31 December 2013

Bloglist Puterikasih.com 2014

Assalamualaikum, 

KLIK BANNER DI ATAS UNTUK JOIN
“Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana untuk memudahkan kunjungan antara satu sama lain di samping merapatkan hubungan persahabatan di alam maya. Semoga Puteri sudi masukkan blog ini ke dalam bloglist Puteri.

^_^

KONTES U-BLOGGER

Assalamualaikum,

PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?

* jawapan boleh dirujuk di Pesanan Penaja  U-Blogger & Hadiah yang ditawarkan [klik] 

6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.



^_^

Buah dan Personaliti

Assalamualaikum, 

Buah-buahan sememangnya elok dimakan kerana ia mengandungi pelbagai vitamin yang baik untuk kesihatan kita. Menurut kajian yang dilakukan di US oleh Dr. Barnett, personaliti seseorang dapat dinilai berdasarkan kepada buah-buahan kesukaannya

Buah dan Personaliti
Buah dan Personaliti (Gambar hiasan) - foodswallpaper. com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai warna dan personaliti. Terdapat 7 kategori buah-buahan yang dikelaskan mengikut personaliti seperi berikut:

1. Personaliti jenis buah limau (oren, lemon, limau)
leanitup. com
  • Cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. 
  • Menjadi rujukan dan menjadi tempat rakan-rakan meluahkan masalah kerana anda berkebolehan untuk memberikan nasihat dan pandangan.
  • Orang luar sukar untuk menilai diri anda. Untuk mereka mengenali diri anda sepenuhnya memerlukan masa yang lama.
  • Anda akan memperuntukkan masa yang singkat untuk bersendiri atau berehat. 
  • Suka bergembira dan akan menggunakan waktu terluang dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. 

2. Personaliti jenis buah tropika (pisang, betik, jambu, kiwi, nenas)
123rf. com
  • Anda gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan pelbagai perisa.
  • Suka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. 
  • Orang di sekeliling pasti akan menghadapi masalah dengan anda disebabkan cara hidup anda yang terlalu aktif.
  • Anda tidak suka sesuatu yang menyakitkan emosi anda.
  • Pasangan anda biasanya seorang yang tenang dan menerima diri anda dengan seadanya.
  • Anda suka meluangkan masa bersama individu yang rapat dengan anda. 
  • Rakan-rakan anda menganggap anda mudah didekati dan gemar berseronok. Namun sebenarnya anda juga ada pendirian tersendiri. 
  • Anda tidak suka mengekspresikan perasaan sedih di hadapan orang lain. 

3. Personaliti jenis buah ladang (epal, pear)
healthycrush. com
  • Seorang yang kuat dan mampu menjadi tunjang kekuatan kepada orang di sekeliling anda. 
  • Anda bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan anda tidak mudah mengalah.
  • Tidak mementingkan diri sendiri. 
  • Suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada orang lain untuk hidup. 
  • Ramai orang menganggap anda seorang yang berpengetahuan luas dan sememangnya anda begitu. 
  • Anda suka mencari ilmu dan berusaha melakukan yang terbaik untuk sesuatu perkara berdasarkan kepada pengetahuan yang dimiliki.
  • Anda pasti akan berjaya di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan. 

4. Personaliti jenis buah tembikai (tembikai, tembikai susu)
thekitchykitchen.blogspot. com
  • Seorang yang pemurah dan suka membantu mereka yang memerlukan. Pasti anda akan berasa puas apabila berjaya membantu orang lain.
  • Ánda pasti berhati-hati memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar rumah.
  • Memiliki ramai teman rapat kerana keperibadian anda yang romantik.
  • Berusaha gigih untuk mengatasi kegagalan serta kekecewaan dalam hidup. 
  • Lambang keperibadian diri anda adalah seorang yang berhati-hati. 


5. Personaliti jenis buah ceri (blackberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur, tomato)
alkimistet. com 
  • Gemarkan party dan keseronokan. 
  • Suka menggembirakan orang lain.
  • Mudah mendapat teman baru kerana seorang yang peramah.
  • Berusaha melakukan apa sahaja demi menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman anda walaupun dengan cara yang pelik. 
  • Bercitarasa unik, hinggakan makanan pilihan anda adalah makanan yang berperasa lain dari yang lain. 
  • Pelbagai personaliti yang wujud dalam diri anda membuatkan anda sukar untuk dinilai. 
  • Namun keseluruhan personaliti adalah saling berkaitan dan akan menonjolkan diri anda yang unik serta memiliki keistimewaan tersendiri. 
  • Lambang keperibadian diri anda adalah seorang yang berpersonaliti. 


