Assalamualaikum,
Sudah hampir sebulan mak ngah aku meninggal dunia (kisah di sini). Tiba-tiba pula teringat jasanya selepas kematian arwah ayah aku (tahun 1995). Dia dan pak ngah aku sering datang menjenguk aku sekeluarga dan memberikan sokongan kepada kami.
Sate (Gambar hiasan) - Google |
Kehidupan sebagai anak yatim yang miskin di waktu kecil memang sukar (kerana ia melibatkan emosi). Pada suatu hari seperti biasa mereka berdua mengunjungi kami. "Kakak teringin nak makan sate la mak." aku memberitahu mak aku ketika di dapur (panggilan manja aku dalam keluarga kakak). "Tapi mak tak cukup duit sekarang ni. Tak apa, nanti mak usahakan." balas mak aku. Kehidupan kami memang sangat susah ketika itu.
Rupa-rupanya kata-kata aku telah didengari oleh mak ngah aku. Aku mencuri dengar perbualan mereka di sebalik pintu bilik. "Abang pergi la belikan sate tu untuk Za." mak ngah berbisik kepada pak ngah. "Tapi gaji abang belum masuk lagi, anak-anak kita di rumah pun kita tak belikan." balas pak ngah aku dalam nada berbisik juga. Mereka mempunyai 9 orang anak yang ketika itu masih bersekolah dan ada yang masih kecil.
"Tak apa la abang, belikan dulu 10 cucuk sate tu. Kasihan anak yatim teringin nak makan tu." balas mak ngah aku. Pak ngah aku segera keluar ke kedai dan membelikan sate itu, maka lepaslah kempunan aku.
"Tak apa la abang, belikan dulu 10 cucuk sate tu. Kasihan anak yatim teringin nak makan tu." balas mak ngah aku. Pak ngah aku segera keluar ke kedai dan membelikan sate itu, maka lepaslah kempunan aku.
Seminggu kemudian mereka mengunjungi kami lagi. Aku dengar mak ngah berbual dengan mak aku, "Balik dari rumah kak Kiah (dia panggil mak aku kak sebab umur dia lebih muda dari mak aku) hari tu ada Azli (sepupu aku) bagi 100 cucuk sate untuk kami anak beranak. Alhamdulillah rezeki." katanya.
Kini baru aku perasan, benarlah jika memberikan sedekah dengan hati yang ikhlas, akan dibalas 10 kali ganda dari sedekah itu. Ternyata sedekah yang pak ngah dan mak ngah bagi kepada kami sekeluarga berupa 10 cucuk sate itu telah dibayar tunai di dunia dalam bentuk 100 cucuk sate.
Walaupun mak ngah telah meninggal dunia, aku selalu mendoakan semoga Allah SWT memberikan balasan setimpal dengan kebaikan dia kepada aku ketika masih bergelar anak yatim dahulu. Semoga Allah SWT menempatkan dia di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah..
(Auto publish)
^_^
^_^
Al-fatihah untuk mak ngan kak..
ReplyDeleteSubhanaALLAH..itulah kelebihan sedekah dgn hati yang iklas..
nice story... mmg sedekah menambah rezeki... insha Allah.. jnji Allah itu pasti... :)
ReplyDeletealfatihah..
ReplyDeletemoga dia ditempat dalam kalangan orang beriman..
sedih dengar.. pengalamn hidup mematangkan diri kita..betul kan akak.. ;)
assalamualaikum..
Ya Allah, sedihnya pulak baca kisah ni..terkenang zaman kecil2..
ReplyDeletekebaikan akan dibalas dengan kebaikan..sedih fahz baca entry aiza nie..dibulan yg penuh berkat ni,jangan lupa untuk sedekahkan "hadiah" buat mereka yg telah pergi.. salam jumaat aiza :)
ReplyDeleteaamiin... =) semoga roh arwah mak ngah akak dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org beriman...rasa simpati dgr cerita akak :')
ReplyDeletebaik sungguh arwah mak ngah akak.. semoga dia di tempat dalam kalangan org2 yg beriman.. Amin.. huhu
ReplyDeleterezeki Allah itu ada dimana-mana.. jangan takut atau gentar.. takan papa miskin orang-orang yang bersedekah dan berzakat...
