suam
Banyakkan minum air suam untuk melegakan selsema.

4. Merawat selsema dengan sup ayam
Masak sup ayam dan makan ketika ia masih panas (kalau nak buat sup daging pun boleh juga).

Alhamdulillah pagi ini selsema semakin berkurangan dan hidung pun rasa lebih selesa kerana tidak berair lagi. Bolehlah aku menjalankan aktiviti seperti biasa. Semoga perkongsian cara merawat selsema ini juga berguna kepada anda yang sedang selsema.

^_^

17 January 2014

Kenapa Menguap Berjangkit

Assalamualaikum, 

Jika anda perasan, apabila anda menguap pasti orang yang berada di sekitar anda juga akan menguap. Seolah-olah menguap itu berjangkit pula. Dalam Islam, kita dididik supaya menutup mulut ketika menguap. 

Kenapa Menguap Berjangkit
Kenapa Menguap Berjangkit (Gambar hiasan) - shafiehashim.wordpress. com
Kenapa menguap berjangkit? Pelbagai kajian telah dilakukan mengenai menguap. Dikatakan menguap berpunca daripada saluran darah dalam badan kekurangan oksigen. Namun jika berlebihan oksigen juga boleh menyebabkan tidak berhenti menguap. 

Umat Islam dianjurkan supaya menutup mulut ketika menguap kerana terdapat beberapa hadis yang menyentuh mengenai menguap dan adab-adabnya. Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).” (Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda mengenai menguap yang bermaksud:
“Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu. Kerana sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.” ( Hadis Riwayat Bukhari) 
Beberapa adab ketika menguap adalah dengan menutup mulut dan sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas anda menguap. Oleh itu, patuhilah adab-adab dalam Islam ketika menguap. Tentu kita tidak mahu ditertawakan oleh syaitan. 

*Info: Menurut kepercayaan masyarakat di Greek, mereka perlu menutup mulut ketika menguap bagi mengelakkan roh terlepas keluar dari mulut. Tentunya kepercayaan itu sangat menakutkan. 

Diolah dari artikel Dara. com

^_^

16 January 2014

Viva vs Ferrari

Assalamualaikum, 

Memandu ke Kuala Lumpur adalah salah satu perkara yang aku tidak suka. Di beberapa jalan dilencongkan ke laluan lain kerana pembinaan MRT. Ianya menjadikan lorong semakin sempit untuk laluan sebuah kenderaan besar.

Ferrari
Viva vs Ferrari (Gambar hiasan) - mosta2bal.com
Sepanjang perjalanan aku memerhatikan pelbagai ragam pemandu. Ianya mungkin membuatkan rasa marah atau kasihan juga. Marah apabila ada pemandu yang sengaja biadap. Kasihan apabila kereta cantik, tapi manusia yang memandunya berakal pendek. 

Sepanjang aku memandu tadi, aku perhatikan kebanyakan kereta yang biadap adalah kereta Viva. Tukar lorong tanpa signal dan menghimpit kereta aku menjadi perkara biasa. Ada pula berlagak berada di lorong paling laju dengan memandu melebihi had laju. 

"Baru dapat kereta Viva dan berlagak begini, entah bagaimana kalau mereka itu dapat memandu kereta Ferrari. Entah-entah kereta Viva aku ini dilanggarnya ke tepi." Tiba-tiba terdetik di dalam hati kecil aku. 

* Nota: Walau semewah/cantik mana pun kereta anda, hormatilah juga pemandu kereta yang lain. Apa salahnya bagi signal jika hendak menukar lorong. Sekadar peringatan kepada diri aku sendiri juga. 

 ^_^

Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki

Assalamualaikum, 

Setiap wanita pasti menyayangi pasangan dengan sepenuh hati kerana merasakan si dia amat penting dalam hidup. Namun, walau sedalam mana kasih sayang dicurahkan kepadanya mungkin dia si dia tetap akan mengecewakan.

Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki
Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki (Gambar hiasan) - facebook. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai jangan terlalu mencintai. Tentu anda tertanya, "Apa kurangnya diri aku sehingga dia sanggup kecewakan aku?" Cuba semak kembali perkara-perkara seperti berikut:

1. Mudah jatuh cinta
Anda jatuh cinta kepadanya hanya kerana penampilan fizikalnya yang menarik (kacak atau cantik), layanannya yang mesra dan kata-katanya yang manis. Mungkin anda terlalu gilakannya dan si dia hanya melayan sahaja. 

2. Takut kesepian
Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk saling mencintai. Rakan-rakan anda semuanya telah memiliki pasangan. Tentu anda menerimanya hanya kerana takut bersendirian dan kesepian. 

3. Hidup di alam fantasi
Tidak dinafikan novel atau drama sekarang ini banyak memaparkan alam percintaan yang manis dan penghujung yang bahagia. Ketahuilah bahawa realiti kehidupan tidak seindah dalam novel dan drama itu. 