6. Personaliti jenis buah kekacang (walnut, hazelnut, gajus)
wisequacks. org
  • Seorang yang moody dan mood boleh berubah tanpa sebab. 
  • Lambang keperibadian diri anda adalah ketegasan. 
  • Jika anda yakin berada di pihak yang benar, pasti anda akan berdegil dan tetap dengan pendirian anda itu. 
  • Orang di sekeliling anda pasti akan lebih berhati-hati dengan sikap degil anda itu.
  • Anda seorang yang setia di dalam hubungan percintaan. Sehingga sanggup untuk menyisihkan rakan-rakan hanya kerana mahu meluangkan masa bersama kekasih.
  • Perlu memperuntukkan masa yang lama untuk seseorang itu memahami dan mengenali diri anda. Ini kerana anda seorang yang berpendirian. 



7. Personaliti jenis buah labu (labu, kundur)
highly-irritable. com
  • Seorang yang berpandangan jauh. Anda merasakan bahawa kewujudan pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini adalah melebihi apa yang manusia mampu lihat. 
  • Sering berasa curiga. 
  • Orang di sekeliling anda pasti berasa terkejut dengan pengetahuan yang anda miliki dan kebolehan anda menghuraikan persoalan.
  • Tekanan kerja pada permulaannya pasti akan membuatkan anda berduka. Namun lama-kelamaan semangat anda akan kembali pulih dan anda pasti lebih bersedia untuk menangani cabaran yang mendatang. 
  • Cenderung kepada pelbagai warna. 
  • Lambang keperibadian diri anda adalah bersopan santun dan memiliki hati yang lembut. 

Artikel mengenai buah dan personaliti ini hanyalah sekadar bacaan santai sahaja. Oleh itu diharap anda usah terlalu taksub mempercayainya. Ingatlah bahawa nasib kita semua adalah terletak di tangan Allah SWT. 

p.s: Nama buah-buahan di atas hanyalah contoh untuk setiap jenis. Apakah jenis buah-buahan kegemaran anda?

Diolah dari sumber asal : 1001rahsiadiri.blogspot. com
^_^

30 December 2013

Jimat Duit

Assalamualaikum,

Peningkatan kos hidup dan kenaikan harga barangan tentunya memberi impak besar terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Tentu ramai yang mencari alternatif bagaimana cara untuk jimat duit. 


Jimat Duit
Jimat Duit (Gambar hiasan) - muzzyraptor.deviantart. com
Sebelum ini dibincangkan membeli belah di saat akhir. Terdapat bebarapa cara yang boleh praktikkan untuk menjimatkan duit seperti berikut: 

1. Jimat duit pembelian barangan keperluan rumah/barangan dapur
Belilah barangan secara pukal atau borong di pasaraya. Yang menariknya, sesetengah pasaraya ada menawarkan kad keahlian yang semestinya lebih menjimatkan anda. Gunakan wang tunai untuk membayar dan hadkan menggunakan kad kredit ketika benar-benar perlu sahaja.

2. Jimat duit petrol
Servislah kereta mengikut jadual bagi penukaran minyak hitam atau peralatan lain. Jika tidak diservis mengikut jadual, pasti kereta akan menggunakan lebih petrol untuk bergerak. Kurangkan penggunaan kereta dengan menggunakan kemudahan awam. Atau boleh berkongsi kereta dengan rakan sekerja yang tinggal berdekatan rumah. 

3. Jimat duit bil elektrik
Hadkan penggunaan elektrik di rumah anda. Untuk penggunaan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas, tutup apabila ia tidak digunakan. Anda juga boleh gantikan pendingin udara dengan kipas.

4. Jimat duit makanan
Rajinkan diri untuk memasak sendiri makanan di rumah. Jika hendak ke pejabat boleh juga membawa bekal makanan yang dimasak sendiri. Selain dari menjimatkan, ianya juga pasti menyihatkan. 

5. Jimat duit pembelian pakaian baru
Jika anda memiliki banyak baju tetapi bosan dengan gaya yang sama, apa kata suai padan setiap pakaian itu. Tentu ianya lebih kreatif dan semestinya menjimatkan kerana tidak perlu membeli pakaian baru. Jika anda mempunyai aksesori, bolehlah digayakan bersama baju itu.

6. Jimat duit pembelian produk baru
Fikirkan terlebih dahulu keperluan sesuatu produk sebelum anda membelinya. Usah melaburkan duit anda hanya kerana produk itu terkenal.

7. Jimat duit bersenam
Tidak perlu membazir dengan membeli alat senaman yang mahal atau membayar yuran keahlian yang mahal untuk ke gymnasium. Gunakan kemudahan yang ada di sekeliling anda seperti kemudahan di taman rekreasi untuk bersenam. 

8. Jimat duit pembelian barangan berjenama
Sekiranya anda suka membeli barangan yang berjenama, anda boleh membelinya ketika jualan murah. Tentu ianya lebih menjimatkan perbelanjaan anda apabila dapat memiliki barangan berjenama yang berkualiti tetapi dengan harga yang murah.

