31 August 2013

Aku Ingin Bebas

Assalamualaikum,

Satu ketika dahulu Hulu Perak sinonim dengan 'kawasan hitam' yang merupakan tempat persembunyian Komunis. Undang-undang Darurat 1948 (perintah berkurung) diperkenalkan di Tanah Melayu berkuat kuasa sehingga 1960. Darurat di Hulu Perak dilanjutkan pada 1967 hingga 1989  bagi membenteras Komunis.

Aku ingin bebas
Aku ingin bebas (Gambar hiasan) - Google
"Penduduk kampung tidak dibenarkan keluar dari rumah bermula jam 6.00 petang sehingga 6.00 pagi keesokan hari. Ada orang nak bersalin di tengah malam terpaksa ditemani oleh pengawal kampung untuk memanggil bidan. Jika keluar sesuka hati pasti akan ditembak oleh anggota keselamatan." cerita mak aku. 

Tidak dapat dibayangkan kesengsaraan hidup mereka di dalam menjalani aktiviti seharian. Arwah Tok Ayah (datuk sebelah mak aku) sendiri hanya bercucuk tanam padi dan menangkap ikan di sawah demi membesarkan 8 orang anak (makanan dicatu oleh pihak British). 

Sejauh manakah kita menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi selama 56 tahun ini? Adakah sekadar mengungkapkan dengan perkataan? Perkataan 'Merdeka' begitu mudah untuk diungkapkan, namun begitu sukar untuk dihayati nilainya.

p.s: Aku berasal dari Hulu Perak. Kemungkinan darurat yang mencengkam penduduk di kawasan Hulu Perak (Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu) dalam tempoh masa lama telah melewatkan pembangunan kawasan itu (aktiviti ekonomi terbatas). 

^_^

40 comments:

  1. takutnya pengalaman tu akak..tak boleh nak bayangkan..ayah saya pun dah besar masa tu.

    ReplyDelete
  2. Seronok mama baca kisah-kisah akak tentang zaman dahulu kala... dulu arwah atok mama pun suke cerita juga.... anak-anak sekarang mungkin kurang mengerti tentang kemerdekaan sebenar, sebagai ibu bapa (mama) wajib memberitahu mereka.....

    ReplyDelete
  3. Kemerdekaan itu luas skopnya. Tapi ramai yg limit-kan makna itu kpd kebebasan tertentu shj. Walhal yg paling penting ialah pembebasan diri sndr drp perkara2 yg xelok. Sebabnya, zaman skrg bukan sahaja brlaku penaklukan dr segi negara, bahkan dr segi mentaliti juga kita telah ditakluk tanpa disedari.

    Perihal erti kemerdekaan yg patut kita kenal dan tau berkenaan sejarah terdahulu, wajarlah kita amik iktibar supaya kita bukan sahaja untuk jadi anak jati warga Malaysia yang tulin, tapi skrg-krgnya kita sedar bahawa ada pengorbanan terhebat pernah berlaku sblm kita dapat rasa apa yg ada skrg.

    Hehehe...panjang pulak komen pagi ni.

    ReplyDelete
  4. Area grik memang famous antara area yang digeruni kan Aiza. Dulu somebody bagitau I dia pernah hampir-hampir di tembak kominis sewaktu melalui area ni...masa tu dia nak pergi kelantan, kena lalu this areakan..anyway we are lucky now coz tak perlu hadapi benda-benda macam ni lagi...

    ReplyDelete
  5. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Aiza.. :-)

    ReplyDelete
  6. Slmt ari merdeka kak..mak sya dulu pun ceta mkn ubi kayu ja...serius sedih..

    ReplyDelete
  7. tak dapat bayangkan macam mana keadaan zaman dulu..kita sangat bersyuku..

    Jom terjah sini Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-56

    ReplyDelete
  8. atok sy pun dulu pernah cerita..masa perang dulu..tentera jepun tak benarkan ada asap pada waktu siang..waktu malampun terpaksa sembunyi+ nak masak maklum la dulu tak canggih mcm skrg.. Nak buat apapun susah..tak mcm sekarang . InsyAllah sy sangat menghargai kemerdekaan yang ada sekarang ni :)

    salam kemerdekaan ke 56 Malaysia akak :)

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Aiza, hmm Hulu Perak yer? is pernah sampai sana masa belajar dulu, is pegi jumpa kawan is nama dia wan, kitaorang belajar kat satu kolej, Cosmo Point Sp.

