Assalamualaikum,
Dah dua minggu entri ni dalam draf. Disebabkan kereta Viva aku digunakan oleh adik aku untuk ke tempat kerjanya di KL pada setiap hari, tiba-tiba rasa tak selesa bila memandu. Bila check tayar rupa-rupanya dah haus di bahagian tepi (last sekali tukar tahun lepas).
Selain dari itu, kereta ini juga aku gunakan untuk perjalanan balik ke kampung di Perak pada setiap bulan. Ditambah pula dah lama tak buat alignment dan balancing, jadinya memang layak la dia haus. Aku merajinkan diri untuk membawanya ke kedai yang biasa aku pergi di Cheras.
Dia betulkan chamber, buat alignment dan balancing sekali |
Harga tayar yang dijual di kedai itu juga berpatutan. Macam tayar kereta aku harga RM 125.00/tayar dan setakat ni servisnya memuaskan. Aku ada membaca maklumat mengenai tips membeli tayar kereta (Facebook Car advisor). Rupa-rupanya nak membeli tayar pun kena kena pilih juga, bukan boleh suka hati jika tak nak ditipu.
Contoh nombor pada tayar - Proton |
Lihat nombor yang tertera di tayar kereta anda. Contohnya 175/70R13/82H
- Lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- Lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- Jejari : R
- Diameter rim : 13 inci
- Indeks muatan & simbol kelajuan : 82H
- indeks muatan 82 = tayar boleh menampung muatan 475 kg
- indeks muatan 71 = tayar boleh menampung muatan 345 kg
- indeks muatan 125 = tayar boleh menampung muatan 1,677 kg
- Simbol kelajuan H = kelajuan maksimum dengan tayar tersebut ialah 210 km/h
- S-180 km/j ; T-190 km/j; U-200 km/j; H-210 km/j; V-240 km/j; Z-melebihi had laju 240 km/j; W-270 km/j; Y-300 km/j; ZR-untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j ke atas.
Maklumat kadar kehausan bunga tayar. Contohnya TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905:
- 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- Kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B dan C)
- Ketahanan suhu : TEMPERATURE A
- A : kawasan panas; B : kawasan bercuaca normal; C : kawasan sejuk
- Tarikh pembuatan : 1905
- dua nombor pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19 maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.
- dua nombor terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
Bagaimana nak tahu tekanan angin yang sesuai untuk tayar anda?
Sebenarnya maklumat berkenaan kadar angin yang perlu diisi sudah tertera di pintu kereta. Ianya boleh dilihat jika anda membuka pintu kereta. Contohnya untuk kereta viva seperti di bawah.
Maklumat tekanan angin tayar kereta |
^_^
Selalu sya tgk ramai kengkawan sya tkar tayar secondhand akak..mesti kjap je boaptak balik tayarnya tu kan..kna pilih2 jgk kan nk tkar tayar2 ni..
ReplyDeletekete viva syuk abang je yang service kan. tinggal hulur duit je. :)
ReplyDeleteTips yg bagus ni. terima kasih kongsi kak :D
ReplyDeleteTip yang bagus.. :-)
ReplyDeleteutamakan keselamatan..
ReplyDeleteaiza,kathy ada pm aiza kat fb aiza ye?
tak ramai wanita ambil tahu ttg kereta yg dimiliki secara serius, ramai yg tahu guna jer.., selagi boleh jalan ...jalan haha.
ReplyDeletesemakin menyedari...sepatutnya begitulah!.
wah2... aiza... hebat entry ni... tu keter aiza ke?
ReplyDeletehuhu.. byknya penerangan ttg tips pilih tayar.. ingtkan main ambik je asalkan tayar..ekkekek :))
ReplyDeleteSelama nie xpernah ambik tahu pn pasal tayar..semua 100% serah kt husband..huhuhu..tp sebenarnya kta sbgai pompuan nie kena ambik tahu jugak sedikit sebanyak kan..xdak la susah mana pn..hehehe
ReplyDeleteklu tnya zara..bab2 kereta ni..tk tahu langsung.hee...time kcih.akak..kongsi2 bab2 kereta ni..=)
ReplyDeleteBagus entri ni. Thanks for sharing.
ReplyDeleteBagus! Tidak ramai wanita yang ambil tahu pasal maintenance dan penjagaan kereta, selalunya serah bulat2 pd pusat servis...kena tipu pun xtau.
