Assalamualaikum,
Kisah ini diceritakan semula oleh kawan aku dan ianya terjadi 4 tahun yang lepas kepada adiknya sendiri. Nama sebenar dalam cerita ini sengaja aku ubah bagi menghormati mereka. Adik kawan aku (Rizal) merupakan pelajar UiTM Shah Alam. Bagi mengisi masa lapang di hujung minggu, Rizal terlibat dengan kumpulan muzik bersama 2 orang lagi rakannya.
Pada suatu hari dia dan kumpulannya selesai membuat persembahan di satu tempat di Seremban, Negeri Sembilan. Memandangkan hari telah pun jauh malam, mereka bermalam di sana sahaja. Cuaca pada pagi keesokan harinya cerah dan mereka bertolak balik lebih kurang pada jam 8.00 pagi.
Suasana jalan yang dilalui (Gambar hiasan) - mahezajatayu.wordpress.com |
"Apa kata kita berhenti makan kat gerai tu?" Jamil mencadangkan. Kelihatan sebuah gerai yang dikunjungi ramai orang di tepi jalan. Mereka semua bersetuju dan Jamil meletak kereta di bawah sebatang pokok di tepi jalan raya.
Mereka mengambil tempat di salah sebuah meja di gerai itu. "Ramai juga orang singgah di sini ya?" soal Idham. "Hujung minggu macam ni mestilah ramai orang berhenti makan." balas Jamil. Hampir 10 minit mereka menunggu, namun tiada orang yang datang mengambil pesanan makanan.
"Takde orang ambil pesanan kita ke? Eh, kau tengok tu, banyaknya kucing warna hitam kat sini." tiba-tiba Idham bersuara. Kelihatan beberapa ekor kucing itu berkeliaran di bawah meja makan pelanggan. Orang yang sedang makan di meja sebelah dan tuan gerai seolah-olah tidak menyedari kehadiran mereka di situ. Nampak mereka seolah-olah sibuk menjalankan urusan masing-masing.
"Aku rasa baik kita balik aje la makan di Putrajaya. Perjalanan pun dah tak jauh lagi ni." Jamil mencadangkan. Mereka bertiga bangun meninggalkan tempat itu dan terus pulang ke Putrajaya. Mereka tiba di Putrajaya dan singgah makan di rumah Rizal memandangkan ibunya telah siap memasak untuk mereka.
Kucing Hitam (Gambar hiasan) - pinterest.com
|
"Aku rasa baik kita balik aje la makan di Putrajaya. Perjalanan pun dah tak jauh lagi ni." Jamil mencadangkan. Mereka bertiga bangun meninggalkan tempat itu dan terus pulang ke Putrajaya. Mereka tiba di Putrajaya dan singgah makan di rumah Rizal memandangkan ibunya telah siap memasak untuk mereka.
Selepas selesai makan mereka berehat di ruang tamu bersama ayah Rizal. "Pelik betul kedai makan tadi tu ayah, puas kitaorang tunggu dia ambil pesanan. Dekat 10 minit kitaorang menunggu, boleh tuan kedai buat-buat tak nampak je. Akhirnya kitaorang balik aje la." Rizal menceritakan kepada ayahnya.
"Kat mana kamu semua singgah makan tu?" soal ayah Rizal. "Kami balik tadi melalui jalan lama di Bukit Putus tu pak cik. Masa tu memang kitaorang lapar sangat sebab tak sempat nak breakfast, nampak la sebuah gerai makan dan kitaorang pun singgah la." Idham membalas. Ayah Rizal hanya terdiam seketika.
"Memang sah kamu semua dah 'terkena'. Mana ada gerai menjual makanan di tengah-tengah hutan macam tu." balas ayah Rizal. Tiba-tiba bulu roma mereka meremang mengingatkan apa yang berlaku tadi. "Patutlah tiada orang yang pedulikan kami. Kami juga nampak banyak kucing hitam berkeliaran di situ." balas Jamil. Baru dia teringat, memang tiada kereta yang berhenti di situ, sedangkan orang yang makan di situ ramai.
