27 July 2013

Serba Salah Nak Balik Beraya

Assalamualaikum,

Entah mengapa mood aku untuk pulang berhari raya di kampung pada tahun ini sangat hambar. Hatiku rasa berdebar-debar, sedih dan sangat kecewa bila mengingatkan apa yang telah berlaku. Semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi pula perasaan ini.

Tolong
Tolong!!! (Gambar hiasan) - antiagingremedies.org
Ketika pulang ke kampung menziarahi jenazah arwah opah aku meninggal pada 7 Ramadhan yang lalu,  aku singgah di rumah tinggalan arwah ayah. Alangkah terkejut apabila mendapati ruangan dapur kosong, semua peralatan elektrik lesap (mungkin pencuri bawa lori angkut semua).

Ini bukanlah kali pertama rumah aku dipecah masuk, dah lebih dari 10 kali (berbelas kali sebenarnya), tapi yang aku sempat buat laporan polis hanya 5 kali. Kali terakhir aku buat laporan ketika pulang berhari raya tahun 2012. Setiap kali kena ceroboh memang ada benda yang hilang.

Aku nekad mencari lori untuk memindahkan baki barangan yang tinggal ke rumah saudara aku dan sedekahkan je apa yang patut. Tak dinafikan memang kedudukan rumah aku agak terpencil memudahkan pencuri untuk menjalankan aktiviti mereka.

Teringat perbualan aku dengan pegawai penyiasat polis ketika membuat laporan di balai polis dulu, "Selalunya kes pecah rumah ni penagih dadah yang buat." kata polis tu. "Polis tak boleh ke ambil tindakan?" aku menyoal. "Tugas kami tangkap mereka bila cukup bukti. Jika positif dadah, kami serahkan kepada pusat serenti untuk pemulihan." balas polis tu.

Perasaan aku di saat ini geram kerana tidak mampu melakukan apa-apa. Memang menyusahkan orang betul 'sampah masyarakat' ni. Kalau ikutkan hati aku yang tengah marah ni nak je aku tangkap mereka bagi makan harimau atau buaya ke (kejam betul aku)

Persoalan sama ada aku harus pulang beraya di kampung atau beraya di perantauan masih bermain di minda aku. Untuk apa aku harus pulang? "Jangan lari dari masalah, hadapilah walaupun perit." pesan mak aku. Tapi adakah aku setabah itu? 

^_^

70 comments:

  1. anggap aje sedekah.. mungkin itu yang terbaik.. jangan dikenang benda yang dah lepas.. jangan sedih.. dugaan hidup.. Allah tidak akan duga jika kita tak mampu menanggungnya..

    ReplyDelete
  2. Sedih bila dengar cerita macam ni. Memang menyusahkan betul. Semoga awak tabah menghadapi situasi macam ni. Maybe ada hikmah disebalik kejadian.

    ReplyDelete
  3. seronok akak..blik beraya di kampung
    suasana pun lain..=D
    zara tahun ni tak bleh beraya di kg dekat pahang..hmm..sbb bajet tak cukup..huwaa!!

    ReplyDelete
  4. Bersabarla wahai sahabat.
    Apa yang berlaku bersebab..
    Memang betul kata kata mak mu itu..,
    "Jangan lari dari masalah dan hadapi dengan berani"
    Itu yang saya praktik kan dalam hidup saya sampai sekarang.
    Selalu berfikiran positif...
    Banyakkan berdoa kepadanya .
    In shaa allah..

    ReplyDelete
  5. Kat mana2 sahaja kebanyakkan pencuri yg pecah masuk rumah org ni terdiri drp penagih2 dadah. Bukan setakat rumah, malah tabung masjid dan jirat cina pun diorg sanggup ceroboh utk mencuri. Dadah punya pasal...

    Apapun byk2 bersabarlah Aiza.Takdekah adik beradik Aiza yg tinggal berhampiran kg tu.

    ReplyDelete
  6. Ish, memang menguji kesabaran, akak pasang lah kunci mangga or apa2 yg tak boleh bg diorang masuk dgn senang or akak tulis ayat2 yg psiko diorang mcm 'Allah melihat apa yang anda lakukan'. Tp kalau diorang x mkn saman tak tau lah. Tak kan x balik raya sbb pencuri.

