Assalamualaikum,
Ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) aku mengenali beberapa orang kawan baik. Salah seorang dari kawan aku memiliki motosikal sendiri. Selalunya jika ada yang hendak keluar membeli barang atau ke bank pasti dia menawarkan diri untuk membantu.
Apabila dikhianati (Gambar hiasan) - socialmoms. com |
Hampir setahun kami semua bersama memang banyak suka dan duka diharungi bersama. Sehinggalah pada suatu hari kami digemparkan dengan kehilangan duit di dalam akaun bank salah seorang kawan aku sebanyak RM1,500.00.
Pihak bank memberitahu ada seseorang telah mengeluarkan wang di mesin ATM berhampiran UMT. "Pihak bank sedia memberikan rakaman CCTV setelah laporan polis dibuat untuk kita tahu siapa yang terlibat." kata kawan aku yang menjadi mangsa.
Kebetulan perbualan itu didengari oleh kawan aku yang memiliki motosikal dan dia kelihatan resah. Akhirnya dia mengaku bahawa duit RM1,500.00 yang hilang itu dia yang ambil. Katanya dia menghafal password kad ATM kami ketika menemani kami mengeluarkan duit.
Kami tidak jadi untuk membuat laporan polis kerana memikirkan masa hadapannya yang masih jauh. Jika sudah menjadi kes polis dan terbukti bersalah pasti dia akan dibuang dari universiti. Dia juga telah meminta maaf dan berjanji untuk membayar balik duit itu.
*p.s: Sejak kejadian itu semua kawan-kawan tidak lagi rapat dengannya. Terasa trauma untuk berkawan baik dengan seseorang yang yang sanggup mengkhianati kepercayaan.
^_^
byk berlaku ni aiza,anak buah akakpun kena mcm tu juga,sama je situasinya ms dia belajar di U dulu,,,kena berhati2 sbb kwn di U biasanya bkn ken yg dh dikenali sejak sekian lama
ReplyDeleteBaik sungguh hati kawan tu... sanggup dia tidak melaporkan pada polis dan memaafkan kawannya tu...
ReplyDeletehujan bertahun akan hilang oleh hujan sehari.. Begitulah,nilai sebuah persahabatan akan terus tergugat apabila dikhianati.
ReplyDeleteDulu masa study kat USM pun pernah berlaku kawan khianati kawan. Seorg rakan saya mencuri motorsikal rakan baiknya. Aakhirnya hubungan menjadi renggang setelah perkara sebenr diketahui.
kadang kadang kawan yang kita sangka baik pada kita,menikam kita dari belakang...Sedihnya...
ReplyDeleteMemberikan maaf itu indah
ReplyDeletedan menghasilkan banyak berkah
daripada memperpanjang masalah
Salam cerah :)
satu keje plak die hafal no paswed org..kang da kantoi malu aje...
ReplyDeletekat mana-mana asrama memang biasa kejadian nih biasa berlaku.. kalau kat kolej lelaki biasanya kami mengamalkan mahkamah kami sendiri.. kami biasanya membuat undang-undang sendiri.. hurmmm nasib baik takde yang mati.. kalau tak mungkin sekarang nih man adalah seorang banduan..
ReplyDeletehm, sye plak ms belajar kat UniSZA dulu walau jauh berbatu-batu pun sanggup berjalan amik duit yang penting xnk bagi kad bank kat org....walau roomate sekalipun...
ReplyDeleteSeandainya saya yang mengalami hal tersebut. Saya juga akan melakukan hal yang sama mbak. Ya itu menjauhi orang tersebut..
ReplyDeletesiapa2 pun kalau pernah mengalami situasi mcm nie akan jadi trauma
ReplyDeletedikhianati itu emang sakit, sulit untuk kembali percaya sama dia
ReplyDeleteJika berkaitan dengan duit...jgn sesekali mempercayai seseorang. Semoga kisah ini menjadi teladan.
ReplyDeleteberani betul dia curi ye.. banyak pula wang yg dia ambil..
ReplyDeletesatu pengajaran yg baik ni aiza..