ReplyDeleteSate semestinya menjadi pujaan hati CK sejak dr kecil lg. Mmg seronok kenangkan zaman dulu2. Al-fatihah buat arwah-arwah.
ReplyDeleteaduyai pepagi jumaat nih aku dah sebak..Allahurabbi
ReplyDelete10 yg diberi, 100 yg dia dapat...rezeki Allah kan...
ReplyDeletesemoga mak ngahnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Semakin makin banyak kita bersedekah, semakin banyak rezeki datang.
ReplyDeletekebaikan sebesar kuman kita x th sebesar mn ganjarannye.. yg penting ikhlas..
ReplyDeletebetul tu..menderma lah walau sedikit insyallah allah akan membalasnya...yang penting ia ikhlas dari hati kita ...murah rezeki kita jugak
ReplyDeletenice entry kak..hmm..jgn pernah tkut untuk bersedekah..insyaallah Allah akan melipat gandakan rezeki kita..
ReplyDeleteal-fatihah buat mak ngah kak aiza..
al fatihah..sesungguhnya Allah itu maha adil...
ReplyDeletesemoga ditempatkan dikalangan orang beriman.. alfatihah buat beliau..
ReplyDeleteyang baik budi tu sampai mati kita kenang kan... al fatihah
ReplyDeletebila kita memberi, Allah akan membalas lagi berlipat kali ganda. persoalannya suka memberi ke tak. yg tu kita kena muhasabah diri masing2. peringatan utk diri sendiri jgk :)
ReplyDeleteMulia sungguh hati seorang ibu saudara. Moga kebaikannya di dunia ini diberkati dan dicatat pahalanya.
ReplyDeleteBaiknya hati mak ngah akak :') moga dia ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah~
ReplyDeleteMemang betul Aiza.. Erin pernah tolong kwn Erin..dia mintak pinjam duit..Erin bagi dia RM20 dan ckp kat dia Erin halalkan dan tak payah bayar..Dua hari lepas tu Erin dapat RM100..untuk meniaga..Supplement yang Erin jual tu laku.. ada customer tu mintak beli 10 pack..Alhamdulillah..
ReplyDeletebaiknya hati mak ngah akak..semoga tenang di sana.
ReplyDeletesedih saya baca kisah ni kak. semoga arwah makngah kak aiza dtempatkan dkalangan org beriman.. Amin2x ya rabbalalamin.
ReplyDeleteSedihnya :'(
ReplyDeleteTak boleh nak komen apa dah :'(
bende ni tak tipu... serius.. banyak kali jugak jadi kat saya.. 'THE POWER OF SEDEQAH'
ReplyDeletekuasa Allah kan :)
ReplyDeletesemoga mak ngah ditempatkan dikalangan para solihin di syuraNya aminnnnnn
Al-fatihah..hm sdih sy bca kisah ni kak =( terasa sgt dri sy ni beruntung wlwpn dlm keadaan xsihat..hrap kakAiza terus tabah..bia kita xde pape kt dunia ni..jnji kita kaya kt akhirat kelak
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezki dr Tuhan :)
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah mak ngah...
ReplyDeleteALLAH itu maha Adil...
ReplyDeleteSayu tiba2 baca Entry ni... (-_-)'
Al fatihah utk mak ngh akak..baik btl hatinya kan..semoga roh ditempatkan dikalangan org2 beriman..
ReplyDeletepasal tu islam tekankan..jgn takut miskin sebab bersedekah...
ReplyDeletesemoga syurga buat mak ngah akak..dan juga arwah ayah akak ye :')
al-fatihah :((((((
ReplyDelete<3