23 July 2013

Kisah Raya Tahun 2012

Assalamualaikum,

Sejak mak tinggal bersama aku, kami pulang beraya di kampung menjelang hari raya pertama (jalanraya dah tak sibuk masa tu). Tentunya kami menginap di rumah tinggalan arwah ayah di kampung. Aku telah berjanji untuk beraya bersama kakak aku sekeluarga di kampung (kakak aku pun dari Kuala Lumpur)

Petang hari raya kedua kakak aku mengajak ke rumah saudara kami di Gerik. Tentunya seronok sesekali dapat berhari raya bersama saudara. Kami keluar selepas waktu Asar dan pulang semula ke rumah lebih kurang jam 11.00 malam. 

Pintu tidak bertutup rapat
Pintu tidak bertutup rapat (Gambar hiasan) - kizgarden.blogspot.com
Alangkah terkejutnya apabila sampai di rumah, pintu tidak bertutup rapat. "Mak lupa tutup pintu ke?" aku menyoal. "Rasanya dah tutup dan kunci tadi." balas mak aku. "Adik pun dah check tadi. Memang berkunci elok." balas adik aku pula mengiyakan kata-kata mak. 

Masuk je ke dalam rumah memang terkejut sebab rumah dah dipecah masuk. Pencuri tu selongkar barangan anak saudara lelaki aku dan curi barangan seperti syampu, perfume dan deodoran. Barang kakak aku pula sampul duit raya yang telah siap diisi duit bernilai keseluruhan lebih kurang RM300.00 dan kotak berisi kerongsang baru dibeli hilang. Nasib baik aku, mak dan adik tak tinggalkan barangan beharga di rumah tu. 

First time aku hubungi nombor 999 memandangkan aku tak tahu nombor telefon terus polis daerah. Tengah malam tu juga polis penyiasat tiba dan melakukan siasatan. "Tiada kesan cap jari ditemui. Mungkin dia pakai sarung tangan." balas polis tu.

Malam tu nak tidur pun tak lena sebab takut (sebenarnya ini kali ke-5 polis datang ke rumah aku. Sebelum ni memang dah kerap rumah aku dipecah masuk. Kami memang jarang pulang ke rumah itu). Itulah salah satu kisah berhari raya yang tak akan aku lupakan. 

^_^

55 comments:

  1. Rumah saya kat kampung pun macam tu jugak...dah tak de penghuni, ramaila yang ambil peluang nak pecah masuk...kesian kakak Aizza...habis camtu je duit raya...

    ReplyDelete
  2. hari raya pun nak mencuri..nasib baik akak sekeluarga tak apa-apa.

    ReplyDelete
  3. ish2..bahaya jugak..nasib la family kak tak ada dirumah..

    ReplyDelete
  4. Time raya la dia seronok nk buat kerja sbb die tau xde orang kat rumah, seb baik xde barang2 berharga.

    ReplyDelete
  5. wuu takut sangat. :'( sabar ye kak aiza. pencuri tu dah taktau nak p raya mana kot. eh, gerik tu dah dekat dengan rumah tasneem. mai laa Baling. raya dekat rumah tasneem. ^^

    ReplyDelete
  6. Takutnya..nasib baik pencuri datang time org tak dak..sekurang2nya barang saja yg hilang.. kalau la datang time semua org dok nyenyak tido lagi bahaya kan akak..hrp2 tahun nie x berulang lagi la..

    ReplyDelete
  7. Ni pencuri raya ke hapa....raya2 pun nak mencuri...
    Mujurlah tuan rumah tak apa2...syukur...
    Tahun ni kena pakat beringat la..... kot2 pencuri tu datang lagi nak curi duit raya...
    Wallahua'lam......

    ReplyDelete
  8. dulu.. rumah mama dimasuki pencuri, dan bilik mama dia dah pecah masuk, hampir juga mama jadi mangsa tuttttt!! mama trauma hampir setahun .. nasib mama baik sebab mama sempat buat panggilan telefon pada jiran sebelah, telefon tu yang menyelamatkan mama dari kejadian buruk tu.. semua tu tersimpan kemas dalam hati mama kak aiza.. sedih bila teringatkan balik..

    ReplyDelete
  9. nasib baek x terjadi aper2..pencuri nie klu dah kje dia..x kira ms dah..

