Assalamualaikum,
Setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan pada masa yang lalu. Mungkin pada ketika itu dia jahil dan terlalu mengikut perasaan. Sehinggakan kesilapan itu mungkin dianggap terlalu teruk dan sukar untuk dimaafkan.
Sukar Memaafkan (Gambar hiasan) - facebook. com |
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kunci ketenangan hati. Ada masanya hati kita telah disakiti berulangkali oleh seseorang dan telah banyak kali peluang yang diberikan kepadanya. Sehingga sampai satu tahap kita sukar untuk memaafkanya lagi.
Mungkin kita pernah berkata, "Mengapa aku harus maafkan dia sedangkan dia tak pernah pun minta maaf pada aku?" Pilihan terletak di tangan kita sama ada memilih untuk berdendam atau memaafkan. Seperti firman Allah SWT:
“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim." (Surah Asy-Shura 42: 40)
Pasti ada yang mengatakan, "Mudah untuk memaafkan namun sukar untuk melupakan dan di dalam hati masih tersimpan perasaan dendam". Ketahuilah bahawa dendam adalah salah satu penyakit hati yang menyebabkan kita berasa tidak tenang.
Sedangkan Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang sedia memaafkan hamba-Nya yang berdosa dan bertaubat. Mengapa kita hamba yang kerdil dan tidak terlepas dari kesilapan sukar untuk memaafkan kesalahan manusia lain?
Setelah memaafkan, seeloknya lupakan segalanya. Yakinilah bahawa semua itu adalah ujian dari Allah SWT bagi menguji keimanan kita. Oleh itu, mengadulah hanya dengan Allah SWT di atas apa yang terjadi kepada kita kerana Dia sentiasa bersama kita.
Nota : Jangan ingat orang yang melukakan hati kita itu zalim. Sebaliknya kita mungkin lebih zalim kerana tidak mahu memaafkannya. Maafkan kesalahan orang lain sebelum tidur untuk ketenangan hati.
^_^
apa lagi kalau emosi sudah terlalu membara.
ReplyDeletekata maaf itu bisa tidak akan ada
Itulah Aiza bukan senang nak mendidik hati dan rohani kalau iman tak kuat dan hati tak cekal.. kadang mulut kata dah maafkan tapi hati jahat tu tak boleh lupa..
ReplyDeleteAllah Maha Pengampun, kenapa tidak kita yg tiada apa-apa ni :)
ReplyDeleteSedangkan Nabi ampunkan umat...
ReplyDeletekadang2 hati nak ikhlas nak maafkan. tp bila org itu asik melalkukan kesalahan yg sama. annoying sgt . =)
ReplyDeletejangan ler berdendam..
ReplyDeletememudaratkan diri sendiri kelak.
kita boleh maafkan orang yang buat salah dengan kita tapi layanan kita terhadapnya tidak mungkin sama seperti dulu...
ReplyDeleteMari bewrusaha menanamkan rasa maaf bermaafan mbaj
ReplyDeletesaya tiada masalah untuk memaafkan orang tapi kekadang tak suka bila kita nak mintak maaf and orang tu jual mahal sampai kita mcm nak kena merayu untuk mendapat kemaafan dorang..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
walaupun susah didiklah jiwa jadi pemaaf..
ReplyDeletedengan memberi kemaafan InsyaAllah hati akan tenang.. jika betul perbuatan mereka layak dibalas, biar shj Allah yg membalasnya.. :)
ReplyDeletesy pnah baca x ingat katne,, kalau kita x maafkan org tu nanti kat masyar kita kene tunggu org tu dtg mintak maaf...
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSaat di dalam situasi demikian , sukar untuk di jelaskan. Perlu panduan untuk memimpin hati.
jalan yang terbaik adalah memafkan.Tp klu disakiti berkali2 pon lg perit kak aiza.Pape pon tabah ye :)
ReplyDeletebukan senang nak memaafkan orang tambah pula yg betul telah menyakitkan hati kita.. tapi siapalah kita untuk terus membenci org tersebut. biar Allah sahaja yg membalasnya...
