20 August 2013

Hinakah Menjadi Anak Isteri Kedua?

Assalamualaikum,

Amat menyedihkan apabila dibenci dan disisihkan oleh darah daging sendiri. Hanya kerana harta dan cinta, manusia sanggup bermusuhan. Begitulah dilema yang dihadapi oleh Ain (bukan nama sebenar). Perkahwinan ibu dan ayah Ain berlaku selepas 2 tahun kematian isteri pertama ayahnya.

Hinakah Menjadi Anak Isteri Kedua? (Gambar Hiasan) - Google
Sehingga kini adik-beradik satu ayah dengan Ain masih tidak dapat menerima kehadiran Ain dan ibunya dalam keluarga mereka. Ain dan ibunya dituduh merampas kasih sayang ayah mereka. "Walaupun ayah dah meninggal dunia, aku tak akan jadi wali kalau kau nak nikah nanti." masih lagi terngiang-ngiang kata-kata abang sulungnya.

Ain buntu memikirkan cara bagaimana untuk menjernihkan kembali hubungan yang kian tegang dengan adik-beradiknya. Pelbagai cara digunakan oleh Ain dan ibunya untuk berbaik dengan mereka, namun adik-beradiknya kebal dengan perisai keegoaan mereka. Hina sangatkah menjadi anak isteri kedua?

^_^

62 comments:

  1. Kita diduga dgn macam2 dugaan..hanya 1 untuk mematangkan..fikir jalan terbaik dan byk berdoa..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Aiza...
    Pendapat saya lerr...
    Tak hina menjadi anak isteri ke2... tak tahu story...

    Tapi kita tak duduk ditempat usteri pertama..so tak tahu apa perasaaannya...perasaan anak2 isteri pertama...kannn...

    Kalau saya ..nak salahkan...tentu ketua keluarga...huhu...
    Tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...

    SELAMAT HARI RAYA... ^_^
    X0X0

    ReplyDelete
  3. macam2 yg berlakukan...kalau dapat emak tiri baik anak tiri buat peragai...

    ReplyDelete
  4. Mungkin mereka memerlukan masa untuk menerima kenyataan...

    ReplyDelete
  5. Tak tahu nak komen akak,, sbb hal nie sensitif sikit...ada yg boleh terima ada yg tak.. terpulang kpd individu tue sendiri sebenarnya..;)

    ReplyDelete
  6. jodoh ketentuan Allah.. Jika sudah ketentuan Allah menjadi isteri ke 2... semua pihak kena terima dan redha.. Selamat Hari Raya.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. tak hina pun jadi anak isteri kedua..tetap manusia yang mempunyai hati dan perasaan..

    ReplyDelete
  8. tak hina bagi anna.. mungkin anak bini pertama yang x dapat terima..

    ReplyDelete
  9. semua dari tanggapan orang sendiri juga sis ... kalau Lia tengok cousin2 Lia, biar pun dorang adik beradik lain mama, tapi ok je pun semua ....

    ReplyDelete
  10. kesiannye dia..harap dia tabah menghadapi dugaan ni..rasa nye darah daging xkn terputus...sbb ukhwah kekeluargaan kuat..cume perlukanmasa sahaja.insya allah ;)

    ReplyDelete
  11. Sedihnya bila menolak qada' dan qadar yg telah tertulis. Bukan ibu Ain itu merampas pun bahkan ibu pada si abang telah meninggal baru ibu Ain menikah. Sedangkan yg berkongsi pun ramai yg boleh bersatu mengapa tidak pada abang Ain itu...

    Kita doakan moga ada kesedaran...

    ReplyDelete
  12. susah nak cakap..tp sepatutnya satu hubungan kekeluargaan tu, biarlah jernih silaturrahim nye...apa2 pun..kena lah banyak berdoa. mengadu pada yang Esa

    ReplyDelete
  13. Kehidupan yang fana di dunia ini penuh 'warna' dan dinamika. Tentu tiada mudah untuk mengurai persoalan sensitif seperti itu. Namun ikhtiar lahir dan batin hendaknya terus dilakukan. Pertolongan Tuhan menjadi harapan untuk memberi 'jalan terang'. Salam cemerlang.

    ReplyDelete
  14. mana ada hina....
    tapi pandangan segelintir yg menjadikannya sikit serong

    kita fikir positif sajalah

    ReplyDelete
  15. selalu baca kisah2 mcm ni dlm novel.. harap2 kisah Ain pun happy ending jugak mcm dalam novel.. huhu

    ReplyDelete
  16. Saya pun kene -___- kes ni senang je. semua ni berlaku sbb jealousy . menyampah eh saya nak layan adik beradik saya :p

    ReplyDelete
  17. yang menghina itu lebih keji dan jijik perangainya.. moga dijauhkan

    ReplyDelete
  18. mereka yang menghina itu tidak terfikir untuk meletakkan diri mereka sendiri ditempat yg dihina...

    sebab itulah mereka takan pernah merasa bagaimana sakitnya dihina demikian...