ReplyDeletedalam setiap persahabatan yg terjalin,tidak semuanya indah kan ? kadang2 terpaksa mengalah demi kebaikkan sesorang tu ermm.. :)
kepercayaan memang sangat mahal harganya, janganlah sesekali berkhianat :)
ReplyDeletesampai hati dia untuk mencuri tambah pula kawan baik.. sesiapa pun takut nk berkawan dgn org yg mcm tu..tak boleh dipercayai..
ReplyDeletemesti si pencuri tu curi kad ATM kwn u dan pi withdraw duit. jahat tu minah tu..mkn duit x halal...
ReplyDeletekadang kepercayaan mahal harganya ya mbk
ReplyDeletesudah dipercaya malah tidak dihargai
Kalau sekali dah mengkhianati orang...susah untuk orang mempercayai lagi...pengajaran dan peringatan utk semua supaya berwaspada orang macam ni...
ReplyDeleteKawan makan kawan..
susah nak dpt kepercayaan org balik bila kita dah buat silap. jd kita patut jgn sesekali buat khianat kat org laen.
ReplyDeleteIni masalah.Kawan makan kawan.
ReplyDeleteMacam-macam hal pasal kawan.
Semoga dapat sahabat yang lebih baik.
Terpalit satu perkara tidak baik pada diri kita,bertahun berbekas dalam hati orang lain
sekali buat jahat, sampai mati orang ingat
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSyukur , beliau sudah insaf sekarang. Mudah - mudahan menjadi pengajaran untuk semua.
sampainya hati buat mcm tu. yelah kan kita dah percaya orang tu tapi dia yang buat masalah
ReplyDeletecam sama aje kes yang jadi pada kawan saya
ReplyDeletetime belajar dekat uitm dulu
tak sangka kan
tapi manusia berubah
Harap2 dia dapat mengerti & merasai betapa ruginya penghargaan & kepercayaan yg ada padanya yg telah dia sendiri khianati itu..
ReplyDelete3x taylors.. :D
alahai sanggup buat macam tu kat kawan sendiri. Tapi tulah, kadang kadang kita tak kenal siapa kawan dan siapa lawan kan.
ReplyDeleteMujurlah kawan tu tak teruskan dengan laporan polis.
jom aiza kita ke taylors college, burung biru pun ada juga :)
ReplyDeleteSebab itulah selalu dikatakan buatlah baik macam mana org tak ambil kisah sangat tapi sekali berbuat tak baik sampai bila org akan ingat...
ReplyDeleteBahaya nie.. menolong orang dengan ada niat udang di sebalik batu..
ReplyDeleteoohh sungguh sedih dgn kawan yg mcm tu. sebab apa dia amik duit tu kak?
ReplyDeleteKalau akak yg kena,x tau cmne.rasa nk tampar2 je muke kwn tu.huhu
ReplyDeletekawan seperti itu memang ta pantas di dekatin mba
ReplyDeleteitu lah susahnya kak.. kepercayaan ni sekali hilang, takkan mungkin kembali lagi. huhu
ReplyDeleteSalam..haha sempat menghafal no pin tu. Kes macam ni biasa berlaku tempat Am belajar pun kawan sendiri.. bukan duit dicuri tapi leptop..perh mmg prust giler dah laaa duit ptpn beli leptop pakai tak sampai 3bulan dah ilang..tut..tut..tut.. budak sebilik yang amek. rasa nak bagi penumbuk kat pipi tapi kenangkan kawan buat relax laaa kawan sekadar berkawan je.. tapi riak wajah muka dye macam tak bersalah je..hahaha
ReplyDeletehmm takutnya. hana ada jugak mmber yang tahu no kad atm hana tp tak pernah jd la pulak kes mcm nie. skrang pown ktorang dah masing2 dok jauh. hopefully lepas nie akan lebih berhati2. :)
ReplyDeleteRasanya tidak enak bila di khiananti ya Ka.
ReplyDeleteSalam
Skit skali klo dhianati
ReplyDeletememang kena berhati2 selalu walaupun dgn kwn yg amat kita percaya.. hmm..
ReplyDeletesekali kepercayaan dikhianati...sukar utk dibina kembali..
