23 August 2013

Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum, 

'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku'. Itulah tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56. Kemerdekaan adalah bebas daripada penjajahan fizikal, spiritual dan mental kuasa asing. Teringat cerita arwah ayah ketika aku berumur 10 tahun dahulu. 

"Arwah datuk meninggal dunia selepas diseksa oleh askar Jepun. Mereka paksa datuk minum air sabun dan pijak perut dia. Orang kampung yang ingkar arahan mereka juga ada yang ditanam hidup-hidup dan dibunuh." kata arwah ayahku. 

Rejimen Askar Melayu DiRaja
Gambar lama arwah ayah aku (sayang gambar dah rosak)
"Ayah tekad untuk menyertai Askar British pada masa tu dan kemudian Rejimen Askar Melayu DiRaja untuk menuntut bela. Perjuangan kami bukan kerana nama. Perjuangan kami demi melihat anak cucu bebas dan merdeka." sambung arwah ayahku lagi. 

Bila direnungkan kembali, betapa bersyukurnya kita kerana celik mata sahaja negara dah pun merdeka. Seharusnya kita berterima kasih kepada perajurit atau pejuang yang sanggup menggadai nyawa demi kemerdekaan negara. 

Bersama kita mempertahankan kedaulatan negara. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-56 kepada negara Malaysia tercinta. Sedekahkan al-fatihah kepada perajurit yang telah gugur. 

^_^

102 comments:

  1. sebak....
    betul ckp akak, betapa bertuahnya kita. lahir dlm sebuah negara yg aman

    ReplyDelete
  2. sadisnya penderitaan yang dialami Ayah akak..hanya memori saja panpu berkata2.

    .al-fatihah buat ayah akak..dan selamat menyambut hari merdeka kak..

    ReplyDelete
  3. Salam Merdeka yg ke 56 :) insya-Allah, akan terus aman damai..

    except kejadian menembak sume tu.. harap2 dah takde lagi lepas ni

    ReplyDelete
  4. Salam aiza...salam raya dan maaf zahir batin. ..

    Alhamdulilah kita jadi negara merdeka...dan sgt perlu kita hargai jasa mereka yg gugur demi tanah air kita...alfatihah...

    P/s : singgah isi duit raya sekali eh...

    ReplyDelete
  5. al fatihah utk arwah ayah akak & datuk akak... :) besarnya pengorbanan mereka.. =') kesian arwah datuk akak...sampai mcm tu sekali diaorang seksa... =') selamat hari merdeka akak! :)

    ReplyDelete
  6. salam singgah. sungguh mulia pengorbanan askar & rakyat terdahulu. semua yg mereka lakukan demi untuk memberikan kemudahan yg sempurna & baik untuk kita, generasi kini. alhamdulillah sangat bersyukur kpd Allah

    ReplyDelete
  7. Tiada terkira banyaknya para pahlawan yang gugur dalam membela negeri ini. Dharma bakti para pahlawan untuk kemerdekaan dan kejayaan negeri ini. Semangat kepahlawanan para kusuma bangsa semoga tetap terpatri di dalam jiwa generasi penerusnya. Selamat Hari Merdeka ke-56.

    ReplyDelete
  8. al-fatihah.. jasa mereka ttp dikenang smpai sekarang ^_^

    ReplyDelete
  9. zaman dulu nak membela nasib anak bngsa zmn skrg ni. tp apa anak zaman skrg pertikaikan? nak sambut hari merdeka ni pon depa kata lebih baik hantar tentera ke mesir...hmmm

    ReplyDelete
  10. Al-fatihah bt parajurit yg sggup berkorban demi ngara, bgsa dn agama..Alhamdulillah la bumi Malaysia sekarang dh merdeka dan aman =)

    ReplyDelete
  11. Sedihnya kisah arwah datuk akak..ayah sy pun lahir zaman jepun.. mujur tak kena seksa..

    ReplyDelete
  12. selamat menyambut hari kemerdekaan...semoga negara kita terus aman dan harmoni sampai bila2..amin

    ReplyDelete
  13. al-fatihah .. even, Lia tak terer dalam sejarah, tapi Lia bangga dengan pejuang-pejuang negara ...

