Assalamualaikum,
Kisah ini terjadi sehari sebelum 1 Syawal, kiranya masih Ramadhan lagi la. Masa tu umur aku 11 tahun (tahun 1994). Petang tu arwah ayah aku dan mak aku sibuk membakar lemang di luar rumah. Rumah aku memang misteri sikit sebab dekat dengan hutan.
Hantu Penanggalan |
Belakang rumah ada gunung dan sebelah kiri kanan (di luar pagar rumah) dipenuhi semak-samun dari tanah sebelah yang tidak diuruskan. Kiranya rumah aku memang sebuah dan tiada jiran. Masa tu mak aku dah siap bakar lemang dan nak masuk ke dalam rumah (dah masuk waktu maghrib).
Tiba-tiba ada 'benda' berkelip-kelip cuba menghampiri bahagian belakang rumah ku. Bahagian atasnya berbentuk bulat, namun bahagian bawahnya panjang berjurai (macam obor-obor). Mak aku menjerit memanggil ayahku, "Abang, benda apa tu?" soal mak aku.
"Mercun aje tu." balas ayahku selamba (sebenarnya ayahku tak nak takutkan mak aku). Tapi tak mungkin mercun sebab rumah aku mana la ada jiran, ye la kalau ada jiran tu mungkin mereka yang main mercun kot (kalau UFO yang mendarat belakang rumah aku lagi la aku tak percaya).
Sehingga kini ianya masih menjadi tanda tanya. Mak aku cakap benda tu adalah 'hantu penanggalan'. Kebetulan pula masa tu kakak aku memang sedang sarat mengandungkan anak sulungnya. Mujur di belakang rumahku memang ayahku tanam pokok nenas. Dan keliling rumahku memang mak tanam pokok bunga berduri (bunga kertas dan mawar). Aku pun tak pasti nak percaya atau tak, kerana makhluk halus memang wujud di sekeliling kita.
^_^
kalau ikot ciri2 kat atas tu mcm hntu pnggal..kakAiza pnh tgok ke?? Alhamdulillah la, sy xpnh lg alami mcm ni..hrap dijauhkan la..
ReplyDeleteseram pulak remy baca......he3
ReplyDeleteslmt bersegmen....
ishhh serammmmmmm ala cerita hantu plak ,hehhehehehe
ReplyDeleteHmmm, i know what u did last raya!
ReplyDeleteKalau penanggal, takut nyer tgok kepala dia jerr...
Kalau sy yg tgok confem pengsan coz penakut han**
minta simpangla..jganla nampak..dengar ke suara pelik2..
ReplyDeletezara ni semagatnya kurang.. hee
Ooo..tumbuhan berduri ye kak..dia punya petua..
Kenapa kak? Hantu penanggal tak boleh lalu kat pokok berduri ek? Ishh seram la pulak. >.<
ReplyDeleteseram kak baca.. dah la rumah besar..
ReplyDeletedari cerita akak sy pun rasa hantu penanggal kak.. seram pulak rasa..
ReplyDeletegud luck..:)
ReplyDeleteThanks akak tag farah..InsyaAllah kalau ada kelapangan farah join na..
ReplyDeleteTapi cerita akak nie mmg seram la..kalau la masa tue ada hp yang teknologi canggih macam sekarang boleh ambik gambar kan.. ;p
Bukan ke hantu xde di bulan puase (setan diikat)... Maka betullah itu hanya mercun, hehe
ReplyDeleteMakhluk halus dan jin itu ada, mereka pun makhluk Allah juga.
Terima kasih tag saya kak :)
ReplyDeletetakutnye..kalau kt kampung2 mmg akan tanam pokok2 berduri kn..sbgai pelindung diri dan keluarga.. wallahualam..
ReplyDeleteserammmm jer citer nie....
ReplyDeletegood luck.
ReplyDeletealahai citer hantu. hantu ada ke time puasa? bukan ke kena ikat?
lain dari yang lain ni sis....
ReplyDeleteseram pula baca,baru-baru ni heboh hantu penanggal di kampung sebelah..thanks akak tag saya,insyallah saya join.selamat bersegmen ^_^
ReplyDeleteuihshhhh!!!cite hantu plak!!!memamg seram btol...sy penah gak nampak mecam yang akak cite tapi dye ge kat kubur plak mase tuh...orang kate jangan ditegur...mase tuh sy tanye ape tuh?pastuh mende tuh truss ilang...n'way,thanx join GA saya...mungkinkah anda pemenang 2 hadiah??semoga berjaya!!!
ReplyDeleteRajinnya bersegmen. Harap-harap tiadalah yang tag saya. Sebab saya tidak cukup syarat. Mungkin ada blogger yang suruh like atau follow FB mereka. Disebabkan saya tiada FB tak dapatlah saya sertainya.
ReplyDeletedatang klik iklan kat sineh...heheeheh....
ReplyDeleteseram pulak baca pg2 ni..
ReplyDeletedlu mak pernah nmpk hantu ni terbang dgn perut terburai msa bulan tgh mengambang.
zaman skrg pun ada lg org bela benda ni..
heee >.< harap x jumpaaa... ahaks! seram gax...
ReplyDeleteheeee....abang2 JM pernah terkena waktu dkt kampung dulu..salah dorang jugak.sapa suruh drg pergi lepak dkt pokok ara...lps tu buat bunyi lak...keluarlah BB tuu (balan2/penanggal)..
ReplyDeleteGiorgio Xpernah jumpa hantu Penanggal, cume pernah dengar jeala...
ReplyDeleteSeram gak kan...
tahniah!!!anda pemenang 2 hadiah!!!
ReplyDelete1)apron(mahkota dewa)
the best entry:
2)angpau raya rm20
http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2013/07/senarai-pemenang-pheonix-giveaway.html