    ReplyDelete
  19. Bukan dipinta untuk menjadi ank kpd isteri ke-2..

    ReplyDelete
  20. Kesian jika diperlakukan sebegini. harap orang sekarang lebih berpikiran positif.

    ReplyDelete
  21. Apapun, kena trima semua ketentuan Allah. Tak ada istilah hina buat kita sesama kita. Kita hanya hina di sisi Allah.

    Apapun, perihal keluarga ni mmg komplex. Perlu diteliti dan dihalusi krn ia melibatkan rasa hati.

    ReplyDelete
  22. sedihnyer rasa membaca apalagi yang merasainyer kan.. bertabah & bersabar terus

    ReplyDelete
  23. pada acik tak hina.. semua ini adalah ujian dan takdir yang Allah telah tetapkan untuk kita.. semuanya ada hikmah

    ReplyDelete
  24. Akak ada saudara tiri, dan adik berlainan ibu. hubungan kami ok je.

    redha le dengan ketentuan ilahi. kalau la anak anak isteri pertama tu faham hukum hakam tak de la jadi gini.

    tak nak jadi wali sudah. adik or abang ayah still ada. kalau tak mau jugak refer je pejabat agama.

    biar org layan buruk ngan kita. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  25. Biarlah dihina dimata manusia tapi tidak disisi Allah.
    Teruskan usaha dengan ikhlas...pasti suatu hari nanti ada perubahan positif, Insyaallah...sabarlah.
    Fahamilah juga situasi mereka di kala ibu bapa anda hendak berkahwin dulu..berilah masa buat mereka...

    ReplyDelete
  26. Setiap kejadian ALLAH pasti ada hikmah kan Aiza..So siapalah kita untuk menghina sesama mkanusia ..yang terbaik, sama-sama muhasabah dirikan..

    ReplyDelete
  27. Allah lebih tau yang terbaik buat hambaNya...

    ReplyDelete
  28. itu jodoh datangnya dari Allah, tidak ada istilah hina.. kita semua sama,, belajarlah menerima.. supaya kita juga senang diterima... insyaallah... kan kak aiza?..

    ReplyDelete
  29. Salam aiza..jd isteri kedua setelah pemergian isteri pertama,tiada apa nak dicemburukn,tambah2 bila ayah pon dah kembali ke rahmatullah.Seeloknya kedua2 kluarga semakin akrab & buangkn segala ego serta cemburu.

    ReplyDelete
  30. setiap yg terjadi adalah dugaan.hadapi dengan tabah dan tenang.In Shaa Allah , Allah sentiasa ada dengan orang yang sabar :)

    ReplyDelete
  31. tak hina jadi anak istri ke dua..tpi munkin sifat ego mereka melebihi dari segalanya..apa2 pun kna byk2 bersabar dan berdoa..

    ReplyDelete
  32. apa yang terjadi tu dah tertulis ..dugaan untuk ain tu..

    ReplyDelete
  33. x brani nak komen sbb terlalu banyak liku-liku yang pasti hanya tuan punye badan yang rase...tapi,yang pasti berpunca dari akar umbi...teruskan hidup adalah jaln yang terbaik....

    ReplyDelete
  34. ptutnya tk blh la buat cmtu kan.. terima lah qada' dn qadar dri allah.

    ReplyDelete
  35. Mcm drama pulak..
    Tp bg shark mmg x ptut dh zamn skarang kalau kes cmni ada lg.
    X btamadun ler org yg begitu.

    ReplyDelete
  36. @Norhazlina Mohd. Zaki Suka komen nie.. Ada benarnya .Hanya mereka yg pernah mengalami sahaja yg tau

    ReplyDelete
  37. tak hina pun kak. kekadang mungkin ada yang xleh trima seadanya kak.

    ReplyDelete
  38. teroknyee . jgn lah hukum mcm tuh . Jodoh pertemuan , ajal maut smua Allah dah tetapkan . Sedihnyaaa :'(

    ReplyDelete
  39. teroknyee . jgn lah hukum mcm tuh . Jodoh pertemuan , ajal maut smua Allah dah tetapkan . Sedihnyaaa :'(

    ReplyDelete
  40. dugaan banyak datang untuk menguji.
    seandainya tak dapat terima pulanglah ke landasan yang betul :)

    ReplyDelete
  41. tak tahu nak kata apa sebab tak pernah alami...

