Assalamualaikum,
Mood raya masih terasa, seminggu aku membiarkan blog bersawang. Setiap hari aku menghabiskan masa berjalan ke rumah saudara-mara di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kerana aku sekeluarga tidak pulang ke kampung pada Syawal kali ini.
Raya pertama aku dan keluarga kakak aku ke rumah terbuka Dato' Sri Hj. Mohammad Najib bin Tun Hj. Abdul Razak di Putrajaya. Kemudian kami jalan-jalan di Alamanda, Putrajaya. Kebetulan 8/8/2013 bersamaan hari ulang tahun kelahiran mak aku yang ke-68 tahun.
Rumah terbuka Dato' Sri Hj. Mohammad Najib bin Tun Hj. Abdul Razak |
Jalan-jalan di Alamanda bersama keluarga kakak aku |
Untuk birthday mak aku |
Raya kedua aku sekeluarga ke rumah mak saudara aku di Ampang. Raya ketiga kami berjalan lagi ke rumah sepupu aku di Sg. Buloh. Kemudian kami ke rumah kakak aku di Slim River, Perak. Tiba-tiba mak aku kena serangan asma, kami membawa mak ke Hospital Slim River. Kami menunggu dari jam 6.00 petang hingga jam 10.30 malam (lama betul, kalau balik kampung di Hulu Perak mesti dah sampai).
Hospital Slim River |
Raya keempat aku sekeluarga melepak di rumah kakak aku di Cheras, seronok masak-masak dan makan-makan bersama. Petang tu dalam perjalanan pulang ke rumah, mak aku terkena serangan asma lagi. Terus aku bawa mak ke Hospital Putrajaya, syukur semuanya selamat.
Beginilah cara aku sekeluarga beraya di perantauan, bersyukur walaupun sederhana. Bagaimana sambutan Syawal rakan-rakan blogger? Sudah pulang bekerja atau masih di kampung halaman? Semoga berhati-hati walau di mana jua berada.
^_^
selamat kembali kak.. meriah raya kak aiza.. mak akak dah sehat ker..?byk2 rehat.. fiza pun dah mula kerja hari nie...
ReplyDeleteLamanya Aiza tak update blog kan.. Rindu nak baca entri terbaru dari Aiza.. :-)
ReplyDeleteselamat hari lahir to mak sis...n mak sis x boleh jenjalan jejauh ek....kene serang 2 kali??
ReplyDeleteSy semalam dah start kerja...huhu
ReplyDeletePerasaan raya bila dah dewasa ni makin berkurang, tak macam zaman budak2 dulu.
#selamat hari raya kak :)
salam kak aiza :),..wah compax cerita raya kak...dr raya 1 hingga 4..cerita raya fizi kena la dtg ke blog fizi..ada juga tulis sikit2..:) selamat hari raya
ReplyDeletesmoga mak mizz aiza kembali pulih seperti sedia kala...
ReplyDeleteSelamat hari raya dan Selamat Hari Jadi untuk mak Aiza...
ReplyDeletehuhu..thn ni x berapa meriah sbb arwah nenek dah xde :'(
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aiza...best juga beraya + berjalan dihari raya...
ReplyDeleteSemoga mak Aiza sihat2 hendaknya...
Selamat kembali. Selamat hari raya. Seronok dapat menyambut hari bahagia ini bersama keluarga. Tidak kiralah di mana pun tempatnya.
ReplyDeleterindu dengan aiza...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak :)
ReplyDeletebestnya tgk akk beraya hehe
kak aiza , eid mubarak . ni blog baru deeya . jemput laa :*
ReplyDeletehttp://supermanmacho0.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam Syawal kakAiza =) walaupun xblik kg..nmpak meriah je raya akak..
ReplyDeletemama masih di kampung ni kak aiza.. hihi
ReplyDeletepheww.. dtg umah pm tuhh.. slim river?? kampung belah mak iqa kat stu.. huu.. x blek kg tu.. esok in sha allah.
ReplyDeletesakan akak beraya,hehee.
ReplyDelete^_^
selamat hari raya juga diucapkan...
ReplyDeletewhite satu untuk tuan rumah..
perghhh..Raya pertama dah p rumah terbuka pm tu. Azwa raya dekat rumah je..Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Aiza.. :)
ReplyDeletewahhh.. kemain sibuk kak aiza beraya, kita seminggu duk kat kampung je :)
ReplyDeleteselamat hari raya kak aiza!
wahhh beraya sakan :) mak akak dah okey ???
ReplyDeleteSelamat meraikan idilfitri la yer cik Aiza, mudah2an bertambah kesyukuran la hendaknye....
ReplyDeleteSalam Aidilfitri...
ReplyDeleteSemangat berhari raya tidak kira di mana jua berada. Semoga sentiasa ceria :)
Maaf zahir batin
selamat hari rayaa :)
ReplyDeletesaya setiap tahun raya bosan dan hambar hahaha!
tak dapat balik kampung pun, nampak best je akak beraya di KL tu. eh selamat hari raya kak. maaf zahir batin..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya~!! *radio*
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Idul Fitri, Mohon maaf lahir dan batin :D
ReplyDeleteAs salam kak,
ReplyDeletezaza baru hari ni masuk keje.. mood raya masih terngiang2 lagi hehe..
seronok kan dapat beraya rumah sanak saudara..
akk jom join giveaway Asyik buat..hehe
ReplyDeletesakan akk berjln2 yea..selamat hari raya..:)
Wauu akak g beraya umah Najib..mesti best..byk makanan sedap2..
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletewah dpt gi rumah terbuka menteri.. best2 :)
salam aidilfitri...bestnya raya...selamat kembali ke blog semula
ReplyDeletecik nor hari isnin dah kerja aiza..:)
ReplyDeletemmg raya sakan tu kak.. hehe..
ReplyDeletemak kak aiza dah sihat? :)
cam na la rasa bila raya tak balik . tak pernah lagi le akak ni.
ReplyDeleteseronoknya jalan2 raya :)Selamat hari raya akak,minta maaf andai ada salah dan silap :)
ReplyDeleteBestnya dpt p rumah terbuka PM.. mesti meriah kan..
ReplyDeleteselamat kembali aiza...kita masih dalam mood bercuti and beraya...
ReplyDeletezara masih dalam mood raya lgi akak..seronok jalan2 dalam lebaran ni..=D
ReplyDeletewaaa.. bestnya raya .... :D
ReplyDeletecamni bru raya sakan kak :)
ReplyDeletesy rs muka akak ni mcm somebody..n bile dah bile tgk gmbr akk, dah tau mcm siapa..fasha sandha..hehe
ReplyDelete