08 July 2013

Padah Pencuri Tulang

Assalamualaikum,

Salam pagi Isnin. Pernah tak jumpa pekerja macam ni? Punch in masuk kerja jam 8.00 pagi, melayari internet (berpura-pura buat kerja) sehingga jam 12.00 tengahari. Kemudian rehat sehingga jam 2.00 petang, sambung melayari internet sehingga jam 5.00 petang dan akhirnya punch out tepat jam 5.00 petang.

Kerja (Gambar hiasan) - Google
"You dah siapkan kerja yang I bagi?" tiba-tiba bos menyoal. "Sikit lagi nak siap bos." menjawab dengan selamba sambil berpura-pura menyiapkan kerja di depan notebook (padahal kalut pangkah apa yang  patut). Selalu aku jumpa pekerja begini di beberapa agensi (bukan semua agensi). Kerja malas nak buat, tapi gaji bulan-bulan nak. Padahnya siapkan kerja di saat akhir dan hasilnya sangat teruk. 

Ingatlah, setiap sen gaji yang kita dapat akan digunakan untuk berbelanja keperluan kita sekeluarga termasuklah makanan, pakaian dan banyak lagi. Makanan yang dimakan akan tumbuh menjadi darah dan daging. Bayangkan jika darah dan daging itu dari hasil titik peluh yang tidak halal?

"Suka hati aku la nak kerja macam mana pun, janji bulan-bulan gaji masuk. Kenapa nak sibuk hal aku? Siapa kau nak tentukan halal atau haram?" Ada yang berkata begitu. Mungkin kita tidak menyedari hal-hal kecil contohnya tiba-tiba anak sakit, kereta tiba-tiba rosak dan banyak lagi musibah akibat dari kita mengambil mudah mengenai perkara ini.

Oleh itu, bekerjalah dengan ikhlas demi mendapat keredhaan Allah SWT. Jujur dan amanahlah di dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh ketua anda. Bos lama aku pernah berkata, "Selagi ketua memberikan tugasan kepada you, ini bermakna dia mempercayai you. Jadi you janganlah khianati kepercayaannya."

^_^

78 comments:

  1. Salam Kak, sangat setuju.. Rezeki yang tak berkat kita takut Tuhan tarik dengan cara yang kita tak nampak. Even saya sendiri pun pernah alami.. Masa kena, cuba ingat2 balik..rupanya ada ngular or ngilat. Tapi kena redha la, tu tanda Allah syg kat kita..

    ReplyDelete
  2. waalaikummussalam adik.. semoga ianya menjadi iktibar kepada kita..

    ReplyDelete
  3. setuju itu la kekadang kerana golongan2 cam ia akan melibatkan ramai orang akhirnya kerja jadi tidak produktif..selamat bekerja kak :)

    ReplyDelete
  4. Salam Mizz Aiza... memang dalam kelompok geng satu kerja ada perangai macam ni...kerja 10% tapi online FB 90 % tapi tak lama...lepas tu dia kena buang kerja..Allah tu Maha Adil

    ReplyDelete
  5. suka dgn entry Aiza nie.kejujuran tu penting dlm setiap apa yg kita kerjakan..dtg kerja semata-mata untuk menggunakan internet pejabat.tak ada keikhlasan dlm diri.. :) morning dear..

    ReplyDelete
  6. zara setuju akak..rezki nk bagi kluarga makankn?..kna cari yg halal..sesungguhnya rezki yg halal tu akan membentuk aklak seseowg..=)

    ReplyDelete
  7. buat kerja sambil lewa ni sungguh saya tk brkenan.!

    ReplyDelete
  8. Salam Aiza, ini semua berlaku bila pekerja tersebut tidak faham makna tanggungjawab. Tanggung tugas yg diberi dan jawab ttg perlaksnaannya di depan Allah nnt.

    ReplyDelete
  9. Setuju. Kita bekerja biarlah jujur dan ikhlas. Lakukan yang terbaik. Hasilnya juga insya-Allah. Carilah keberkatan rezeki itu kerana akan menjadi darah daging kita setiap yang disuap ke dalam mulut.

    ReplyDelete
  10. kalau sambil melayari laman sosial tu takpelah jugak. tapi tak selalu orang buat camntu :D

    ReplyDelete
  11. betul tu Aiza, kena jujur dalam penggunaan masa kan, baru berkat.

    ReplyDelete
  12. ye la ye la..insaf la..tkmo dh wat cmni... huwaaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  13. belum start kerja lagi, tapi harap2x tak jadi seperti yang di atas..

