21 January 2014

Cara Tegur Anak

Assalamualaikum,

Setiap orang anak pastinya mempunyai perwatakan yang berbeza bergantung kepada kelebihan yang mereka ada. Seharusnya ibu bapa mendepani segala kelebihan dan kekurangan setiap anak dengan seadilnya. 

Cara Tegur Anak
Cara Tegur Anak (Gambar hiasan) - kawwenyuk. my
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai 4 tahap mendidik anak. Anak-anak mungkin membanggakan ibu bapa dan adakalanya mereka akan melakukan kesilapan. Sekiranya mereka silap, usah terus menghukum mereka tetapi didiklah dengan kasih sayang.

Hukuman adalah sebagai salah satu cara untuk mendidik anak-anak. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan) (Hadis riwayat Abu Daud).
Perintah menunaikan solat wajib dilaksanakan oleh anak-anak bermula usia 7 tahun dan ketika usia 10 tahun boleh dipukul. Lazimnya ketika usia ini mereka sudah tahu membezakan antara betul dan salah dan ada juga telah akil baligh. 

Menghukum anak jika tidak solat adalah cara untuk mendidik dan peringatan. Namun ibu bapa harus membimbing anak-anak dengan menerangkan mengapa hukuman dijatuhkan. Jelaskan kepada mereka mengenai dosa dan pembalasan di akhirat kelak bagi manusia yang meninggalkan solat. 

Keberkesanan didikan secara ketegasan juga ada kaitan dengan tahap didikan ketika awal usia anak-anak. Jika pada awal usia mereka dididik dengan kasih sayang, insya-Allah didikan secara ketegasan pada tahap ini akan menjadi. 

Anak-anak menyedari bahawa teguran itu bukanlah tanda benci tetapi demi kebaikan mereka. Namun jika tidak dididik dengan kasih sayang pada peringkat permulaan, teguran pada usia ini akan membuatkan anak berasa jauh dan akhirnya mula membenci ibu bapa

Sekiranya anak-anak kurang kasih sayang ketika awal usia mereka, sebaiknya ibu bapa membina semula hubungan baik dengan anak-anak serta menunjukkan sifat kasih sayang dan membina komunikasi yang baik dengan anak-anak. 

Pujuk dan terangkan kepada anak-anak mengapa mereka dimarahi supaya mereka tidak terus membenci ibu bapa. Oleh itu, jadilah sahabat yang baik kepada anak-anak dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka ke arah jalan yang betul. 

^_^

72 comments:

  1. mendidik anak ni ada cara berbeza mendekati mrk...anak lelaki perlu lbh tegas n garang sedangkan anak perempuan lbh lunak tp perlu juga dipamerkan ketegasan menurut peribadi anak itu...sbb ada juga anak perempuan sekasar lelaki...just my 2 cents..pinjam kata2 acik idah.

    ReplyDelete
  2. bersyukur sgt2.. walaupun sy membesar tanpa pernah dijentik pun oleh ibubapa sy, tp alhamdulillah sy menjadi manusia.. walaupun nakal tu ada sket2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. harus dengan bijaksana menegur anak mbk
    kalau tidak mereka bisa menyalah artikan teguran kita...
    selamat pagi mbk

    ReplyDelete
  4. Cara menegur anak memang seharusnya menjadi perhatian para orang tua juga. Hanya mereka yang sudah punya anak atau memiliki anak kandunglah yang bisa merasakannya

    ReplyDelete
  5. knowledge yang menarik..walaupun belum ada anak tapi skunk lan duduk ngan 2 orang anak buah..boleh cedok2 and adjust2 skit tips nie..hehehe..menabung nuffy sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Thanks for info Aiza....byk cabaran membesarkan anak2...

    ReplyDelete
  7. Apa yg sedihnya bila si ibu/bapa menghukum mungkin menjadi etika salah di sesebuah negara lalu akibatnya ibu/bapa dipenjara. Anak dibawah jagaan NGO yg bukan Islam... sedih kan isu terkini.

    Didik anak utk bersolat sebelum 7 tahun, jadi bila 7 tahun dah boleh solat itu lagi baik. Kalau dah lewat agak payah..

    ReplyDelete
  8. betl tu aiza bila jadi mak ni ....saya la kan kena betul2 banyak sabar dalam mendidik dan mengasuh anak2 kena banyak berlembut dengan mereka nih...tak boleh emosi..kesian mereka kecik2 lagikan...

