29 August 2013

Tiada Jodoh

Assalamualaikum,

Malam ni tiba-tiba nak buat entri luahan hati. Walaupun dia bukanlah lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatiku, namun kenangan itu tetap aku ingat seumur hidupku. Perkenalan kami bermula pada awal tahun 2004 iaitu selepas aku mula menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda. 

Tiada jodoh
Tiada jodoh (Gambar hiasan) - Google
Aku selesa berkawan dengannya kerana dia amat menghormati wanita. Tidak pernah sekali pun dia tersentuh atau bercakap perkara-perkara yang lagha sepanjang perkenalan kami. Kami juga jarang berjumpa, bermesej atau bercakap di telefon.

Persahabatan kami berlanjutan sehingga aku bekerja di Putrajaya. Pernah aku mahu pulang ke Putrajaya pada lewat petang tetapi tiada bas di Puduraya, dia datang menjemputku. Tiba-tiba dia memberhentikan keretanya di depan sebuah masjid, "Kita solat Maghrib dulu Za." ajaknya. 

Mungkin salah aku kerana terlalu mencari kesempurnaan sedangkan diri aku sendiri tidak sempurna pun. Dia hanya lepasan SPM dan berniaga kecil-kecilan sahaja. Benar kata orang, dah jumpa yang baik, tapi buat-buat tak nampak pula. 

Banyak kali dia manyatakan hasratnya untuk menyunting aku sebagai suri dalam hidupnya, namun aku sering menganggap itu hanya sekadar gurauan seorang sahabat. Kata-katanya aku balas dengan gurauan juga, "Za masih muda lagi." aku memberi alasan. 

Sesuatu yang mengejutkan berlaku pada Jun 2012, dia memberitahu aku bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya. "Dah banyak kali Shah ajak Za kahwin, tapi Za cakap masih muda. Jadi Shah dah jumpa wanita yang sudi berkahwin dengan Shah." kata-kata dia mengejutkan aku.

Pada Ogos 2012 yang lalu dia sah menjadi suami orang. Aku redha kerana dia terlalu baik untuk aku (sebenarnya aku tak layak untuk dia). Sehingga kini kami masih lagi bersahabat dan dia bakal menjadi seorang ayah.

Aku selalu mendoakan agar dia bahagia bersama isteri tercinta dan semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Aku juga percaya, pasti ada hikmah di sebalik apa yang ditentukan-Nya. Sebenarnya tiada jodoh di antara kami. 

^_^

37 comments:

  1. Ha aaa Aiza...mungkin ada hikmah disebalik kejadian...


    x0x0 ^_^
    tinymummy

    Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan

    ReplyDelete
  2. Tadi sy baru tengok semanis kurma. Tajuk 'jodoh'. Kita serahkan segalanya kapadaNya.
    Semoga akak bertemu jodoh juga :)

    ReplyDelete
  3. Itulah orang cakap, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya. Mungkin dia bukan jodoh Aiza.

    ReplyDelete
  4. moga dia berbahagia..dan moga sis akan bertemu insan baru nanti..

    ReplyDelete
  5. Jodoh, ajal, maut dan pertemuan adalah rahsia Tuhan. Moga satu hari nanti Mizzaiza bakal dipertemuakan dengan seorang insan yang berhati mulia. Amiin.

    ReplyDelete
  6. Nak buat macam mana dah tak ada jodoh.. Jika jodoh kuat, walaupun kita berkata tidak.. Tetapi tetap akan berkahwin juga.. Jodoh itu rahsia Allah.. Pasti ada yang terbaik lagi untuk Aiza.. Jangan dikesali sesuatu yang bukan menjadi milik kita.. Erin pun pernah alami perkara yang sama..

    ReplyDelete
  7. x pelah sis..dah x der jodoh...mungkin TUHAN merancang yang lebih baik untuk sis...hanya kenangan terpahat dalam hati sis...mane tau satu ari nanti dye pulak mendoakan kebahagiaan sis??heheheh...