    Tapi sekarang masih ada lagi komunis dalam Malaysia, operasi pemutihan nielah kita harapkan untuk bebaskan negara daripada cengkaman penjajah 1000%

    Topup Digi Satu cuci rambut pakai Dove satu.

    iskandarx.com

    ReplyDelete
  10. Bagus sekali posting nya mizz. Sangat bermanfaat. Terimakasih atas informasinya ya :)

    ReplyDelete
  11. 2lah kak..bila bca kisah2 dlu..mmg byak pngorbanan utk capai kemerdekaan..bg sy skrg Malaysia dah aman..rakyat pn hidup senang..hargai apa yg ada, merdekakn diri dan minda =) salam kemerdekaan kak..

    ReplyDelete
  12. betuah kita dilahirkan degn negara yang aman dan serba langkap..insya-Allah :)

    ReplyDelete
  13. teringat entry akak yg psal ayah akak tu :(

    ReplyDelete
  14. pagi tadi kak terserempak dengan anak2 muda bermotor yang membawa bendera Malaysia saiz besar. sekali pandang, kita akan berkata, patriotiknya mereka tapi bila mereka langgar lampu isyarat merah, tersedar, terfikir..apakah mereka fikir mereka bebas melakukan apa saja?

    p/s kalaulah mereka membaca entry aiza ini..

    ReplyDelete
  15. cerita kak aiza mmg best..kita mmg belajar sejarah ms skolah tetapi lebih bermakna bila atuk2 kita yg ceritakan..

    ReplyDelete
  16. cerita yang menarik untuk kite bace zaman skunk neh...nice!!!!heheeh..selamat hari merdeka!!!!

    ReplyDelete
  17. Hidup zaman dulu mmg susah kan kak.. bersyukur lahir2x je terus dapat mnikmati kemerdekaan sperti harini :) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  18. sedih bila di kenangkan....

    ReplyDelete
  19. takut betul nak keluar huhu kita perlu menghargai pejuang2 yang memperjuangkan nyawa mereka untuk negara kita. Al-fatihah kepada mereka yang terkorban sepanjang itu.

    *isi hehe*

    ReplyDelete
  20. sebab tu kita kene hargai kemerdekaan, bukan senang nak dapat dan bukan susah nak hilang... so pertahankan selagi ada nikmat kemerdekaan tuw...

    ReplyDelete
  21. ohh...orang perak kita kak...hehehe...

    #kemerdekaan itu bukan hanya di mulut tapi juga di jiwa yang penuh iltizam dan patriotisme untuk mengekal dan menghargainya...

    ReplyDelete
  22. bebas terbang ke angkasa...

    dove satu



    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  23. Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa-jasa para pahlawannya.

    Selamat hari kemerdekaan Malaysia ke 56. Sekali merdeka tetap merdeka!

    ReplyDelete
  24. mereka yg pernah rasa peritnya sebelum merdeka yg betul2 faham erti merdeka...

    ReplyDelete
  25. Patut rasa bertuah kerana kita takde lagi pada waktu itu. Rasa takut n gerun plak dengar kisah waktu dulu.. :(

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum ..
    jemput join kak! =D

    http://www.mojatcerewet.com/2013/08/softly-shop-dress-giveaway.html

    -^^-

    ReplyDelete
  27. tak dapat bayangkan... terasa sedih bila dikenangkan..

    ReplyDelete
  28. Terima kasih perkongsian info ini.

    Salam kemerdekaan Aiza.

    ReplyDelete
  29. sekarang bila hidup dah senang semuanya senang dilupakan. huhu. kena ambik tau byk sejarah agar kita tak mudah lupa.. tp budak2 skrg ni ramai yg merungut tak suka sejarah.. best apa.. benda yg dah lpas yg menjadikan kita hari ni..

    ReplyDelete
  30. selalu jugak kalau balik terengganu pastu nak balik perak lalu ikut lenggong...nice story..

    ReplyDelete
  31. arwah atok pun hidup dalam zaman jepun dan british.. org dulu2 hidup dalam kesengsaraan. kita skrg hidup mewah lg.

    ReplyDelete
  32. wahhh...geleng kepala JM...kesiannya dia orang dulu kan...alhamdulillah berkat dari usaha gigih mereka semua...kita sekarang ni hidup aman... =')

    ReplyDelete
  33. sejarah penting kan..baru kita tahu betapa susahnya nak merdeka..mampu nak menapak tanpa rasa takut seperti sekarang.. :))

    ReplyDelete
  34. bila dngar sejarah owg dulu2..takutla ..tpi seronok dgr cite2 sejarah2 ni..dapat juga pengetahuan..dan tahula serba sedikit kehidupan mereka..kn kak..=D

    ReplyDelete
  35. sy xpernah g lagi kawasa2 yg kat perak tuh, byk lg tempat yg blom teroka..kalau ade yg nk tlg bawak sy boleh la sy g..ade tak ader tak...ehehe :p

    ReplyDelete
  36. ye lah nenek sy dulu pun ade jugak cerita, dulu makan ubi je nak survive. sekarang mewah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^