20 January 2014

Kahwin dengan Lelaki Muda

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu kebiasaan apabila wanita berusia berkahwin dengan lelaki lebih muda. Soal perbezaan usia bukanlah penghalang untuk jatuh cinta dan sememangnya jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. 

Kahwin dengan Lelaki Muda
Kahwin dengan Lelaki Muda (Gambar hiasan) - dailytelegraph.com.au
Kawan aku sendiri telah berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari usianya dan mereka kekal bahagia sehingga kini. Pada permulaannya ibu bapa kawan aku menghalang hubungan antara kawan aku dan suaminya.

Namun setelah lelaki itu menunjukkan kematangan serta sikap bertanggungjawabnya barulah ibu bapa kawan aku yakin terhadap lelaki itu. Kini kawan aku dan suaminya telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. 

Apa yang aku perhatikan, dari segi fizikal kawan aku dan suaminya nampak sebaya walaupun beza usia mereka hampir 5 tahun. Lucunya apabila suaminya sengaja menyimpan misai semata-mata kerana ingin kelihatan lebih berusia. 

Semestinya tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita yang lain. Sebagai wanita pastinya kita cuba memahami perasaan wanita lain. Oleh itu, lebih baik berkahwin dengan lelaki muda berbanding merampas suami orang. 

^_^

70 comments:

  1. yup..aiza,kalau jodoh itu ditangan kita.. pasti kita nak yg terbaik kan !:)
    tapi janganlah salahkan 'jodoh' jika suami orang menjadi jodoh kita..uiss tak rela..hehe :D

    ReplyDelete
  2. usia hanyalah angkat dan cinta tiada sempadan.

    ReplyDelete
  3. sepanjang pengamatan saya, kalau di Malaysia ni, bangsa Cina nampaknya lebih terbuka soal wanita lebih berusia daripada lelaki. so far, ramai juga dikalangan kawan cina saya yang berkahwin dengan lelaki yang lebih muda dari mereka

    ReplyDelete
  4. Memang betul tu...jodoh itu rahsia Allah..umur itu hanya angka...yang penting saling memahami hormat menghormati dan juga tahu tanggung jawab dan hak masing2...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum...mizz aiza,

    suami biar nampak tua, walaupun usia muda..heheh...

    mselim3

    pls: ziarah kekawan..yg komen. seronok baca dah jodoh..kan!

    ReplyDelete
  6. Khawin dengan lelaki lebih mudah sebenarnya bukanlah masalah.. Saidatina Khadijah pun nikah dgn nabi kita yg umur lebih muda....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam singgah pagi...Diana sokong apa yang dikata...suami Diana pun muda dari Diana..InsyAllah semoga perkahwinan Diana dan suami berkekalan hingga ke hujung nyawa..

    ReplyDelete
  8. 'lebih baik kawen lelaki muda dari lelaki orang'.
    hahahah..suka ni.suka ni.
    nak buat mcm mne...umur dah tak muda sgt, so lelaki yg available mmg lelaki muda je..yg sama baya, tua sikit semua da kawen..hahaha

    ReplyDelete
  9. betul tu kak.. meletakkan diri sebagai perempuan yang dirampas suami nya pun dah menyakitkan. inikan pula kalau betul2 jadi. Minta allah jauhkan dari diri ini, kerana rasanya tak kuat menghadapinya

    ReplyDelete
  10. Asalakan pikiran mereka bisa disatukan, dan pola pikir mereka tidak dibedakan oleh waktu pasti mereka bisa sejalan....
    terkadang terjadinya pertengkaran karena perbedaan pola pikir yang diakibatkan oleh umur....

    salam sukses mbk

    ReplyDelete
  11. kalau dah jodoh kan kak...apa salahnya :)

    ReplyDelete
  12. betul tu sis..tak salah kawin dgn lelaki muda..yang salah tu kalau merampas suami org

    ReplyDelete
  13. Usia hanya pada angka, bukan pada jiwa. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  14. Usia bukan penghalang.. :D