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni sy masih mudah memaafkan dan meminta maaf :) nice sharing kak :)
ReplyDeletemmg x dinafikan. sukar memaafkan ttp bla fikir blk, smpi bla kita nk bersikap sebegitu kan?
ReplyDeletebetul tu..ibu pun rase mcmtu jugak bile diingat2 mmg sukar utk memaafkan tp ibu ni jenis yg tak suke nak berdendam sbb akn memudaratkan hati kite jd jahat. lumrah hidup masing2 ade pendirian kan.
ReplyDeletemaaf sukar nak terima kita kena didik untuk belajar banyak maafkan orang
ReplyDeletejumpa burung saya ketuk tiga kali.petang saya jejak kembali mana tahu burung lari ada pula pegganti baru :)
ReplyDeleteAllah maha Pengampun, kenapa kita yang hanya hambanya "TIDAK"?
ReplyDeletesemua org pernah buat silap.. positifkan diri dan let go mcm tu je.. tak payah ambik pusing sgt.. :)
ReplyDeletehmmm..kena terima kekurangan org lain..kita muhasabh diri kita..
ReplyDeleteBetul. Sbb tu before tidor maafkan semua orang :D Hehehe.
ReplyDeleteMaaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !
ReplyDeleteSusah sangat nak memaafkan orang. tapi bila kita marah sangat dengan seseorang, kita lihatlah kebaikan yang pernah dia lakukan. Paasti akan terbuka hati kita untuk memaafkan
ReplyDeleteMemaafkan seseorang bukan senang..tp dengan hati yg terdidik..In Sha Allah akan menjadi mudah..sama-sama kita memperbaiki diri...:)
ReplyDeletekemaafan dendam terindah..;)
ReplyDelete..jemput follow blog saya yang tak seberapa itu..;)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
berbesar hati untuk memaafkan kesilapan orang lain sbb kita pun bukannya baik sangat...
ReplyDeletekita maafkan..,asyik berckp hal yg sama..susahnya menjaga HATI
ReplyDeletememaafkan mudah jer kan...tp..melupakan tidak...
ReplyDeletebnyk lagi kena belajar ni. Memang susah nak melupakan walaupon dah dimaafkan.
ReplyDeletefarah sedang cuba nak maafkan seseoang tue.. tapi sampai sekarang masih tak dapat jugak nak lembutkan hati nie.. biarlah masa yg tentukan kak.. =D
ReplyDeleteMemaafkan itu mmg kdgkalanya amat sukar utk dilakukan.. lebih2 lagi bila sesuatu perkara itu betul2 membuat hati & kepercayaan kita terguris.. Semoga Allah sentiasa memberi kelembutan hati utk kita sentiasa maaf bermaafan.. in shaa Allah.. aamiin.
ReplyDeletechurp2 & inti sini. Salam Jumaat Aiza.. :)
memaafkan orang ituh membuktikan kita telah dewasa dalam mengambil kebijakan
ReplyDeleteAkan cuba memaafkan walopon pahit...tq share aiza...
ReplyDeletekadang kala memang akan sakit hati ini.. tapi lagi sakit kalau biarkan hati kita penuh dengan dendam..
ReplyDeletemaafkan itu ada kemanisan iman
InsyaAllah, sama2 kita cuba amalkan, agar hati kita terus tenang.
ReplyDeletetidak memaafkan sama juga dgn berdendam..jgn la mcm tu..lembutkan ati untuk memaafkan..kerana kita tak tahu masalah org lain
ReplyDeleteBenar mba manusia tidak ada yang bisa luput dari kesalahan, maka dari itu sehendaknya kita bisa memaafkan orang lain karena kita sendiri pasti memiliki kesalahan dan ingin dimaafkan oleh orang lain :) Salam sukses
ReplyDeletememaafkan tetapi tak mungkin dilupakan walaupun tak berdendam
ReplyDeleteMmg susah sebenarnya..kdg2 maaf hanya di bibir tp di hati masih terluka.mcm x iklas pula maafnya kn.
ReplyDeleteSikap sukar memaafkan ini, jika dibiarkan akan membibitkan perasaan dendam di dalam hati.
