12 July 2013

Jom Beristighfar

Assalamualaikum,

Sebagai manusia biasa, pasti kita tidak terlepas dari melakukan dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Salah satu cara untuk memohon keampunan di atas dosa dan kesilapan adalah dengan cara bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
Jom beristighfar
Jom beristighfar (Gambar hiasan) - Google
Istighfar boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. Contoh istighfar yang boleh dibaca selepas solat lima waktu atau sebelum tidur adalah seperti berikut:

Istighfar

Apakah hikmah beristighfar? 
  1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  3. Meningkatkan ketakwaan diri.
  4. Membenteras tipu daya syaitan, yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah SWT di dunia dan akhirat. 
Oleh itu, jom kita memperbanyakkan beristighfar dan memohon keampuanan dari Allah SWT serta melakukan amal ibadat yang lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga amalan ini akan berterusan di bulan-bulan yang lain juga.


Sumber : Buku Indahnya Hidup Bersyariat, Dato' Ismail Kamus, Telaga Biru

^_^

47 comments:

  1. Hari ini kakak bawa buku Indahnya Hidup Bersyarikat itu Aiza. Sajalah membaca buku lama sebab tak ada yg baru...

    Betul meh kita beristighfar

    ReplyDelete
  2. Tqvm 4 sharing... semoga kita sm2 beristighfar + menambahkn amalan d bln yg mulia ini

    ReplyDelete
  3. jom kita beristigfar,,,elok sangat kan dr dok cakap merapu

    ReplyDelete
  4. Jom2 akak kita byk2 beristighfar..;p

    ReplyDelete
  5. Ya, mari kita beristighfar.
    Ganjaran berganda-ganda di hari Jumaat yang mulia di Bulan Ramadhan yg barakah.

    ReplyDelete
  6. slm jumaat kak aiza.. >.< beristighfar mjadikan jiwa kita tenang..

    ReplyDelete
  7. jom istghfar, istighfar mndekatkan kita kpd Allah dan mmbuatkan kita selalu ingat Allah ^_^

    ReplyDelete
  8. dengan beristigfar dapat menenangkan jiwa...

    ReplyDelete
  9. salam jumaat aiza..jom sama2 kita beristighfar...

    ReplyDelete
  10. Jumaat yang penuh berkat.Yok beristigfar :) salam jumaat Aiza :)

    ReplyDelete
  11. amin.. mudah-mudahan diteruskan di bulan2 yg lain jugak.. salam jumaat kak aiza.. =)

    ReplyDelete
  12. Nice sharing Kak Aiza,, jom kita semua beristighfar..

    ReplyDelete
  13. Paling senang kalau rasa nak maki hamun tu, istighfar & senyum... insya-Allah kurang sakit jantung, kan?

    ReplyDelete
  14. banyak masa terluang untuk kita manfaatkan. cara macam nih pun sangat bagus kan. ^_^

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana mengingatkan ye kak :)

    ReplyDelete
  16. daripada dok bercakap benda tak berfaedah baik kite beristighfar banyak-banyak kan....

    ReplyDelete
  17. salam jumaat...jom kita istifar byk2.....

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang sangat bagus.

    selalu amalkan selepas solat.

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya bukan susah nak dapatkan pahala free. Sebut "Allah" pun dah dpt pahala inikan pula beristighfar. Terima kasih aiza atas perkongsian ini ;)

    *save22 & drypers utk my dear aiza ;)

    ReplyDelete
  20. perkongsian yang baik dari aiza...

    ReplyDelete
  21. sama2 kita lakukan akak..semoga kita sama2 mendapat keistimewaanNYA..=)

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah time kasih kak ingatkan saya... :)

    ReplyDelete
  23. thanks akak..mengingatkan diri ini =)

    ReplyDelete
  24. In Shaa Allah sama2lah kita yer !

    ReplyDelete
  25. inssyaAllah mari2 banyakkan istighfar..tambah2 di bulan Ramadhan ni :)

    ReplyDelete
  26. Berkunjung sambil ngabuburit dimari non :)

    ReplyDelete
  27. perkongsian yg bagus dibulan Ramadhan..:)

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah =) pkgsian yg bermanfaat..astaghfirullahalazim..

    ReplyDelete
  29. Jom! beristighfar banyak2...untuk manfaat bersama di bulan yang mulia..

    ReplyDelete
  30. Betapa besarnya nikmat beristighfarkan walaupun cukup mudah dan pendek untuk melafazkannya. Namun seringkali diabaikan. Jadi mulai saat ini sama-samalah kita suburkan istighfar supaya merimbun pohon ketakwaan kita kepada-Nya.

    ReplyDelete
  31. betul aiza...kalau jiwa tengah resah..istigfar je InsyaAllah akan tenang hati tu...tak payah nak p melancong2 huhuhu... lagipun tak susah...boleh buat bila2 masa~terpulang dari kita je

    ReplyDelete
  32. Jom! beristighfar banyak2, semoga kita di berkati

    ReplyDelete
  33. istighfar. zikir paling mudah :)

    ReplyDelete
  34. Nice one . Thanks for sharing akak :)

    ReplyDelete
  35. Assalammualaikum Miss Aiza...nice entri...Insya Allah akan sentiasa amal.... singgah sini memblogwalking

    ReplyDelete
  36. Jom sama2 memperbanyakkan istighfar...kerana kita bukan hamba yg maksum. Thanks aiza.

    ReplyDelete
  37. amalkan istigfar :) insya-Allah, hati akan terasa lapang :)

    ReplyDelete
  38. Thumbs up! Thanks for sharing kak. Jom kita sama2 amalkan. :D

    ReplyDelete
  39. mari kita bersama-sama mengamalkannya.. nice sharing kak! terbaik

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^