4. Terlalu cemburu buta dan mengongkong
Si dia pastinya akan berasa rimas dengan sikap anda yang terlalu cemburu buta dan mengongkongnya. Sehinggakan untuk memilih baju baru pun anda yang buat keputusan. 

5. Terlalu terbuka
Sikap terlalu terbuka anda bercerita mengenai kisah silam (tentang keburukan diri) mungkin membuatkan si dia hilang hormat terhadap anda. 

6. Dunia anda hanya untuk si dia
Ketika berkawan dengan si dia mungkin anda tidak mempedulikan rakan-rakan yang turut keluar bersama anda berdua. Sepatutnya layanlah si dia sepertimana anda melayan rakan-rakan anda yang lain. 

7. Tidak memperbetulkan keadaan
Anda sedar hubungan anda dan si dia bermasalah, tetapi anda hanya membiarkannya. Lama-kelamaan pasti hubungan itu semakin retak dan menanti belah.

Oleh itu, usah terlalu mengikut emosi dan memperbodohkan diri hanya kerana cinta. Apa yang paling penting adalah sentiasa perbaiki kelemahan diri agar menjadi lebih baik. Yang terindah pastinya bercinta selepas kahwin.
^_^

15 January 2014

Wordless Wednesday # 26 - Telur

Assalamualaikum,

Penyamaran telur untuk mengelakkan dirinya dimasak telur dadar..

Penyamaran telur

Penyamaran telur

Penyamaran telur

Penyamaran telur

Penyamaran telur

Sumber gambar: designnex. net (vanessa dualib)

 ^_^

Aura Warna mengikut Hari

Assalamualaikum,

Aura warna mengikut hari adalah berdasarkan kajian berkaitan The Low Of Repeatation of Cronology. Menurut kajian ini, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

Aura Warna mengikut Hari
Aura Warna mengikut Hari (Gambar hiasan) -facebook. com
Sebelum ini telah dibincangkan aura bunga mengikut warna. Kali ini akan dibincangkan mengenai aura warna mengikut hari. Aura warna yang sesuai mengikut hari adalah seperti berikut: 

1. Isnin (Aura warna Putih)
Aura Warna mengikut Hari
  • Warna putih merangsang kelenjar Pituitari.
  • Warna ini akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh dalam keadaan hening. 
  • Hari Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana lebih kreatif dan efisyen.
2. Selasa (Aura warna Pink)
Aura Warna mengikut Hari
  • Pink ialah warna kasih sayang dan menyamai getaran di bahagian Thalamus (bahagian dalam otak berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan). 
  • Pengidap migrain akan berasa lega setiap hari Selasa. 
  • Jika memakai pakaian warna pink pada hari ini, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat.
3. Rabu (Aura warna Biru)
Aura Warna mengikut Hari
  • Warna biru adalah perangsang kelenjar Tyroid.
  • Paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada tahap optimum menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.
  • Hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata atau bermesyuarat.
  • Penyakit seperti beguk dan penyakit kerongkong mudah pulih jika dirawat pada hari Rabu.
4. Khamis (Aura warna Kuning / Oren)
Aura Warna mengikut Hari
  • Kuning adalah warna rangsangan sistem penghadaman dan kesuburan. Kemuncak warna kuning ialah di sepanjang hari.
  • Kepada mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  • Hari Khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
5. Jumaat (Aura warna Hijau)
Aura Warna mengikut Hari
  • Warna hijau ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru.
  • Pada hari Jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum.
  • Hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.
  • Pada hari ini juga sesuai untuk menjalankan rawatan berkaitan penyakit jantung dan paru-paru kerana paras oksigen berada pada tahap tertinggi.
6. Sabtu (Aura warna Merah)
Aura Warna mengikut Hari
  • Warna merah menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. Organ yang berwarna merah banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
  • Hari Sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan aktiviti.
  • Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ (merah), pada hari Sabtu pesakit akan merasa kesakitan akan semakin sembuh.
7. Ahad (Aura warna Hitam)
Aura Warna mengikut Hari
  • Hari Ahad sesuai untuk berehat. Seeloknya bercutilah pada hari ini. 
  • Penyerakan zarah pada hari Ahad adalah stabil dan pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan. 
  • Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing.
Artikel berkaitan aura warna mengikut hari ini hanyalah berdasarkan kepada kajian oleh manusia sahaja. Harus diingat bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan sesuatu ke atas semua manusia.

*p.s: Bolehlah memakai warna pakaian mengikut hari yang dicadangkan. 

Diolah dari sumber: internet.jpm.gov. my

^_^

14 January 2014

CPUV Nuffnang #25 dan 26

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah ini adalah CPUV pertama yang diterima dari pihak Nuffnang bagi tahun 2014 dan yang ke -25 dan 26 keseluruhannya. Entah mengapa sejak kebelakangan ini iklan dari Nuffnang susah melekat di blog ini. 

