16 January 2014

Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki

Assalamualaikum, 

Setiap wanita pasti menyayangi pasangan dengan sepenuh hati kerana merasakan si dia amat penting dalam hidup. Namun, walau sedalam mana kasih sayang dicurahkan kepadanya mungkin dia si dia tetap akan mengecewakan.

Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki
Wanita yang Mudah dikecewakan oleh Lelaki (Gambar hiasan) - facebook. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai jangan terlalu mencintai. Tentu anda tertanya, "Apa kurangnya diri aku sehingga dia sanggup kecewakan aku?" Cuba semak kembali perkara-perkara seperti berikut:

1. Mudah jatuh cinta
Anda jatuh cinta kepadanya hanya kerana penampilan fizikalnya yang menarik (kacak atau cantik), layanannya yang mesra dan kata-katanya yang manis. Mungkin anda terlalu gilakannya dan si dia hanya melayan sahaja. 

2. Takut kesepian
Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk saling mencintai. Rakan-rakan anda semuanya telah memiliki pasangan. Tentu anda menerimanya hanya kerana takut bersendirian dan kesepian. 

3. Hidup di alam fantasi
Tidak dinafikan novel atau drama sekarang ini banyak memaparkan alam percintaan yang manis dan penghujung yang bahagia. Ketahuilah bahawa realiti kehidupan tidak seindah dalam novel dan drama itu. 

4. Terlalu cemburu buta dan mengongkong
Si dia pastinya akan berasa rimas dengan sikap anda yang terlalu cemburu buta dan mengongkongnya. Sehinggakan untuk memilih baju baru pun anda yang buat keputusan. 

5. Terlalu terbuka
Sikap terlalu terbuka anda bercerita mengenai kisah silam (tentang keburukan diri) mungkin membuatkan si dia hilang hormat terhadap anda. 

6. Dunia anda hanya untuk si dia
Ketika berkawan dengan si dia mungkin anda tidak mempedulikan rakan-rakan yang turut keluar bersama anda berdua. Sepatutnya layanlah si dia sepertimana anda melayan rakan-rakan anda yang lain. 

7. Tidak memperbetulkan keadaan
Anda sedar hubungan anda dan si dia bermasalah, tetapi anda hanya membiarkannya. Lama-kelamaan pasti hubungan itu semakin retak dan menanti belah.

Oleh itu, usah terlalu mengikut emosi dan memperbodohkan diri hanya kerana cinta. Apa yang paling penting adalah sentiasa perbaiki kelemahan diri agar menjadi lebih baik. Yang terindah pastinya bercinta selepas kahwin.
^_^

67 comments:

  1. Dan yg 3 tu banyak terjadi. Terlalu mengharap lebih sedangkan realiti bukan selalu sama macam cerita rekaan manusia.

    ReplyDelete
  2. Ilmu bercinta juga perlu ada kan Aiza.. terlalu menurut juga membosankan, terlalu melawan juga memenatkan.. urmmm..

    ReplyDelete
  3. tips akak memang awesome.. bab cemburu mama memang tak suka, sebab mama jenis berkawan dengan sesiapa saja, soal cemburu tak perlu timbul..

    ReplyDelete
  4. saya akui yg nombor 7 tu superb betul. =(

    ReplyDelete
  5. wanita itu harus dilindungi dan bukan untuk di sakiti :)

    ReplyDelete
  6. Wah benar sekali mbak aiza. Memang wanita yang mempunyai sifat-sifat di atas mudah di kecewakan laki-laki, karena terlalu cinta.

    Mungkin ini bisa jadi pelajaran buat para remaja putri ya mbak..

    ReplyDelete
  7. kene berpada-pada sbb kalau kecewa mmg buruk padahnya...

    ReplyDelete
  8. betapa mudahnya seorang wanita di kecewakan..
    thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  9. Alamak...ni susah sikit nih...rasanyer yg no 4 tu betul kot kuat sangat cemburu..payah tau lelaki mudah bosan...