ReplyDeleteseramnye..x sangka kwn rapat blh khianati kita
ReplyDeleten sampai hati jugak dia ambik amount byk tu
moga dia berubah n insaf
pernah alami situasi ini
ReplyDeleteya Allah! yeke kak???huhuhu...ingatkan dia ikhlas membantu rupanya...hmmm
ReplyDeletewah teman makan teman
ReplyDeletepernah kena mcm ni jugak kak..maybe kwn akak masa tu dia terdesak or memang dari awal lagi dia dah plan.baik bermotif.
ReplyDeleteMcm tu pon ada. Hurmm, baik sebab udang di sebalik batu la tu...
ReplyDelete@Liza Izara Fazriel Fahmi
ReplyDeletekeluarganya berada.. cuma kegemarannya membeli barangan berjenama menyebabkan duit cepat habis..
pernah juga berlaku sama member saya..tidak sangka kawan sendiri yang buat bgtu..duit dalam atm hilang sedikit demi sedikit..kami syak member yang sorang ne, tapi yang member seorang ne pula kedapatn depan mata kawan sendiri yang dia mencuri.. dan sekarang hubungan member dengan member y mencuri ne semakin renggang..tp kitorang member yg lain nasihatkan member yg kena curi ne supaya jgn renggang buat biasa jer,selalulah ingat kebaikan member yg mencuri ne..sebab tak sangka juga member tu mencuri, sedangkan dia nampak mewah dan dia memang baik sangat dengan kami.. wallualam
ReplyDeleteKena berhati-hati dengan kawan macam ni. Oh, begitu mudah dia memutuskan perhubungan persahabatan itu dengan melakukan tindakan begitu.
ReplyDelete"The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies...It comes from friends and love one.."
ReplyDeleteaiyark.. kenapa macam tu sekali dia buat.. kan dah rugi macam tu, hilang kawan hilang kepercayaan.. hurm, teringat kes Kristen Stewart. ada kena mengena tak? eee..
ReplyDeleteAstaga.. Naauzubillahi min zalik..
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul..
Abak nak ajak join segmen :
http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-kempen-dan-segmen-blogger.html
kepercayaan itu mahal harga nya ya mizz. Untuk itu, apabila kita diberi kepercayaan, sebaiknya dijaga dengan baik :)
ReplyDeleteBertindak bijak yaitu memaafkan. Tapi utk berteman dngn dia lebih baik tidak. "Tak semuanya tampak indah dari luar" :)
ReplyDeletebanyaknya dia ambik..hmmm..betul tu..boleh berkawan baik tapi jangan terlalu percaya..
ReplyDeletebenda mcm ni berlaku ms saya sekolah asrama dulu.. kawan saya ada dua orang dr sarawak.. kawan yg kaya curi duit kawan yang tak seberapa kaya.. terbalik pulak..
ReplyDeletesusah juga kan...
ReplyDeletekerana 1500, hilang kawan...
Pernah berlaku. Waktu sekolah. Tp sekarang dah kembali baik tapi tak selalu jumpa :) Awal-awal bukan senang tp dah lama terfikir yg mungkin dia dah berubah.
ReplyDeleteSekali kna ssh dh nk pcy dh kn..
ReplyDeleteohh..bahaya pulak macam ni?
ReplyDeletedikhianati memang sakit, tambahan lagi kalau orang yang rapat...sikit pun mesti kita akan rasa was-was sebab takut terkena lagi..
ReplyDeletetak sangka dia boleh khianat kan kak padahal suka tolong kawan. gara-gara mengkhianati kawan sendiri dia hilang kawan..
ReplyDeleteish3xxx.....xpatut dia buat mcm tu...
ReplyDeleteIsh tak patut dia buat mcm tue.. kalau yer pn ada masalah kewangan try la mintak bantuan kawan2 dulu.. tak perlu la sampai nak mencuri kan..
ReplyDeleteuikss..ade gak orang macam nie rupanya...kawan sendiri pun nak makan..isk..isk..isk..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
eh seramnya akak.. sanggup dia buat mcm tu. walaupun takda duit boleh mintak tlg cara elok.
ReplyDelete