16 July 2013

Tips Kekal Cergas di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum, 

Bulan ramadhan bukanlah alasan untuk kita memberi alasan cepat letih, malas atau mengantuk. Bagaimana untuk kekal cergas secara semulajadi di bulan ramadhan? Hari ini aku kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna: 

1. Makan secara teratur ketika bersahur dan berbuka puasa

Elakkan makan secara berlebihan ketika bersahur atau berbuka puasa. Mulakan bersahur dan berbuka sekurang-kurangnya dengan kurma. Makanan secara berlebihan ketika berbuka boleh menyebabkan rasa mengantuk ketika menunaikan solat sunat Tarawih. 

2. Elakkan tidur berlebihan
Tidur berlebihan boleh menyebabkan kita berasa sangat lapar ketika terjaga dari tidur. 

3. Manfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah

Isi masa terluang dengan aktiviti seperti menulis, membaca atau paling baik membaca al-quran dan berzikir. Ini dapat membuatkan kita lebih produktif kerana aliran darah yang baik di seluruh  badan kita. 

4. Sentiasa tersenyum ketika melakukan kerja atau tugasan harian
Tak kiralah suri rumah atau pekerja pejabat, senyuman mampu meredakan tekanan dalam diri anda. Jika mood kita ceria insya-Allah urusan seharian dapat dilaksanakan dengan lancar. 

Selamat mencuba..

Sumber gambar : Google
(Auto publish-urusan di hospital)
^_^

42 comments:

  1. nak senyum lebih kena baca cerita lawak..hehe

    ReplyDelete
  2. Petua saya untuk kekal cergas di office pada bulan Ramadhan senang je kak. Lepas Terawikh sebelum tidur, minum air masak sikit. Pastu lepas bersahur dan subuh, jangan tidur sebelum pergi kerja. InsyaAllah segar dan alert sepanjang hari. Tapi make sure sahur makan kurma lebih sket. Banyak glukos dan kalori. :)

    ReplyDelete
  3. bagus juga ni...bleh amalkan..

    ReplyDelete
  4. Tips yg bagus. Tapi saya tetap penat sebab jarak rumah saya ke tempat kerja sejauh 95KM sehala. Jadi hari2 terpaksa drive sejauh 190KM utk pergi dan balik.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas tip yg kak aiza berikan..leh cube hari nie..yg no 4..

    ReplyDelete
  6. yang no.2 masalah la..ptg je..ngantuk..tgok upin ipin pun tidur..huhuuu..

    ReplyDelete
  7. tambah lagi satu.. blogwalking ke blog kawan-kawan sebanyak mungkin untuk kekal cergas.. hahahaha

    ReplyDelete
  8. Bagus tips ni kak. Terima kasih sudi kongsi :D

    ReplyDelete
  9. tq...berkongsi...... pose ni wajib... makenye moh le kite berpose...

    ReplyDelete
  10. Sekarang farah tengah senyum baca tips akak nie..nampak tak?? hehehe.. hilang sikit rasa mengantuk kat ofis..;p

    ReplyDelete
  11. Kakak ni Aiza bila buat kerja memang lupa nak senyum. Tapi kalau baca blog boleh:)

    ReplyDelete
  12. mudah-mudahan dengan mengamalkan tips-tips ni kita akan berasa lebih cergas :)

    ReplyDelete
  13. Puasa ni kita kena buat relax je. Jgn dok pikir sgt yg kita ni tgh puasa. Haaa, bila sejam atau 2 jam lg nak berbuka barulah kita buat2 kalut...baru rase feel puasa tu sampai ke hati...hehe (ini apa yg CK buat sepanjang puasa)...
    *ehem...CK bg aiza gatal tangan la ;)

    ReplyDelete
  14. tips yang bagus..jangan cari alasan dan buat alasan dalam bulan yg mulia ini. selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...wan masih cergas sprt biasa. Ptg2 kalau lps blk keja, wajib tgk2 pokok yg ditanam. kdg2 dok layan ikan dalam aquarium...

    Apapun, lakukan apa yg kita minat dan kita akan lupa dgn keletihan.

    ReplyDelete
  16. berblogging pon dpt cergaskan minda dr tido perpanjangan...dpt jgk eratkan silaturahim antara kita..hehe..:D

    ReplyDelete
  17. betul betul, cegras walaupun berpuasa barulah kaum lain respek!

    ReplyDelete
  18. sentiasa tersenyum..=D
    Time kcih kongsi tip ni kak..=)

    ReplyDelete
  19. betul tu setuju sgt...tp bab tido tu alahai... mmg susah nk ditepis ;-)

    ReplyDelete
  20. nice tips akk...
    Am selalu balik kerja terus tido..
    kaki tido hahaha.. penat kerja kat site panas..tubuh pun rasa lemah je..

    ReplyDelete
  21. hari cuti memang tido jela xtvt sy..huhu..

    ReplyDelete
  22. info yang baik sis...

    ReplyDelete
  23. syuk rasa syuk tidur berlebihan lah kak. hehe. bangun je dah pulul 11.

    ReplyDelete
  24. acik sejak bulan puasa nie ,tak boleh tido malam, thanks info nye kak :)

    ReplyDelete
  25. Lakukan aktiviti yang bermanfaat pasti tidak berasa letih. Betul tu, tidur, rehat dan minum secukupnya.

    ReplyDelete
  26. Masa dah terisi dengan tempahan biskut raya...∩__∩

    ReplyDelete
  27. nO 2 aku slalu sangat tertidoooo..boring sangat..haha

    ReplyDelete
  28. Hehe~ Tak rasa letih sangat bila berpuasa. Sebab dah biasa kan puasa dari kecik. Tapi bila dah petang2 tu terasa la jugak perut kosong. Then mula la lembik semacam. Hee~

    ReplyDelete
  29. Salam
    Orang Malaysia sangat BERTUAH.Allah jadikan Malaysia untuk orang Melayu mendominasikan penduduk . Orang Melayu dipilih Allah untuk menjunjung agama Islam,TETAPI mereka tidak pernah bersyukur dengan NIKMAT yang ada.
    Berpuasa di Thailand sangat mencabar iman kita. Kedai makan dibuka sepanjang hari,anda boleh makan tanpa ditangkap oleh sesiapa pun.
    Alangkah indahnya kalau pemerintah Malaysia yang memerintah Thailand.KENAPA rakyat Malaysia terlalu TAMAK kuasa ? Jangan jadikan MALAYSIA seperti MESIR,kami pun nak tumpang berniaga di Malaysia.

    ReplyDelete
  30. Sentiasa senyum, tapi jangan sampai terlebih senyum plak.. nanti member pejabat rasa pelik plak.. keh3

    ReplyDelete
  31. bagus tipsnya....boleh follow....selamat bersahur

    ReplyDelete
  32. yg lain ok. tapi bila part sahur tu. sorg2 ni mudah sgt lah terlajak tido. bangun2, tgk dah pkul 6.30.. =(

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah =) tips yg sangat berguna

    ReplyDelete
  34. kalu kita bz ngn keje, tk terasa sgt lapar puasa..tau2 dh petang...

    ReplyDelete
  35. Kene cube try Test ni... He3.. (^_^)

    ReplyDelete
  36. zaman Nabi dulu sahabat2 siap berperang dalam bulan puasa...mereka memang cergas

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^