Assalamualaikum,
"Dah 15 tahun aku kahwin, dia dah tak secantik dulu. Dulu kurus tapi sekarang dah gendut. Aku balik pun dia buat tak kisah, selalu sibuk kerja dan layan anak je." keluh si suami. "Sepanjang 15 tahun kahwin, dia asyik sibuk dengan kerja je, aku selalu ditinggalkan bersama anak-anak. Dulu berambut, sekarang dah botak pula." keluh si isteri pula.
Persengketaan (Gambar hiasan) - Google |
Apa kata kita cuba berfikir secara positif dan rasional. Jom pejamkan mata dan fikirkan sejenak..
Suami fikirkan isteri:
- Dia sanggup bekerja demi menampung keperluan keluarga aku. Sedangkan itu kewajipan utama aku untuk mencukupkan semuanya.
- Dia sanggup melahirkan anak-anak untuk aku. Bukan mudah seorang wanita mengandungkan bayi selama 9 bulan, melahirkan dan mendidik anak menjadi insan berguna.
- Aku cintakan dia bukan kerana paras rupa, tapi kerana dia telah membahagiakan aku pada satu ketika dulu.
- Dia sanggup menjaga dan mendidik anak aku sendirian, sedangkan aku sibuk bekerja. Pasti dia memerlukan aku di sisinya.
Isteri fikirkan suami:
- Syurga aku di bawah tapak kaki dia. Jadi aku perlu taat dan melayan dia dengan baik.
- Aku tak patut membebel sekiranya dia keletihan sewaktu pulang dari kerja. Mungkin dia rasa tertekan dengan pekerjaanya.
- Aku mesti terima dia dengan seadanya walaupun dia dah tak kacak seperti dulu. Dia telah membahagiakan aku.
- Aku harus bijak membahagikan masa di antara kerjaya dan rumah tangga. Aku tak sepatutnya mengabaikan dia dan anak-anak.
Oleh itu, titik persefahaman berikut perlu diwujudkan:
- Berbincang secara elok jika ada konflik rumah tangga. Elakkan bertengkar di hadapan anak-anak dan ahli keluarga pasangan anda.
- Luangkan masa berkualiti bersama pasangan dan anak-anak. Contohnya bercuti bersama anak-anak atau berekreasi di tempat perkelahan.
- Bantu isteri melaksanakan kerja rumah yang ringan. Contohnya mencuci pinggan selepas makan.
- Apa salahnya jika suami membelanjakan sedikit wang untuk membawa isteri ke pusat pelangsingan sekiranya nak tengok isteri sentiasa cantik.
- Bersyukurlah anda dan pasangan telah ditakdirkan panjang umur dan mempunyai anak yang soleh/solehah. Bukan semua orang yang merasai nikmat itu. Jadi tugas anda adalah untuk mengekalkan keharmonian itu.
- Lakukan hobi atau minat bersama. Contohnya jika suami minat memancing, sesekali temankan dia pergi memancing.
- Terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan anda dengan seadanya. Tiada insan yang dilahirkan 100% sempurna dalam dunia ini.
Penulisan di atas sekadar pandangan peribadi aku melalui pemerhatian dan pembacaan aku sahaja (pengalaman sebenar memang tiada lagi setakat ini). Sekiranya ada sebarang pertambahan idea, bolehlah dinyatakan di sini.
(Auto publish)
^_^
^_^
tutup mata bayangkan saat2 baru berkenalan pertama kali dulu...saat cinta sedang meranum...
ReplyDeletetiada persefahaman tiadalah kebahagiaan....syampu sunsilk satu yer
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeleteSetuju sangat akak..kena fikir masa susah sama2..so masa senang kena la sama2 jugak.. jgn la masa senang lupa semua pengorbanan si isteri pulak.. Alhamdulillah diri ini masih bahagia hingga ke saat ini.. ;p
ReplyDeleteterima pasangan kite seadanya....... sume oghang akan berubah...... jadinye..tengok kekurangan kite..... dan perbaiki same2......
ReplyDeleteYezz suka entri ni..terbaekk kak Aiza..mmg itulah yang sepatutnya..sama2 mengawal emosi dan fikir di pihak lawan.
ReplyDeleteTitik persefahaman ni mmg perlu kak. lebih2x lgi dlm mmberi komitmen utk prhubungan ni..
