31 August 2013
Aku Ingin Bebas
Assalamualaikum,
Satu ketika dahulu Hulu Perak sinonim dengan 'kawasan hitam' yang merupakan tempat persembunyian Komunis. Undang-undang Darurat 1948 (perintah berkurung) diperkenalkan di Tanah Melayu berkuat kuasa sehingga 1960. Darurat di Hulu Perak dilanjutkan pada 1967 hingga 1989  bagi membenteras Komunis.
Aku ingin bebas
Aku ingin bebas (Gambar hiasan) - Google
"Penduduk kampung tidak dibenarkan keluar dari rumah bermula jam 6.00 petang sehingga 6.00 pagi keesokan hari. Ada orang nak bersalin di tengah malam terpaksa ditemani oleh pengawal kampung untuk memanggil bidan. Jika keluar sesuka hati pasti akan ditembak oleh anggota keselamatan." cerita mak aku.
Tidak dapat dibayangkan kesengsaraan hidup mereka di dalam menjalani aktiviti seharian. Arwah Tok Ayah (datuk sebelah mak aku) sendiri hanya bercucuk tanam padi dan menangkap ikan di sawah demi membesarkan 8 orang anak (makanan dicatu oleh pihak British).
Sejauh manakah kita menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama 56 tahun ini? Adakah sekadar mengungkapkan dengan perkataan? Perkataan 'Merdeka' begitu mudah untuk diungkapkan, namun begitu sukar untuk dihayati nilainya.
p.s: Aku berasal dari Hulu Perak. Kemungkinan darurat yang mencengkam penduduk di kawasan Hulu Perak (Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu) dalam tempoh masa lama telah melewatkan pembangunan kawasan itu (aktiviti ekonomi terbatas).
30 August 2013
Mengingati Mati
Assalamualaikum,
Setiap anak Adam yang lahir ke dunia ini telah ditetapkan rezeki, jodoh dan mati oleh Allah SWT. Namun ketiga-tiga perkara itu menjadi rahsia Allah SWT. Kematian itu pasti akan berlaku kepada setiap manusia yang hidup.
Mengingati Mati
Mengingati Mati (Gambar hiasan) - Google
Terdapat beberapa hikmah mengapa Allah SWT merahsiakan tarikh dan saat kematian seorang manusia iaitu:
• Supaya manusia sentiasa bertaubat daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar.
• Supaya manusia sentiasa bersedia menghadapi mati dengan cara mempertingkatkan amalan kerana kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.
• Mengingati mati dapat memecahkan benteng nafsu yang rakus dan sikap ego dalam diri seseorang.
• Hati yang sentiasa mengingati mati akan berasa takut kepada Allah SWT dan akan menimbulkan kekusyukan di dalam amal ibadat serta meningkatkan kualiti ibadat.
• Kita akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah SWT.
• Umat Islam juga disunatkan menziarahi saudara yang telah mati bagi menimbulkan keinsafan di hati.
Seandainya kita tahu bila tarikh kematian, tentunya orang jahat terus melakukan kejahatan kerana mereka hanya akan bertaubat apabila hampir mati. Oleh itu, selalulah berdoa agar kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik (husnul khatimah)
Rujukan: Buku Mencari Redha-Mu (2011), Ustaz Noor Hisyam Ismail, Karya Bestari Sdn. Bhd.
29 August 2013
Tiada Jodoh
Assalamualaikum,
Malam ni tiba-tiba nak buat entri luahan hati. Walaupun dia bukanlah lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatiku, namun kenangan itu tetap aku ingat seumur hidupku. Perkenalan kami bermula pada awal tahun 2004 iaitu selepas aku mula menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda.
Tiada jodoh
Tiada jodoh (Gambar hiasan) - Google
Aku selesa berkawan dengannya kerana dia amat menghormati wanita. Tidak pernah sekali pun dia tersentuh atau bercakap perkara-perkara yang lagha sepanjang perkenalan kami. Kami juga jarang berjumpa, bermesej atau bercakap di telefon.
Persahabatan kami berlanjutan sehingga aku bekerja di Putrajaya. Pernah aku mahu pulang ke Putrajaya pada lewat petang tetapi tiada bas di Puduraya, dia datang menjemputku. Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di depan sebuah masjid, "Kita solat Maghrib dulu Za." ajaknya.
