09 January 2014

Kekalkan Udara Bersih

Assalamualaikum,

Setiap hari pasti kita akan terdedah dengan pelbagai bentuk pencemaran udara  sama ada habuk, bau atau asap. Semua bahan-bahan pencemar ini tentu merbahaya kepada kesihatan manusia dan semua hidupan yang lain.

Kekalkan Udara Bersih
Kekalkan Udara Bersih (Gambar hiasan) - goodwp. com
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Rum 30:41)
Apakah kesan daripada pencemaran udara? Beberapa kesan udara yang tidak bersih adalah seperti berikut:

1. Manusia
Apabila udara tercemar, sistem pernafasan manusia akan menyerap bahan pencemar itu ke dalam paru-paru. Proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan. Seterusnya mengakibatkan darah kekurangan oksigen yang diperlukan untuk pernafasan. 

2. Tumbuh-tumbuhan
Udara diperlukan oleh tumbuhan-tumbuhan untuk proses fotosintesis (membuat makanannya) dan tumbesaran. Sekiranya terdapat bahan pencemar, karbon dioksida untuk penghasilan klorofil berkurangan dan seterusnya tumbuhan akan menguning dan mati.

3. Iklim 
Bahan kimia yang terhasil daripada pencemaran udara (sulfur dioksida dan nitrogen dioksida) akan larut di dalam wap air. Seterusnya ia akan membentuk awan dan turun sebagai hujan asid yang mengalir serta meresap ke dalam tanah.

4. Atmosfera
Penipisan lapisan ozon bumi adalah disebabkan oleh bahan pencemar seperti CFC (klorofloro karbon). Ianya akan menyebabkan kepanasan bumi meningkat dan seterusnya kesihatan manusia serta hidupan di bumi akan terjejas.

Oleh itu, kita perlu mengekalkan udara yang bersih dengan mengelakkan penggunaan bahan CFC (dalam peti sejuk, penghawa dingin). Aktiviti mengitar semula barangan terbuang (plastik, kertas, tin) juga salah satu langkah baik untuk mengurangkan pembakaran terbuka. 

*Nota: Menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan udara di persekitaran kita sentiasa bersih. 

^_^

71 comments:

  1. didesaku alhamdulillah udaranya masih bersih..hehe

    ReplyDelete
  2. betul dik,cuaca tak menentu, zara dah berapa hari flu dan batuk. so tak kuarlah sangt kami ni.

    ReplyDelete
  3. skg ni kak mmg mcm2 pencemaran ade..mcm2 la..bahaya utk kite skg ni..xmcm dlu..terpelihara

    ReplyDelete
  4. kita suka udara kat kg bersih..masih kurang lagi pencemaran udara..singah kli2 ikea :)

    ReplyDelete
  5. betul bu, makin kemari udara bersih semakin sulit seekali :o

    ReplyDelete
  6. bila baca entry ni kan..akak rasa macam tgh belajar Alam dan Manusia...omg...rindu zaman sekolah la...

    ReplyDelete
  7. hmm... byk cara tapi manusia masih tak sedar... kt kl ni selalu jerebu tpi masih rami juga yg bakar smpah secara terbuka...

    ReplyDelete
  8. Saya setuju kak. Kalau bukan kita yang jaga, siapa lagi kan?

    ReplyDelete
  9. suasana amat penting untuk kita meneruskan hidup

    ReplyDelete
  10. Orang sekarang ramai yang tak mementingkan kebersihan alam sekitar. Kalau pergi kemana-mana, ramai je yang selamba buang sampah merata-rata. Siap ajar anak yang tak tahan tu

    ReplyDelete
  11. tahniah atas domain baru akak :)

    memanglah pencemaran udara tu persoalan yang pelik dan sangat menganggu.

    ReplyDelete
  12. pencemaran udara ni macam susah juga nak dikawal
    apapun thanks aiza for the info

    ReplyDelete
  13. gud info aiza..udara bersih..hidup jadi sihat :)

    asap rokok juga penyumbang pencemaran udara kan aiza ?