CPUV Nuffnang #25 dan 26
CPUV Nuffnang #25 dan 26
Kedua-dua iklan CPUV ini adalah dari Taylor's Phase 2. Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberikan iklan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung yang sudi singgah di blog ini. 

 ^_^

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum, 

Allah SWT memilih Nabi Muhammad SAW adalah sebagai rasul terakhir yang diutuskan untuk memberi rahmat kepada seluruh alam. Rahsia kehebatan dan kemuliaan al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT adalah kepada Rasulullah SAW. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al- Anbiya’ 21:107) 
Salam Maulidur Rasul
Salam Maulidur Rasul - facebook. com
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda adalah akhlak al-Quran itu sendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4) 
Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab: 
“Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-Quran)” (Riwayat Muslim) 
Keperibadian terpuji Rasulullah SAW ini telah dibentuk oleh Allah SWT dengan akhlak yang mulia seperti bersifat malu, memiliki kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh akhlak yang cantik. Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang baik. Daripada Aisyah, beliau berkata: 
“Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku.” (Riwayat Imam Ahmad) 
Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada seluruh alam. Bersama-sama kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW. 

Diolah dari: Artikel Berita Harian
^_^

13 January 2014

Daftar BR1M 2014

Assalamualaikum, 

Pendaftaran BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) 2014 telah pun dibuka bagi mereka yang layak.
BR1M 2014 - https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
Syarat kelayakannya adalah seperti berikut (copy and paste dari website e-BR1M)
  1. Warganegara Malaysia 
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Bagi pemohon yang pernah menerima BR1M 2013 boleh mengemaskini permohonan seperti berikut:
Masuk ke laman web: https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
1. Isi no. MyKad
2. Isi tarikh Lahir
3. Klik kemaskini Permohonan BR1M 2.0

4. Isikan maklumat:
No. Telefon Rumah, 
No. Telefon Bimbit
Pekerjaan
Maklumat Bank
Alamat e-Mel
Alamat Surat Menyurat Terkini
5. Masukkan kod verifikasi
6. Klik kemaskini

7. Tandakan 'saya bersetuju dengan syarat di atas'
8. Klik 'Setuju & Hantar'

*p.s: Aku baru sahaja mengemaskini BR1M tadi. 

Kredit: https://ebr1m.hasil.gov. my

^_^

Apabila dikhianati

Assalamualaikum, 

Ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) aku mengenali beberapa orang kawan baik. Salah seorang dari kawan aku memiliki motosikal sendiri. Selalunya jika ada yang hendak keluar membeli barang atau ke bank pasti dia menawarkan diri untuk membantu. 

Apabila dikhianati
Apabila dikhianati (Gambar hiasan) - socialmoms. com
Hampir setahun kami semua bersama memang banyak suka dan duka diharungi bersama. Sehinggalah pada suatu hari kami digemparkan dengan kehilangan duit di dalam akaun bank salah seorang kawan aku sebanyak RM1,500.00. 

Pihak bank memberitahu ada seseorang telah mengeluarkan wang di mesin ATM berhampiran UMT. "Pihak bank sedia memberikan rakaman CCTV setelah laporan polis dibuat untuk kita tahu siapa yang terlibat." kata kawan aku yang menjadi mangsa. 

Kebetulan perbualan itu didengari oleh kawan aku yang memiliki motosikal dan dia kelihatan resah. Akhirnya dia mengaku bahawa duit RM1,500.00 yang hilang itu dia yang ambil. Katanya dia menghafal password kad ATM kami ketika menemani kami mengeluarkan duit.

Kami tidak jadi untuk membuat laporan polis kerana memikirkan masa hadapannya yang masih jauh. Jika sudah menjadi kes polis dan terbukti bersalah pasti dia akan dibuang dari universiti. Dia juga telah meminta maaf dan berjanji untuk membayar balik duit itu.

*p.s: Sejak kejadian itu semua kawan-kawan tidak lagi rapat dengannya. Terasa trauma untuk berkawan baik dengan seseorang yang yang sanggup mengkhianati kepercayaan. 

 ^_^

12 January 2014

SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014

Assalamualaikum,


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

^_^

SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid

Assalamualaikum,

Segmen ini anjuran blogger Kiera. 
Klik banner di atas untuk join
Tamat: 21 Januari 2014

*Nota: Jom ramai-ramai support segmen ini. 

^_^

GA Tip-top Bloglist Ibu 2014

Assalamualaikum,

Malam ini insya-Allah aku akan join beberapa segmen yang telah aku bookmark. Ini adalah segmen pertama yang aku akan join pada tahun 2014.

Segmen ini anjuran blogger Marlina Sahar. 
Klik banner di atas untuk join
Tamat: 30 Januari 2014

*Nota: Jom ramai-ramai support segmen ini. 

^_^