    ReplyDelete
  15. kawin laki muda..
    my frend kawin dgn my lecture masa blajar..baru umur 22..sis..itulah namanya jodoh..skrg x de isu kawin laki muda ka.. prempuan muda ka.. janji suka2 sma suka..family ok.. trus jlan.. yg jadi mslah skrg masyarakat skeliling yg suka bg tangapan ngatif.. please b positif ya org2 skeliling :)

    ReplyDelete
  16. lain org lain taste nye..pada akak mmg tak salah kawen lelaki muda...tapi pendapat peribadi akak..elok lelaki tua dr isteri untuk lahirkan sifap hormat secara semulajadi pd yg lbh tua n pompuan lps kawen akn cpt tua...hah...entahlah

    ReplyDelete
  17. lelaki muda tetapi matang itu yang penting

    ReplyDelete
  18. Jodoh pertemuan ditangan Allah.. bila hati rasa sesuai & selesa bersama, usia bukanlah sesuatu yg menjadi penghalang. Yg penting adalah kebahagian bersama.
    ikea 3x.. :D

    ReplyDelete
  19. ramai yang kahwin dengan lelaki muda sekarang. da jodoh ^^

    ReplyDelete
  20. good sharing aiza..cik nor pon ada gak berkawan dgn lelaki muda tapi keluarga lelaki mghalang..cik nor redha jer la..huhu

    ReplyDelete
  21. Masalah jodoh, hidup rejeki dan kematian hanya Alloh yang megaturnya Mba, kita hanya tinggal mencari di mana gerangan di berada ya. he,,, he, he,,,

    Salam

    ReplyDelete
  22. ader baik dan buruknyer aiza...keserasian tu yang penting baru la bahagia....hehe

    ReplyDelete
  23. kalau dah jodoh.. umur tu boleh ditolak ke tepi..yg penting bahagia..

    ReplyDelete
  24. setuju akak... baiklah dgn yang lebih muda ataupun yang sama usianya. Jodoh Allah lah yang menentukan :)

    ReplyDelete
  25. Hehee..klu nk tahu kisah ni same spt ibu. Cume jarak beza 4 thun je.. kami kekal hingga skrg. Mudah2an kekal hingga ke jannah. Amin,.

    ReplyDelete
  26. lelaki muda yg sanggup berkahwin dgn wanita yg agak berusia adalah menggambarkan keluhuran hati budinya sanggup menerima pasangannya seadanya...kan sunnah nabi saw tu..

    ReplyDelete
  27. umur tidak begitu penting, yang penting bagaimana mereka mengekalkan hubungan mereka sehingga ke akhir hayat. :)

    ReplyDelete
  28. jodoh itu rahsia allah.... kahwin lelaki muda ker atau lelaki tua ker jika pandai mengendalikan rumah tangga aman bahagia ke akhir hayat... :)

    ReplyDelete
  29. setuju mizz masih banyak pilihan kok daripada punya orang dan berkongsi sesuatu yang buat hati sakit

    ReplyDelete
  30. Umur bukan penghalang kan. Yang penting isteri dan suami tahu tanggung jawab masing2 :)

    ReplyDelete
  31. Khadijah pun lebih tua dari Nabi Muhammad saw . Bahagia je baginda dengan khadijah. Jodoh semua di tangan tuhan. Yaa , kita rancang tuhan yang menentukan :)

    ReplyDelete
  32. yang penting jangan berkongsi kasih...tu aje
    tapi yelah, jodoh tu rahsia ALLAH kan
    tak kisahlah tua ke muda
    janji bahagia ke jannah

    ReplyDelete
  33. umur tak melimitkan seseorang untuk berjodoh ^_^ ..jodoh itu rahsia ALLAH

    ReplyDelete
  34. hai..kawin muda kalau jodoh terima ya tak heeee.suri nak buat apa tolak nanti lamabt kawin lambat pula dapat anak huaa...

    ReplyDelete
  35. Akk kawen dgn lelaki tua.muahahaa..alhamdulillah nak masuk 13 thn next month.

