25 July 2013

Menggoda atau Tergoda?

Assalamualaikum, 

Adik jangan menggoda, Jangan tunjuk lawa, Biar cantik di mata, Manis budi bahasa
Bila dia merayu, Jangan lupa diri, Nampak macam pemalu, Sudah ada isteri
Abang apa kurangnya, Suka nak melaram, Bikin hati adik naik geram
(Petikan lirik lagu Joget Sayang di Sayang nyanyian Anita Sarawak)

Adakalanya mungkin ada yang tersalah langkah dengan mewujudkan hubungan terlarang dengan gadis, jejaka, isteri atau suami orang. Siapakah yang harus dipersalahkan? Lelaki atau wanita? Jawapannya tentulah jika bertepuk sebelah tangan pasti tak berbunyi.

Menggoda atau Tergoda
Menggoda atau Tergoda (Gambar hiasan) - Google
"Dia yang menggoda aku dulu. Takkan aku nak menolak." kata si lelaki dengan penuh keegoan. "Tapi dia yang tergoda dengan keayuan dan kelembutan aku. Bukan niat aku untuk menggoda dia pun" jawab si wanita pula. 

Oleh itu, sama ada lelaki atau wanita, usah menggoda dan tergoda. Semua itu adalah tipu daya syaitan agar anda terlanjur dengan pujuk rayunya. Berkahwinlah secara baik kerana salah satu dari hikmah perkahwinan adalah mencegah kemungkaran. 

Bagi yang sudah berumahtangga, setialah kepada isteri atau suami anda. Hargailah orang yang anda sayang dengan menjaga hati dan perasaannya agar tidak terluka dengan perbuatan anda. Kenangkan balik pengorbanan suami atau isteri anda di dalam melayari bahtera rumah tangga bersama anda. Carilah titik persefahaman.

(Auto publish)
^_^

55 comments:

  1. Suasah nak cakap pasal ragam manusia ni.. Kadang2 dah tahu lelaki tu suami orang pun dia still nak lagi.. sama lah macam lelaki.,.dah tahu tu bini orang..pun dia mau ganggu lagi.. kadang2 kesian..sampai wujud perceraian..

    ReplyDelete
  2. situasi syuk , syuk yang tergoda. sebab tu timbul niat nak kahwin dengan GF :D

    ReplyDelete
  3. syaitan itu sangat kreatif..:) macam-macam cara deme guna untuk menyeret kita ke jahannam..moga kita terpelihara salah satu cabang-cabang jarum mereka..hubungan lelaki dan wanita yang tidak halal. insyaAllah

    ReplyDelete
  4. Apa yang Aida nak highlightkan kat sini ialah elak2kan menggoda suami/isteri orang. Banyak lagi lelaki/perempuan yang masih single, kenapa mesti digoda milik orang? Huhu~

    ReplyDelete
  5. Keharmonisan hubungan memang ditentukan oleh bagaimana kita bisa menghargai dan mengerti satu sama lain. Sehingga keberlangsungan dan keberlanjutan hubungan tersebut dapat terjamin dan lenggeng (awet).

    Artikel ini memberikan pesan moral untuk kita semua agar kita bisa menjalani hubungan baik itu kepada teman, keluarga, ataupun rumah tangga.

    Terimakasih banyak atas informasi yang sangat bermanfaat. Salam ^^

    ReplyDelete
  6. insyallah..satu perkongsian yang baik ..thankss

    ReplyDelete
  7. tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi..
    renung-renung kan lah.. ada kebenarannya di situ.. :)

    ReplyDelete
  8. yeah
    jgn dok kaco rumahtangga org

    ReplyDelete
  9. skrg byk sgt kes pasangan berumahtangga yang menggoda dan tergoda padahal masing2 dah ada pasangan sendiri..smga kita dijauhkan daripada menggoda dan tergoda

    ReplyDelete
  10. Ramai yang kata cinta tu buta..tp jgn la kita jd buta hati...yg tak baik cubala elakkan..cinta manusia kan mati, cinta padaNya in shaa allah kekal abadi..