Terdapat banyak lagi cara untuk jimatkan duit yang boleh dipraktikkan. Semoga cadangan cara berjimat seperti di atas bermanfaat untuk anda. Oleh itu, hanya anda yang mampu untuk mengawal perbelanjaan seharian anda.

^_^

29 December 2013

CPUV Nuffnang #22, 23 dan 24

Assalamualaikum, 

CPUV Nuffnang yang ke-22 dari Sony Year End Promo 2013 telah lama diterima dan telah dikreditkan, aku terlupa buat entri. Alhamdulillah CPUV 23 dan 24 adalah diterima dari INTI Cyle. Ramai rakan blogger yang menerima CPUV ini. 

CPUV Nuffnang #22, 23 dan 24

Sebenarnya sudah lama aku tidak menerima CPUV dari Nuffnang. Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang di atas pemberian CPUV ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung yang sudi mengisi tabung Nuffnang. 

*p.s: Alhamdulillah blog ini sudah bertukar kepada domain dot com petang tadi. Sayangnya bloglist semuanya terhapus. Insya-Allah aku akan cuba jejaki dan kemaskini bloglist ini dari masa ke semasa. 

 ^_^

Terima Kasih Blogger Raudzah dan Blogger MyCherita

Assalamualaikum,

Entri ini sepatutnya sudah lama aku publish. Namun disebabkan gambar coklat aku baru dapat baru dapat dari adik aku, maka hari ini baru boleh publish. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada blogger Raudzah dan blogger MyCherita. 

1. Blogger Raudzah - Blog Santai (http://myblogsantai.blogspot.com/)

Terima Kasih Blogger Raudzah dan Blogger MyCherita
Coklat ini diterima dari blogger Raudzah. Disebabkan aku memberikan alamat tempat adik aku bekerja di Kuala Lumpur, maka ianya diterima oleh adik aku. Adik aku memang penggemar coklat, jadi dia beria-ia minta membukanya dahulu. 

2. Blogger MyCherita (http://thescreammer.blogspot.com/)

Terima Kasih Blogger Raudzah dan Blogger MyCherita
Jika anda ingin blogger MyCherita  singgah dan membuat ulasan seperti di atas bolehlah terus berkunjung ke Segmen Singgah Blog (http://thescreammer.blogspot.com/2013/11/singgah-blog.html). Yang menariknya segmen ini juga bertujuan untuk bertukar aliran trafik atau backlink

Jutaan terima kasih diucapkan kepada blogger Raudzah dan blogger MyCherita. Jika anda berkelapangan bolehlah berkunjung ke blog mereka berdua. 

^_^

28 December 2013

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

Assalamualaikum, 

Malam ini aku akan join satu lagi segmen anjuran blogger Pha Is. Menariknya segmen ini berkaitan azam untuk blog. 

Klik banner di atas untuk join
Azam Blog 2013:
  • Tingkatkan  follower kepada 1,000 orang. Ketika Mula aktif blog pada Februari 2013 follower hanya 5 orang. Alhamdulillah setakat ini 1050 follower
  • Dapatkan CPUV dari Nuffnang sekurang-kurangnya 5 CPUV. Alhamdulillah setakat ini mencapai 24 CPUV. 
  • Dapatkan nilai untuk Page Rank. Ketika mula aktif blog pada Februari 2013 PR aku N/A. Alhamdulillah sudah ada nilai 2. 

Azam Blog 2014:
  • Publish sekurang-kurangnya 1 entri setiap hari secara berjadual, insya-Allah. Sekarang ini blog aku terabai. 
  • Tukar kepada domain dot com, insya-Allah. 
  • Hasilkan entri yang bermanfaat, insya-Allah. Kerana menulis itu juga merupakan salah satu dari saham di akhirat. 

^_^

PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN

Assalamualaikum,

http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/12/segmen-pencarian-bloglist-4-bulan-by.html
 
SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN | Alhamdulillah.Disember tiba lagi.tibalah masanya kathy untuk melancarkan Segmen Pencarian Bloglist 4 Bulan. Kali ini seramai 25 orang blogger akan di pilih menghiasi Kathy Bloglist  dalam Kategori 4 bulan (Januari-April 2014).


Jika penyertaan melebihi 25 orang,maka kathy akan membuat pilihan,sebaliknya jika kurang atau cukup2 25 orang,kesemuanya akan di bloglist. Seperti biasa ada syarat2nya untuk melayakkan diri join segmen ini.ada juga hadiah misteri menanti 2 peserta yang bertuah. :)


SYARAT PENYERTAAN:

1. seorang blogger dan aktif berblog.


2. beri tajuk segmen "PENCARIAN BLOGLIST 4 BULAN BY KATHY R'BAIN".


3. follow blog  Coretan Hati  dan  Diari Resipi.


4. add G+  Kathy R'bain.


5. like pages facebook :-




6. sesiapa yang berjaya menjadi rakan bloglist kathy,di minta agar dapat masukkan link blog kathy dalam bloglist korang juga.


