Assalamualaikum,
Kisah ini terjadi ketika aku dan kawan baikku Syah mahu menghadiri majlis perkahwinan kawan kami di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Kami akan ke sana dengan menaiki bas ekspres dari Putrajaya Sentral pada jam 9.00 malam.
"Eh, itu bas yang kita kena naik tu. Takkan dah jalan kot." tiba-tiba Syah bersuara. Masa tu aku baru sahaja selesai meletak kereta di Putrajaya Sentral. Jam tangan Syah baru menunjukkan ke angka 8.57 malam.
Kami segera ke kaunter pertanyaan Transnasional, "Encik, bas ke Kuala Terengganu dah gerak ke?" aku menyoal penjaga kaunter tiket. "Baru sahaja bergerak." balasnya. Nampaknya jam pemandu bas tu cepat 5 minit dari jam sebenarnya.
Kami segera ke kaunter pertanyaan Transnasional, "Encik, bas ke Kuala Terengganu dah gerak ke?" aku menyoal penjaga kaunter tiket. "Baru sahaja bergerak." balasnya. Nampaknya jam pemandu bas tu cepat 5 minit dari jam sebenarnya.
Memandangkan penjaga kaunter tidak tahu nombor telefon pemandu bas, dia mencadangkan kami segera ke Puchong kerana bas itu akan transit mengambil penumpang di sana. Maka dengan segera aku dan Syah membeli kupon teksi RM35.00 ke Puchong.
Sampai di Puchong, kami semua tidak pasti di mana bas itu transit. Lama juga menunggu di tepi jalan, baru nampak kelibat bas keluar ke jalan utama. Pemandu teksi turut membantu aku menahan bas itu, namun pemandu bas tidak perasan kami.
"Mungkin bas itu transit di Hentian Putra lepas ni." pemandu teksi bersuara. Setelah berbincang, pemandu teksi bersetuju untuk menghantar kami ke Hentian Putra, tetapi bayaran tambang teksi selepas itu akan dikira mengikut meter.
Namun apabila tiba di Hentian Putra, jam telah menunjukkan ke angka 11.20 malam dan kaunter tiket telah ditutup. Lebih malang, bas itu tidak singgah di situ. Akhirnya aku memutuskan untuk tidur di rumah kakakku di Cheras memandangkan telah lewat malam.
Jumlah tambang teksi bermeter adalah sebanyak RM47.00, pemandu itu memberikan diskaun RM2.00 kerana kasihankan kami. Oleh itu, jumlah tambang teksi yang perlu kami bayar termasuk dari Putrajaya ke Puchong sebanyak RM80.00.
Jumlah tambang teksi bermeter adalah sebanyak RM47.00, pemandu itu memberikan diskaun RM2.00 kerana kasihankan kami. Oleh itu, jumlah tambang teksi yang perlu kami bayar termasuk dari Putrajaya ke Puchong sebanyak RM80.00.
Keesokan pagi kami tekad untuk ke Kuala Terengganu memandangkan majlis perkahwinan berlangsung pada hari itu. Aku menelefon MAS dan Air Asia untuk bertanyakan harga tiket flight. Akhirnya kami bersetuju menaiki penerbangan Air Asia (RM185.00 per orang).
Moral: Elakkan sikap suka bertangguh. Elok bersiap lebih awal jika menaiki kenderaan awam. Biar kita menunggu bas, bukannya bas yang menunggu kita.
^_^
sayangnya..mcm mana blh trlwt..huhu
ReplyDeleteterlewat 5 minit dah kena tinggal, dia nak akak ready awl tu :D hihi
ReplyDeletedahsyat jugak kak.. klau bapa sy mmg bising mulut membebel.. mesti sampai 10-15 minit lg awal.. huhu
ReplyDeleteHuh..adegan kejar mengejar sampai tak terkejar nih...
ReplyDeleteNasib sampai juga ke tempat yang dituju dengan selamat...
salam aidilfitri
ReplyDeletekalo Air Asia setengah jam dh tutup pintu gate berlepas ..Uhuuu
ReplyDeletemujur gak dpt pegi..smgt setia kawan buatkan kita sanggup tuk wat aper sj..ia tetap jd kenangan.. >.<
ReplyDeletealahai kesian aiza bila akak baca cerita ni, next time prepare lagi awal yer sayang... hu hu hu...
ReplyDeleteWah mahalnya tambang teksi..
ReplyDeletefuhh berkejar kejaran akk kesana ke sini.. huhu
ReplyDeletesaya suka wt kerja last minute n tangguh2. huhu. oke, ini pengajaran.
ReplyDeleteMacam amazing race pulak...nasib baik sempat ke majlis tu hhehehe
ReplyDeleteUwwaaa takutnyaa..kalau saya dah lama nangis..mungkin tak jadi pergi kot..haha
ReplyDeletenuffed :D
ReplyDeletemasa itu emas..jangan bertangguh hehehe kan tak pasal+ dah kena tinggal..
ReplyDeletebus ekspres ^^ mau coba
ReplyDeleteaduhhh kesian akak... moga di permudahkan urusan ... mahalnye
ReplyDeletesaya pun pernah kena tinggal bas,lepas tu dah serik nak tangguh2 hehe :).
ReplyDeletehuhu..kos jadi triple dah tuu.. >.<
ReplyDeletepngalaman beharga nie..
ReplyDeletenaseb baek ada flight lg..
rugi camtu jer bayar teksi..
isk isk isk
kesiannya....kena lebih berhati hati lepas nie kan aiza..
ReplyDeleteperghhh.. duit lebur macam tu je.. sayangnya..Mieya tak pernah lagi hadapi situasi sebegini sebabnya Mieya akan pastikan tiba di stesen bas 30 minit lebih awal
ReplyDeleteamboi macam tu sekali yer..huhhh kalau kat sya,maw menangis r macam ni...hehe
ReplyDeletebetul tu aiza..tu kathy sokong sangat2....
