Assalamualaikum,
Setiap anak Adam yang lahir ke dunia ini telah ditetapkan rezeki, jodoh dan mati oleh Allah SWT. Namun ketiga-tiga perkara itu menjadi rahsia Allah SWT. Kematian itu pasti akan berlaku kepada setiap manusia yang hidup.
Mengingati Mati (Gambar hiasan) - Google |
Terdapat beberapa hikmah mengapa Allah SWT merahsiakan tarikh dan saat kematian seorang manusia iaitu:
- Supaya manusia sentiasa bertaubat daripada melakukan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar.
- Supaya manusia sentiasa bersedia menghadapi mati dengan cara mempertingkatkan amalan kerana kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.
- Mengingati mati dapat memecahkan benteng nafsu yang rakus dan sikap ego dalam diri seseorang.
- Hati yang sentiasa mengingati mati akan berasa takut kepada Allah SWT dan akan menimbulkan kekusyukan di dalam amal ibadat serta meningkatkan kualiti ibadat.
- Kita akan sentiasa melakukan amalan soleh dan mengingati Allah SWT.
- Umat Islam juga disunatkan menziarahi saudara yang telah mati bagi menimbulkan keinsafan di hati.
Seandainya kita tahu bila tarikh kematian, tentunya orang jahat terus melakukan kejahatan kerana mereka hanya akan bertaubat apabila hampir mati. Oleh itu, selalulah berdoa agar kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik (husnul khatimah).
Rujukan: Buku Mencari Redha-Mu (2011), Ustaz Noor Hisyam Ismail, Karya Bestari Sdn. Bhd.
^_^
perkongsian pagi yang menarik akak...tq...
ReplyDeletePeringatan yang baik Aiza. Semoga kita semua tidak lalai...
ReplyDeletealhamdulillah, trima kasih akak. kdg2 kita lupa tentang kematian.
ReplyDeleteSemoga kita semua tidak terus lalai dan sentiasa mengingati akan kematian..
ReplyDeleteEntri terbaik Kak Aiza sedang direview..jom
http://cinta25hb.blogspot.com/2013/08/secebis-kisah-di-suatu-masa-yang-lalu.html
Alhamdulillah =) nice sharing kak..mati 2 pasti dan mengingati mati 2 harus ada dalam diri stiap umat islam..hrap cukuplah amalan yg dibawa nnti
ReplyDeleteBetul tuh aiza. Untuk melatih diri kita supaya berjaga-jaga dalam kehidupan, kita perlu sentiasa mengingati mati. Kerana itu sahaja yg akan buatkan kita bersedia.
ReplyDeletePerkongsian yg baik aiza.
insyallah..ingat mengingati antara kita aiza...itu adalah amalan yang murni.
ReplyDeletebnd yg jrg kita nk igt...
ReplyDeletemenabung digi satu
Nice sharing Aiza.. Betul tu..Bila ingat saat kematian.. Kita secara tidak langsung tahu akan kedudukan kita yang tidak kekal di atas muka bumi ini.. Erin suka entri Aiza ni.. Info berguna, kita kongsi bersama kan.. :-)
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat untuk semua di hari jumaat ini ..pagi akak :)
ReplyDeletetq saling mengingatkan .. done isi tabung nuffng juga sedekah pagi jumaat ni !
ReplyDeletecepat atau lambat kematian pasti akan datang menjemput kita. namun kematian bukanlah akhir, melainkan awal dari kehidupan berikutnya :)
ReplyDeletenice sharing kak aiza..sebab tuh kita kne persiapkan diri dan mendekatkan diri tanpa lalai utk mengingatkan maha yang esa tuh..kerana semua yg datang darinya ;)
ReplyDeletesemoga kita dimatikan dalam iman / keadaan baik ...
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih untuk peringatan kak :)
ReplyDeletesemoga kita sentiasa mengingati sebelum terlambat :) thnks for sharing
ReplyDeleteBila ingat mati saya takut sangat2, tapi kita hanyalah manusia yg memang akan menemui mati. Thanks sebab sudi singgah blog saya, saya dtg sambil klik2..
ReplyDeletemenjaga hubungan baik sesama kita.. dan melaksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan segala kemungkaran.. In Sya Allah segala amalan diterima..
ReplyDeleteNice sharing kak Aiza.. :)
ReplyDeletemoga cukup bekalan kita untuk ke 'sana' nanti, mati itu pasti. Tq atas perkongsian yang bagus ni Aiza.
ReplyDeleteTiada siapa yg dapat mengelak dari kematian, semoga kita mati dalam keimanan dan terpelihara keaiban.
ReplyDeleteperkongsian menarik hari jumaat sis...
ReplyDeleteSetuju. Kita hendaklah bersedia. Kerjakan amalan seolah-olah kita akan mati hari ini. Dan bekerjalah kita seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.
ReplyDeletedofollow blog nie..
ReplyDeleteingat mati supaya kita bersedia untuk mati yang tetap dan pasti kan...
nice sharing kakak! InsyaAllah akan jd pedoman :)
ReplyDeleteperkongsian yang baik bagi hari jumaat yang mulia ini..:) kita haruslah saling ingat mengigati..hehe^^
ReplyDeletealhamdulilah terima kasih kerana peringatan ini... mati itu pasti :)
ReplyDeletetakutkan bila dah duduk dalam kubur, masa tulah teringat nak buat sesuatu yg kita tangguh2kan..cam nak balik semula ke dunia.
ReplyDeleteapakandaya..waktu itu kita jadi orang yang paling rugi serugi-ruginya
nice sharing kak,, kalau tak diingatkan ada yang lupa...
ReplyDeleteperkongsian yang bermanfaat ni Aiza. Mudah-mudahan kita dimatikan dalam keadaan yang baik
ReplyDeleteAmin..semoga kita mati dalam keadaan yg beriman kepadaNYA
ReplyDeleteDengan mengingat mati maka kita tidak senantiasa diperbudak oleh urusan dunia,,,
ReplyDeleteTerima kasih untuk informasi yang sangat menyejukkan hati,,,
Salam kenal n salam sahabat :)
bgus prkongsian ni kak :) sentiasa mngingati mati dri mengelakkan kelalaian diri.
ReplyDeleteperingatan yang bagus :)
ReplyDeleteperingatan bersama!!!!huhuhuh!!!
ReplyDeleteAllahurabbi... mcm mana la pengakhiran hidup kita.. smga dikalangan y diredhaiNya.. insyaAllah
ReplyDeletebila cakap pasal mati , selalu jee belum sedia :'D padahal dia bila2 jee boleh dtg menjemput :)
ReplyDeleteOrang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati.
ReplyDeletenice entry kakk.!! :)
ReplyDeleteIngat lah mati itu datang tanpa kita duga..
kalau kematian bukan rahsia, tak tau la apa jadi... lagi banyak org buat maksiat. esok nk mati, baru nk bertaubat.. hmm...
ReplyDeleteSekarang mati tak kira tua atau muda. Terima kasih atas perkongsiaannya kak Aiza..:)
ReplyDeletethnks for sharing kak aiza..
ReplyDeletebetul tue...perkongsian yg baik aiza..
ReplyDeletenice sharing kak aiza.... :')
ReplyDeleteterima kasih diatas peringatan ini akak :)
ReplyDeleteorg yg bijak ialah org yg selalu ingat mati.
ReplyDeletemoga kita salah seorg husnul khatimah.. amin.. :))
ReplyDeleteBetul tu ingat mati mst hati jadi tak rasa langsung nak buat jahat.
ReplyDeletemengingati mati ada sumber inpirasi yang memotivasikan diri
ReplyDelete