Mungkin salah aku kerana terlalu mencari kesempurnaan sedangkan diri aku sendiri tidak sempurna pun. Dia hanya lepasan SPM dan berniaga kecil-kecilan sahaja. Benar kata orang, dah jumpa yang baik, tapi buat-buat tak nampak pula.
Banyak kali dia manyatakan hasratnya untuk menyunting aku sebagai suri dalam hidupnya, namun aku sering menganggap itu hanya sekadar gurauan seorang sahabat. Kata-katanya aku balas dengan gurauan juga, "Za masih muda lagi." aku memberi alasan.
Sesuatu yang mengejutkan berlaku pada Jun 2012, dia memberitahu aku bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya. "Dah banyak kali Shah ajak Za kahwin, tapi Za cakap masih muda. Jadi Shah dah jumpa wanita yang sudi berkahwin dengan Shah." kata-kata dia mengejutkan aku.
Pada Ogos 2012 yang lalu dia sah menjadi suami orang. Aku redha kerana dia terlalu baik untuk aku (sebenarnya aku tak layak untuk dia). Sehingga kini kami masih lagi bersahabat dan dia bakal menjadi seorang ayah.
Aku selalu mendoakan agar dia bahagia bersama isteri tercinta dan semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Aku juga percaya, pasti ada hikmah di sebalik apa yang ditentukan-Nya. Sebenarnya tiada jodoh di antara kami.
Makanan untuk Menambah Darah
Assalamualaikum,
Pernah permohonan aku untuk menderma darah ditolak kerana kekurangan sel darah merah (anemia). Anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi yang berfungsi untuk pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.
Anemia
Anemia (Gambar hiasan)
Sel darah merah (hemoglobin) diperlukan oleh tubuh badan untuk mengangkut makanan dan oksigen ke seluruh badan. Kekurangan sel darah merah menyebabkan badan lesu, pening kepala, dan muka pucat. Berikut aku kongsikan makanan yang aku ambil untuk menambah darah:
1. Daging
Makanan Menambah Darah
Daging kaya dengan zat besi yang seterusnya dapat meningkatkan paras hemoglobin. Namun pengambilan berlebihan tidak baik untuk jantung. Pilihlah daging yang rendah lemak.
2. Roti gandum penuh dan bijirin
Makanan Menambah Darah
Bersarapan dengan roti gandum penuh dan bijirin dapat menambah zat besi yang diperlukan oleh badan.
3. Buah-buahan
Makanan Menambah Darah
Pengambilan buah-buahan seperti tembikai, anggur, epal dan kismis boleh menambah darah.
4. Sayur-sayuran
Makanan Menambah Darah
Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, lobak dan kangkung juga baik untuk menambah darah.
Selamat mencuba..
Sumber gambar : Google
28 August 2013
Wordless Wednesday # 16 - Bila Dah Tua
Assalamualaikum,
Bila Superhero Dah Tua
Kibarkan Jalur Gemilang
Assalamualaikum,
Pada 31 Ogos 2013 negara Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-56 tahun. Secara ringkas, Logo 56 Merdeka bermaksud memupuk semangat kecintaan kepada keamanan dan Malaysia negara yang berdaulat.
Logo 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia
Logo 56 Tahun Kemerdekaan
Nama jalur gemilang untuk bendera Malaysia telah dipilih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4) ketika sambutan kemerdekaan ke 40
Jalur Gemilang
Jalur Gemilang
Apakah maksud di sebalik jalur gemilang?
• 14 jalur merah dan putih - keanggotaan 13 buah negeri (Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu) dan Kerajaan Persekutuan.
• Warna biru tua - perpaduan rakyat Malaysia.
• Anak bulan - agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
• Bintang pecah 14 - perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
• Warna kuning pada anak bulan dan bintang - warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bersyukurlah kerana telah dilahirkan sebagai anak merdeka. Jom kibarkan jalur gemilang dan hayati erti kemerdekaan negara dengan cara menjaga kedaulatan dan mengekalkan keamanan negara kita.
Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!
Assalamualaikum
Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join
Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA & PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
2. klik iklan  iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Assalamualaikum
Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join
Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^
SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME
Assalamualaikum,
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)
Bersempena dengan hari kemerdekaan yang bakal berkunjung tiba, ingin pemilik blog Invisible Note melaksanakan segmen yang julung-julung kali dibuat. Semua orang layak menyertainya. Bermula dari 24 Ogos 2013 sehingga 31 Ogos 2013 (11.59 p.m.)