    ReplyDelete
  14. hish aper lah dorang ni.curi tulang je wat per?bukan kenyang pon curi tulang.tulang kan makanan jin.aganya sbb tu kot perangai dorang mcm jin?ekeke :p

    sy selalu jumpa org2 yg mcm ni.kebanyakannya keje kat gomen la.byk projek gomen lembab sbb dorang la...haiya... :/

    ReplyDelete
  15. ada segelintir yang sebegitu. ambil kesempatan.. tiap-tiap bulan makan gaji buta.. sedih betul lah dengan senario sekarang...

    ReplyDelete
  16. Itu melampau2 namanya..seharian tak buat keja, spatutnya bahagi la masa sebaiknya. sesama mencari berkat Allah swt dalam menjalani ibadah.

    ReplyDelete
  17. hahaha.. terkena le pulak.. tapi bukan azman taknak kerja tau.. memang bos takde kerja nak bagi.. 22 julai ni transfer branch baru.. kalau takde kerja jugak tak taulah.. teruskan berblogging le setiap hari..

    ReplyDelete
  18. betul sangat jangan curi tulang...ibarat kerja tanpa minat sama seperti kita melihat tetapi tidak nampak.

    ReplyDelete
  19. Dah jadi darah daging tu paling takut..nnti bila duit byk mengalir entah kemana, ingat balik pada perbuatan kita sblm ni..

    ReplyDelete
  20. Setuju sangat kak :)
    Jangan asyik curi tulang je kalau bekerja tu, nanti makan duittttt. hahhh. Dengar tu kawan-kawan nasihat kak Aiza niee, ehhehee

    ReplyDelete
  21. In Shaa Allah moga2 kita tak mcm tu yer

    ReplyDelete
  22. kerja kn ikhlas, rezeki pun berkat

    ReplyDelete
  23. ipah adelah o9 skjp2 wktu keje tapi waktu tu keja takla berlambak sgt..huhu..

    ReplyDelete
  24. kalau buat kerja tak ikhlas pun duit yang dapat tu tak berkat.mintak dijauhkan=)

    ReplyDelete
  25. yer lah Aiza, kadang tu kite tak sedar Allah tarik balik cara yg kite tidak sedari... kene time kite sgt2 nak gune kerete, tibe2 rosak sini, rosak sane... mulalah masa tu, buat ape pun tak kene, tu la TUhan nak soh muhassab diri la tu....

    ReplyDelete
  26. setuju sgt2 apa yg kak aiza ckp ni.. bagi saya la kerja curi tulang cenggini tak berkat gaji dia yg dapat tuu.. lepas tu jadi darah daging plak. Allahuakbar.. semoga Allah beri hidayah org yg kerja cenggini.

    ReplyDelete
  27. betul.. kerja elok2, keberkatan yang kita cr dlm bekerja...

    ReplyDelete
  28. ini yg dipanggil curi tulang...kerje tak byk mana pun..tetapi demi keluar jln2 cari makanan...

    ReplyDelete
  29. Setuju aiza...amatlah penting kita dahulukan kerja dr yg lain2 kerana kita telah dibayar utknya. Thanks.

    ReplyDelete
  30. er....selalu jumpa staff yg mcm ni

    ReplyDelete
  31. sama2lh kita jauhkan diri dri melakukan perkara y membawa kemurkaanNya :')

    ReplyDelete
  32. Jln yg terbaik, potong internet :D

    ReplyDelete
  33. betol 2..suka entri ni..kdg2 org pndg ringan je..bila dtg msalah bru nk igt..tp ada jgak yg xigt2..pelik2 betol la..tmpat krja sy dlu rmai bt cmni..

    ReplyDelete
  34. @Pengembara Dunia
    terima kasih.. betul tu, orang lain pun terlibat sama..

    ReplyDelete
  35. @Adhie Sunan Saifuddin
    salam adhie.. lambat laun mesti pihak atasan akan tahu jugakan..

    ReplyDelete
  36. @Nur Fahz
    terima kasih fahz.. realitinya ramai yang aiza jumpa begitu..

    ReplyDelete
  37. @siti ZAHARA
    setuju dengan pendapat zara.. semuanya berpunca dari punca rezeki tu..

    ReplyDelete
  38. @zakirasli ..
    betul tu.. hasil kerja pastinya kurang berkualiti..

    ReplyDelete
  39. @shameel Iskandar
    salam.. ada benarnya pendapat tu.. erti tanggungjawab itu sangat besar.. yang nak jawab tu susah..