    ReplyDelete
  11. Fahz pernah tonton rancangan temubual 'primadona'.dimana jemputannya pak brahim's.seingat fahz maybe brahim's yang produk makanan packing tu kot.dia kata " lelaki yang normal,akan berkahwin lebih dari 1".erk..ayat tak bleh blah.sebenarnya nak selamatkan diri sendiri.then fahz tanya suami.betul ke sayang?(dengan nada manja separa geram)..suami kata " dia yang tak normal sbb kuarkan kenyataan mcm tu.hahaha.dia boleh kata "lelaki yang berkemampuan..bukan lelaki yang normal.kalau mcm tu lelaki2 yang kawin 1 nie semua tak normal la ye??kuikui..apa2 pun setia pd yang 1.. aiza selamat berbuka nanti :))

    ReplyDelete
  12. Semoga kita terpelihara dari perangai buruk macam tu..

    ReplyDelete
  13. tak pernah niat di hati nak goda orang. tapi..kalau goda suami tu..kalau boleh hari hari nak goda dia... hahahaha...

    tu la lelaki dan wanita kena sedar diri. jgn lupa syaitan tu sangat bergeliga otaknya.

    ReplyDelete
  14. kalau bujang sama bujang takper...tapi kalau yang dah berumahtangga tu ngaku bujang nak goda org tu yg bahaya...

    p/s: masih bujang hehehehe

    ReplyDelete
  15. menggoda atau tergoda.. hahahaha.. takut nak pergi pasar ramadhan takut tergoda berbelanja terlebih... hahahaha.. apa kena mengena komen nih dgn post aiza.. man pun tak tahu.. hahahaha

    ReplyDelete
  16. Goda suami lgi seronok kak ..hee..=D
    sayangilah mereka selagi mereka berada disisi kita..

    ReplyDelete
  17. kepada mereka yang berkahwin, semoga berpanjangan sehingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  18. erk! terasa..nasib baik sally tak jadi kawen laki org :P

    ReplyDelete
  19. kalau diikutkan kedua2nya salah kan aiza...mengoda dan tergoda...kalau tak buat manakan jd sampai terlanjur begitu...krole pelik yang berumahtangga...terutama suami/lelaki...ada yang sampai pasang perempuan simpanan...tak kesiankah ngan isteri...kalau ada anak pergh! lagi teruk beb. Solat kena jaga...sunah kena amalkan...amalan kena banyakkan...InsyaAllah akan terhindar dari perkara macam ni~

    ReplyDelete
  20. berdosa meruntuh rumah tangga orang..

    ReplyDelete
  21. masing2 ada akal, masing2 boleh pikir baik buruk. moga2 dijauhkan drpd semua tu :)

    ReplyDelete
  22. betul tu kak...masing2 punya aura..tp jangan terlalu ego..ilek2 suda,,:D

    ReplyDelete
  23. tak berbunyi jika bertepuk sebelah tangan

    ReplyDelete
  24. hmm..dalam hal ni dua2 salah..orang yg mnggoda, gatal. Yang tergoda,tak setia. huhu.. So, jgn sesekali cuba untuk menggoda dan cepat sangat tergoda. hehe

    ReplyDelete
  25. Skandal nie mmg kerap berlaku akak..kwn2 farah pn ramai mcm tue..dah nasihat tapi tak jalan cmne..ermmm dunia..dunia...huhuhu

    ReplyDelete
  26. manusia mmg byk ragam. susah utk kita tafsir sikap sebenar seseorang tu. tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  27. Allah dah bagi otak utk berfikir. Landasan perhubungan pun dah ada dlm bab munakahat so sendiri kena tahulah kan Aiza. Tergoda atau digoda kalau iman ada pasti akan berfikir banyak kali...

    ReplyDelete
  28. setuju... tepuk sebelah tangan x berbunyi.. :)
    semua kena main peranan... hehehe

    ReplyDelete
  29. Tangan bila bertepuk sebelah tidak berbunyi. Maka, harus kuatkan iman, setia pada yang satu.

    ReplyDelete
  30. bg saya kes macam nie, dua belah pihak harus dipesalahkan. Lelaki n pompuan. bak kata pepatah kat atas tu. kalau betepuk sblh tgn xkn berbunyi...

