01 August 2013

Kisah Pemandu Bas Ekspres

Assalamualaikum,

Kisah ini berlaku ketika kawan aku pulang berhari raya di kampungnya di Kedah dengan menaiki bas  pada tahun 2010. Setelah hampir seminggu berhari raya bersama keluarga tersayang, dia pulang ke Kuala Lumpur. 

"Sejak dari tadi encik berpusing dan melalui jalan yang sama." tiba-tiba tegur seorang penumpang lelaki. Pemandu bas hanya terdiam seketika. "Err, sebenarnya saya tak biasa dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni." balas pemandu tu jujur (kawan aku dan penumpang yang menegur duduk di belakang tempat duduk pemandu). 

Syukur sebab penumpang itu dengan baik hatinya menunjukkan jalan ke Hentian Duta. Rancak betul penumpang itu berbual dengan pemandu bas. Rupa-rupanya bas yang dinaiki oleh kawan aku adalah bas tambahan yang disewa bagi menampung kekurangan bas ekspres menjelang musim perayaan. 

Kisah Pemandu Bas Ekspres
Pemandu bas ekspres (Gambar hiasan) - Google
"Encik kerja di mana? Nampak sudah biasa dengan jalan-jalan di sini." soal pemandu bas. "Sebenarnya saya polis, saya memang berkhidmat di Kuala Lumpur." balas penumpang itu sambil menunjukkan kadnya. 

Rupa-rupanya lelaki tu polis yang menyamar sebagai penumpang sempena Ops Sikap yang dilancarkan pada musim perayaan bagi mengesan pemandu bas ekspres yang memandu tidak mengikut peraturan jalanraya. Nasib baik pemandu bas tu memandu mengikut peraturan.

p.s: Semoga perjalanan pulang rakan-rakan blogger dan anda semua ke kampung masing-masing selamat. Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan. 

^_^

50 comments:

  1. Hati2 juga kak balek kampuang nanti :)

    ReplyDelete
  2. Pemantauan dari pihak berkuasa bagus untuk menjamin keselamatan. Semoga anda semua selamat pulang ke desa...
    MA Balik mane ye?

    ReplyDelete
  3. Selamat pulang ke kampung halaman! ^^ Tak kira la pemandu bas ke, teksi ke, lori ke, hati2 di jalan raya. :D

    ReplyDelete
  4. Lia tak balik kampung. Lia balik bandar.. hahaha

    ReplyDelete
  5. huhu..bahaya tu. harini saja paper dh ada 2 accident. berhati2 semasa pulang ke kg :D

    ReplyDelete
  6. peh nasib baik , kalau tak dah bdrama dalam bas hihi

    ReplyDelete
  7. kg abe kie dkt aje. 15 minit dah sampai...

    ReplyDelete
  8. bagus polis ni,jalankan tanggungjawab :)

    ReplyDelete
  9. baca doa dulu sebelum memandu..pastikan cukup mtidur...


    Hishop satu

    ReplyDelete
  10. *background music lagu balik kampung* hehehe

    ReplyDelete
  11. Hahaha, bgtau polis sambil tunjuk kad kuasa, macam nak tahan pakcik tu je?

    ReplyDelete
  12. hohohoho...pakcik driver bkn ms raya je kn berhati2...sepanjang ms pn kena berhati2

    ReplyDelete
  13. Musim perayaan nie mmg byk la bas tambahan nie..Undang2 mmg kne patuhi tambah pulak kenderaan awam..

    ReplyDelete
  14. Slmt pulang ke desa bHari raya..
    Jom join giveaway ni mizza
    http://www.zurarahman.com/giveaway-by-zurarahman-duit-raya/

    ReplyDelete
  15. bernasib baik driver bus tu . kalau tidak memang dah kena saman >.<

    ReplyDelete
  16. patut jugak buat macam tu...pemandu kenalah hati2..sbb melibatkan banyak nyawa

    ReplyDelete
  17. Bagus idea setiap bas ada seorang anggota polis.. baru lah diorang ni berhati-hati ketika memandu..