    ReplyDelete
  10. Uihh, dh bnyak kali rumah kaka aiza dmasuki pncuri? bhya ni.. harap2x lpasni tk la berlaku lagi.

    ReplyDelete
  11. di bulan yang baik pun nak mencuri ye...

    menabung di sini untuk raya hehehe

    ReplyDelete
  12. mmg menakutkan kan bila ada org menceroboh masuk dan mencuri di rumah! Mak pun pernah kena tp rasanya perompak tu mental dan sakit jiwa sebab hanya mencuri pakaian dalam mak dara dan adik perempuan mak dara saja.. yg lain dia tak usik .. mmg psiko perompak tu kannn

    ReplyDelete
  13. uiksss bahaya tu,biasanya rumah kalau dh kene pecah sekali dia akan jadi berkali kali sebab pencuridah aim rumah tu.sbb dia xkene tangkap so dia rase senang nk pecah.maybe orang dkt2 situ jugak la yg buat...silap2 org yg kite kenal...siapa tahu kan?

    ReplyDelete
  14. Huiyo...bahaya ni. Kena lebih berhati-hati dan tukar sistem lock kat umah.

    ReplyDelete
  15. pencuri itu kerjanya mencuri.. nak kata kerja mencuri ni senang? susah tu.. skill kena tinggi.. dunia dunia.. wang menjadikan kita hamba

    ReplyDelete
  16. Kali kelima?? Hmm lepas ni kena tahn perangkap tu..biar xder dah kali ke7.. kali ke 6 yg menumpaskan..tahan perangkap harimau gitu..letak brg kemas kt dalam..konfem mengena! Haha

    ReplyDelete
  17. sempat lagi pencuri tu ambik kesempatan org takde kat rumah. haish.

    ReplyDelete
  18. kalau dah 5x masuk pencuri..memang kena 'take action' lebih., agaknya rumah mieza tu dah jd 'target' (selalunya rumah org kaya).

    ReplyDelete
  19. sronokkan bial dpt berkumpul ramai2 :)

    ReplyDelete
  20. kiranya dh byak kali la rmah 2 dipecah msuk..hm ambil brg org tp minta izin sah2 xberkat..sbr jelah kak

    ReplyDelete
  21. rumah mak mertua kathy pun pernah di samun.kathy takkan lupa kata2 penyamun bila cakap nak cincang kathy...trauma...

    ReplyDelete
  22. risau dgn kes2 pecah rumah macm ni kan, lagi2 dah nak musim raya ni !

    ReplyDelete
  23. banyak banyak benda berharga kot...barang pusaka..heheh..plus cuti raya dah nk dekat..pencuri2 dh ready2 sume nih..hati2 kak kalau nk tinggal rumah..

    ReplyDelete
  24. agk nyer diorg mmg da aim..time raya ramai yg blk dan byk brg2 berharga...

    p/s TERIMA KASIH krn sudi join GA sy ;-)

    ReplyDelete
  25. astagfirullah...nasib baik aiza sekeluarga tak ada dirumah waktu tu...itu kali ke-5 polis mai rumah aiza...tak bolehkah bincang adik-beradik...tentukan siapa yang tinggal kat sana dan jaga rumah tu...?

    ReplyDelete
  26. takut pulak dengar kes curi-curi ni.

    ReplyDelete
  27. Kalau pencuri tu orang kampung tu juga memang sah2 dia dah tahu rumah tu jarang berpenghuni dan dah tahu selok belok umah tu...

    Tapi Alhamdulillah Aiza dan keluarga tak sempat bertembung dengan mereka dan selamat...

    barang2 dan duit tu bolih dicari kan...

    ReplyDelete
  28. kali kelima?.banyak kali jugak tu kena..huhu..harap lepas nie xkena lagi lah ea..

    ReplyDelete
  29. akak kena lebih berhati2 , tukar mangga2 yang dah lama. :)

    ReplyDelete
  30. pencuri ni bukannya tau raya ker hari biasa..kalau ada peluang pecah masuk memang diorg sapu semua...