    ReplyDelete
  31. kalu sorang x buka langkah pasti hal sebegini x kn berlaku...

    ReplyDelete
  32. x pe , kita taaruf dan terus kawin :) lagi best

    ReplyDelete
  33. APA PUN JAGA BATASAN PERGAULAN...

    ReplyDelete
  34. betul kak..tepuk sblh tgn xkn berbunyi..sndri kje jg diri sendri..

    ReplyDelete
  35. syaitan akan tetap menghasut kita klembah kebinasaan....:)

    ReplyDelete
  36. stuju sgt2 akak! msing2 kenalah jaga hubungan klw yg dah kawin tuh :P yg belum kwen plak , jgn bt bnda yg bukan2 .

    ReplyDelete
  37. setuju sangat,setia pada suami isteri masing2 dan ingat pengorbanan setiap pasangan.lagi satu tak perlu cari orang yang milik orang lain.kalau diri sendiri kena macam tu.baru taw :)

    ReplyDelete
  38. kekadang ade yang cube nak amik kesempatan dengan cara menipu....ramai gak wanita yang tertipu..dan ade gak yang dah tau tapi,masih jugak mengganggu...al-maklumlah orang yang dah berumah tangga memang stabil dari segi kewangan...tapi,x bermakna leleki/wanita mengganggu rumahtangga orang lain untuk kepentingan diri sendiri...(pendapat sylah)

    ReplyDelete
  39. kalau nafsu dah menguasai diri memang dua2 istilah "menggoda" "tergoda" tu akan wujud.. bila rasa ada wujud dalam diri istighfar cepat2.huu

    ReplyDelete
  40. tepuk sebelah tangan memang tak akan berbunyi kan. Tapi hati manusia ni lain-lain, jadi susah nak kita cakap pape

    ReplyDelete
  41. sangat sangat setujuuuuuu.. well said :)

    ReplyDelete
  42. fizi dtg lagi sin...nk bagi tau kak..fizi tag akak join GA..dtg tgk ye kak..:D

    ReplyDelete
  43. kena kuat dan teguhkan iman.. pasti mampu hindari godaan. InshaaAllah :)

    ReplyDelete
  44. Salam singgah sahur aiza, pcl nak kata apa entah..hehe , no goda mengoda dlm keikhlasan menjaga batas pergaulan. Berkawan biar beribu orang dan berkasih biarlah setia pd yg sorang..insyaAllah.

    ReplyDelete
  45. baca entry ni trus teringat kesah serap muslim...hihhihih

    ReplyDelete
  46. kalau tepuk sebelah tgn takkan berbunyi jugak kak.. huhu..

    sy pun bace automatik teringat ashraf muslim..

    ReplyDelete
  47. tu yg terjadi bila hukum islam tak diguna pakai dalam perkahwinan. secantik-cantik isteri/perempuan lain, isteri kita lah yg top sebab dialah jodoh kita. sama jugak ngan lelaki. sehensem-hensem lelaki/suami orang, suami kita lah jodoh kita. menda takkan jadi kalau dua2 orang takda tindak balas

    ReplyDelete
  48. yup betul 2..kalau dh suka sama suka, baik khwin je..sbb dh jtuh dlm ktegori wajib kahwin..kn terlanjur pula..yg dh berkhwin jga rmah tgga elok2 =) nsnat xsberapa dr sy he3

    ReplyDelete
  49. baiklah hehe...nk jd wanita muslimah dan ayu sejati insyaallah :)

    ReplyDelete
  50. Salah satunya penyebab perceraian adalah rasa cemburu yang berlebihan, jejaring sosial seperti fb, dan over exploitasi media.

    ReplyDelete
  51. semua ni brpunca dri hati.. klau iman kuat insyaAllah, semua prkara buruk tk berlaku punya :)

    ReplyDelete
  52. Suka entry niee, suka entry nie.!!
    Hehheee
    Sebab start je baca ayat dekat atasss tuu eiqa dah menyanyi..
    sebab eiqa kenal lirik diaa, ehheee

    ReplyDelete
  53. sapa yg kena goda.. tak kuat iman.. pasti tergoda.. huhu

    ReplyDelete
  54. WANITA tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. :) :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^