ReplyDeletememaafkan itu lebih baik dari terus menyimpan perasaan dendam dan marah di dalam hati :-)
ReplyDeleteiya bener banget, memaafkan itu memang sulit banget karena pasti masih marah dengan sikap dan atau perbuatan nya. Tapi kalau meminta maaf itu mudah, asalkan ada kemauan ya mizz :)
ReplyDeletetapi alangkah baik nya jika kita saling memaafkan satu sama lain :)
saya pula, nak maafkan tu boleh
ReplyDeletesenang aje cakap aje aku maafkan kamu cam
lagu jamal abdillah tu
tapi nak melupakan tu yang paling payah
kak aiza, sy tag akak.. :)
ReplyDeleteRexylla FB Page Launching Giveaway
Saling memaafkan adalah pekerjaan yang mulia :) article yg berkesan kak Mizz :)
ReplyDeletehehe, syuk suka entri kak aiza :D
ReplyDeletemakasih artikelnya sangat bermanfaat sekali mba
ReplyDeleteTerima kasih share muhasabah diri ini :)
ReplyDeleteKita ni hanya hamba yg kerdil je .. Rasanya kesalahn yg orang buat kat kita tak sama besarnya macam kesalahn yg kita dah buat dekat Allah .. Allahuu
ReplyDeletekadang-kadang emosi kita terlalu menguasai, sepatutnya kita yang kuasi emosi tu..kalo tak memang bahaya..syaitan mudah hasut.. buang yang keruh, ambil y6ang jernih. :)
ReplyDeleteMemaafkan sesorang itu dengan ikhlas sulit, tapi harus belajar agar menjadi Ikhlas.
ReplyDeleteSemoga kita menjadi orang yang tidak merugi
Ada juga yang berkata, kalau benci seseorang tu jangan benci selamnya, mungkin orang yang kita benci tu akan tolong kita pula satu hari nanti.
ReplyDeletekita pun dah belajar jadi pemaaf dan tak simpan dalam hati Aiza..malas nak panjang cerita!!!
ReplyDeletedi tahun 2014 ini saya akan berusaha untuk berbuat yang lebih baik dari sebelumnya . doakan saja bisa
ReplyDelete"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik"
ReplyDelete(A-li'Imraan 3:134)
sebagai manusia kadang kala kita sukar untuk memaafkan orang tapi hakikatnya kita tak dapat apa pun kalau kita terus menyimpan dendam atau terus nak marahkan orang.
ReplyDeleteInsyaAllah...saling memaafkan...
ReplyDeleteMemaafkan memang perkara yang sukar, terutama buat orang yang tak sedar diri, yang sombong, selfish, rasa macam dia je yang betul, cakap ikut lepas mulut tak fikir perasaan orang dan yang perasan dirinya hebat. Tapi kalau dapat memaafkan alangkah mulianya hati
ReplyDeletesama-sama kita berusaha menjadi seorang yg mudah memaafi :)
ReplyDeletetu lah..kdg2 hati terluka smp sukar nk memaafkan org...tp manusia mn tak bt silap..seharusnya belajar memaafkan org dan itu perkara mulia..
ReplyDeletehana pulak. errr susah sikit nak maafkan org. kalau sekali dua tak apa. kalau berkali2 serik dah nak maafkan. haha
ReplyDeletebetul tu yunk
ReplyDeletehmmm bersabor jelah kan kak aiza kan? hihi
ReplyDeletesusah nak tahan diri sebenarnya...nak kawal marah yg paling susah...so, nak bg kata maaf lg la susah :)
ReplyDeletesejujurnya dulu ika mudah memaafkan, ika tak pernah kisah apa orang buat....tp ika sensitive satu perkara je, hal melibatkan agama dengan keluarga,...tu memang ika akn susah memaafkan..apa pun berbalik kat apa org tu buat laa...sb kita semua alami dugaan tu berbeza2...kdg2 org mmg akn senang ckp..sb org xalami apa kita rasa...mcm ika...ika byk diamkan je..sb tu mmg sikap ika....serah semua pd Allah..lbih baik..
ReplyDelete