Syaratnya :
1. Ada baiknya bagi Muslim, dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim :)
2. Follow blog Invisible Note ni, like fb page Invisible Note yang baru ditubuhkan.
3. Buat entry yang bertajuk SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME.
4. Copy code dalam entry dekat SINI, pastekan dekat ruangan HTML dekat New Post anda dan Publish.
5. Pastekan link entry anda dekat ruangan komen kat SINI.
6. Taraaaa siap~
Jangan lupa untuk jemput ramai-ramai orang untuk turut serta dalam segmen. Andai bilangan yang turut serta lebih dari 56, ada hadiah misteri untuk dua orang peserta :)
Sambil bersegmen, berblogwalking jangan lupa untuk doakan saudara kita di Mesir. Moga selamat semuanya.
24 Ogos 2013 - 31 Ogos 2013
Terima kasih semua :)
27 August 2013
Begitulah Kanak-kanak
Assalamualaikum,
Aku pergi servis kereta Viva aku pada hari Sabtu lepas di Perodua Bandar Tun Razak. Ruang menunggu yang disediakan sangat selesa kerana pelanggan boleh menonton televisyen, membaca majalah atau melayari internet percuma (Wi-Fi) sambil minum (boleh bancuh air sendiri)
Sedang bersantai, tiba-tiba datang seorang budak perempuan berbangsa Cina (umur mungkin 4 atau 5 tahun) bersama ibunya yang juga menunggu kereta mereka diservis. Dia berlari dan bermain bersama beberapa budak Melayu di tempat permainan yang disediakan.
kanak-kanak
Begitulah kanak-kanak (Gambar hiasan) - Google
Satu yang aku rasa amat tertarik, mereka boleh berkawan baik walaupun baru pertama kali berjumpa. Budak Melayu tu bercakap Bahasa Melayu manakala budak Cina tu bercakap Bahasa Mandarin. Tapi mereka boleh saling memahami antara satu sama lain.
Tiba-tiba aku terfikir, 'Alangkah baiknya jika orang dewasa pun begitu. Saling lengkap-melengkapi dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Tidak mementingkan diri sendiri dan yang semestinya tiada niat untuk menjatuhkan orang lain'.
(Internet slow lagi)
26 August 2013
CPUV Nuffnang
Assalamualaikum,
Pada awal Ogos yang lalu ramai rakan-rakan blogger yang menerima CPUV/BE baru. Hanya aku yang tak dapat. Jadi pada 6 Ogos 2013 yang lalu aku telah menghantar tiket kepada pihak Nuffnang dan jawapannya seperti di bawah (aku tanya dalam Bahasa Melayu je).
Tiket kepada nuffnang
Tiket kepada Nuffnang
Selepas menerima jawapan tu aku redha sahaja (aku tak suka memaksa). Alhamdulillah Nuffnang bagi CPUV nombor 8 pada 19 Ogos 2013 (selepas hampir 2 minggu). Tapi yang peliknya tarikh mula CPUV tu pada 30 Julai 2013.
CPUV/BE 7, 8, 9 dan 10
CPUV 7, 8, 9 dan 10
Selain tu, ada dua CPUV pelik yang aku dapat seperti di bawah ni. Tiba-tiba status dah kredit dengan nilai RM0.01, sedangkan sebelum ni tiada pun. Yang dua ni nak dikira CPUV juga ke?
CPUV pelik
CPUV pelik
Apa-apa pun aku tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberi. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan blogger atau pengunjung yang sudi singgah di blog aku.
Nuffnang # 1, 2, 3, 4, 5, 6
Mencari Jalan Pulang
Assalamualaikum,
Tengahari semalam aku ke jamuan raya di rumah kakak aku di Petaling Jaya. Perjalanan pergi tiada masalah kerana konvoi dengan kakak aku di Cheras. Namun perjalanan balik kami tidak sama, aku balik ke Kajang manakala kakak aku balik ke Cheras.
Dengan penuh keyakinan aku memandu mengikut signboard. Jam telah menghampiri pukul 10.15 malam. Sepatutnya aku exit Seremban, tapi entah macam mana aku tersalah exit ke Sg. Besi (aku memang takde GPS dan semestinya amat popular dengan kesesatan).
Mencari jalan pulang
Mencari jalan pulang (Gambar hiasan) - Google
Bermula dari situ aku mula rasa cuak sebab melalui jalan yang jauh dan semestinya banyak tol. Akhirnya aku membuat keputusan untuk mengikut signboard ke KLIA dan Putrajaya memandangkan itu sahaja yang aku agak tahu.