    ReplyDelete
  10. cinta seadanya.. dan jangan melampaui batas.. :)

    ReplyDelete
  11. cinta selepas kahwin lagi indah :)

    ReplyDelete
  12. ayat memperbodoh tiak menahan hee,tapi benar kita buang masa kalau di kecewakan.abaikan sahajalah hee cari baru cewah mula cakap mudah ni heee

    ReplyDelete
  13. sori suri tak dapat online sb tm mergam hu...

    ReplyDelete
  14. Biarlah cinta kita lebih kepada Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  15. betul tu akak.. saya setuju sangat dengan semua statement2 diatas.. :))

    ReplyDelete
  16. Nice entry sis . perempuan ni ego nye tinggi sikit . huhuhu

    ReplyDelete
  17. no 3 tu saya sangat suka aiza..dengan lambakkan novel serta drama yang romantik membuatkan wanita semua inginkan lelaki seperti dalam watak berkenaan walaupun pada hakikatnya hanya ada segelintir yang macam tu..(itupun kalau ade)..hehehe menabung ikea sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  18. Betul tu. Adakala kena fikir diri sendiri juga. Jangan terlalu cinta lagi pun jika suami takpa la. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  19. realiti kehidupan tidak seindah dalam novel dan drama itu.

    :) Hihihi.
    Betul sangat2 kak aiza :D
    Bila kita lonely, ofcs lah cenderung nk berkawan bagai tapi. Haih. Jgn ikut emosi ;) :D

    Hihihi tak sabar nak tunggu yg paling indah tu hohoho

    ReplyDelete
  20. adakalanya berterus terang tentang masa lalu kita lebih baik daripada memendamnya.tapi kita tengok juga sikap pasangan kita terlebih dahulu.adakah boleh menerima atau tidak akan kisah buruk tersebut atau tidak.

    ReplyDelete
  21. Semoga kita semua terlindung dari bersifat sedemikian ya kak

    ReplyDelete
  22. yang ke-3 tu, byk berlaku... contohnya kawan saya... sampai byk kali crush dengan lelaki2 yang baik dengannya.

    ReplyDelete
  23. Selamat sore Mbak Mizz Aiza.
    Artikel Mbak ini sangat memberi
    Pengetahuan tentang kehidupan dan
    Cinta pada sesama. dan saya sangat
    Setuju sekali di akhir ending tulisan
    Mbak Mizz Aiza itu.salam hormat slalu

    ReplyDelete
  24. Persaan hati Wanita, selembut
    Sutra namun jika hati yang lembut
    Itu sudah tergores oleh luka dan
    Kecewa oleh laki-laki maka
    Untuk percaya pada pasanganya sangat
    Susah. karena Wanita ingin slalu
    Di mengerti yah Mbak? nice share

    ReplyDelete
  25. biar ssh dapat.. asalkan tak mudah dikecewakan..acecece

    ReplyDelete
  26. hi.. betol tu kecewa atau dikecewakan.. tak mau dikecewakan sila jual mahal yer.. org laki ni lagi susah dye dapat cinta dari seorang awek..lagi laa dye lebey menghargai korang.. dgr laa nasihat dari Atok Am ni..

    ReplyDelete
  27. perlu keraskan sikit hati dan pentingkan diri sikit kot.. huhu

    ReplyDelete
  28. Yang terindah pastinya bercinta selepas kahwin.
    ______________

    Halal. Aman. Ridha.

    ReplyDelete
  29. kite ada sorang kawan yang terlalu nak sangat ada bf sampai asyik je kene mainkan dengan lelaki. nak bagi nasihat pon dah xtau nak cakap camne. hmmm

    ReplyDelete
  30. Muhasabah diri...Akui kelemahan. setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  31. Trima kasih sis atas prkongsian..kita trima psgn kita seadanya

    ReplyDelete
  32. benar sekali mbak ^_^

    ReplyDelete
  33. bercinta boleh tapi jangan berkorban apa saja demi cinta...

    ReplyDelete
  34. Menurut saya ini yang fital sekali..