    ReplyDelete
  14. al-fatihah... we need more true story like this. Generasi sekrg byk yg x tahu pengorbanan mereka. Akibatnya kemerdekaan dh hilang erti kan. mereka x rasa apa2... Thanks for the entry, buat kita tersedar seketika...

    ReplyDelete
  15. Al-fatihah..tanpa perajurit yg rela berkorban untuk negara,kita takkan dapat merasai nikmat kemerdekaan sekarang. :)

    ReplyDelete
  16. Kita patut bersyukur dilahirkan di negara yg aman dan damai nie.. lahir2 dah merdeka.. x dpt bygkan mereka yg idup ms zaman perang dulu..hidup dlm ketakutan..

    ReplyDelete
  17. Tanpa mereka siapalah kita kan aiza...
    Al-fatihah untuk mereka...

    ReplyDelete
  18. Al-Fatihah. merekalah pejuang negara :)

    ReplyDelete
  19. betul sis...kathy pun teringat nenek cerita pasal adik dia yg meninggal sebab baru je lepas bersalin terpaksa meredah hutan utk selamatkan diri dari di rogol tentera jepun..al fatihah buat mereka... :(

    ReplyDelete
  20. skrg ni sambut merdeka dgn konsert je...haihhh ~

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah Aiza, kita anak merdeka..

    ReplyDelete
  22. al-fatihah...besar pengorbanan mereka di mata kita..
    selamat menyambut hari kemerdekaan..

    ReplyDelete
  23. Mereka semua pahlawan negara, moga Allah memberkati dan memberi ganjaran yang hebat buat mereka.

    ReplyDelete
  24. syukur saya dilahir zaman merdeka..

    ReplyDelete
  25. Selamat hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56 ya. Mari kita do'akan para pahlawan yang telah gugur demi memperjuangkan kemerdekaan tersebut dengan bacaan surat al fatihah :)

    ReplyDelete
  26. Al-Fatihah untuk pahlawan negara kita :)
    Farah followed Mizz Aiza #731

    ReplyDelete
  27. Al-Fatihah buat semua perajurit negara. Selamat hari merdeka...

    ReplyDelete
  28. betul sis!!!!zaman kiter dah x rase darurat tuh camner...sy suke tengok citer lame-lame(perang)...hehehhe....

    ReplyDelete
  29. hargailah kemerdekaan kita ini, jgn siakan2 pengorbanan pejuang2 kita yg terdahulu

    ReplyDelete
  30. Besar pengorbanan depa utk masa depan kita skrg kan akak..Al-fatihah untuk semua yang telah gugur semasa mempertahankan negara kita..

    ReplyDelete
  31. wowo..hebatnya, arwah atok akk dulu askar kee

    ReplyDelete
  32. alfatihah. semoga semangat kebangsaan ini tidak terjejas akibat masalah yang sekarang.

    ReplyDelete
  33. betul tu akak, Yaya bangga dengan pejuang2 negara kerana sanggup berkorban..

    ReplyDelete
  34. Selamat menyambut hari kemerdeaan kak :) jom sama-sama hayati erti kemerdekaan :)

    ReplyDelete
  35. you must be proud of your father kan aiza...haruslah kta semua bersyukur kerna lahir di bumi yang dah merdeka...krole hormat kepada semua prajurit yang bertumpah darah dahulu semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan negara untuk diwariskan kepada anak cucu masa kini~

    ReplyDelete
  36. buat arwah atok dan ayah akak, mama sedekahkan alfatihah, juga buat insan yang terkorban semasa melawan musuh demi mempertahankan negara... bersyukur lah kita bernafas di bumi malaysia yang aman dan makmur..

    ReplyDelete
  37. Assalammualaikum Aiza, itulah tapikan Aiza walaupun merdeka sekalipun kita tetap juga dijajah daripada dalaman.

    MilkADeal Satu.

    iskandarx.com

    ReplyDelete
  38. sebak bace kisah ini :( terima kasih ku ucapkan kepada perjuang-pejuang yang sanggup bekorban nyawa untuk kami merasa hidup aman sekarang ini. syukran semoga Allah memberkati kalian semua.. al fatihah

    ReplyDelete
  39. al-fatihah buat mereka yang telah banyak berjasa kepada negara...

    save 22 satu


    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  40. Salam kemerdekaan. Kita sebagai generasi pewaris keamanan harus tahu bersyukur.