Syukur apabila aku berjaya exit melalui Tol Seafield menuju ke Putrajaya. Jalan itu (NKVE) aku biasa lalu masa pulang dari kampung ketika duduk di Putrajaya dahulu (sebelum ini aku pernah sesat hingga ke Pelabuhan Klang ketika pertama kali pulang ke kampung dari Putrajaya)
Panjang betul introduction kisah kali ini. Kereta aku terus meluncur laju menuju ke Kajang. Sampai je di Plaza Tol Jalan Bukit, seperti biasa aku mengeluarkan kad touch n go. Entah macam mana, selepas sentuh dan palang terangkat, aku terlepas kad tu dan jatuh di luar kereta (masa tu aku dah gerakkan kereta ke depan). Terus aku berhentikan kereta di tengah divider antara plaza tol dan minta adik aku tolong kutipkan (nasib baik takde kereta masa tu)
Ketika menghampiri tol terakhir (Plaza Tol Kajang), tiba-tiba ada kereta polis minta aku ke tepi. Sepatutnya had laju di situ 60km/jam, tapi aku tertekan sehingga 90km/jam. "Habis la dah kena saman." kata adik aku. Selepas aku ke lorong kiri,  di belakang kereta polis tu banyak lagi kereta mewah. Rasa lega, rupa-rupanya polis tu escort sahaja (mungkin kereta menteri kot)
Yang kelakarnya polis dan kereta-kereta mewah tu boleh pula ke lorong tunai di sebelah kiri plaza tol. Buat gempak je suruh orang ke lorong kiri (sebenarnya aku sangkakan mereka semua akan ke lorong smart tag). Alhamdulillah aku sampai di rumah pada pukul 11.50 malam, rasa penat sangat dan terus tidur sahaja.
Moral: Lepas ni kena beli GPS agaknya. Mungkin tak akan tersesat lagi jika ada GPS tu.
25 August 2013
Akibat Terlelap
Assalamualaikum,
Kisah ini terjadi ketika aku pulang cuti semester semasa belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dahulu. Satu-satunya bas dari Kuala Terengganu terus ke rumah aku di Hulu Perak hanya bergerak pada waktu malam (Bas Sri Indah).
Kebiasaannya bas aku akan melalui jalan besar depan rumah aku lebih kurang jaml 4 atau 5 pagi dan mak aku akan menunggu di sana. Perjalanan melalui Lebuhraya Timur Barat gelap dan sunyi. Akhirnya bas tiba di pekan Grik dan menurunkan penumpang di sana.
Perhentian bas
Perhentian bas (Gambar hiasan) - Google
Aku terus menelefon mak supaya menunggu (dari Grik ke rumah aku hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit). Selepas tu entah macam mana aku terlelap. Apabila tersedar jam menunjukkan pukul 4.35 pagi dan aku perasan yang bas sedang menuju ke Kuala Kangsar (bas itu akan berakhir di Lumut).
"Encik tolong berhenti di bus stop tu." aku terus meminta pemandu bas memberhentikan bas di bus stop berhampiran Pusat Ikan Pekasam di Tasik Raban, Lenggong (tak kuasa aku nak turun di Lumut sebab jaraknya jauh dari rumah aku).  "Hati-hati adik, sunyi kawasan ni." pesan pemandu bas tu.
Aku menelefon mak aku dan memberitahu bas dah terlajak. Kemudian aku menelefon mak cik aku dan dia meminta sepupu aku datang mengambil aku. Tiba-tiba hujan turun lebat (dah la aku penakut). Nasib baik sepupu aku sampai.
Tapi rasa serba salah sebab sepupu aku tu lelaki dan kami menaiki motosikal di dalam hujan lebat tu (dalam otak aku masa tu dok fikir, kalau la ada pencegah maksiat buat sekatan jalanraya mesti kami dah kena tangkap basah kot). Syukur selamat sampai di rumah mak cik aku.
"Minggu lepas ada kemalangan maut di antara lori dan motosikal di situ. Penunggang motosikal maut diseret lori tu." mak cik aku bercerita, terus tersirap darah aku mendengarnya. Patutlah tadi aku rasa seram semacam je.
p.s: Di saat begini pastikan kredit telefon sentiasa ada dan bateri telefon sentiasa penuh.