    ReplyDelete
  18. berhati-hati dijalan raya dan selamat hari raya hehe

    ReplyDelete
  19. ouh ops sikap nie bagus hehe
    nnty ramai nak pulang raya. hopefully sume selamat amin :)

    ReplyDelete
  20. hahaha.. lama dah tak balik kg.. tok dgn nek dah takde..
    lama juga tak naik bas.. last sekali masa belajar lebih 10 tahun yang lalu..

    ReplyDelete
  21. tiket dah habes dah...hehehe
    naek pakai kenderaan sendiri laaa....
    tak sabar balik kg jumpa ma n abah...hoho

    ReplyDelete
  22. memang laju pemandu bas ekspress ni..

    ReplyDelete
  23. akak pon hati juga bila balik raya..selamat hari raya..:D

    ReplyDelete
  24. Nasib baik pemandu tu tak buat hal..kalau tak senang-senang aje dapat hadian free dari En polis tu..

    ReplyDelete
  25. semoga semua selamat balik kg tahun ni

    ReplyDelete
  26. tetiba wak teringat kisah wak gi haji dgn pemandu haram dari mesir., sesat x hingat dari kota madinah.. call sana call sini.. last2 drebar kuar dok tepi jalan termangu..,uHUuuu

    ReplyDelete
  27. hati2 semasa memandu..ingatlah orang tersayang..hargailah nyawa anda dan penumpang lain..

    ReplyDelete
  28. mama balik raya sehari sebelum raya... selalunya ambil masa 5 ke 6 jam perjalanan....

    ReplyDelete
  29. Tak pernah ada pengalaman balik raya naik bas lagi akak.. sebab rumah family & mertua farah dekat2 jer..hehehe..;)

    ReplyDelete
  30. bagus juga polis buat mcm tu kn =) skrg2nya driver bas ni alert skit..lgpn kmlangan time raya ni mnjdi2 je..

    ReplyDelete
  31. mak ai..sekali polis daa...

    patut pun . kalau idak ntah ke mana la nak di bawa penumpang tu

    ReplyDelete
  32. Sally raya KL je..huhu...

    p/s : thanks kak doakan sally :)

    ReplyDelete
  33. bagus juga klu polis bt macam ni..untuk keselamatn kita..semoga semuanya bejalan dgn lancar semperna menyambut hari raya ni..=D

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum...dunia kecil,

    kesian pakcik bas kena saman, habis duit nak raya bayar saman...

    mselim3

    ReplyDelete
  35. Tu dia, nasib baik memandu ikut undang-undang kalau tak 'sign' surat cintalah jawabnya.
    Salam kenal.

    ReplyDelete
  36. kak, selamat balik kampung ya nanti :) mesti ramai balik esok kan..

    ReplyDelete
  37. berhat-hati di jalan raya...terutama pemandu bas...

    ReplyDelete
  38. Bagus juga cara begitu. Insya-Allah, esok nak pulang ke kampung dah. Tak sabar rasanya. Moga segalanya dipermudahkan dan diberkati.

    ReplyDelete
  39. alhamdulillah...JM dah lama sampai kampung kak..hehe...tak naik bas...sbb baba pandu keta....naik bas ekspres mmg tak pernah...hee =3

    ReplyDelete
  40. hati2 dijalan raya , semoga selamat smpai ke destinasi :)

    ReplyDelete
  41. wuiihh..gila ahh..boleh plak polis tu menyamar jadik penumpang dalam bas.

    ReplyDelete
  42. pernah naik bas tambahan masa time raya...harga tiketnya mahal......huhu

    ReplyDelete
  43. semohg asmeua selamat tiba ke destinasi..

    ReplyDelete
  44. Wauuu dashat...siap menyamar lagi.. bagus jgk ada polis yg menyamar ni..rasa selamat..

    ReplyDelete
  45. tagged :

    http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/08/6th-giveaway-by-aimi-wardina.html

    ReplyDelete
  46. Wah baru lg tulisan ni hehe...ni sy bc smbil tunggu sahur...selamat hari raya semua


    ReplyDelete
  47. ehehe polis ek, patut la.tp mmg baik hati tul dia tunjuk jalan.mcm tu la.kite bersopan dgn org ,org pn baik dgn kite kan? :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^