"Dah ramai yang 'terkena' di situ. Alhamdulillah tiada kejadian buruk yang berlaku kepada kamu semua." balas ayah Rizal. Sejak kejadian itu, hampir seminggu Rizal demam kerana terkejut. Mereka nekad tidak akan melalui kawasan itu lagi.
Boleh juga membaca:
Boleh juga membaca:
^_^
meremang bulu sy bca ni he3..mmg dh tahu sgt bukit putus 2 keras sikit..jalan dia pn mashaAllah..dlu sllu blik ikot situ..Alhamdulillah la xde apa2 terjadi..tp kalau malam mmg seram la
ReplyDeleteseram jugak tu..
ReplyDeleteNasib baik tak sempat makan kat situ. Kalau tak, entah apa la yang orang tu bagi diorang makan. Huhu~ Bunian ke kak?
ReplyDeleteakak ni benar2 kejadian ke? tapi memang pernah dengar cerita mcm ni...dulu travel malam2 memang xbg abah singgah melainkan kat RnR..takut... ;)
ReplyDelete@S.K.A
ReplyDeleteakak pernah lalu sekali waktu malam.. masa tu nak ikut keluarga kawan akak ke rumah dia di pekan, pahang.. alhamdulillah ok juga..
@cahaya ilahi
ReplyDeleteakak nak menulis balik pun rasa seram juga..
@Aida Ismail
ReplyDeleteitu la aida.. akak pun tak pasti apa benda tu.. mungkin juga kot bunian..
@mentari alam lembayung alam
ReplyDeletebenar mengikut cerita oleh kawan akak yang betul-betul berlaku kepada adiknya.. elok lalu ikut highway je..
Perghhh...betul2 angker ni. Apapun, hati2 ya...nama bukit tuh pun dah pelik.
ReplyDeletetengok gmbr jalan tu pong dh scary gile..huhuhh, sian2 buta pun kena usik jgk ke...huwaaaaaaaaaa
ReplyDeleteerr...camne boleh terbaca ni...*demam!
ReplyDeletekawan sy pernah kena juga kak. tp kat area dengkil. masa tu dia nak balik semula ke UKM. dia cakap suasana suram je kt dalam kedai makan tu. entah apa la yg diorg makan sebenarnya. tapi masa tu tak tau lagi, dia tau pun bila dia try cari balik kedai tu.. memang pusing byk2 kali pun tak jumpa dah.
ReplyDeletejln2 lamer kebanyakkan nye mmg keras.. tambah pulak bile org dah x gune jln tu.. huhu..seram
ReplyDeleteseramnya,,..huhu
ReplyDeletenasib baik baca pagi.. kalau malam confirm tutup PC terus pi tido.. hahahaha
ReplyDeleteWaaa takutjugak kalau kena kat diri sendiri..nasib baik takder apa2..mujur tak makan lagi..kalau tak, apa la yg mereka makan agaknya...
ReplyDeleteboleh buat sinopsia filem ni kak.. klau kru buat crita psal karak, kita buat pasal bukit putus plk. :D
ReplyDeleteHeeee.... Aiza takutnya kakak. Bayangkan kalau dia makan entah apa yg dimakan agaknya..
ReplyDeleteada restoran bunian kat kajang..., kalau real punya ok la tp kalau dah kat hutan...jangan cari pasal la menyeramkan !
ReplyDeletemisteri nusantara... jeng3... kucing hitam biasa dikaitkn dgn jin..
ReplyDeletePuas Tedi imagine, jalan pintas Bukit Putus? mana ada pintasnya jalan tu.. berbelit adala, itupun jadi jalan utama, jem selalu, lori bersusun... skrg ni adala jalan pintas, hiway 3 lane... boleh bg map sekali x? hehehe... x puas hati...