    ReplyDelete
  8. mungkin ada yg lain sedang menanti.. in shaa allah.. semoga akak berjumpa dgn jodoh yg baik.. aamiinnn

    ReplyDelete
  9. serious touching betul , isnyaAllah kak acik doakan semoga akan jumpa lelaki lebih baik, Allah dah aturkan segalanya

    :'(

    ReplyDelete
  10. x pe la.. x de jodoh.. barang yg lepas usah dikenang.. hehehe

    ReplyDelete
  11. betol 2 kak..pasti ada hikmah disebaliknya..smua 2 rahsia Allah..pasti akak dpt yg lebih baik nnti..

    ReplyDelete
  12. Jodoh kita telah ditentukan semasa kita dalam kandungan lagi. Ya, ia telah tertulis dia bukan untukmu. Ada lelaki lain yg akan datang kemudiannya. :)

    ReplyDelete
  13. Benar tu akak..ada hikmah di sebaliknya. Semoga akak bertemu dengan insan yang sesuai dan baik juga.

    ReplyDelete
  14. ada hikmah di sebalik semua yg terjadi ^_^

    ReplyDelete
  15. Sedih pulak cerita akak..
    InsyAllah Akak akan bertemu lelaki yang terbaik untuk akak amin.

    ReplyDelete
  16. Setiap pe yg berlaku de hikmah. 1 hari akan dpt yg lg baik dr sblm ni..

    ReplyDelete
  17. apapun yang berlaku sememangnya ada hikmah yang menanti :)

    ReplyDelete
  18. Inshaa Allah pasti ada jodoh yg terbaik for u nanti dear..

    ReplyDelete
  19. nice entry.
    dah x de jodoh nak wak cam ner kan..mesti ada yang lagi baik menanti utk awak nanti..

    ReplyDelete
  20. insyAllah,Allah dah tetapkan jodoh seseorang tu.lambat atau cepat je kan akak ^_^

    ReplyDelete
  21. in sya allah ada hikmahnye kak aiza..sume di tangan Allah.. kita hanya mampu merancang..yg penting x jemu memohon drpdnya..

    ReplyDelete
  22. waaaah, camtu rupanya kisah cinta kak aiza. Tapi perancangan ALLAH tu sangat hebat. pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi :)

    ReplyDelete
  23. mgkn akan ada jodoh yg lagi tepat Allah siapkan utk akak syg :)

    ReplyDelete
  24. Insya-Allah.. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita... :)

    ReplyDelete
  25. mungkin Allah sudah menetapkan jodoh yang jauh lebik baik darinya.... insya Allah kak.. mama doakan yang terbaik buat akak....

    ReplyDelete
  26. Mng terasa kak..sabar ye kak..InsyaALLAH ada hikmah di sebaliknya..biarlah kenangan ini menjadi kisah dalam hidup kita..=)

    ReplyDelete
  27. takde jodoh. moga jumpa jodoh sebenar pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  28. ada hikmah disebalik semua tu.pasti akak jumpa jodoh yang lebih baik lagi nanti amin..

    ReplyDelete
  29. sekuat mana pun kita pegang..kalau bukan jodoh kitaa..mmg xde jodoh..skuat mana pun kita tolak ia..kalau dah jodoh kita..insyaAllah =)

    ReplyDelete
  30. Penuh khusyuk eiqa baca kak :)
    Tak pe laa mungkin bukan jodoh akak kan.. :)

    ReplyDelete
  31. Alahai tersentuh baca entry ini. Moga akak dipertemukan jodoh dengan orang yang lebih baik. Amin.. :)

    ReplyDelete
  32. mungkin itu maksudnya ada yg lebih baik sedang menanti kak aiza.. :D

    ReplyDelete
  33. apa yg terjadi semua ada hikmahnya akak...in shaa allah akak pun akan jumpa jodoh akak suatu hri nanti ...aamiin =)

    ReplyDelete
  34. tersentuh juga bila baca kisah akak ni.. semoga akak bertemu dgn jodoh yg lebih baik ya. In Shaa Allah :)

    ReplyDelete
  35. moga akak akan jumpa jdoh yg lebih baik..akak bukan pemilik tulang rusuk dia yg hilang tu..sabar la..:))

    ReplyDelete
  36. isu ni selalu terjadi..lebih tepat mencari yang sekufu..takpe kak, jodoh tu rahsia Allah.mst ada yang lebih baik utk akak..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^