 7. segmen bermula 23.12.13-30.12.2013 jam 12 tengahmalam.
^_^

Petua Sihat dengan Air Putih

Assalamualaikum, 

Tidak dinafikan, banyak manfaat yang diperolehi hanya dengan minum air putih. Ianya mudah diperolehi dan tidak perlu membayar mahal. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai 10 kelebihan menggunakan penapis air

Beberapa petua sihat dengan air putih yang boleh diamalkan setiap hari adalah seperti berikut:

1. Selepas bangun dari tidur
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - fredericpatenaude. com
Minum 2 gelas air putih  membantu menggerakkan organ dalaman badan.

2. 30 minit sebelum makan tengahari/petang/malam 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - joselae1.blogspot. com
Minum 1 gelas air putih membantu mencerna dan menghadamkan makanan.

3. Sebelum mandi pagi/petang 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - homeimprovementbasics. com
Minum 1 gelas air putih membantu merendahkan tekanan darah.

4. Sebelum masuk tidur 
Petua Sihat dengan Air Putih
Gambar hiasan - dreamstime. com
Minum 1 gelas air putih membantu mengelakkan terkena strok atau serangan jantung. 

Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan minum air putih demi untuk kesihatan badan kita. Pastikan pengambilan air putih melebihi 8 gelas pada setiap hari. Semoga petua sihat dengan air putih ini bermanfaat untuk anda. 

 ^_^

27 December 2013

Kena Hack!

Assalamualaikum, 

Sedang aku blogwalking tengahari tadi, tiba-tiba nak komen di blog orang kena masukkan password. Bila aku masukkan password, ianya salah dan keluar notification yang mengatakan bahawa aku baru saja menukar password sejam yang lalu.

Kena Hack!
Kena Hack! (Gambar hiasan) - identity-theft-scout. com
Dalam hatiku kuat mengatakan bahawa blog aku dah kena hack oleh seseorang. Aku tutup semuanya dan clear history. Kemudian aku restart balik komputer. Masuk balik blogger.com dan cuba masukkan password memang tak boleh.

Selepas dua kali masuk password salah, keluar notification seperti di bawah dan aku terus klik 'Didn't change your password?' Setelah masukkan nombor telefon akan terima verification code di telefon. Kemudian masukkan 6 digit kod itu untuk reset semula password.

Kena Hack!
Reset semula password
Alhamdulillah berjaya dibuka blog selepas mengikut langkah demi langkah. Siapalah sanggup hacked blog aku? Apa salah aku pada anda? Blog aku bukannya blog komersial atau popular pun, hanya blog peribadi. Mohon maaf jika aku ada tersalah kata selama berblog. 

 ^_^

Hikmah Berhijab

Assalamualaikum, 

Islam mewajibkan setiap wanita untuk berhijab. Kewajipan untuk berhijab bukanlah sekadar suka-suka, tetapi terdapat hikmah ianya diwajibkan kepada setiap wanita. Sebelum ini dibincangkan penjagaan rambut wanita bertudung.

Hikmah Berhijab
Hikmah Berhijab (Gambar hiasan) - modern-hijab-styles. com
Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (Surah al-A'raf 7:26)
Beberapa hikmah berhijab adalah seperti berikut:

1. Berhijab untuk dilindungi
Jika seorang wanita pandai menjaga auratnya dan berhijab dengan sempurna pasti dia akan lebih dihormati terutamanya oleh kaum lelaki. Ianya juga salah satu langkah baik yang dapat mengurangkan risiko dan jenayah seperti rogol. 

2. Berhijab untuk kesihatan
Menurut kajian sains di dalam artikel bertajuk 'The Science Behind the Veil', 40-60 peratus kepanasan badan kita akan hilang melalui kepala. Apabila kita menutup kepala, ianya dapat mengawal suhu badan kita. 

3. Berhijab kelihatan ayu
Kebanyakan wanita yang berhijab kelihatan lebih ayu dan sopan. Namun harus diingat niat utama berhijab adalah untuk menutup aurat. Jadi sila perbetulkan niat itu sebelum memakai tudung. 

Oleh itu, banyak lagi hikmah berhijab yang lain. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah SWT pasti ada hikmah di sebaliknya. Berhijab bukanlah sekadar untuk berfesyen atau halangan untuk kita bekerja, tetapi ia adalah hukum yang wajib dilaksanakan.

* Nota: Berhijablah dengan sempurna mengikut syarak yang telah ditetapkan. Artikel ini juga untuk memperingatkan diri aku yang seringkali lupa. 

 ^_^

26 December 2013

Jangan Terlalu Mencintai

Assalamualaikum, 

Mencintai seseorang umpama menggenggam sebilah pisau yang tajam di tangan. Jika pisau itu digenggam terlalu kuat pasti ianya akan melukakan tangan kita akhirnya. Sebelum ini dibincangkan apabila cinta dikhianati.