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN
banner dan entri di paku sehingga 30 ogos 2013
setelah 4 bulan menyepi tanpa sebarang segmen akhirnya kathy muncul lagi dengan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN.kali ini kathy mencari bloglist untuk bulan September sehingga Disember 2013.semua akan di bloglist di Kathy Bloglist dalam kategori bloglist 4 bulan. namun ada syarat2 yang perlu di penuhi untuk melayakkan anda menjadi bloglist kathy iaitu
1. mempunyai blog dan aktif update entri.buat entri segmen bertajuk PENCARIAN  BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY RBAIN
2. follow blog INI dan INI
3. add G+
4. like fanpages
5. setiap penyertaan akan di bloglistkan setelah segmen berakhir. dua orang peserta bertuah yang di pilih secara random akan di review blognya dan menerima hadiah misteri dari kathy.
6. segmen bermula pada 25 Ogos 2013 sehingga 30 Ogos 2013 jam 11.30 malam.JOM PAKAT JOIN RAMAI2.
24 August 2013
Jual Ikan di Traffic Light
Assalamualaikum,
"Pon.." tiba-tiba kereta di hadapan membunyikan hon. Lampu isyarat membelok kanan untuk ke Tesco telah lama bertukar kepada warna hijau, namun 5 atau 6 buah kereta di hadapan aku masih belum bergerak (kereta aku di belakang sekali)
Memang aku tak nampak apa yang terjadi di hadapan sekali sebab kereta-kereta di hadapan keretaku semuanya besar-besar belaka. Kereta-kereta mula bergerak, tapi ke kiri sedikit. Baru aku perasan apa sebenarnya yang berlaku.
Tak pakai topi keledar
Tak pakai topi keledar (Gambar hiasan) - Google
Sebuah motosikal betul-betul berada di tengah jalan. Penunggangnya seorang lelaki India tidak memakai topi keledar sedang leka berbual menggunakan telefon bimbitnya, siap bergelak ketawa lagi. Geram juga bila jumpa manusia sebegini.
Kalau nak bersembang pun agak-agak la, jangan sampai menyusahkan pengguna jalanraya yang lain pula. Tu betul-betul pentingkan diri sendiri (sell fish @ jual ikan). Buatnya ada kereta yang tak sengaja terlanggar dia macam mana la agaknya.
23 August 2013
Bukan Kerana Nama
Assalamualaikum,
'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'. Itulah tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Kemerdekaan adalah bebas daripada penjajahan fizikal, spiritual dan mental kuasa asing. Teringat cerita arwah ayah ketika aku berumur 10 tahun dahulu.
"Arwah datuk meninggal dunia selepas diseksa oleh askar Jepun. Mereka paksa datuk minum air sabun dan pijak perut dia. Orang kampung yang ingkar arahan mereka juga ada yang ditanam hidup-hidup dan dibunuh." kata arwah ayahku.
Rejimen Askar Melayu DiRaja
Gambar lama arwah ayah aku (sayang gambar dah rosak)
"Ayah tekad untuk menyertai Askar British pada masa tu dan kemudian Rejimen Askar Melayu DiRaja untuk menuntut bela. Perjuangan kami bukan kerana nama. Perjuangan kami demi melihat anak cucu bebas dan merdeka." sambung arwah ayahku lagi.
Bila direnungkan kembali, betapa bersyukurnya kita kerana celik mata sahaja negara dah pun merdeka. Seharusnya kita berterima kasih kepada perajurit atau pejuang yang sanggup menggadai nyawa demi kemerdekaan negara.
Bersama kita mempertahankan kedaulatan negara. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-56 kepada negara Malaysia tercinta. Sedekahkan al-fatihah kepada perajurit yang telah gugur.
22 August 2013
Mulia Sungguh Hatinya
Assalamualaikum,
Siang tadi aku menemani mak ke Hospital Putrajaya lagi. Kali ini untuk mengurut tradisional pula. Memandangkan hari ini adik aku  ada urusan menggunakan kereta, aku dan mak terpaksa menunggu adik aku mengambil kami selepas dia habis bekerja.
Di luar bilik rawatan
Kebosanan menunggu mak di luar bilik rawatan
Aku dan mak duduk bersantai di Taman Herba dekat Hospital Putrajaya. Masa itu juga aku manfaatkan dengan blogwalking sehingga netbook aku kehabisan bateri (bilalah aku nak beli smartphone?). Mak aku pula kusyuk membaca buku.