    ReplyDelete
  7. mula2 simpan barang elok dan kemudian berdoa agar diselamatkan
    jika kena pcah rumah tu mungkin ujian buat kita
    byk bersabar
    jgn halang ia dr berseronok utk beraya :)

    ReplyDelete
  8. Kesiannya kat Aiza...selalunya camtulah alasan Encik Polis...mana taknya, bilangan penagih dadah makin hari makin bertambah...nak tangkap pun bukannya senangkan? Habis, raya tahun ni Aiza beraya kat mana pulak ye?

    ReplyDelete
  9. tak paham kenapa dorang sanggup nak ambik barang2 orang lain.dah la bulan puasa.harap akak tabah k :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Aiza..
    Memang tak mudah untuk jadi seorang yg tabah.Tapi berpura-pura sebagai seorang yang tabah mungkin akan menghilangkn sedikit sebanyak masalh yang membelenggu Aiza..Pujuk hati,mungkin kepulangan kali ini memberikan kenangan yang manis buat diri aiza nanti..Allah sentiasa ada bersama aiza..In Shaa Allah. :))

    ReplyDelete
  11. Banyak-banyak sabar tau.....dugaan tu...bawak2 berbincang utk selesaikan masalah nie...

    ReplyDelete
  12. Salam ziarah sambil ajak join GA... Sudi2lah join GA saya :)Pernah juga rumah kene pecah... mendapat respond yang menyakitkan hati jugak dari pihak polis :(

    ReplyDelete
  13. semoga Mizz tabah menghadapi ujian Allah...

    DIGI satu..

    ReplyDelete
  14. ala kak..bahaye la cm tu..sbb dye dah selalu masuk rumah tu..sukar jugak nk wat keputusan cm nie..

    ReplyDelete
  15. Kena pecah rumah lagi ke..

    Polis selalunya macam tu. Kalau kes yang kecil-kecil dia tolak tepi je dulu.

    ReplyDelete
  16. balik jer lah kak, kita raya setahun sekali.. apapun semuanya kita tempuhi jugak satu hari nanti..

    ReplyDelete
  17. hidup memang banyak cabarannya... awak kena sabar. :)

    ReplyDelete
  18. Risau jugak kan akak.. ada rumah sedara mara lain x utk tumpang bermalam klu blk kg..kalau ada better tumpang rumah depa jer akak..

    ReplyDelete
  19. kesianny akak.. xpe kak, in syaa Allah ada masa lagi ni utk buat keputusan.. smoga Allah permudahkan sumenye utk akak :)

    ReplyDelete
  20. tasneem baca entry ni geram sesangat! haishh kerap pulak tu masuk curi barang, hamboi, kemain senang keja depa. kita susah susah kumpul duit beli barang, depa masuk curi. tasneem pun geram jugak lepas kes motor tasneem hilang. haishhh membuak buak marah bila ingat balik.

    ReplyDelete
  21. kenapa? dekat kampung takda sapa2 ka kak?

    ReplyDelete
  22. jahatnya diangkut semua
    parah betol
    siapa masih di kg ?
    kalau masih ada saudara
    elok balik

    ReplyDelete
  23. Kalau dapat carikanlah orang utk tinggal dan jaga rumah tu. Itu saja jalan untuk mengekalkannya, jika tidak lama kelamaan walaupun bukan angkara pencuri, ianya akan mereput usang sendiri...

    ReplyDelete
  24. Beraya di kampung bersama sanak saudara. Rumah itu pula kakak sewakan kepada sesiapa, kalau tiada ahli keluarga yang nak duduk. Rumah nenek Master dulu macam tu juga, tapi kemudian dia upah org buat rumah yg boleh orang sewa di depan rumah. Jadi ada orang yang berhampiran. Memang rumah dulukala jauh2 & terpencil belaka.

    ReplyDelete
  25. subhanallah..mmg xptt la pncuri 2..ishhh, xtkot ke dia dgn blasan Allah nnti?? bykkan bersabar ye kak..sy pn pelik knapa phak polis jwb mcm 2..xkn dia xsiasat?? adakan kes mcm ni kecil bg diorg??

    ReplyDelete
  26. insyaALLAH kak ,kuatkan semangat ikut kata hati dan istikarah ..

