19 July 2013

Bacaan Talkin Menginsafkan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku baru pulang dari kampung. Jenazah arwah opah aku telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor pada petang Rabu yang lalu (kisah di sini). Nasib baik aku sekeluarga sempat sampai pada tengahari itu dan sempatlah juga menatap dan mencium wajah arwah opah buat kali terakhir. Jika ku lihat wajahnya kelihatan tenang dan tersenyum, seolah-olah dia sedang tidur lena. 

Kubur
Destinasi terakhir di dunia (Gambar hiasan) - Google
Aku turut melihat dari luar kawasan tanah perkuburan jenazah opah aku dikebumikan. Sesungguhnya rasa terlalu sebak dan insaf di atas dosa-dosaku yang lalu di saat mendengar bacaan talkin. Adakah aku layak menghuni liang lahad itu juga?

Setelah bacaan talkin tamat, dari jauh segerombolan awan datang dan hujan turun memadatkan tanah kubur yang baru ditimbus. Rasa sedih mengenangkan permergian arwah, namun aku merasa bersyukur kerana Allah SWT telah mengakhiri penderitaan sakit tua yang ditanggungnya.

Teringat pesan arwah opah ketika aku balik dahulu, "Jangan tinggalkan solat, rajin-rajinlah buat solat sunat Tahajud, Taubat, Hajat dan Dhuha. Amalkan membaca al-Quran dan bersedekah, insya-Allah kita akan tenang." Bila aku kenangkan balik, ternyata ada di antara pesanannya itu sudah lama aku tidak amalkan. Al-fatihah untuk arwah opah..

p.s: Hari ini insya-Allah akan membalas kunjungan rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung di blog aku. Terima kasih kepada semua.. 

^_^

43 comments:

  1. 1 hr nnt kita jgbakal ditalkinkn

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah ,semoga ada keinsafan di hati kita

    ReplyDelete
  3. meremang bulu roma bila dengar orang baca talkin...sungguh menginsafkan...

    ReplyDelete
  4. salam takziah Mizz Aiza..semoga roh dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Paat dan lengkap pesanan arwah tu Aiza. Pegang dan ingat selalu apa yg dikatakan olehnya.

    Moga roh opah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah bt arwah opah akak..sememangnya kematian itu menginsafkan kita...

    ReplyDelete
  7. yg hidup pasti akan mati..sama2 kita muhasabah diri..:)

    ReplyDelete
  8. al-fatihah..salam takziah kak aiza..semoga arwah opah kak aiza ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah buat arwah opah kak aiza..slm takziah juga buat akak..

    ReplyDelete
  10. al fatihah....moga arwah bersama golongan yang di kasihiNYA.

    ReplyDelete
  11. salam takziah kak dari mama, semoga arwah opah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  12. takziah ya kak. kuatkan iman kita . mudah-mudahan ibadah kita diterima ALLAH..amin.

    ReplyDelete
  13. Al-fatihah untuk arwah opah akak..

    ReplyDelete
  14. alfatihah sekali lagi yer !

    ReplyDelete
  15. memang bacaan talkin menginsafkan. sebab tu lah kalau boleh, kita ke kubur masa pengebumian jenazah & dengar talkin. kalau tak sedar diri jugak, tak tau lah :D

    ReplyDelete
  16. sya t'igt waktu arwah adik saya di kebumikan...tgok arwah dimasukkan dlm liang lahad...dikafankan...di sembahyangkan...JM sedih sgt waktu..tu..mmg takkan lupa T_T semoga roh mereka dirahmati Allah :')

    ReplyDelete
  17. setiap y hidup pasti akn kembali kepadaNya =')

    ReplyDelete
  18. ucapan takziah utk aiza sekluarga ya. Betul aiza bacaan talkin ni prnah krole dngar dalam 3 ke 4 kali dulu...memang menginsafkan dan sedih bila dengan...secara otomatiknya menjadi takut kepada Allah.

    ReplyDelete
  19. Pesanan yang sangat baik.

    Begitulah perjalanan seorang insan di muka bumi ini. Ada kala kita riang menyambut kelahiran, sugul menerima kepergian.

    ReplyDelete
  20. yes aida setuju. bila ke kubur and dgr talkin, memang menginsafkan dan sebak dada menahan sedih...
    takziah dari aida ye...

    tq sebab join mialiana giveaway and follow aida. aida one of the sponsor :-) aida balas kunjungan dan listed ur blog kat list.

    ReplyDelete
  21. al fatihan
    moga nenek Aiza ditempatkan bersama org2 yg beriman
    amin

    ReplyDelete
  22. Salam takziah ye kak :') Moga arwah opah akak tenang disana..

    ReplyDelete
  23. al-fatihah..moga ditempatkan di kalangan ahli syurga. kalau dgr bacaan talkin mesti automatik air mata berguguran.

    ReplyDelete
  24. Al-fatihah..moga arwah opah akak di tempatkan dikalangan orang beriman dan solehah..amin

    ReplyDelete
  25. salam takziah utk kak aiza sekeluarga. Moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama org2x yg beriman. Amin..

    ReplyDelete
  26. salam takziah akak. tasneem pun pernah dengar bacaan talkin masa arwah tok, juga mengingat kan kita tentang kematian. semoga arwah opah kak aiza ditempatkan di kalangan orang beriman. Amiinn. :')

    ReplyDelete
  27. Takziah kak..innalillahi wainna ilaihi roji'unn..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum aiza..salam takziah dari fahz buat aiza sekeluarga..teringat pada nenek fahz yg dah lama fahz tak jenguk.. :(

    ReplyDelete
  29. Al fatihah utk opah Aiza. Ajal itu tidak hanya pada yg tua. Tp yg muda juga pasti melaluinya.

    ReplyDelete
  30. semoga roh opah akak diletakkan di kalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
  31. Takziah buat aiza...alhamdulillah sbb telah selesai semuanya. Insyaa Allah, rahmat Allah sentiasa bersamanya...di bulan puasa yg penuh berkat.

    Teruskan kehidupan spt biasa dn trus berdoa agar aiza tenang sentiasa.

    ReplyDelete
  32. jenazah mereka2 yang ikhlas beriman kepada Allah memang akan kelihatan tenang dan tersenyum di bila mereka meninggal..

    banyakkan bersedekah Al-Fatihah kepada arwah opah ye :)

    ReplyDelete
  33. Al-fatihah semoga roh arwah dicucuri rahmat....

    ReplyDelete
  34. alfatihah :)
    sy pon tgh berusaha buat semua pesan nenek tu...solat taubat je rasa segannya tp Allah maha pengampun kan :'(

    ReplyDelete
  35. Al-fatihah bt opah KakAiza..smoga rohnya tenang di sana..Amin

    ReplyDelete
  36. salam takziah. yg bernyawa pasti akan pergi termasukla kita.

    ReplyDelete
  37. Al-Fatihah...
    Takziah yea Mizz Aiza..

    ReplyDelete
  38. al-fatihah..semoga arwah ditempatkan didalam golongan yang beriman...

    ReplyDelete
  39. Perkongsian menarik kak.. Saya ambil pesanan arwak opah akak nie..

    "Jangan tinggalkan solat, rajin-rajinlah buat solat sunat Tahajud, Taubat, Hajat dan Dhuha. Amalkan membaca al-Quran dan bersedekah, insya-Allah kita akan tenang."

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^