14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum, 

Allah SWT memilih Nabi Muhammad SAW adalah sebagai rasul terakhir yang diutuskan untuk memberi rahmat kepada seluruh alam. Rahsia kehebatan dan kemuliaan al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT adalah kepada Rasulullah SAW. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al- Anbiya’ 21:107) 
Salam Maulidur Rasul
Salam Maulidur Rasul - facebook. com
Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda adalah akhlak al-Quran itu sendiri. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.” (Surah al-Qalam 68:4) 
Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab: 
“Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-Quran)” (Riwayat Muslim) 
Keperibadian terpuji Rasulullah SAW ini telah dibentuk oleh Allah SWT dengan akhlak yang mulia seperti bersifat malu, memiliki kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh akhlak yang cantik. Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang baik. Daripada Aisyah, beliau berkata: 
“Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku.” (Riwayat Imam Ahmad) 
Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai rahmat kepada seluruh alam. Bersama-sama kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW. 

Diolah dari: Artikel Berita Harian
^_^

61 comments:

  1. Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..salam maulidur rasul Aiza

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul kak aiza, selamat bercuti..

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1435H Kak Aiza.

    ReplyDelete
  4. Allahumma salli ‘ala Muhammad wa Ali Muhammad ..
    salam Maulidur Rasul 1435H

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul Kak Aiza. Berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul 1435H/2014..aiza :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Mulud ya Ka, semoga kita selalu diberikan keberkahan dalam hidup. Amiiin.....

    Salam

    ReplyDelete
  8. Mulia smua sifatnya nak ikut contoh sifat mulia mcm tu pun kdg2 susahnya..tu sbb lemah iman kan.slm maulidur rasul

    ReplyDelete
  9. selamat hari maulid nabi muhammad SAW

    ReplyDelete
  10. betul ;)
    rasulullah sebaik baiknya :D
    perfect!
    :)
    Thanks kak aiza!!!
    Jom selawat!!! :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum dan salam maulidul rasul
    selawat ke atas rasullah saw... :)

    ReplyDelete
  12. Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, semoga kita senantiasa mendapatkan syafaatnya di hari akhir nanti. Amin..

    ReplyDelete
  13. salam maulidur rasul aiza..

    ReplyDelete
  14. salam maulidur rasul kak aiza :)nuff akak tido

    ReplyDelete
  15. salam maulidur rasul sis aiza
    jom sama2 bersalawat

    ReplyDelete
  16. tiada yang sesempurna rasulullah melainkan Allah,salam maulidur rasuk kak aiza :)

    ReplyDelete
  17. salam maulidur rasul kak aiza :D

    ReplyDelete
  18. Salam maulidul rasul aiza...

    Indahnya pengisian..terimaksih aiza....

    ReplyDelete
  19. salam maulidur rosul buat mizz aiza

    ReplyDelete
  20. Semoga kita bisa menjadi pribadi yang jauh lebih baik lagi dari hari sebelumnya Mizz Aiza, dan menjadi probadi yang lebih bermanfaat bagi sesama. Amien

    ReplyDelete
  21. salam maulidur rasul kak aiza :D

    ReplyDelete
  22. Beruntung kita kerana menjadi umatnya...
    Salam maulidur rasul 1435H , aiza

    ReplyDelete
  23. tak terasa sekarang sudah bulan maulud ya. Untuk memperingati hari kelahiran Rasulollah SAW :)

    ReplyDelete
  24. salam maulidur rasul kak Aiza.....moga kita sentiasa mengikut ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  25. Salam Maulidur Rasul 1435H...
    Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    p/s: Lajunya turun AR tu...tahniah

    ReplyDelete
  26. Selamat menyambut Maulidurrasul Aiza.. selawat & salam ke atas junjungan Rasulullah saw.. :)

    ReplyDelete
  27. selamat menyambut maulidur rasul aiza..

    ReplyDelete
  28. salam maulidur rasul kak ;)

    ReplyDelete
  29. salam maulidur rasul aiza.. :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. semoga kita dapat mencontohi akhlak terpuji baginda.. amiinn..

    ReplyDelete
  31. salam maulidur rasul buat akak sekeluarga.. hari2 biasa pun boleh berselawat ke atasnya :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^