    ReplyDelete
  27. kalau nak dekat-dekat nak raya ni ramai pecuri yang buat OT..makin pulak rumah yang akan ditinggalkan masa cuti raya ni

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum Aiza, hmm kegiatan pecah rumah nie memang dah banyak berlaku, sekarang nie bukan takat rumah kampung je, rumah taman-taman yang baru kan belum ramai orang masuk tinggal dan juga ada gak owner rumah pindah sebelum pasang grill so memang mudah pencuri nie masuk. Lagi satu kat tempat is ada satu kumpulan perompak kini jadi buruan Pihak Polis.

    ReplyDelete
  29. balik je kak walau sekejap.. beraya kt kg sndiri tk sama dgn kt perantauan..

    ReplyDelete
  30. hmm..setuju dgn mak akak..huhu..jgn lari dari masalah..ayah mila dulu pn macam kak aiza..merajuk nak balik kg sebab kes macam akak ni..hampir 2 tahun jugak..tapi apa yang ayah mila dapat?rumah tu yg jadi mangsa, kena tinggal dan semakin usang sebab tak dijage..huhu..

    insyaallah..Allah nak bg rezeki lain buat akak =D

    ReplyDelete
  31. alahai..jangan sedih sis..balik je la..

    ReplyDelete
  32. sabarlah. Tak sama beraya di kampung dan di perantauan kan. Buat pilihan yang tepat. Semoga nanti Aiza bahagia bersama keluarga di pagi raya :)

    ReplyDelete
  33. Ya Allah habis licin diaorang sapu aiza? dah buat laporan polis tak kat sana? kena buat juga tu...krole rasa aiza adik beradik kena berbincang...tak boleh tnggl terus rumah tinggalan kat kg tu~ kena ada yang jaga..utk elak rumah tu jadi sarang orang tak btnaggunjawab ni~

    ReplyDelete
  34. Baca semua kisah2 akak nie macam2 rasa plak.. jgn sedih ya kak.. Be strong..

    ReplyDelete
  35. ermm. sabar je la yer kak.. balik jer kampung jemguk2 sanak saudara disana yer

    ReplyDelete
  36. hak? kene pecah rumah banyak kali??? gilaa lahhh..

    akk pi jumpa ustaz..cter masalah yg berlaku.. maybe ustaz boleh bagi solution camna nak tangkap pencuri tuhh..

    sebab saya penah dengar satu cter ni rumah dia kene masuk pencuri..then tuan rumah tu baca apa tah,, macm doa pendiding laa... bila sekali pencuri tu datang balik,,nak keluar balek tak dapat.. pencuri tu tak nmpak jalan keluar.. dan berjayalah tangkap pencuri tu...

    p/s : Doa tu senjata org beriman kak... 100% kene percya apa yang kita doa Allah makbulkan...
    so,,akk doakan semoga pencuri tu dapat hidayah..

    ReplyDelete
  37. sampah masyarakat memang menyusahkan..

    takkan tak beraya pulak akak.. tak seronok la nanti

    ReplyDelete
  38. La kesian Aiza. Susahkan kalau macam ni..kita punya penagih tegar ramai sangat. dia orang ni pantang ada peluang...mungkin aiza kena cari doa pendinding kot..nway salam 19 ramadhan ya..

    ReplyDelete
  39. sekarang aiza tinggal dimana? dengan siapa?...ibu aiza tinggal dimana?...eloklah pindahkan barang2 rumah tu...atau sedekahkan...orang yang jahat ni dah tahu rumah tu tak berpenghuni, sebab tu mereka berani menceroboh masuk..

    ReplyDelete
  40. sebab tu lah kita dah kena gunakan hukum hudud.. supaya tak ada siapa berani nak mencuri lagi..

    ReplyDelete
  41. in shaa allah akak tabah.... =) teruk jugak..dah berkali2 rumah akak kena pecah masuk...sya tumpang simpati atas apa yg jadi dkt akak & kluarga
    :(

    ReplyDelete
  42. sabar akak , bulan puasa ni. semua dugaan ..

    ReplyDelete
  43. SUSAH JUGA KALAU RUMAH SENTIASA DITINGGALKAN KOSONG TERLALU LAMA ...
    BTW ... Takziah ...

    ReplyDelete
  44. Molek benarlah klu lepas ni pasang perangkap harimau dlm rumah.. kurung je dlm sangkar harimau..

    ReplyDelete
  45. sabar la kak... ujian di bulan ramadan


    Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu. Hadiah Power Bank bakal menanti anda...