    ReplyDelete
  14. Thanks aiza for the information.. ;)

    ReplyDelete
  15. Betul menjada kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua..

    ReplyDelete
  16. Bumi bukan tong sampah kita.

    *teringat kempen ni sekarang tengah berlangsung kan? Pembuangan sampah merata2 ni juga boleh jadi salah satu pencemaran udara. Bau yg tercemar & busuk, erkkk... memang tercemar udara dibuatnya...

    ReplyDelete
  17. Udara yang tercemar dengan asap rokokpun boleh jadi merimaskan jugak.

    ReplyDelete
  18. semoga kita semua bersatu padu dalam memberikan pengudaraan yang bersih untuk kehidupan kita dan di masa-masa akan datang..

    singgah menabung kak

    ReplyDelete
  19. udara segar, bumi bahagia ;) hehee

    ReplyDelete
  20. udara bersih, kita sihat.. kan kak..

    ReplyDelete
  21. cara mengatasi pemcemaran ini adalah denga bersepeda, mbak

    ReplyDelete
  22. Teringat masa jerebu yg teruk thn lepas....

    ReplyDelete
  23. Betul2 sepatotnya kene ada rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar nih.. Lagi2 udara kan kak??!!

    ReplyDelete
  24. Kalau bandar ramai lalu lintads pasti udara akan tercemar

    ReplyDelete
  25. Udara memang sangat penting bagi manusia. Oh ya ini kunjungan pertamaku ya :)

    Salam kenal, blogwalking :)
    http://mohammadrobih.blogspot.com

    ReplyDelete
  26. betul tuh..saya paling x suka dgn pencemaran udara..aiza nak join sponsor tak? ble ramaikan follower lg.? hee

    ReplyDelete
  27. sangat penting ya mbk udara bersih bagi semua kehidupan. terima kasih sharenya..

    ReplyDelete
  28. tu yg kalau g tempat2 tanah tinggi sedut udara sejuk dalam2.. rasa segar je

    ReplyDelete
  29. udara di rumah MET memang tak bersih sebab bersebelahan dengan kilang. Bila malam mereka akan mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Siang mereka tak buat begitu sebab takut ada pemeriksaan.

    ReplyDelete
  30. Saat nya go green dan lakukan pola hidup sehat dngn bersepeda, biar udara yg kita hirup tetap bersih :)

    ReplyDelete
  31. Biar panas atau hujan yang pasti udara bersih...

    ReplyDelete
  32. sgt bersyukur atas nikmat dapat bernafas..tp udara sekarang banyak sgt bahan yg boleh merosakkan diri kita..jaga diri baik2 ye kawan2..mencegah lebih baik dari mengubati..

    ReplyDelete
  33. Udara itu juga nikmat dari Allah.. Bersih ia sihat lah kita.. :D

    ReplyDelete
  34. kalau boleh kruangkan aktiviti luar buat sementara waktu nie...tetiba teringat kat kampung...menghidu udara yang segar.

    ReplyDelete
  35. sebabkan udara tak bersih,semua makhluk terasa kesannya..

    ReplyDelete
  36. perokok kena baca entry ni. kasi insaf sikit

    ReplyDelete
  37. teringat jerebu yang melanda tak lama dulu... memang seksa. salam kenal dari dhia :)

    ReplyDelete
  38. Suka sgt dgn artikel ini... Ya penting utk kita mendapat udara yg bersih dan segar. Bersama menjaga alam semulajadi...kitar semula adalah langkah terbaik!

    ReplyDelete
  39. salam..nampk gaya network wifi saya blh pakai internet.tpi risau laptop ni cepat padam adeh...

    baru pgi tadi pusing2 bawa moto satu taman heeee

    ReplyDelete
  40. limaburung kecil untuk sahabat saya.sukatak
    ? saya refres tapi tak ad ajuga burung baru uh...

    jaga dir aiza jgn suka buang sampah mereta2 tempat atau buang angin curi2 ahaks..saje usik semoga ceria sellu. ;)

    ReplyDelete
  41. tentang pencemaran ni luas skopnya. semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. kita kekalkan udara yg bersih tapi yg lain kita pandang remeh, sama juga. Biarpun sedikit sebanyak mungkin membantu secara tak langsung. Nak jaga persekitaran jgn just terarah pada pencemaran udara je, tapi fokuskan yg lain juga. kan kak aiza? :)

    ReplyDelete
  42. In Shaa Allah... betul tu kak.. itu smua amnah yg plu kita jaga..