ReplyDeleteJagalah kereta anda...mahal tu!
wahh detail :) thank sharing
ReplyDeleteMesti kereta akak nie banyak berjasa kan, sy takde keta lg, so tak tahu sgt pasal keta ni, susah nak jumpa tuan kedai orang perempuan, tp kita akan lebih selesa jika bincang2 ngn org pmpn.
ReplyDeletetak pernah gune kate... info berguna bli aku dh ade kate nanti....
ReplyDeleteMy recent post : Lukisan 3D yang Menakjubkan
mama tahu bawak je kereta, lain mama tak tahu,...
ReplyDeletelagi-lagi bab tayar ni.. hihi
ada tips juga ya pilih tayar? nice sharing Kak Aiza :D suka nasihat yg last tu, setuju.. dah banyak kali dengar kes yg jadi macam tu..
ReplyDeletegood info ni bagi sesiapa yang kurang arif tentang tayar.... (^_^)
ReplyDeletebagus info ini pasal tayar ni...anak2 bunda ntah tahu ke tak..nanti boleh bunda bagitahu diaorang..
ReplyDeleteTudia punya terperinci dalam bab tayar, best nest, terima kasih Aiza sharing good artikel. nasib baik is naik kapcai je keta lom rasa nak repair lagi hehehe.
ReplyDeletep/s: kiss drypers satu.
@adrianna syaz
ReplyDeleteakak ada terbaca di satu blog menganai tayar secondhand ni.. dia cadangkan beli tayar secondhand kereta dari luar negara jika nak yang berkualiti..
@syuk shusuke
ReplyDeleteakak terpaksa berdikari.. segan pula asyik nak susahkan abang ipar je.. adik beradik akak perempuan..
@zakirasli ..
ReplyDeletesama-sama.. semoga ianya bermanfaat.. :D
@puteri airyn
ReplyDeleteterima kasih.. semoga memberi manfaat..
@PakcikLie PCL
ReplyDeleteaiza terpaksa berdikari..
@potia casadelarossa
ReplyDeletekereta aiza la potia.. terima kasih, semoga bermanfaat..
@AiSyA LiEzA
ReplyDeleteakak dulu pun fikir macam tu juga..
@♥ Mrs. Secretary ♥
ReplyDeletebetul tu farah.. kita kena ambil tahu juga yang asas..
p.s: akak nak blogwalking ke blog farah dah 2 hari tak boleh masuk.. kenapa ya?
@siti ZAHARA
ReplyDeleteakak pun baru tahu juga.. hihi.. sama-sama zara.. semoga bermanfaat..
@amir rofie
ReplyDeleteyou are welcome.. semoga ianya bermanfaat..
@Bin Muhammad
ReplyDeletesetuju sangat.. kena ambil tahu sekurang-kurangnnya yang asas..
@Aku Penghibur
ReplyDeleteyou are welcome acik.. semoga ianya bermanfaat..
@Teena Tna
ReplyDeletebetul tu teena, banyak jasanya.. sejak akak kerja sampai ladah berhenti kerja ni.. itu la teena nasib akak jumpa perempuan, senang nak kira..
@Lime Dotmy
ReplyDeletesemoga berguna info ni..
@Nao Mei
ReplyDeletehihi.. aiza pun terpaksa ambil tahu cik akak..
@Norhasniza Khalid
ReplyDeletehihi.. takpe la mama dah ada hubby yang uruskan bab tu.. akak kena uruskan sendiri..
@Haruno Hana 하나
ReplyDeleteakak pun baru tahu juga.. semoga ianya bermanfaat.. bahaya sekarang ni, tak kira la memandu kereta atau menunggang motosikal memang berisiko.. kita kena berhati-hati..
@BUNDA a.k.a KN
ReplyDeleteterima aksih bunda.. semoga ianya bermanfaat.. mungkin mereka dah tahu kot bunda..
@Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah
ReplyDeletesama-sama is.. semoga ianya memberi manfaat..
@Adhie Sunan Saifuddin
ReplyDeleteterima aksih adhie.. semoga ianya bermanfaat.. :D
@Kathy Rbain
ReplyDeletebetul tu kathy, utamakan keselamatan..
comment kathy ni termasuk dalam spam folder pula, nasib baik aiza check spam folder.. kalau shoutbox tu aiza jarang check.. hihi.. aiza dah buka fb tadi, thanks kathy kerana selalu ingat pada aiza..
Dua thun sekali mesti tukar tyar... Stakat maxxis tayar terbaik sbb x licin bila lalu kat air... Apa2 beli tyar baru jgn beli second.. Hati2 memandu...