    ReplyDelete
  9. Yang penting parents tu kene didik hati dulu.. make sure kene bersabar.. kalau tak.. memang susah nak tegur anak baik-baik.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. bila tegur anak kena bersesuaian dengan perangai anak tu kan, ada yang perlu ditegur dengan cara tegas dan ada yang sebaliknya.

    p/s puteri isi tabung, tapi ada burung biru je aiza

    ReplyDelete
  11. kalau time baca ni semuanya ya betul.. itu ini semua..

    tapi bila emosi tak boleh kontrol mulah la nak shout. akak selalu terbabas dik. Si hubby selalu pesan. sib baik dia ada..

    ReplyDelete
  12. Mendidik anak mengikuti Rasulullah, Insya Allah akan dihasilkan anak-anak yang sholeh dan berbakti kepada orang tuanya. Thanks infonya.

    ReplyDelete
  13. didikan dari akar umbi itu pentingkan kak...demi faedah masa depan

    ReplyDelete
  14. salam kenal mizz,
    nak listen dulu perihal ini, belum ada anak lagi :(

    ReplyDelete
  15. betul tu sis...kalau tak dgn kekerasan mesti budak tu tak nak dgr..ya tak??

    ReplyDelete
  16. Peribahasa melayu ada menyebut, sayangkan anak, tangan-tangankan. namun ia bererti tangan/hukuman perlu dilazimkan tetapi biarlah nasihat dan penjelasan yg diutamakan.

    kaedah yg sama digunakan semasa menghukum pelajar, iaitu menyatakan sebab apa mereka dihukum agar mereka tidak membenci guru secara berpanjangan.

    ReplyDelete
  17. Terkadang kalau sudah sangat degil dipukul pun tak ada kesan

    ReplyDelete
  18. Perkongsian yang bermanfaat buat semua ibubapa... Cara tegur anak yang baik adalah dgn menjadi sahabat yang baik kpd anak2.. InsyaAllah... ^__^

    ReplyDelete
  19. setiap ank akan melalui beberapa fasa pembesaran. jadi teguran jg harus selaras dgn perkembangan dan tumbesaran mereka.
    good info!

    ReplyDelete
  20. Mmg betul tu Aiza.. zaman sekarang ni mmg kena bersahabat dgn anak2 agar dia orng tak rasa kekok utk menyatakan segala permasalahan.. T kasih diatas perkongsian ye..
    3x churp2.. :D

    ReplyDelete
  21. betul tu, kena tegur salah & silap anak tp berpada2lah kan caranya !

    ReplyDelete
  22. ibubapa skg perlu kreatif dalam mendidik anak skg neh.. dah xboleh nak pukul2 tengking2.. tegur dengan tegas dalam lembut.. macam ne tu??hehe

    ReplyDelete
  23. ibubapa skg perlu kreatif dalam mendidik anak skg neh.. dah xboleh nak pukul2 tengking2.. tegur dengan tegas dalam lembut.. macam ne tu??hehe

    ReplyDelete
  24. satu perkongsian yang bagus kak ^___^, kahwin ada anak nanti bolehlah lisa amalkan, hehehe

    ReplyDelete
  25. harus halus menegur anak agar tidak trauma

    ReplyDelete
  26. Info and tips yg menarik.Boleh diperaktikkan nt :)

    ReplyDelete
  27. ibu bapa mmg perlu tahu cara parenting yang betol kan.. :)

    ReplyDelete
  28. betul tu kak...point yg terakhir sally sokong sangat...

    ReplyDelete
  29. zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang kak, anak-anak ni sepatah kata kita, dua patah dijawabnya, caranya ialah bersahabat... cakap elok-elok.. ketawa bersama dan sentiasa muda bersama anak..

    ReplyDelete
  30. Kena rapat dgn anak..dan fahami mereka

    ReplyDelete
  31. betul tu..jadio sahabat dengan anak,namun kena juga letakkan had nyer agar anak² tidak memijak kepala ibu bapa..

    ReplyDelete
  32. Wa'alaikumsalam...

    betul sekali mizz.. cara mendidik anak arus dengan trik dan tips, agar anak tidak merasa terpaksa

    ReplyDelete
  33. untuk menegur anak memang harus penuh dengan pertimbangan ya mizz. Jangan sampai mereka nanti malah sakit hati. Sebaiknya sih jangan ditegur, tapi diingatkan :)

    ReplyDelete
  34. info yg mnarik aiza.. ibubapa ni seelok2nya jgn la tegas sangat..