Tiba-tiba datang beberapa orang pekerja penyelenggaraan yang membersihkan kawasan tu dan salah seorangnya adalah wanita. Ramah wanita itu menegur dan berbual dengan mak. Rupa-rupanya dia berasal dari Palembang, Indonesia dan sudah hampir 3 tahun dia bekerja di Malaysia.
"Di Palembang tiada peluang pekerjaan ke?" mak aku bertanya. "Ada kerja di sana, tapi gajinya murah. Bayaran gaji untuk kerja sehari jika ditukar kepada duit Malaysia lebih kurang RM10.00 saja. Jika di Malaysia, sebulan dapat gaji RM900.00. Jadi lebih untung kerja di sini." dia membalas.
Rupa-rupanya dia seorang ibu tunggal yang telah kematian suami dan mempunyai 4 orang anak, mulia sungguh hatinya. Sanggup datang jauh ke Malaysia demi untuk memberi nafkah serta membiayai persekolahan anak-anaknya di Palembang.
September Giveaway by www.cikyaya.my
Assalamualaikum,
Malam ni aku nak join segmen yang mudah. Cuma klik-klik dan copy and paste je. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Cik Yaya.
klik banner untuk join
Syarat-syarat:
1. Follow blog Yaya dan jangan lupa like page Yaya yang ada kat sidebar tu ye sayang ^_^.
2. Then klik [ 1 ], [ 2 ], [ 3 ] (jujur ye sampai habis loading).
3. Copy paste kod dibawah dan buat tajuk "September Giveaway by www.cikyaya.my"
4. Tinggalkan link dibahagian komen entri ni sahaja ok ^_^
klik banner untuk join
SENARAI HADIAH :
tempat Pertama, kedua dan ketiga = button bagde dan sebuah novel
10 peserta bertuah = button badge dan buku ilmu agama
5 peserta bertuah = topap RM5 (digi, celcom, maxis)
hadiah akan bertambah jika penyertaan memberangsangkan.
#button badge (limited edition dari www.cikyaya.my)
senarai peserta akan diupdate 8 Sept 2013
Giveaway merdeka bersama ahmadhasif.info
Assalamualaikum,
Terima kasih kepada blogger Ahmad Hasif  kerana sudi menjemput diri ini untuk join segmen beliau. Aku join sebagai tanda sokongan.
Jika nak join juga, boleh klik banner di atas atau terus ke ----->>> Blog The New Minded (ahmadhasif.info).
Hadiah:
Special Prize :
mendapat topup RM5 x 1
only for top referral
Top Prize:
Menjadi agen topup (tuk pendaftaran agen Saya akan bayar, dapat modal RM5) x 3
Saguhati :
Review blog bertuah x 5
Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
Assalamualaikum,
Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?
15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Perjalanan ke Tasik Banding
Assalamualaikum,
Perkara yang paling aku benci ketika mula memandu kereta dahulu adalah memandu pada waktu malam. Namun, arahan bos di saat akhir supaya aku menghadiri lawatan menteri di Tasik Banding (tahun 2010) membuatkan aku rasa serba salah.
Dengan kebenaran bos, aku membawa dua orang rakan sekerja perempuan (semua masih bujang) menemani aku memandu. Kami bertolak lebih kurang jam 4.00 petang dan tiba di pekan Grik lebih kurang pada jam 8.30 malam.
keadaan jalan yang gelap
Gambaran keadaan jalan yang gelap (Gambar hiasan) - Google
Dari pekan Grik, hanya berdasarkan signboard, aku memandu ke Tasik Banding (aku takde GPS). "Cik semua nak ke mana?" soal seorang anggota polis ketika kami berhenti di sekatan jalan raya  Exit ke Lebuh Raya Timur Barat. "Kami nak ke Tasik Banding, esok ada lawatan menteri di sana. Betul jalan ni kan encik?" aku menyoal dia balik. "Betul jalan ni. Harap cik berhati-hati memandu." pesan polis tu (mesti polis tu pelik kami masih berpakaian kerja dan semua perempuan).
Selekoh dan suasana gelap (tiada lampu jalan dan rumah orang) membuatkan aku rasa seram. Tambahan pula banyak lori dan tiada kereta lain melalui jalan ketika itu. Dalam hatiku berdoa agar kami semua selamat. Hanya CD bacaan ayat suci al-Quran memecah kesunyian.