ReplyDeleteAssalammualikum...dunia kecil,
ReplyDeletebaca nie,,,mencabar betul adegan kejar mengejar tu... penat tu,,, xper.. pengalaman itu...
mselim3
kalo naek bas, biasa aku sampai kat stesen bas sejam awal. nak mengelak sebarang kekalutan.
ReplyDeletelorh...sampai cmtu sekali??
ReplyDeletemcm dah drama kak
alahaii , thrill jgk nak ge tggnu ponn . sabar ea kak . btw tx follow deeya . done follow back :* #712
ReplyDeleteNasib baik ada banyak duit... hehe. RM185/head.. mahal gak tu.
ReplyDeletekalau fizi dh x pergi dh bila jadi kes cam nie...mahal tu..
ReplyDeletesaya xpernah naik knderaan awm. selalu hntar en.tunang balik msti awal..takut jadi camni la..
ReplyDeletesatu nasihat yang sangat sangat berguna.
ReplyDeletetekan hotlink satu kali
ReplyDeleteBetul tu. Huhu seram jugak kalau berlaku macam ni ^^"
ReplyDeletehuhu..takutnye..kalau saya konfem dah nanges..
ReplyDeletehu3..tkut pula tgok kos tu..terbaik la kakAiza =) xptus asa..kalaulah sy..dah kol kawan mntak maaf xjd dtg he3..isi tiga2 tbung akak..
ReplyDeletebtol tuh!!!sy slalu bwat...heheheh...arwah bapak saya slalu marah suh sy tunggu sejam awal!!!adoilah!!!!skunk x lagi...heheheh...
ReplyDeletesemangat kekawanan tu bagus!..pergi jugak walau ada halangan...syabas aiza.
ReplyDeleteAdoi penat tue akak.. kerana 5mnt jer melayang byk duit kan.. huhuhu..
ReplyDeletecobaan..
ReplyDeleteteruk jugak sampai kena kejar.banyak habis duit tu kak.
ReplyDeleteAssalammualaikum Aiza, yaa bas express nie memang ada sesetengahnya suka bertolak awal daripada jadual. Macam abang is kena dulu kat tengah-tengah highway tu, nasib baik dia ada no tel pemandu bas serta no plat bas tu dia ambil siap-siap, is rasa lepas nie siapa nak naik bas express ambik nombor tel pemandu, pastu catit nombor plat bas sebagai rujukan, kalau ada apa-apa senang.
ReplyDeletehotlink si mambang merah satu
iskandarx[]com
bunda jenis yang tak suka bertangguh..biasanya bunda paling awal 1/2 jam mesti dah ada menunggu bas...bunda kan selalu guna bas ekspress..
ReplyDeletekesian akak..btw memang terbaik lah akak..semangat setia kawan 2...:).. klik2xx
ReplyDeleteDugaan ni Aiza..tak pasal-pasal melayang RM185 hanya kerana 5 minit..tapi kita pun pernah hampir-hampir tertinggal flight coz dah last call sangat-sangat..memang ingat sampai bila-bila..kalau nak travel mesti siap awal...
ReplyDeleteAlah..ciannya..klu zara dah menangis ni..
ReplyDeletekesiannya kt akak.. xprnah kena tinggal bas tp train. mlm raya korban pulak tu.
ReplyDeleteadui..kesian kak.dahla banyak duit habis,
ReplyDeleteadegan yang tak sanggup aku tempuhi.....be punctual.....
ReplyDeletebiasa drebar bas akan tunggu penumpang hingga 10 minit drpd waktu perjalanan asal..dlm kes aiza ni drebar nk cpt smp kt kg agaknye...
ReplyDeletehadoi..kejar mengejar blh bayang perasaan nak kejar bus.. tips dari Am.. cepatkan jarum jam lebih 10 minit awal dari waktu.. hehe
ReplyDeletep/s: Sampai terengganu baru je nak jemput singgah umah beraya..hoho
hihihi.. tak pe.. sekali sekala ye kak..
ReplyDeletepernah jugak mengalami seperti itu...
ReplyDeletePerghh.. smpai 80 ringgit kak.. bnyk tu kna byar.
ReplyDeletehaha...JM pun dgn abang selalu mcm ni..abang JM selalu lewat bangun..sampai kdg2 tu JM bangunkan dia kena siram air 1 gayung...haihhh -..-'
ReplyDeleteterengganu? k.ibai? wahhh...dkt sgt dgn umah sy tu...bila dtg cny? kwn sy pn ade gak yg kawen hri tu kt k.ibai... ntah2 org yg sme...hehe
ReplyDeletemak aii, tambang teksi berdouble2 plak.. cubaan btol nak pegi majlis kawin tu..terus naik air asia tu.. :)
ReplyDeleteaah kekadang kite xblh lg bape minit bru nk tggu bas..takot kekadang dtg gile driver nk jalan cpt..hah tertinggal la yg belakang
ReplyDeleteKesiannya. Betul tu, buatkan perancangan dan keputusan awal. Rancang betul-betul.
ReplyDeleteAiseyman...peristiwa yg jarang2 berlaku. Rupanya ada jugak kes mcm ni kan...heheheh....sabor jelah
ReplyDeletepernah jugak jadi macam ni..actually pengalaman naik bas ni mcm2 kan..hehe..
ReplyDeleteBaguslah awak ni. Biasanya kalu sy bc blog, blogger suka cerita yg baik2 je pasal pengalaman mereka. Saya hargai kejujuran awak berkongsi cerita. Semoga kita mengambil pengajaran drpd pengalaman awak ni....
ReplyDelete