27 August 2013

Begitulah Kanak-kanak

Assalamualaikum, 

Aku pergi servis kereta Viva aku pada hari Sabtu lepas di Perodua Bandar Tun Razak. Ruang menunggu yang disediakan sangat selesa kerana pelanggan boleh menonton televisyen, membaca majalah atau melayari internet percuma (Wi-Fi) sambil minum (boleh bancuh air sendiri)

Sedang bersantai, tiba-tiba datang seorang budak perempuan berbangsa Cina (umur mungkin 4 atau 5 tahun) bersama ibunya yang juga menunggu kereta mereka diservis. Dia berlari dan bermain bersama beberapa budak Melayu di tempat permainan yang disediakan.

kanak-kanak
Begitulah kanak-kanak (Gambar hiasan) - Google
Satu yang aku rasa amat tertarik, mereka boleh berkawan baik walaupun baru pertama kali berjumpa. Budak Melayu tu bercakap Bahasa Melayu manakala budak Cina tu bercakap Bahasa Mandarin. Tapi mereka boleh saling memahami antara satu sama lain. 

Tiba-tiba aku terfikir, 'Alangkah baiknya jika orang dewasa pun begitu. Saling lengkap-melengkapi dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Tidak mementingkan diri sendiri dan yang semestinya tiada niat untuk menjatuhkan orang lain'. 

(Internet slow lagi)
^_^

46 comments:

  1. klik the mortal instrument satu..

    ReplyDelete
  2. betol 2 akak..alanhkah baiknyakan.....

    ReplyDelete
  3. Betul tu kak...alangkah bagus kalau kita mcm kanak2..saya juga bergaul dgn mcm2 bagsa..kat sarawak memang bercampur2 kak

    ReplyDelete
  4. betul tu kak..saling lengkap meengkapi...barulah wujud masyarkat yang majmuk..hehe

    ReplyDelete
  5. ms kecik kita boleh bkwn dgn sesiapa sj sbb ms tu mungkin tiada kepentingan masing2.. hanya nk bermain dan nk berkwn...

    ReplyDelete
  6. adik nad pun pernah macam nie hehe so nad penah tengok dorg bersembang sorang ckp melayu sorg ckp mandarin hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau satu malaysia camtu, Insya-Allah kita dalam keadaan aman damai selamanya.. Jom doa sama-sama moga negara kita sentiasa aman damai dan makmur

    ReplyDelete
  8. orang dewasa ni banyak benor dalam pemikiran. so..kalau kanak kanak ni dorang cuma fikir main je

    ReplyDelete
  9. Tidak hairanlah jika ada yg menyatakan sukan itu adalah simbol perpaduan.
    Bukan setakat budak kecil tapi rang dewasa pun boleh bergaul bersama dgn mesra apabila sependapat dan dengan satu tujuan.

    ReplyDelete
  10. kadang2x nak jugak kawan dengan bangsa lain, tapi belum bertemu lagi..

    ReplyDelete
  11. kalau kita dapat didik generasi baru jadi cmni iA xde lagi masalah racist2 ni kan :)

    ReplyDelete
  12. wahhh betul2 ... mase kite gy legoland tahun lepas , kat depan kaunter dia ada satu plyground kecik tu ,, budak omputih bley men2 ngan dak2 melyu even tak paham bahasa dyorang .. awesome kan? sebab 'hati' dyorang masih 'suci'.. :)

    ReplyDelete
  13. betul tu.. kn bgus semua kita berkawan..

    ReplyDelete
  14. itulah bezanyer kanak2 & kiat yang dewasa ni !

    ReplyDelete
  15. bestnya kanak2. hati mereka suci bersih. tiada benci dan dendam. gaduh pagi, tengahari dah boleh main sama-sama.. kadang-kadang, terasa ingin kembali ke zaman itu, tiada masalah, tiada kekusutan.. tapi, hidup perlu terus.. :)

    ReplyDelete
  16. iya betapa indahnya ya kl semua orang bisa saling menghargai / menghormati tanpa membeda-bedakan suku, agama atau apapun.. nice posting :)

    ReplyDelete
  17. budak-budak mmg senang rapat kan.. :)

    ReplyDelete
  18. kanak2 pun boleh cipta perpaduan..kita pun sama kan?

    ReplyDelete
  19. Entry aiza nie buat fahz teringat pada perumpamaan " Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan "..boleh diguna pakai ke tuk komen entry nie?hehehe

    ReplyDelete
  20. hihi, anak mama pandai berbahasa cina... mak dia je yang tak tahu..