ReplyDeletetips utk masa depan ni kak.. hehe
ReplyDeletewahhhhhhh :) bagus entri nie, kena saling memahami , ahh ikut tips ini in sha Allah akan tak ada masalah, kadang itu alasan saje
ReplyDeletebetul tu kak..cri cara untuk kita paham pasangan..klu rasa tak puas hati bawa berbincang elok..insyaAllah..tpi yg penting pasangan janganla terlalu ego.,=)
ReplyDeletetolak ansur dan byk bersabar.. hidup berdua bkn senang..kne cr kata sepakat.. klu x bergaduh je la..
ReplyDeletekalau sesama pasangan berpandangan jauh/positif semua perkara yg tak sepatutnya boleh berlaku dapat dielakkan kecuali dengan takdirNya.
ReplyDeletemencari bahagia dalam erti kata sebenar mendalami kehendak juga keperluan berbuat sebegitu.
#kalau nampak lelaki tak sosial lepas kawin tu jgnla cakap dia takut bini atau sebagainya...menjaga perasan isteri/keluarga itu lebih maknanya dari perasaan rakan sosial..
#waktunya telah tiba untuk berubah..., dan kalau tak ubah menjadi lebih baik dari sebelum kahwin mungkin penyebab kpd kepincangan dalam kehidupan berumah tangga.
kesefahaman tu yang paling penting. yang paling tinggi didikan agama :)
ReplyDeletetips menarik ni..huhu :)
ReplyDeletekadangkala berbeza itu lebih baik.. saling lengkap melengkapi..
ReplyDeletesetuju dgn pendapat akak.. byk kes penceraian skrg ni
ReplyDeletesyg nyer persefahaman tu cuma 'panas' ms mula2 kawen je...lps 7-8 thn...ntah ke mana hilangnya
ReplyDeletebetul tu akk..persefahaman mmg penting..
ReplyDeletenauzubillah...sgt2 kalau dh kahwin then suami crik lain..nauzubillah.... tak nak.. T_T hekhek
ReplyDeletePerkara yg paling perlu dalam kehidupan berumah tangga... (^_^)
ReplyDeleteSentiasalah jadi diri sendiri sebelum dan selepas berkahwin... He3
tasneem setuju, terima lah kekurangan pasangan, dan bersyukur dengan kelebihan pasangan. :')
ReplyDeletetips2 berguna bila iqa da kwen nnti.ehehe
ReplyDeletepejam mata bayangkan semula detik mula2 pertemuan dan mula2 kita jatuh cinta dengan pasangan.
ReplyDeleteDetik mula2 kita memadu asmara ketika diawal pernikahan, lihat akan perubahan dan kelemahan diri sendiri
dan renung dalam2 mata anak2 kita....kemudian fikir masak2 sanggup kah kau tinggal dan abaikan mereka?
nice sharing... :)
ReplyDeletehehe..
ReplyDeletebetul betul..
setuju dengan akak..
dah leh berkeluarga akak nie.. ;)
sebab dah faham maksud sebenarnye sebuah perkahwinan.. ;)
Nice tip aiza. Terima kasih...
ReplyDeletesunsilk utk dear aiza ;)
Apapun, mmg inilah perkara terpenting dlm hal umah tangga. Tanpanya, umah tangga blh goyang. CUbalah utk mengalah dan berbincang kalau ada sesuatu yg menjadi penghalang.
ReplyDeletetrus rs rindu kt hubby pdhal br je bersahur sekali jp td..hahaahaha
ReplyDeletehebat sangat2 sis pandangan ni...kathy setuju sngat..
ReplyDeletebetul dan setuju dengan entry kak aiza. walaupun kekadang, mama ada marah juga ngan husben, tapi mama fikir balik... :)
ReplyDeleteSaya juga bersetuju. Persefahaman antara kedua pihak sangat perlu. Biarpun apa-apa ujian yang melanda, pasti dapat ditangani andai masing-masing menyokong antara satu sama lain.
ReplyDeleteBetul tu kak. Kita kena terima kekurangan pasangan kita macam mana kita terima segala kelebihan dia. Suami isteri kan saling melengkapi. That's why masing2 ada kekurangan. ^^
ReplyDeletebetul 2..setuju sgt2..kesefahaman 2 pnting dlam institiusi kekeluargaan..
ReplyDelete@BUNDA a.k.a KN Ehem.. ehem.. :D
ReplyDelete