    ReplyDelete
  36. Saidatina khadijah sendiri berkahwin dgn lelaki muda (Rasulullah SAW)...yg ptg kematangan, bertolak ansur dan saling bertanggungjawab

    ReplyDelete
  37. ini sesuatu yang agak subjective kerana kadang2 ade sesetengah perempuan yang memang tak boleh minat dengan lelaki yang lebih muda..but in the end itu semua bergantung kepada jodoh kita kan??hehehe..klik nuffy sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  38. muda dari isteri tak jadi masalah, kan, yang penting bahagia dan matang

    ReplyDelete
  39. ayat last tu saya suka akak.. "lebih baik kawin dgn lelaki muda daripada menjadi perampas laki orang.."

    ReplyDelete
  40. Stigma laki muda berkahwin dengan perempuan lebih sedikit berusia dari lelaki.

    Kalau dah jodoh dan takdir.
    Itulah ketentuan Allah

    ReplyDelete
  41. tak berani nak komen bila sentuh tentang jodoh ni. kekadang bukan kita merampas, tapi ujian Allah memang begitu untuk kita...

    ReplyDelete
  42. itu cerita dari temen mbak aisyah ya

    ReplyDelete
  43. Sis setuju...bukan apa kasihan pada anak2 . Masih ramai lelaki bujang di luar sana. Lagipun, rampas merampas ni mungkin berulang kepada kita pula,siapa tahu kan Aiza

    ReplyDelete
  44. Skrg nie usia bukan penghalang dah akak.. kalau masing2 dh suka kawin jer.. =D

    ReplyDelete
  45. kalau di sini lelaki yang lebih muda disebut brondong :D

    ReplyDelete
  46. Semoga perkahwinan kawan Aiza bahagia hinhga ke anak cucu...

    ReplyDelete
  47. Yang penting tetap sayang sama Istri

    ReplyDelete
  48. amboi aiza ! ... kita serupa ... faham , faham ^_^ .

    ReplyDelete
  49. hahaa.sweet je simpan misai semata tu..hehee ^_^

    ReplyDelete
  50. Assalam
    Jodoh pertemuan ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  51. wah beruntung sekali ya mizz bisa menikah dengan cowok yang masih muda. Jadi pasti seru banget ya dalam menjalin rumah tangga hehehe :D

    ReplyDelete
  52. Kalau dah itu jodohnya, apa salahnya. Janji bahagia.

    ReplyDelete
  53. Kalau dah jodohkan Aiza..terima aje..doa yang terbaik untuk semua..

    ReplyDelete
  54. Janji mereka bahgia dan bersefahaman..

    ReplyDelete
  55. Soal jodoh ketentuan Allah...umur bukan ukurannya..

    ReplyDelete
  56. ika pun ada kawan yang kahwin dengan perempuan yang lebih tua dari dia....cikgu kami pula tu masa sekolah...dah jodoh kan kak....

    ReplyDelete
  57. pada mama kan, tak kisah asalkan si lelaki tahu bawa diri sebagai ketua keluarga...

    ReplyDelete
  58. umur hanya nombor kan..yang penting lelaki tu matang, bertanggungjawab dan boleh membimbing. :)

    ReplyDelete
  59. tak kisah la siapa muda, asalkan happy kan..kak saya sendri beza 5 tahun dgn suami dy..hapy jer..semua itu jodoh ALLAH

    ReplyDelete
  60. waahh sweetnya.. hehe.. betol tu akak, x kiralah usianya yg pntg matang dan tahu bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  61. jodoh di tangan Allah..

    ReplyDelete
  62. contohi kisah nabi muhammad dan siti khadijah. :)

    ReplyDelete
  63. adoi sentap qila hihihih qila tak tahu ah kenapa tp mmg suka lelaki encem, tu cmane eh kak aiza? :P
    hihihihi

    ReplyDelete
  64. betul, jgn lah ambik suami org. cari lah suami mu sendiri ehhehehehe

    ReplyDelete
  65. betul tu kak, umur tu tak penting. yg penting kita yakin pasangan kita tu mampu pikul tanggungjawab dan terima kita seadanya.. :)

    ReplyDelete
  66. Langsung takda masalah pun sebenarnya :)

    ReplyDelete
  67. macam ada maksud tersirat je di sebalik entri ni.. =)
    btw, teringat perkahwinan izzue islam & awin. walaupun usia jauh berbeza, tapi depa sweet giler2 kan? suka tengok ^^

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^