Alhamdulillah setelah hampir sejam aku memandu, akhirnya kami semua selamat tiba dan menginap di Belum Rainforest Resort. Keesokan hari ketika perjalanan pulang baru aku nampak jalan yang kami lalui semalam. Tak sangka jalan selekoh tajam itu yang telah dilalui.
21 August 2013
Kad Raya Lagi
Assalamualaikum,
Kad Raya ini diterima dari blogger Cik Jari Manis (http://cik-jarimanis.blogspot.com/). Terima kasih diucapkan kepada blogger Cik Jari Manis (CJM) kerana sudi mengirimkan kad raya dan selamat diterima pada 16/8/2013 (Jumaat).
Kad raya blogger CJM
Kad Raya blogger Cik Jari Manis
Jika berkelapangan, boleh terjah dan follow blog CJM. Blogger CJM juga menyediakan khidmat mencantikkan blog dengan kadar bayaran yang berpatutan (soal harga tu kena tanya beliau sendiri)
Segmen Gempak Mieza Jhaa K
Assalamualaikum,
Segmen Gempak Mieza Jhaa K
Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.
Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.
Ganjaran Segmen :
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.
2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.
Jom kita meriahkan segmen ini.
Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013
Assalamualaikum,
Petang ini aku rajinkan diri untuk  join segmen. Berminat nak join segmen oleh blogger Kisah Si Diary
Boleh klik banner di bawah untuk join.
Tarikh : 21-23hb Aug 2013 sehingga jam 11.59 malam
Tujuan segmen ini diadakan (aku copy dan paste je):
• Bertujuan untuk memperkenalkan lagi blog Kisah Si Dairy ini kepada rakan-rakan blogger yang lain tentang kewujudan blog ini.Segmen ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara blogger-blogger disamping menaikkan trafik blog kita sendiri..
• Disamping itu juga boleh la saya mengenali dan berkunjung ke blog-blog baru dan juga lama yang sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke blog-blog lain kan.
Syarat Penyertaan amat mudah (aku copy dan paste je):
• FOLLOW blog Kisah Si Diary dan Add G+ Kisah Si dairy
• Like Fanpage
• Buat Entry bertajuk "Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013" .
• Copy dan paste banner diatas dan backlink kan ke blog nie.Tak perlu buat entry ye..Tapi kalau nak buat pun boleh jugak..hihi..
• Tinggalkan Link Entry di bahagian komen.
Oleh itu, jom ramai-ramai join untuk memeriahkan lagi segmen ini.
Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
Assalamualaikum,
Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...
Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...
Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...
4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.
So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!
Giveaway Topup Syawal by Munirah Rahman
Assalamualaikum,
Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada penganjur segmen (blogger Munirah Rahman) kerana sudi menjemput diri ini untuk join segmen beliau.
Boleh klik banner di atas atau terus ke ---->>> Blog Luahan Hati Munirah Rahman jika berminat untuk join.
Wordless Wednesday #15 - Memori
Assalamualaikum,
Menggamit memori satu ketika dahulu
Sumber : Facebook
20 August 2013
Hinakah Menjadi Anak Isteri Kedua?
Assalamualaikum,
Amat menyedihkan apabila dibenci dan disisihkan oleh darah daging sendiri. Hanya kerana harta dan cinta, manusia sanggup bermusuhan. Begitulah dilema yang dihadapi oleh Ain (bukan nama sebenar). Perkahwinan ibu dan ayah Ain berlaku selepas 2 tahun kematian isteri pertama ayahnya.
Hinakah Menjadi Anak Isteri Kedua? (Gambar Hiasan) - Google
Sehingga kini adik-beradik satu ayah dengan Ain masih tidak dapat menerima kehadiran Ain dan ibunya dalam keluarga mereka. Ain dan ibunya dituduh merampas kasih sayang ayah mereka. "Walaupun ayah dah meninggal dunia, aku tak akan jadi wali kalau kau nak nikah nanti." masih lagi terngiang-ngiang kata-kata abang sulungnya.
Ain buntu memikirkan cara bagaimana untuk menjernihkan kembali hubungan yang kian tegang dengan adik-beradiknya. Pelbagai cara digunakan oleh Ain dan ibunya untuk berbaik dengan mereka, namun adik-beradiknya kebal dengan perisai keegoaan mereka. Hina sangatkah menjadi anak isteri kedua?
19 August 2013
Saya nak duit raya Cik Misya!!!