    DIGI satu

    ReplyDelete
  42. bergantung pada mentaliti seseorang tu tapi tak hina sama sekali jadi anak kedua ni :)

    ReplyDelete
  43. Oh, macam-macam ya. Usahlah diskriminasi antara satu sama lain. Seharusnya kita pereratkan silaturahim.

    ReplyDelete
  44. mcm2 dugaan skrg ni..kalau dlam situasi mcm ni kenalh bnyk bersbar dan berdoa..apa yg berlaku pasti ada hikmahnya =)

    ReplyDelete
  45. sedih pula bila terbaca kisah ain ni...tapi memang manusia macam tu...sepatutnya mereka menerima ain dan ibunya dengan tangan terbuka...kerna kehadiran mereka dapat memberikan kebahagiaan semula kepada ayah mereka. Hm... susah bila kena situasi macam ain ni...sebaiknya banyak berdoa kepada Allah kerna semua itu adalah daripadaNya.

    ReplyDelete
  46. subhanallah... sedey bila baca
    manusia mcm2 ragam kak! yg penting kekuasaan hati dan perasaan yg ikhlas in shaa allah.

    ReplyDelete
  47. Informasi yang sangat menarik dan memberikan inspirasi kepada kita semua. Terimakasih atas sharing nya yang sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  48. susah nak kata apa isu nie agak sensitif..mungkin ada disebaliknya sebab penyebabnya hal nie terjadi.

    ReplyDelete
  49. hmmmm...sy pun ank isteri kedua abah.. tapi 2 org kakak dr isteri 1st abah tinggal sekali ngan kitorang... dulu sy rapat sgt dgn angah tp slpas arwah along meninggal, kami dah jd renggang.. angah terus tinggal kat luar n terlalu jarang balik.. x tahu ape silap kami smpai angah seolah-olah dah buang kluarga sndri.. huh...

    ReplyDelete
  50. TAK PATUT BETUL diorg buat mcm tu.. pha is sendiri anak kepada isteri ke-dua ayah. anak kepada emak pertama ada 7 beradik, anak kepada emak ke-2 (mak pha is) 4 beradik. sama kes macam kisah ni. mak pha is kahwin selepas mak pertama meninggal.

    tapi abang dan kakak2 phais smua baik2, walaupun bapak dah x ada. even zakat fitrah kami pun, abang yg tanggung sebab beliau rasa tanggung jawab terhadap kami..

    ReplyDelete
  51. hurm.. kena banyak bersabar dalam hal ni.. kerana ini adalah dugaan dan ujian daripadaNYA.. sabar dan terus bersabar.. InshaaAllah akan ada sinar satu hari nanti.. percayalah..

    ReplyDelete
  52. Cara terbaik adalah melembutkan hati-hati mereka adalah dengan zikir dan ayat-ayat Allah S.W.T. dan berdoa semuga Dia melembutkan hati-hati mereka yang keras itu.

    ReplyDelete
  53. tak hina pun.. dalam hal ni tak ada siapa yang bersalah..dah takdir, kena terima . bersabarlah buat dia yang mengalami..semoga Allah mempermudahkan baginya

    ReplyDelete
  54. Assalammualaikum Aiza, kadang-kadang manusia nie perlukan masa untuk berlajar menjadi matang, so keluarga Ain sebelah isteri pertama ayah ain tu is kategorikan sebagai belum matang lagi pemikiran mereka. tiada kehinaan menjadi anak isteri kedua, sebab darah dan daging yang mengalir adalah sama sebab ayah sama.

    budak nuff tido isk isk oisk petang is datang lain

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  55. dugaan Allah...harap Ain bykkan bersabar...tp mcm cite Teduhan Kasih pulak....lama2 dorg trima la tu..

    ReplyDelete
  56. tak hina.. tapi mungkin anak2 isteri pertama tak setuju ayah mereka kahwin lagi satu sbb tu jadi hal camni

    ReplyDelete
  57. JM pun anak isteri kedua...alhamdulillah keluarga semua terima mak ayah...& adik beradik JM..kakak abg pun mcm tu...kami rasa mcm kami ni bukan adik beradik tiri akak..mcm adik beradik kandung...even hakikatnya kami adik beradik tiri tapi..perasaan tu langsung tak wujud..isteri pertama ayah JM meninggal dunia disebabkan kanser...harap Ain banyakkan bersabar...ini dugaan dari Allah =) chaiiyook Ain! =)

    ReplyDelete
  58. kesian..anak selalu jadi mangsa..boleh dapat mental disorder..:(

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^