Jangan Terlalu Mencintai
Jangan Terlalu Mencintai (Gambar hiasan) - facebook. com
Begitu jugalah realiti kehidupan, usah terlalu mencintai seseorang. Sampai satu masa mungkin kita terpaksa melepaskannya pergi apabila kita mula menyedari bahawa itu akan membahagiakannya. Beberapa alasan jangan terlalu mencintai adalah seperti berikut: 

1. Terlalu bergantung kepada dirinya
Jika terlalu mencintai pasti ke mana saja harus berdua dan segalanya pasti akan dilakukan bersama. Kesan buruknya adalah anda akan terlalu bergantung kepada pasangan. 

2. Menyisihkan hubungan yang lain 
Terlalu mencintai si dia akan membuatkan anda mengabaikan hubungan anda dengan keluarga atau sahabat baik. Kerjaya atau pelajaran anda juga mungkin akan terganggu hanya kerana si dia.

3. Akan dipergunakan
Apabila si dia mengetahui anda terlalu mencintainya dan sanggup buat apa saja demi dirinya mungkin anda akan dipergunakan. Berhati-hati apabila si dia mula merayu meminta perkara yang tidak sepatutnya. Kawal perasaan anda agar tidak keterlaluan memberi cinta.

4. Bersedia untuk dikecewakan
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada cinta kita dengan si dia pada masa akan datang. Terlalu mencintai dan mengongkongnya mungkin akan membuatkan si dia rimas dan bersedia untuk meninggalkan anda.

5. Pandangan negatif
Terlalu mencintai pastinya akan membuatkan kita mempamerkannya kepada umum melalui kemesraan dengan si dia. Mungkin keadaan ini akan membuatkan si dia tidak selesa dan orang di sekeliling anda merasa meluat melihatnya.

Oleh itu, besederhanalah mencintai seseorang kerana manusia tidak akan kekal. Cinta itu milik Allah SWT, bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik rasa cinta itu pergi jauh dari kita. Sebaik-baiknya cintailah diri sendiri dan Allah SWT terlebih dahulu.

^_^

25 December 2013

Kembali Lagi

Assalamualaikum, 

Hari ini baru aku berkesempatan untuk membuka blog ini. Beberapa hari yang lepas aku agak sibuk dengan urusan bersama keluarga. Terima kasih di atas ucapan hari lahir aku yang ke-30 yang lalu, terharu membaca ucapan dari kalian semua. 

Kembali Lagi
Kembali Lagi (Gambar hiasan) - Google.com
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi singgah di sini. Insya-Allah hari ini aku akan membalas kunjungan kalian. Kepada yang sudi follow, insya-Allah aku akan follow balik. Terasa tersangat rindu untuk membuka blog ini dan blogwalking di blog anda semua. 

Aku sangkakan urusan aku akan selesai pada hari Ahad yang lalu, namun ianya berlarutan sehingga hari Isnin dan Selasa. Alhamdulillah kerana semuanya telah selesai walaupun tidak sepenuhnya. Kita hanya merancang, Allah SWT juga penentu segalanya. 

*p.s: Mungkin selepas ini aku akan cuba kemaskini blog ini dan publish sekurang-kurangnya satu entri setiap hari. Sayang pula jika dibiarkan blog ini terus bersawang. 

 ^_^

20 December 2013

Hari Lahir ke-30

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tanggal 20 Disember 2013 tepat pada jam 7.29 malam tadi genaplah usia aku 30 tahun. Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah memberikan aku peluang serta nikmat suka dan duka sepanjang aku menumpang di sudut dunia Mu.

Hari Lahir ke-30
Gambar aku masa kecil
Pernah satu ketika aku merasakan betapa beratnya dugaan yang Allah SWT berikan kepada aku. Namun aku yakin bahawa Dia hanya memberikan dugaan setakat mana yang aku mampu pikul. Hidup tanpa dugaan umpama minum air kopi tanpa gula.

Hari Lahir ke-30
Dari Google
Terima kasih kepada mak aku yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik aku tanpa kehadiran insan yang bergelar ayah di sisi kami. Terima kasih juga kepada adik, kakak dan anak-anak saudara aku yang selalu menyokong aku. Tidak lupa juga kepada beberapa orang rakan lama dan blogger Fiza dan blogger Dila yang mengingati hari lahir aku pada hari ini, aku rasa sangat terharu. 

Hajat aku pada usia 30 ini, semoga aku semakin hampir dengan Allah SWT. Terlalu banyak kelemahan diri aku yang perlu diperbaiki. Tegurlah jika aku melakukan kesilapan, kerana aku juga manusia biasa yang seringkali alpa dan terleka.

*p.s: Tiba-tiba pula tulis entri luahan perasaan pada malam ini. ^_^

^_^

Simple Giveaway by Licha

Assalamualaikum,

Malam ini insya-Allah aku akan join segmen yang dianjurkan oleh blogger Licha
(dah lama aku bookmark segmen ini).