    ReplyDelete
  43. semoga kita tetap bisa menghirup udara bersih ya kak...karena semakin hari udara sepertinya semakin bertambah kotor saja

    ReplyDelete
  44. setuju sgt...kt semua kena tanam kan pada diri sendiri utk jaga bumi kt ni...x dpt bayangkan suatu hari nanti kt ni akan ditimbuni dgn sampah sarap...hushhh...

    ReplyDelete
  45. Dari udara yg kotor, bnyk penyakit akan dtg.. pencemaran mmg memburukkan bumi, manusia & seluruh kehidupannya..
    2x ikea & churp2.. :D

    ReplyDelete
  46. karena udara yang bersih baik untuk kesehatan

    ReplyDelete
  47. Persekitaran dah bersih.. tengok kiri dah kanan..Masalh utama udara tak bersih pasal makin hari makin ramai lak perokok..huih
    Baru nak sedut udara bersih ngan habuk2 rokok sekali tersedut..haicummmm! ^_^

    ReplyDelete
  48. Slm ptg aiza..skrg kebanyakkannya mmg susah nk hirup udara segar,smua punca dari sikap manusia juga.

    ReplyDelete
  49. asap kereta tu la yang banyak menyumbang

    ReplyDelete
  50. betul tu aiza..kalau compare udara kat KL dengan tempat2 yang udanya bersih memang jauh bezanya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  51. Ya, kalau udara kotor bagaimana kita nak sihat.

    ReplyDelete
  52. skrh ni mmg udara dah tercemar.......especially bandar2 besar..

    ReplyDelete
  53. kalau udara nya bersih dan segar, kita jadi nyaman ya mizz untuk hidup di daerah tempat tinggal kita. Jadi penting sekali untuk selalu membiasakan diri menjaga lingkungan kita :)

    ReplyDelete
  54. Agaknya dah berapa banyak karbon dioksid yang dah terhidu kan Aiza..nak buat camne..nway American Redcross aje malam ni Aiza..yang dua lagi hilang..Hmmm..hujan kot!!!

    ReplyDelete
  55. asap rokok udara yg paling tak segar.. huhu..

    ReplyDelete
  56. betul tu kak aiza...
    T_T
    asyik2 batuk je hmm
    too many pollution.
    bukan setakat udara je hem :/

    ReplyDelete
  57. Eh, macam tersilap komen. Sorry kak Aiza. ;p

    ReplyDelete
  58. udara pun nikmat dari DIA..semoga kita menjaga nikmat yang di beri itu..

    ReplyDelete
  59. setuju dengan kak aiza!!!! memang betul! bumi semakin tenat kerana tangan manusia T_T

    ReplyDelete
  60. memang tak best tinggal dalam persekitaran yg tercemar..

    ReplyDelete
  61. Betul kak..udara tak segar..mmg x best..tambah2 kalau bau asap rokok

    ReplyDelete
  62. kita yg pilih cara kita nak hidup....cuma ada certain org yg susah nak ikut peraturan!

    ReplyDelete
  63. mujurlah puteri tinggal kat kampung, walaupun udaranya tak sesegar dulu tapi tak lah seteruk kat bandar :)

    ReplyDelete
  64. yup. sama2 la kita mencegah penyakit. mencegah nie lebih baik dr merawat :)

    ReplyDelete
  65. betul tu kak, sekarang ni cuaca pun jadi tak menentu..banyak yang sakit..

    ReplyDelete
  66. Selagi bernyawa selagi itu lah kita perlukan udara yang bersih...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^