    ReplyDelete
  46. Salam Mizz Aiza,rumah klu kena tinggal lama2 gitulah mcm umah opah k.atie.habih peyok bsr2,pinggan mangkuk,tong gas licinnn dikejakn dek penagih dadah :(

    ReplyDelete
  47. Salam... saya singgah nak bagitau Mizz Aiza saya tagged kat sini

    http://adhiemenulis.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-by-mahira-ridzuan.html

    ReplyDelete
  48. Memang sakit hati sangat bila jadi perkara-perkara macam ni. Sabar ya, setiap ujian untuk jadikan kita lebih tabah :)

    ReplyDelete
  49. betol2.. dulu pernah buat attachment dekat wad gila. staf kat situ kata, kebanyakan yg masuk wad gila ni polis yg hantar situ, sebab bila "diorang" kena tangkap, positif dadah. bila dah banyak kali pekena dadah, mental diorang pun tak beberapa nk ok. last2, hantar wad gila instead of penjara. bila dah pulih sikit, stabil sikit, wad gila kena lepaskan. balik rumah, mencuri lagi, sbb nk beli dadah. lepas tu nanti kena tangkap balik, masuk wad gila balik. mmg polis x bleh buat apa2..

    ReplyDelete
  50. Moment hari raya idul fitri memang saat-saat terindah untuk berkumpul dengan keluarga. Kita bisa saling memaafkan satu sama lain atas kesalahan dan khilaf yang pernah kita lakukan pada masa lalu. Akan sangat disayangkan apabila pada saat hari raya tiba, kita tidak bisa berkumpul dengan keluarga.

    ReplyDelete
  51. ya allah kak.. sabar je lah.. sampai mcm tu sekali.. mudah-mudahan lah org2 yg berkenaan tu diberikan hidayah dah berubah menjadi org yg lebih baik.. huhuhu

    ReplyDelete
  52. sabar ye kak. dugaan bulan ramadhan ni. semoga akk tabah. hati2 ye. take care :)

    ReplyDelete
  53. susah betul dgn orng yg suka menyusahkan hidup org lain nie...main rembat je brg orang

    ReplyDelete
  54. doakan yg terbaik for u yer !

    ReplyDelete
  55. Sabar byk2 aiza. Mungkin pencuri durjana tu tak dapat balasan drp Allah lg. Sekali dia kena......
    Ehem spt biasa utk aiza ;)

    ReplyDelete
  56. kena banyak bersabar... dugaan bulan ramadhan ni...

    ReplyDelete
  57. moga aiza tabah menghadapinya ye...kuatkan semangat tu...kan nak raya nie...emmm

    ReplyDelete
  58. hmm....kalau saudara mara ada ramai2 di sana, balik lah kak...

    ReplyDelete
  59. insyaALLAH kak, akak tabah punyee :)
    Mungkin tu semua ujian dari Allah untuk akak..
    eiqa doakan supaya pencuri-pencuri tu dapat blasan yg setimpal dgn apa yg dorang buat..

    Kesian akak bnyak kali kena :(

    ReplyDelete
  60. tak berhati perut org yg mencuri tu...bln2 puasa pun nak mencuri..hrp sis bersabar dan tabah yer :)

    ReplyDelete
  61. Balik lah..jika masih ada sedara mara di sna.. Ukhwah dan silaturrahim tu sgt pnting terutama time raya...

    ReplyDelete
  62. kdg2 dorang ni terdesak sgt smp mencuri...yela nk beli brg2 dorang guna tu..huhu sabar ye kak...

    ReplyDelete
  63. jgn sedih2.. beraya kat selangor je..

    ReplyDelete
  64. tu dia.. memang boleh hilang sabar kalau dah berbelas kali pecah masuk.

    kalau dapat la kan cincang sampai lumat. tak suka betul dengan pencuri ni

    ReplyDelete
  65. Ya Allah kesiannya kak. Hishh geram pulak Aida baca. Sapa la punya kerja ni. Mentang2 takde orang duduk rumah tu.

    ReplyDelete
  66. akak buat keputusan elok2 ya.. ikut kata hati .. kalau rasa nak balik , balik ... ape2 pun , sebelum berangkat ke mana , sentiasa baca ayat qursi kak .. buat pendinding diri ni ... selamat dunia akhirat .. cuba taw kak .. insya Allah ... :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^