    ReplyDelete
  31. rumah acik first raya 2 tahu lepas kena masuk orang .. mase tu kami kat kampung naseb naseb

    ReplyDelete
  32. Assalammualaikum Aiza, kalau dah banyak kali kan pencuri masuk, meh hire is and the gang, kita pasang perangkap, mesti kena punya, nak yang ganas atau separa ganas hehehee.

    p/s: isian tabung dan angpau tiga bijik.

    ReplyDelete
  33. gilaa ahh..alhamdulillah,rumah saya tak penah lagi kene pecah masuk

    ReplyDelete
  34. Kalau macam tu kena berhati-hatilah. Mereka tunggu peluang saja.

    ReplyDelete
  35. syukurlah..waktu kejadian akak dan family keluar...lucu gak dkt pencuri ni...dgn deodoran sekali dia sapu? punya pelik...haha!

    ReplyDelete
  36. peh..semoga tahun ni..sama2 kita menjaga keselamatan rumah.. :)

    ReplyDelete
  37. rumah yang dipecah masuk.??..dimusim perayaan selalu dorang amik kesempatan nak pecah masuk rumah yang x berpenghuni....kene ambil langkah berjaga2x...memandangkan dah kali ke6...bahaya tuh....al-fatihah gak untuk arwah ayah akak....

    ReplyDelete
  38. Wow.. Moga2 kali ni tak jadi lagi! :)

    ReplyDelete
  39. Allahuakbar... harap-harap tahun nie tak de lah kejadian berulang lagi ..

    ReplyDelete
  40. ish2.. nasib baik x de yg cedera..

    ReplyDelete
  41. Ish! Bulan Syawal pun sempat lagi mencuri. Rumah Arol pun pernah dipecah masuk. Masa tue kami balik kampung dan tak sampai 12 jam, jiran call bagitahu rumah kena pecah. Rupanya ada orang sekeliling bagi maklumat kat pencuri. Sampai sekarang trauma. Walaupun duit beribu kena curi, tapi syukur sebab dorang tak pecah masuk time kami ada dalam rumah. :)

    ReplyDelete
  42. ish!! skarang ni dah rasa mcm tk selamat je..tpi apa2 pun kita dah buat yg terbaik..kunci rumah dah..klu nak jdi tu..nak buat cm ne kan kak..kita berserah kepadaNYA

    ReplyDelete
  43. Cerita yang sangat menarik untuk disimak tentang sebuah eevent hari raya yang tak terlupakan, yakni "ada pencuri yang masuk ke rumah".

    Saya turut berduka cita atas musibah yang menimpa anda. Semoga tetap diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi cobaan.

    Terimakasih banyak sudah berbagi pengalaman yang sangat menarik. Salam dari Jawa Tengah, Indonesia :)

    ReplyDelete
  44. Sama la rumah pakcik mommy, tiap tahun kena sebab dia keje jenis travel. Tisp tahun upgrade rumah, block mana2 ruang yg leh masuk, tp tiap tahun juga diorg ada lubang baru.

    ReplyDelete
  45. Kisah raya sudah muncul! hehe
    Takut nak tinggalkan rumah pulang beraya, doa dan tawakal aje lah. Sebelum pulang...'inform'lah polis.

    ReplyDelete
  46. alhamdulillah takde sebarang kecedaraan berlaku..harta boleh dicari, kalau nyawa tiada ganti..sabar ye kak aiza, ada balasan buat pencuri tu nanti..

    ReplyDelete
  47. Time macam nie la plak dorang buat hal.. hmmm

    ReplyDelete
  48. bahaya jugak rumah yg selalu ditinggalkan.
    nasib baik akak sekeluarga selamat :)

    ReplyDelete
  49. Aikk? Syampu deodoren sumua tu pun nak curi juga? Haihh macam2 la. Rumah tinggal memang macam tu. Sebab dia tahu takde orang la dia pecah masuk. Hmm..yang penting akak jangan tinggalkan barang2 berharga kat sana.

    ReplyDelete
  50. kalau boleh jgn tinggalkan brg2 berharga..pencuri mmg pantang..semua nak disapu..

    ReplyDelete
  51. pencuri2.. syampu n deodoran pun nak sapu -_-"

    ReplyDelete
  52. hadoi...takot klu jdk cmni, blh jdk trauma plk....

    ReplyDelete
  53. mmg dah rezeki (haram) pencuri tu.. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^