Klik banner di atas untuk join

^_^

Tabahkan Hati

Assalamualaikum, 

Setiap hari pasti kita diuji dengan pelbagai ujian dan musibah yang akan membuatkan kita berasa sedih dan kecewa. Hanya mereka yang mempunyai keimanan kuat sahaja dapat menghadapi ujian ini dengan sabar. Sebelum ini dibincangkan mengenai kekuatan hati

Tabahkan Hati
Tabahkan Hati (Gambar hiasan) - facebook. com
Ujian tidak hanya menimpa orang miskin, tetapi orang kaya juga turut diuji dengan nikmat kekayaan. Malahan seluruh masyarakat juga akan diuji oleh Allah SWT dengan ujian seperti bencana alam (banjir, gempa bumi, tsunami) dan peperangan. 

Kadangkala kita merasakan telah diberikan ujian yang paling dasyat oleh Allah SWT. Sedangkan ada orang lain yang lebih sukar diuji oleh Allah SWT seperti musibah kematian orang tersayang, kemiskinan hidup yang berlarutan dan banyak lagi. 

Sedarlah bahawa ujian itu sebenarnya bukti kasih sayang Allah SWT terhadap kita. Pasti diberikan ganjaran jika kita bersabar seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran serta kuatkan pertahanan dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu beroleh kejayaan." (Surah al-Imran :200)
Oleh itu, tabahkan hati untuk menghadapi ujian dari Allah SWT. Usah berputus asa untuk terus berdoa dan berusaha agar diberikan ketenangan dan kemudahan. Dekatkan diri dengan Allah SWT dengan berzikir supaya hati kita sentiasa tenang. 

 ^_^

19 December 2013

Tak Sengaja Delete Komen

Assalamualaikum, 

Pertama sekali aku mohon maaf kepada beberapa orang rakan blogger yang komen di entri aku bertajuk cara melembutkan tangan. Pada waktu tengahari tadi aku bercadang untuk membalas kunjungan dari anda semua. 

Tak Sengaja Delete Komen

Entah bagaimana sedang aku tandakan komen untuk publish, aku boleh terklik delete (ada 11 komen yang aku delete). Gelabah aku tadi dan terus google di enjin carian cara nak recover balik komen yang yang kena delete

Berikut beberapa blog yang aku jumpa untuk kembalikan komen yang dah delete:
  • http://www.bloggertipsandtricks.com/2009/07/how-to-recover-deleted-comments.html
  • http://tekhnik-blog.blogspot.com/2013/03/cara-mengembalikan-komentar-blog-yang.html
Sayangnya aku tak ubah setting dengan memasukkan email moderation requests. Jadi memang komen itu tak masuk dalam emel aku. Aku juga ada bertanya kepada beberapa orang rakan blogger, namun tiada penyelesaian untuk selamatkan komen-komen itu. 

Tak Sengaja Delete Komen
Tukar setting
Baru tadi aku tukar setting itu dan masukkan emel aku di bahagian email moderation requests. Harap rakan-rakan yang dah aku delete komen tu maafkan aku. Aku memang tak sengaja. Atau ada sesiapa yang tahu bagaimana untuk recover komen yang dah delete itu?

*p.s: Mood nak balas kunjungan rakan-rakan blogger terbantut seketika disebabkan oleh perkara itu.

^_^

Cara Melembutkan Tangan

Assalamualaikum,

Setiap hari pasti kita akan menggunakan tangan untuk melakukan tugas seharian sama ada ketika di rumah atau bekerja. Memiliki tangan yang lembut dan halus pasti menjadi idaman setiap wanita. Sebelum ini dibincangkan cara rawat tumit pecah

Cara Melembutkan Tangan
Cara Melembutkan Tangan (Gambar hiasan) - bestwayguides. com
Selain menyapukan losyen dan rawatan di spa, anda boleh mencuba beberapa cara melembutkan tangan dengan menggunakan bahan semulajadi seperti berikut:

1. Melembutkan tangan dengan minyak zaitun
Campurkan 3 sudu besar garam laut bersama 2 sudu besar minyak zaitun. Gosokkan adunan di tangan dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilaslah dengan air bersih. 

2. Melembutkan tangan dengan minyak kelapa dara
Boleh sapukan minyak kelapa dara di tangan anda dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih (boleh juga menggunakan minyak kelapa biasa). 

3. Melembutkan tangan dengan pisang masak
Ambil sebiji pisang masak dan lenyekkan ia bersama sedikit mentega. Sapukan pada tangan dan biarkan sehingga ia mengering. Kemudian bilas dengan air bersih.

4. Melembutkan tangan dengan oat
Ambil 2 sudu besar oat dan bancuhkan dengan sedikit air sehingga pekat. Tambahkan 2 sudu besar minyak zaitun dan 2 sudu besar perahan lemon. Gosokkan adunan pada tangan serta biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. 