    "6. Dunia anda hanya untuk si dia
    Ketika berkawan dengan si dia mungkin anda tidak mempedulikan rakan-rakan yang turut keluar bersama anda berdua. Sepatutnya layanlah si dia sepertimana anda melayan rakan-rakan anda yang lain"

    Selamat sore kak, kebetulan saya baru kostum domain baru.. jadi sekarang ini dalam rangka perkenalan domain baru, sekaligus kunjungan sore :)

    ReplyDelete
  35. masa bercinta semuanya indah...kalau boleh semuanya takder rahsia lagi...percaya sangat...

    ReplyDelete
  36. perlu di ingat nih buat para wanita agar tidak dikecewakan lelaki

    ReplyDelete
  37. kesiannya perempuan, mereka setia tapi selalu dikecewakan :(

    ReplyDelete
  38. Hmm... Kenali wanita dan lelaki dan.cuba cari persamaan bukan perbezaan krna lelaki dan wnita mmg dh berbeza..

    ReplyDelete
  39. Karena memang kalau sudah cinta bisa hilang kesadaran diri apalagi untuk memperbaikinya pasti lupa

    ReplyDelete
  40. perkongsian yg bagus...lelaki pun blh guna..hihiihh

    ReplyDelete
  41. Setuju dgn apa yg aiza perkatakan di atas,yg kita cinta tu manusia biasa juga,bkn nya sang dewa kan aiza......

    ReplyDelete
  42. kasihan ya mbak kalau di kecewakan sama cowok

    ReplyDelete
  43. carilah pasangan yang benar-benar mau berkomitmen menjalin hubungan yang serius. ini bisa memperkecil kemungkinan hubungan akan rusak

    ReplyDelete
  44. betul kan sis..percintaan lebih indah selepas berkahwin..
    menabung sini-ikea

    ReplyDelete
  45. Thanks sharing ;)
    Betul tu Kak Aiza..

    ReplyDelete
  46. suka ayat last akak.. usah bodoh kerana cinta. kita bleh memilih dan buat keputusan sendiri :)
    takut terjumpa lg dgn org mcm no 4 tu

    ReplyDelete
  47. ermmmm...selalu sangat berlaku sm saya kalau baba endah tak endah kalu ada masalah ne..thnks share sis

    ReplyDelete
  48. point no 3 tu sally terpaksa la akui...lagi-lagi yg suka tgk cite korea ni -_-'

    ReplyDelete
  49. Dikecewakan memang sakit...nak pulih kena mengambil masa yang lama.. hai malas la nak cerita...

    ReplyDelete
  50. umur dah makain meningkat ni makin matang pikirkan soal cinta ni,thanks akak ats prkongsian ni :)

    ReplyDelete
  51. Wanita tidak seharusnya dilihat lemah walau hakikatnya ia adalah kaum yg lemah..t.kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  52. Setuju dgn semua tu Aiza.. mmg lumrah wanita & sepatutnya lelaki berperanan membimbing kearah kebaikan bukan menghancurkan perasaan wanita ni..
    3x ikea.. maaf lewat terjah, tersibuk sikit.. :D :D

    ReplyDelete
  53. Kesimpulannya lebih baik natural aja dah, jangan berlebihan Iya Kan Mizz Aiza?

    ReplyDelete
  54. kita setuju dengan Aiza punya observation tu..Kena jaga dirikan..

    ReplyDelete
  55. dulu sy wanita yg mudah disakiti..tp skrg sy pilih utk tak akan merasa disakiti..

    ReplyDelete
  56. iya sebaiknya para lelaki jangan sekali-kali mengecewakan wanita, karena kalau sudah sakit hati, sulit sekali untuk di lupakan dan dimintai maaf ya mizz hehehe ;D

    ReplyDelete
  57. kejar laa cinta hakiki ; Allah. Itu lebih memberi ganjaran baik untuk kita

    ReplyDelete
  58. tulah perempuan
    pi mai pi mai, perempuan tetap yang disakiti

    ReplyDelete
  59. jangan terlalu mencintai seseorang sebab tiada apa yang kekal di dunia ni. Kelak nanti kita pasti kecewa kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^