Assalamualaikum,
Walaupun di saat akhir, aku tetap akan join segmen ini (aku tersalah tengok tarikh akhir, ingatkan tarikh akhirnya pada 21/8/2013, nasib perasan tadi). Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada penganjur segmen iaitu blogger Aimi  kerana sudi menjemput. Terima kasih juga kepada blogger PCL, blogger Pha Is dan blogger Cik Akak kerana sudi tag diriku untuk join segmen ini.
Paling banyak aku pernah kumpul duit raya RM200.00 (masa kecil dulu), paling sikit RM10.00. Raya baru-baru ni aku masih dapat duit raya, tapi RM10.00 je dari kakak aku.
Boleh klik banner di bawah atau terus ke  ----->>> Blog Aimi Insyirah untuk join
Tarikh tutup : 20 Ogos 2013 tepat jam 12.00 tengah malam.
Tag: Dila, Zaki, Fizi
(maaf last minute tag)
Tips Kurangkan Berat Badan Selepas Raya
Assalamualaikum,
Berat badan bertambah selepas raya? Kunjungan ke rumah terbuka saudara-mara dan rakan-rakan tidak dapat dielakkan. Jom cuba amalkan tips seperti berikut:
1. Nikmatilah pelbagai jenis makanan, tetapi hadkan kuantitinya
(kecilkan saiz hidangan).
2. Kunyah makanan perlahan-lahan, dengan cara ini pasti kita akan dapat menikmati keenakan makanan dan merasa cepat kenyang.
3. Pastikan pengambilan air yang mencukupi dalam badan. Minum 8 gelas atau lebih air kosong sehari.
4. Minum segelas air limau nipis/ kasturi setiap kali selepas makan.
5. Sekiranya berasa lapar, makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan . Contohnya makan sepotong buah betik, epal atau pisang.
6. Mulakan bersenam berjalan kaki pantas 15-20 minit setiap hari. Tingkatkan aktiviti fizikal yang lain seperti jogging
7. Untuk kempiskan perut, buat senaman sit up sebanyak 20 kali pada setiap pagi dan petang.
Ingatlah, hanya kita yang mampu mengawal dan mengubah diri kita. Selamat mencuba..
Sumber gambar : Google
Give Away sempena Birthday Alif Hamzah yang ke-2
Assalamualaikum,
GA oleh  blogger  Firdawati Rashidi diadakan bersempena dengan hari lahir anak beliau yang ke 2 tahun pada 21 Ogos ini.
Sila klik banner untuk join.
Syarat Penyertaan:
• Buat satu entri bertajuk “ Give Away sempena Birthday Alif Hamzah yang ke-2 “ dan tampalkan banner kat atas tu.
• Follow blog ni ----->>>  Tentang Hati Firda
• Tuliskan sedikit ucapan buat hero kecil.
• Dah siap semua link je kat enrti ni balik ye.
Hadiah:
• v 1 X Haybusa Pendrive 8gb ( Toshiba Brand )
• v 1 X Tshirt Langkawi
• v 2 x Topup RM 5.00
Ucapan untuk Alif Hamzah:
"Semoga dipanjangkan usia dan menjadi anak yang soleh."
14 August 2013
Terima Kasih Hadiah GA dan Kad Raya
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, ketiga-tiga hadiah GA dan kad raya ini aku selamat terima pada 12/8/2013 (Isnin) yang lalu.
1. Voucher dari Parkson bernilai RM20.00
Voucher ini aku dapat melalui Contest Ramadhan dan Raya by Cik Akak dan hadiah ini ditaja oleh blogger Farah Wahyda
2. Buku nota, Buku Soal Wanita Peribadi Anggun dan Buku Perisai Wanita Doa
& Zikir  i ❤ Ana Muslim
Kesemua hadiah yang comel ini aku terima melalui GA Raya, Babe! 2 yang dianjurkan oleh blogger Anies.
3. Minyak Wangi Avon- Haiku
Minyak wangi Haiku ini aku terima melalui Ramadhan Give Away yang dianjurkan oleh blogger Mazatul Azura (inilah kali pertama aku dapat hadiah minyak wangi)
4. Kad Raya
Kad raya comel berlatarkan kartun ini aku terima dari sahabat baik yang comel iaitu blogger Cik Akak
Alhamdulillah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka semua iaitu blogger Cik Akak, blogger Aniesblogger Mazatul Azura dan blogger Farah Wahyda. Aku amat menghargai pemberian dari kalian semua. Jika berkelapangan, jom terjah dan follow blog mereka semua.