5. Melembutkan tangan dengan tepung jagung
Campurkan 6 sudu besar tepung jagung bersama air suam. Rendamkan tangan selama 5-10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

Tidak salah mencuba melembutkan tangan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti di atas. Semua bahan-bahan itu sebenarnya telah tersedia di dapur. Atau cara paling mudah hanya dengan menggunakan losyen untuk melembutkan tangan. 

 ^_^

18 December 2013

Wordless Wednesday # 24 - Ikan Batu Karang

Assalamualaikum,

Ikan Batu Karang

Ikan Batu Karang

Ikan Batu Karang

Ikan Batu Karang

Ikan Batu Karang

Ikan Batu Karang

 ^_^

Kebetulan

Assalamualaikum,

Pada Jumaat yang lepas aku membawa mak aku ke klinik. Entri ini ada kaitan dengan kisah terlupa di petang Jumaat. Disebabkan aku sampai awal di Putrajaya, aku singgah membeli makanan tengahari di Food Court Presint 9. 

Kebetulan
Kebetulan (Gambar hiasan) - facebook. com
Aku meninggalkan mak di dalam kereta kerana mak aku tidak berdaya untuk menaiki tangga. Selesai saja membayar harga nasi ayam, aku terus beredar dari kedai makan itu. Tiba-tiba aku mendengar nama aku dipanggil.

Rupa-rupanya beberapa orang kawan aku di tempat kerja lama sedang makan di situ. Kami berbual sekejap saja memandangkan aku telah lama meninggalkan mak berseorangan di dalam kereta di tempat letak kereta bawah tanah. 

Sebenarnya beberapa malam sebelum itu kebetulan aku bermimpi kawan-kawan sepejabat aku. Mungkin kerana aku terlalu merindukan mereka. Kini aku benar-benar berjumpa mereka. Ternyata gerak hati yang kuat mampu merealisasikan mimpi dengan kehendak Allah SWT. 

p.s: Kita hanya merancang tetapi Allah SWT juga penentu segalanya.  

^_^

17 December 2013

Makan Malam untuk Diet

Assalamualaikum,

Kebiasaannya individu yang sedang berdiet pasti akan mengelak untuk makan malam. Sebenarnya anda masih boleh makan, namun perlu memilih jenis makanan yang akan dimakan. Sebelum ini dibincangkan mengenai jom berdiet tanpa tekanan

Makan Malam untuk Diet
Makan Malam untuk Diet (Gambar hiasan) - casperfry. com
Beberapa jenis makanan berikut boleh diambil oleh anda yang sedang berdiet tetapi ingin makan malam:

1. Buah-buahan 
Makan sebiji epal mampu untuk menghilangkan rasa lapar. Atau boleh juga makan buah-buahan lain seperti oren atau pisang.

2. Sup
Masak semangkuk sup ayam yang ditambah dengan udang dan sedikit sayur tanpa tambahan minyak. 

3. Roti 
Sapukan nipis mentega atau jem di atas dua keping roti. Bolehlah dimakan bersama secawan susu suam atau air coklat panas. 

Oleh itu anda tidak perlu menyeksa badan untuk berlapar pada waktu malam semata-mata kerana berdiet. Namun perlu pastikan makan malam sebelum jam 7 malam (atau 2 jam sebelum tidur) dan banyakkan minum air kosong. 

^_^

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Assalamualaikum,

Bertudung bukanlah alasan untuk wanita mengabaikan penjagaan rambut. Rambut yang sihat bukan sahaja membuatkan kita rasa lebih selesa, tetapi ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini telah dibincangkan rawatan rambut secara tradisional

Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Penjagaan Rambut Wanita Bertudung (Gambar hiasan) - fashionelan. com
Beberapa cara mudah yang boleh dilakukan pada setiap hari bagi penjagaan rambut wanita bertudung adalah seperti berikut:
  • Syampu rambut secara berkala. Urut kulit kepala perlahan-lahan dengan menggunakan hujung jari dan pastikan tiada sisa syampu yang tertinggal. 
  • Pastikan rambut dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum memakai tudung. 
  • Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah bagi mengelakkan ia menjadi rosak. 
  • Ketika di rumah pastikan rambut terlerai tanpa diikat untuk membiarkan kulit kepala bebas bernafas. 
  • Sikat rambut perlahan-lahan setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur. 
Oleh itu penjagaan rambut secara rutin adalah perlu bagi memastikan kebersihan dan kesihatan rambut berada di tahap yang memuaskan. Anda boleh juga mencuba kaedah perawatan menggunakan santan kelapa untuk rambut gugur


^_^

16 December 2013

Ketentuan Allah SWT

Assalamualaikum,

Selepas tamat peperiksaan SPM selalu orang bertanya kenapa tak masuk universiti? Lepas habis belajar bertanya pula bila nak dapat kerja? Bila umur dah meningkat mula bertanya bila nak kahwin? Lumrah manusia memang selalunya begitu.  