    ReplyDelete
  35. Salam aiza...

    Boleh kita praktikkan nanti..insya Allah.....ilmu keibubapaan mesti dipelajari wpun belum berumahtangga supaya dpt mendidik anak dgn baik....

    ReplyDelete
  36. Teringat kes keluarga di sweeden yang kena tahan tu..kesiankan diaorang...adik-adik sekarang dah jauh berbeza..

    ReplyDelete
  37. melentur buluh biarla dr rebungnya

    ReplyDelete
  38. hmm nak mendidik biar dari kecik kan. takut dah besar liat pulak nak dengar kata. hmm

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  40. Assalammualaikum..mizz aiza,

    mendidik anak kena lembah lembut tp tegas, dan bersahabat dengan anak. Melentur buluh biar daripada rebungnya...

    mselim3

    ReplyDelete
  41. betul :)
    lain lain anak ni.
    qila pun taksuka umi bebel2 sakit telinga hiihihihi
    so umi awal2 dah ckp, umi taksuka bebel and u pun taksuka umi bebelkan? so buat lah bila umi mintak tolong sekali je tu :)

    huhuhu

    ReplyDelete
  42. saya belum punya anak mbak (nikah aja belon,,hehe) jadi tak bisa cuba praktek

    ReplyDelete
  43. In Shaa Allah.. walaupun abak blum kawin apatah lagi ada anak..haha..tpi info sbgini sangat mematangkan..

    ReplyDelete
  44. saya belum punya anak mbk. , dicoba nih caranya klau udh punya anak

    ReplyDelete
  45. Memang betullah tu,terpulang pada ibu bapa masing2.

    ReplyDelete
  46. boleh dijadikan panduan di masa hadapan nie sis..klik2 ikea :)

    ReplyDelete
  47. tengking anak tak baik untuk prkembangan dia

    ReplyDelete
  48. Wah terimakasih mbak atas tipsnya.. Tapi saya belum menikah mbak. Jadi saya belum punya anak.

    Kalau menurut saya sih jika anak kita didik dengan pendidikan agama sejak kecil. Maka anak akan menjadi pribadi yang baik..

    ReplyDelete
  49. haah kan.. tapi bukan senang nak didik anak yang serba serbi celik IT ni...

    ReplyDelete
  50. Anak2 anugerah Allah...didikan sempurna ilmu dunia akhirat pasti akan menjadikan anak yg hormat kpd ibu bapa dan mudah menerima teguran.

    ReplyDelete
  51. dapat ilmu baru saya... thanks infonya..

    salam

    www.android-id.info

    ReplyDelete
  52. kita kene tegur dulu, tak makan tegur dan nasihat baru marah dan tangankan...

    pastu terangkan apa alasan kita tangankan diatas kesalahan yg dilakukan...

    baru anak berfikir balik atas tindakannya dan kesalahan yg dibuat...

    itu cara bunda...

    ReplyDelete
  53. :D Good n3... dan seronok pula baca semua komen2 rakan2 semua...
    berilmu semuanya... :)

    ReplyDelete
  54. cabaran menddik anak2 generasi y dan z ni...
    semua perkara perlukan penjelasan

    ReplyDelete
  55. Wa'alaikumsallam Wr.Wb
    Infonya sangatt Bermanfaat Sekali Mizz ehehe makasii yah dan Oh iyaaa Ituu Gambar Anak Kecil yang Sedang Dimarahi ama Bundanya Lucu Bangett Heehehe Jadii Pengen Nyubit Dehh :D

    ReplyDelete
  56. Nice sharing akak.. Insyaallah ingin menjadi ibu yg terbaik utk Emir..=D

    ReplyDelete
  57. budak2 zaman sekarang membesar dgn byk cabarannye.. mak ayah kene betul2 didik anak2.. Ilmu buat Fiza pada ms akan datang.. in syaa Allah..

    ReplyDelete
  58. Jangan hukum anak-anak depan orang lain, itu boleh buat dia lebih memberontak.

    ReplyDelete
  59. yg penting jangan dera emosi kanak2 an.. hurmm...

    ReplyDelete
  60. Teguran untuk mendidik ke arah kebaikan yang dituntut dalam Islam.

    ReplyDelete
  61. Corak ikut syariat... Nice entry...

    ReplyDelete
  62. paling penting dalam bertegas ada lembutnya...jangan sampai anak ada rasa benci...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^