    ReplyDelete
  21. betul tu sis...alangkah bahagianya bila kita boleh hidup berharmoni walaupun berlainan bangsa dan agama :)

    ReplyDelete
  22. Kalau semua manusia boleh buat macam ini aman dunia ni Aiza...

    ReplyDelete
  23. kan???kekadang kite sendiri x sedar...tapi best jadik kanak-kanak...huhuhuh!!!

    ReplyDelete
  24. kanak-kanak mereka ini hatinya masih bersih,, orang dewasa pula masing2 dengan ego masing-masing

    ReplyDelete
  25. wow..bagusnya budak tu... org dewasa pon tak camni.

    ReplyDelete
  26. Iya benar sekali itu miss. Seharusnya kita bisa berhubungan dengan baik antar sesama meski kita beda bahasa, suku, agama, dan lain sebagainya.

    Saya malah jadi teringat film upin ipin hehehe :D Film tersebut selain lucu juga memberikan pesan moral yang berguna untuk kita semua. Mereka meski beda suku, agama, dan keturuan bisa rukun dan bermain bersama.

    Saya suka film upin ipin mizz ^_^

    ReplyDelete
  27. Betul tuu..setuju dengan pendapat akak...alangkah baiknya...

    ReplyDelete
  28. kalo kita semua boleh mengamalkan cara hidup spt begitu..InsyaAllah akan amanlah dunia tanpa hasad denki, wasangka sesama sendiri

    ReplyDelete
  29. kalau nak tengok kaum china, india dan melayu berbual kat kedai kopi, boleh mai kampung di utara ni. depa guna bahasa yang sama..bukan pelat cina atau slang india. tapi loghat kedah. tu yg unik.

    ReplyDelete
  30. budak2 minda bersih dari kejahatan :)

    ReplyDelete
  31. betul tu kak,pasti aman kalau semua bangsa berbaik2..:)

    ReplyDelete
  32. dah mcm itik cakap dgn ayam lak ... yg ptg faham dan saling memahami ... tabik pada mak mrk yg sporting

    ReplyDelete
  33. boleh buat iklan 1 malaysia nih.. hehehe

    ReplyDelete
  34. Itulah baiknya jadi kanak-kanak aiza..fikiran dia orang tak corrupted lagi..tapi bila dah dewasa macam-macam yang ada dalam fikiran.tu yang macam-macam jadi tu..

    ReplyDelete
  35. budak-budak kan, dorang bukan tau psl racist ke hape... yang penting kesefahaman.. sbb tu bahasa lain2 pun still blh berkwan elok jerk

    ReplyDelete
  36. Sesuatu yang luar biasa, Nampaknya bahasa bukan penghalang untuk menjalinkan persahabatan.

    ReplyDelete
  37. Salam.

    Kalau ikutkan..masa saya sekolah dulu pun, majoriti nya cina..diikuti india..minoriti melayu sebab sekolah terletak dkt kawasan penduduk cina.

    Waktu kita kanak2, bersekolah, kita tak nampak perbezaan itu kak..bila makin berusia, ada ilmu, pengetahuan, pengalaman masing2.. kita mula bina persepsi sendiri..

    Tapi itulah..kita suka bina persepsi yg buruk2 dan tak elok pda bangsa lain..sedangkan kita dah lama duk sebumbung dlm sebuah negara.

    ReplyDelete
  38. seronok tgok budak2 ni =) tp kak ada je yg dewasa mcm 2..tp ckap melayu @ bi la he3..ada mmg ada, tp dah xramai @ jarang nmpak..sy pn berkwan rapat dgn boss tmpat sy kerja..kdg2 bergurau..ok la..

    ReplyDelete
  39. setuju dgn akak...semalam waktu dkt McD pun JM ada tgok bebudak cina & melayu main sama2 dkt ruang yg pihak McD sediakan khas utk budak2 main....lps tu budak melayu tu dtg dkt mak dia & tanya.. "ma, mama ada akawan org cina tak dulu?" serius...sgt2 comel kak... :)

    ReplyDelete
  40. betul kan..kalau la semua sifat tu ada dlm diri tntu perselisihan faham dapat dielakkan.. :))

    ReplyDelete
  41. betul tu akak..si kecik ni pun hari tu..jumpk dekat tamn mainan kli pertama dah boleh berkawan siap tangkap gambar lgi..tpi si adik cina tu tak reti cakap melayu..tpi mereka saling faham..zara ngan doktor cina pun bleh je masuk satu kepala..apa2 pun yg penting hatikn kak..=D

    ReplyDelete
  42. kecik berkawan besar jadi lawan..itu lah sekarang..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^