    ReplyDelete
  41. Pastinya Aiza berbangga kan menjadi anak kepada salah seorang perajurit negara.seharusnya kita bersyukur dengan kemakmuran negara kita..salam merdeka buat Aiza :)

    ReplyDelete
  42. betul tu, jasa mereka sgt besar pada negara :)

    ReplyDelete
  43. dah 56 tahun dah merdeka,alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  44. btol.. kta spatutnya bersyukur negara dah merdeka.

    ReplyDelete
  45. meremang bola ruma eiqa baca kak.
    Sebab eiqa dari dulu lagi nak sgt tahu kisah mse peperangan Jepun dulu dari atokk. :(

    Hargai sgt mereka yg telah berjuang.

    ReplyDelete
  46. selamat hari merdeka:)
    semoga kita terus memperingati hari merdeka untuk zaman yang akan datang:)

    ReplyDelete
  47. pengorbanan yg x tersinggah untuk bangsa n negara...

    ReplyDelete
  48. Btul tu kak. Bkn snng nk dpt kmerdekaan mcm skrng ni.. bnyk yg prlu dkorbnkn Apapun, bersyukurlh kita smua hndknya :) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  49. Dulu selalu jugak dengar cerita datuk masa zmn penjajahan dulu.. budak2 skrg dh kurg berminat nk dgr2 cerita2 mcm ni dr org tua.. gadjet lebih menarik katanya...huhu..

    ReplyDelete
  50. @Rosniyati othman
    wmslm rose.. salam aidilfitri juga.. alhamdulillah rose..

    ReplyDelete
  51. @Cik JariManis
    selamat hari merdeka JM.. terima kasih..

    ReplyDelete
  52. @Umi Nazrah
    betul.. rasa bersyukur di atas pengorbanan mereka kita aman..

    ReplyDelete
  53. @dear xila
    betul tu.. semangat tu kena dipupuk balik.. mereka tak merasai kesusahan yang datuk nenek kita dahulu rasa..

    ReplyDelete
  54. @S.K.A
    alhamdulillah, terima kasih kepada mereka..

    ReplyDelete
  55. @Mieza Jhaa K
    arwah datuk akak lahir awal tahun 1900, masa kena tu umur dia dah 41..

    ReplyDelete
  56. @chinta
    selamat menyambut hari kemerdekaan.. amin..

    ReplyDelete
  57. @ZQ Batik
    you are welcome.. semoga ianya membuka minda semua untuk menghargai perjuangan mereka..

    ReplyDelete
  58. @Kathy Rbain
    kasihannya.. sedih bila membayangkan kesengsaraan mereka.. al-fatihah buat mereka..

    ReplyDelete
  59. @Sally Samsaiman
    yang tu akak kurang setuju.. kecualilah jika konsert tu ada penerapan nilai-nilai kemerdekaan.. contohnya macam konsert kemerdekaan yang diadakan oleh alllayarham sudirman hj. arsyad menerapkan nilai itu..

    ReplyDelete
  60. @mujahidah maisarah
    arwah datuk akak kerja kampung je.. arwah ayah akak yang askar..

    ReplyDelete
  61. @syuk shusuke
    betul tu syuk.. semoga negara kita aman..

    ReplyDelete
  62. @cik yaya
    semoga mereka menjadi inspirasi kepada golongan muda..

    ReplyDelete
  63. @krole
    betul tu krole, tanpa mereka mungkin kita masih dijajah..

    ReplyDelete
  64. @Muhammad Noor Firdaus iskandar BIn Haji Bashah
    waalaikummussalam is.. yang tu memang tak dinafikan.. terima kasih is..

    ReplyDelete
  65. @Nur Fahz
    salam kemerdekaan fahz.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  66. @Eiqa Almond
    sebenarnya banyak lagi kisah lain yang terjadi.. yang sempat akak kongsikan di sini hanya itu sahaja setakat ini.. betul tu, hargailah perjuangan mereka..

    ReplyDelete
  67. @Shark Kay
    selamat hari merdeka.. insya-Allah shark..

    ReplyDelete
  68. @aisya
    itulah masalahnya.. sukar untuk mereka menghayati nilai kemerdekaan jika tidak minat mendengar sejarah perjuangan datuk nenek kita dahulu..

    ReplyDelete
  69. betul tu..bumi bertuah tanahairku Malaysia..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^