ReplyDeletebaru sy tau kak.. selama ni kereta tu kalau ada pape suruh bf je yg pergi tukar etc.. haha.
ReplyDeleteinfo berguna tuk yg ada kereta,
ReplyDeletehuhu, akak tau naik jer,,,kiikki
fiza br th pasal tayar nie..bkn ly main tukar jer.. kne ngk kete kte cm mn dlu..
ReplyDeleteBila baca entry ni teringat tayar kereta dah lama tak tukar, memandangkan kereta tu cuma bergerak in town aje..nway good info on tyre tu..memang part-part ni mamang fail..nak taukar tayar sendiri pun tak tau..
ReplyDeleteWaauu saya tak pernah tahu lagi sebelum ni..
ReplyDelete@Maria Firdz
ReplyDeletebetul tu.. seeloknya jangan beli yang second hand.. terima kasih mengingatkan..
@aisya
ReplyDeleteuntungnya aisya.. akak takde boy friend, tu kena buat sendiri semuanya..
@izan mama mia
ReplyDeleteterima kasih kak.. semoga ianya bermanfaat..
aiza dulu pun macam tu juga, tapi kena belajar sendiri juga..
@Hafiza AizZawa
ReplyDeletebetul tu fiza.. kena pilih dulu sebelum membeli..
@Raudzah Z
ReplyDeletehehe.. akak dulu pun tak tahu juga, kena belajar juga bila hidup bersendirian ni.. tukar tayar pun akak baru nak belajar..
@Mieza Jhaa K
ReplyDeletesemoga info ni bermanfaat..
nice shre.. lelaki pon x semua tahu pasal bnda nih.. heheh
ReplyDeleteDahulu saya fikir membeli kereta murah. Yelah. Perlu bayar sekitar RM300-400 sebulan. Boleh la pandu dengan senang.
ReplyDeleteKemudian baru saya sedar. Bukan itu sahaja kos yang perlu saya tanggung. Kos penyelenggaraan saya lupa masukkan dalam kiraan saya...
Patutlah orang pesan, awal kerja jangan beli kereta.
Puan sudah kerja lama, jadi tak mengapa beli kereta. =D
bagus entri ni..siap dengan maklumat pasal tayar..saya sendiri pun tak tahu..hehehe
ReplyDeleteSaya belum berkereta. Dan saya mengaku memang kosong dalam hal-hal kereta ni. Bagusnya dapat maklumat begini. Terima kasih.
ReplyDeletezura mmg buta kayu psl kete..tau naik jer, lenjan kete kaw2..klu rosak, trus report kt hubby..hahaahah..
ReplyDeletePengalaman yg bagus utk dikongsi. Thanks aiza. Hati2 memandu juga yer.
ReplyDeletebgus ni =) sy pn thu juga skit2..xpe xdelah sedetails ni..thanks sharing kakAiza..pndu dgn cermat..
ReplyDeleteT_T terus jadi takut nak memandu...hari itu ayah sya ajar sya memandu kak..tpi, start2 lagi dah salah...lupa nak perhatikan gear...gear dlm keadaan "R" bila tekan minyak dia undur..wahhh fobia! fobia...x mau sudah mandu... T_T
ReplyDeleteramai yg tak tahu pasal tayar sebenarnya..... tu yg ramai berserah pada kedai tayar jer....
ReplyDeletePehh Aida memang tak tahu pape pasal tayar kereta kak. Noob nye sayeeee. T_T
ReplyDeleteSatu lagi jangan kita lupa belajar mengenal tayar tu lama atau baru......semua info mngenai tayar baru atau lama ada di cop pd tayar anda......
ReplyDeletePerh semua detail.. Am pakai cik Viva tapi dah tukar rim15. Jenis tayar komoha kasi loaded. Setakat nie tayar yg Am pakai okey dari segi cengkaman. kelajuan puas hati lagi.
ReplyDeletep/s: Lain kali nak beli tayar leh minta nasihat dari akk.. semua detail
terbaek..
tips yg sangat bagus :)
ReplyDeletekedai ni kt mane ye...??? tq
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletedi jalan permaisuri, cheras.. nama kedainya supervisor tyres, accessories &service centre sdn. bhd. (Rica motor oil)..
ilmu yang berguna.. tp sdkit pembetulan yer, 70 tu bkn lebar sisi tayar.yg sebetulnye 70 tu ialah percentage,70%.lebar sisi tayar, 70%x175=122.5 mm.. :)
ReplyDeleteNak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
ReplyDeleteAda >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.