ReplyDeletewahhh memang ngeri lah.lepas ni sy nk try lalu sana lah kot2 leh jumpa.jom join skali.alaaa amik pengalaman je bkn nk tnjuk berani tau.skali skala best jg cerita kat anak cucu nanti
ReplyDeleteserammmm sehhhh hehe tp dhh byk kali jgk dgr cerita mcm ni...ishhh hati2 ler kite
ReplyDeleteseram ..bca cite ni..alhamdullilh nasib baik tak jdi apa2..
ReplyDeletehuuu scary betul...nsb baik tak makan pape..kalau mkn nt ntah apa la yg dihidangkan...
ReplyDeletetakot yer...orang kata jalan lama memang keras sikit..kena hati-hati..:)
ReplyDeletedulu heboh dok cakap yang ada pasar malam di kawasan bukit mana ntah kat kedah. dah bayar beli makan last dapat balance daun kering je.
ReplyDeleteish... takut la saya kalau gini. korang makan apa mlm tu? yak!!
nasib baik kena macam tu je kan..buatnya tunjuk muka buruk ke..mau 2 minggu demam..
ReplyDeleteTempat ni kat mana? Seram jer...
ReplyDeleteidak la sy nk lalu kt situ...dgr nama je da rs nk putus urat2 ni
ReplyDeletemak aihh.. tengok jalan pun da seram.. meremang bulu roma ni.. hehee~
ReplyDeletehaaa, sudah terkenaaaa....
ReplyDeletekalaulah dah termakan kat situ,agaknya apa la makanan dia bagi,seram~
ReplyDeleteagak menakutkan. nasib baik dorang tak disergah ke apa ke kan? kalau tak, macam mana nak keluar dari situ tu
ReplyDeleteyohuuu seramnye , takut plk
ReplyDeletemama tak boleh baca entry takut ni, baru baca sekerat tak jadi abiskan..
ReplyDeleteterus pergi kotak komen.....
sib bek aku bc cite ni siang, kalo tidak, asik tgk blakang jer laa... hahahaha.... ape pun nice story Aiza. Semua orang ade perasaan takot tp ikut mane pun kene hadapi gak situasi mcm tu supaye kite tak lekas panik kannn....
ReplyDeleteish..ngerinyer ...nasib baik takda kejadian buruk berlaku..
ReplyDeleteseb baik xde apa2 yer seram pulak baca !
ReplyDeletekak , tu kalau diorang makan tu ,agaknye keluar ulat2 , yelaa , dah banyak kan terjadi kan orang sebelum nie .. ye dakk ?
ReplyDeletealahai... >.< seram gax..ngee~
ReplyDeletenasib baik dia balik..huhu..saya pernah jalan sini..masa nak hantar ija ke matrik n.9..huhu.. tengok okayja..waktu tu pun mmg sesak..heeee.~ tapi pernah juga baca kisah2 kat bukit putus.. redha ja la..
ReplyDeleteDah boleh cuba tulis cerpen ni. Mana tahu boleh jadi cerpenis genre seram.
ReplyDeleteSeram lah kak. Hope tak kene macam ni. Wuwuwu
ReplyDeletehuh meremang rasa~
ReplyDeleteseram plak baca entri nie...jangan terkena dengan aku sudah.
ReplyDeletemenakotkan..nasib tak diganggu lg teruk..
ReplyDeletetakutnya kalau terjumpa tempat mcm ni kan...
ReplyDeletetakutnya kalau terjumpa tempat mcm ni kan...
ReplyDeletemenarik tapi menyeramkan... Banyak kisah di bukit putus ni...
ReplyDeleteoh tidak.. takutnya.. huhu.. terbayang2 dah macamana seram tempat tu.. nasib baik tak makan..
ReplyDeletedah byk kali lalu bukit putus....nasib baik tak nampak gerai tu...hu3
ReplyDeleteseramnya baca malam2..hheee
ReplyDeletebapak ahh.seram nyeee.. kisah benar ye?? aduii..da la iqa tgh bca malam2 cenggini
ReplyDelete