    ReplyDelete
  40. @Tetamu Istimewa
    kujujuran dan keikhlasan tu paling pentingkan..

    ReplyDelete
  41. @syuk shusuke
    betul tu syuk.. kita bukannya robot yang hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja.. contonya sesekali ambil masa 5-10minit untuk rehatkan minda dengan melayari laman sosial..

    ReplyDelete
  42. @Zura Lee
    tapi zura tetap siapkan kerja zura jugakan..

    ReplyDelete
  43. @Bahrain Ramlan
    semoga menjadi pekerja yang baik dan bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  44. @Harith Iskandar
    hihi.. manusia bertopengkan jin..
    memang tak dinafikan, mungkin mereka berasa selesa berada di dalam 'zon yang selamat'.. dah jadi penjawat awam memang susah nak dibuang.. tapi tak semestinya semua penjawat awam begitu, ada juga yang komited di dalam menjalankan kerja yang dipertanggungjawabkan (macam bos lama aiza)..

    ReplyDelete
  45. @Norhasniza Khalid
    betul tu mama.. masa interview tunjukkan yang baik sahaja, tapi bila dah bekerja baru nampak 'belang'..

    ReplyDelete
  46. @PakcikLie PCL
    aiza memang pernah jumpa manusia macam tu di pejabat aiza kerja dulu.. nasihat macam mana pun memang tak jalan, mungkin sebab dia lebih tua dari aiza dan lelaki pula tu.. betul tu PCL, kerja juga satu ibadah..

    ReplyDelete
  47. @azman Arsad
    maaf jika terasa.. aiza bercerita berdasarkan pengalaman dan pemerhatian secara rambang sahaja.. semoga azman terus bersemangat untuk bekerja di branch baru tu nanti..

    ReplyDelete
  48. @Ari Yo
    betul tu.. perumpamaan yang baik..

    ReplyDelete
  49. @Mieza Jhaa K
    betul tu mieza.. masa tu la baru nak bermuhasabah diri..

    ReplyDelete
  50. @Eiqa Almond
    terima kasih eiqa.. akak menulis ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.. semoga memberi manfaat..

    ReplyDelete
  51. @mirza syazwina
    betul tu, sebab tu kena ikhlaskan hati untuk menjalankan kerja..

    ReplyDelete
  52. @Zai Zaiman
    betul tu zai zaiman.. kalau tak sedar diri juga tak tahu la..

    ReplyDelete
  53. @Nurzulaiqa Nazri@Professor
    betul tu.. semoga mereka insaf dan cepat berubah..

    ReplyDelete
  54. @Rosniyati othman
    kalau ditegur pun tak tentu dia nak dengar.. orang macam ni selalunya ego tinggi..

    ReplyDelete
  55. @<a href="#c4777324
    insya-Allah AL.. :D

    ReplyDelete
  56. @Cikgu Kacamata
    kalau potong internet masih boleh access melalui smartphone..

    ReplyDelete
  57. @S.K.A
    semoga mereka cepat insaf.. memang ramai yang begitukan?

    ReplyDelete
  58. nauzubillah...semoga bila saya dah ada kerja nanti..sya x nak jadi pekerja yg curi tulang..nauzubillah.. :)

    ReplyDelete
  59. Terus terang saya katakan, saya sangat kagum dengan Mizz Aiza. Setiap entri pasti ramai yang meninggalkan komen. Seperti entri ini kurang lebih 35 yang komen. Dan setiap komen itu dibalas. Syabas!

    ReplyDelete
  60. @Cik JariManis
    elok adik CJM berazam begitu.. insya-Allah takkan berlaku kalau kita tahu dosanya mencuri tulang ni.. :D

    ReplyDelete
  61. @Tetamu Istimewa
    alhamdulillah.. selagi terdaya balas, aiza akan balas.. jika tak aiza biarkan sahaja..

    ReplyDelete
  62. sebolehnya...kita cari yg berkat.....

    ReplyDelete
  63. betul kak.. thanks for sharing

    www.afizahnordin.blogspot.com

    ReplyDelete
  64. Betul tu. Tak dinafikan, ada je pekerja yang macam ni. Tapi tak semua k. Yang buat macam tu tak sedar agaknya yang punca rezeki dia tu boleh jadi haram walaupun kerja tu halal.

    ReplyDelete
  65. Ya Allah, jauhkanlah kami dari bersifat malas dan khianat di dalam melaksanakan sesuatu amanah. Aminn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^