06 August 2013

Elakkan Mengantuk Ketika Memandu Pulang ke Kampung

Assalamualaikum, 

Kebanyakan warga kota telah mula memandu pulang ke desa untuk berhari raya. Walaupun rasa mengantuk adalah di luar kawalan, langkah pencegahan perlu dibuat bagi mengurangkan rasa itu. Aku ingin kongsikan beberapa tips yang selalu aku amalkan bagi mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu seperti berikut:

1. Rehat dan tidur
Pastikan badan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Pemanduan melibatkan penumpuan semua anggota badan termasuk otak dan mata. Jadi jika rasa mengantuk menguasai diri, pasti ianya akan mengundang bahaya. 

2. Ajaklah penumpang berbual
Seeloknya elakkan memandu berseorangan. Suasana yang senyap boleh mengundang rasa bosan dan mengantuk. Berbuallah bagi menghilangkan rasa mengantuk itu. Cuba berbual topik yang lucu bagi membuatkan anda ketawa. 

3. Pasang radio atau lagu rancak
Keletah DJ radio pasti akan membuatkan anda tersenyum sendirian. Jika ada lagu yang digemari berkumandang, nyanyilah bersama-sama. Lagu rancak pasti akan membuatkan kepala anda bergoyang sama.

4. Berehat seketika
Jika perjalanan balik terlalu jauh, pasti akan merasa penat dan mengantuk. Seeloknya berhentilah di mana-mana hentian rehat yang disediakan untuk berehat atau tidur seketika. Basuh muka anda untuk segar kembali. 

5. Bawa bersama pemandu alternatif
Bergilir-gilir memandu juga boleh memberi masa untuk kita merehatkan diri sebentar. Contohnya minta adik atau saudara yang pandai memandu dan memiliki lesen yang sah menggantikan anda jika anda merasa mengantuk.

6. Kunyah gula-gula getah atau kudapan lain
Mengunyah boleh menghilangkan rasa mengantuk (jika di bulan Ramadhan tak boleh guna tips ni). Kunyahlah gula-gula getah, snek, kerepek atau asam. Namun elakkan mengambil makanan berat.

Selamat mencuba..

p.s: Semoga selamat pergi dan balik ke kampung. Berhati-hatilah ketika memandu dan sentiasa patuhi undang-undang yang ditetapkan. Ingatlah orang yang tersayang, anda pasti mampu mengubahnya.

^_^

32 comments:

  1. yang dengar lagu rancak tu paling best ^_^

    ReplyDelete
  2. harap-harap dapat jadi teman en.husband balik raya nanti..takut2 penumpang sebelah nie tido jerk...heehe
    selamat hari raya aiza

    ReplyDelete
  3. tip ke 4 yg saya suka... bila penat atau ngatuk saya suka rehat kat RR sambil minum2 boleh tgk gelgat org... blh cuci mata sekali ekekek... tp kalau tahap ngantuk sgt baru saya tido... penah tido jam 2pagi sedar2 mak ai !!!! 10pagi ahahahah...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak aiza.. tips ni boleh diguna pakai.. thanx sharing kak... :)
    selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. :)

    ReplyDelete
  5. sy slalu karaoke dlm kete hehehehe

    ReplyDelete
  6. mengunya time tghari boleh??? sy balik kg raya ke atau 3 kot....huuu

    ReplyDelete
  7. mm betul tu.sy sndri biasanyer rehat kat RR tu je.mmg lama la.mkn puas2..minum air panas...regangkan kaki badan.tp nk ade pemandu ganti tu yg xde tu... :)

    ReplyDelete
  8. Gud sharing.. Akak pun hati2 tau pulang beraya kat kg nnti.. ;)

    ReplyDelete
  9. tips yg bagus akak.. selalu kalau jln jauh memang suka pasang lagu kuat2 dgn kunyah macam2 :)


    selamat pulang ke kg ya dan selamat hari raya dr nina sekeluarga

    ReplyDelete
  10. nice sharing kak..selamat balik kampung dan selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  11. akak kalau nak elak mengantuk ni mengunyah dan dengar radio jer lah kerjanya bila driving... hu hu hu...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  12. wah boleh neh tips , kebetulan pas banget bertepatan dengan mudik dan pulang kampung

    ReplyDelete
  13. mng harus di buat bergini kn kak..semoga berjalan dgn lancar semuanya dn berhati2 di jalan raya..=)

    ReplyDelete
  14. kalau memandu sorang2 biasa adhie ngantok gak...pasang lagu kuat2...

    ReplyDelete
  15. tips yang bagus...esok dah nak bertolak balik kampung

    ReplyDelete
  16. thanks for the tips.

    kalau balik siang.. tak bolehlah nak mengunyah..hehehehe

    ReplyDelete
  17. nanti dengar lagu raya tak pasal+ nangis huhu

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips. patut diamalkan..

    ReplyDelete
  19. Kalau tak cukup tidur.. org sembang kat sebelah pun boleh terlelap.. hehehe... Yang penting kalau rasa letih rehat jap.. gi solat ker.. ambik wuduk ker... Insya-Allah....

    Selamat Hari Raya Aiza :)

    ReplyDelete
  20. Part kunyah gula-gula getah tu memang berkesan Aiza..coz kita akan jadi lebih focus...And yang radio memang kena on all the way..kalau tak boring..

    ReplyDelete
  21. sy sllu dgr lgu rancak..hu3 smgat je bwa kreta..alhamdulillah la stakat ni xpnh lg tertido bwa kreta..sbb sy suka bwa kreta, xkira la letih mcm mn sklipun =)

    ReplyDelete
  22. Assalammualaikum Aiza, wau nasib baik is tak balik mana-mana kampung hehehe, tapi kalau balik pun dh ada tips daripada Aiza nie dah kira ok nie.


    p/s: isi tabung digi lagi

    iskandarx[dot]com

    ReplyDelete
  23. info yang baik aiza...

    ReplyDelete
  24. utk sape2 yg balik beraya di kampung tu pandulah dgn penuh berhati2.. ingatlah org tersayang yg menanti kepulangan di kampung. =)

    ReplyDelete
  25. bahaya gila neh mengantuk time drive

    ReplyDelete
  26. selamat memandu ketika di jalan raya

    Hotlink satu

    ReplyDelete
  27. Kunnyah chewing gum pun leh ngantuk..huhu..the best thing is...berenti kat R&R tidooooo...
    Saya yg jalan dekat2 nie...after anak2 dah tido tghari...lps diaorg bgn..baru start jalan...huhu...

    ReplyDelete
  28. nice tips. Tapi dengar lagu raya sambil menyanyi pon boleh jugak hilangkan rasa mengantuk

    ReplyDelete
  29. pernah terlelap sekelip mata, dah nak terlanggar divider..fuh..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^