Ketentuan Allah
Ketentuan Allah (Gambar hiasan) - facebook. com
Sedangkan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Siapa mereka untuk mempersoalkannya? Qadak dan qadar manusia telah pun tercatat di Luh Mahfuz. Sebelum ini diceritakakan kisah mengenai semua yang ditentukan Allah SWT adalah baik.

Seharusnya kita redha menerima takdir dari Allah SWT kerana Dia Maha Adil. Tidak mungkin Dia melakukan kezaliman terhadap hamba-Nya. Ketentuan-Nya adalah bukti kebijaksanaan Allah SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa. 

Hikmah terbesar adalah pasti Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya pada masa kini dan masa akan datang. Allah SWT hanya akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang mampu ditanggung sahaja. 

Oleh itu kita mestilah bersabar sekiranya Allah SWT takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita dan usah menyalahkan takdir. Mungkin ada sesuatu baik yang Allah SWT akan anugerahkan kepada kita di sebalik apa yang berlaku. 

p.s: Rasa sedih dengan kata-kata dari segelintir manusia yang tidak memahami. Sedangkan ketentuan Allah SWT yang terbaik. 
^_^

Lupakan Kisah Silam

Assalamualaikum,

Setiap orang pasti ada kisah silam yang tersendiri sama ada ianya kisah yang baik atau buruk. Ianya pasti menjadi sejarah yang akan diingati sampai bila-bila. Selalunya ia akan kekal menjadi rahsia yang disimpan walaupun telah berumahtangga.

Lupakan Kisah Silam
Lupakan Kisah Silam (Gambar hiasan) - facebook.com
Walaupun tiada rahsia di dalam perkahwinan, namun ada baiknya merahsiakan kisah silam itu agar tidak melukakan hati pasangan. Namun jika rahsia kisah silam itu terbongkar, pasangan harus bertimbangrasa dan memikirkan perkara berikut:
  • Kisah silam adalah sejarah yang tidak mungkin boleh diubah. Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidupnya. 
  • Terimalah pasangan anda yang telah berubah pada masa kini dengan seadanya dan lihatlah kelebihan-kelebihan yang ada dalam dirinya. 
  • Jika pasangan kembali menjalani kehidupan seperti masa silamnya, bantulah dia untuk berubah menjadi suami atau isteri yang baik.
Mungkin untuk melupakan kisah silam pasangan memerlukan masa. Apa yang penting seharusnya sentiasa berfikiran positif untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan dengan seadanya kerana tiada manusia yang sempurna.

^_^

15 December 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

Assalamualaikum,

Klik banner di atas untuk join
Kenapa Aku Jadi Blogger?
Blog ini telah dibuat pada April 2011 dengan bantuan adik aku yang juga seorang blogger. Ketika itu aku langsung tiada pengetahuan di dalam mengedit blog. Setelah blog disiapkan aku jarang ada masa untuk kemaskini. 

Tambahan pula internet di pejabat aku bekerja menyekat sebarang aplikasi sosial seperti facebook, twitter dan blogspot juga. Kekangan kerja sehingga lewat malam dan hujung minggu juga menghalang aku untuk membuka blog. 

Sejak aku berhenti kerja pada awal tahun 2013 barulah aku mula rajin kemaskini blog. Follower aku pada waktu itu hanya 5 orang saja. Tujuan aku menulis hanya sekadar suka-suka di samping untuk menambah kenalan dan menjana pendapatan melalui Nuffnang.

Sepanjang menjadi seorang blogger aku telah mengenali ramai rakan blogger. Alhamdulillah aku amat berterima kasih di atas sokongan dari rakan-rakan blogger. Semoga hubungan persahabatan yang terjalin di antara kita semua di alam maya akan terus berkekalan. 

^_^

Giveaway Peserta Bertuah

Assalamualaikum,


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013

^_^

Awesome December giveaway

Assalamualaikum,

Dah lama bookmark untuk join giveaway ini. Malam ini baru nak join 
(aku memang suka join di saat akhir).

Klik banner di atas untuk join
 ^_^

Aku Kaya

Assalamualaikum, 

Beberapa hari yang lepas aku telah menerima SMS dari satu nombor yang mengatakan dia dari pihak Shell. Aku akan menjadi kaya kerana telah berjaya memenangi hadiah bernilai RM20,000.00. Sebelum ini aku pernah menceritakan penipuan kad kredit aku
SMS yang diterima di broadband
Kebetulan dalam SMS itu juga diberikan laman web Shell. Buka saja terpampang seperti di bawah ini.
Laman Web Shell Palsu - www.helix-bonus.tk
Terus aku mencari di enjin carian google kata kunci 'website shell' dan terjumpa dengan laman web sebenar Shell seperti di bawah. 
Laman Web Shell yang Sebenar - www.shell.com.my
Beberapa perkara yang membuatkan aku musykil adalah seperti berikut:
  • Nombor yang aku terima SMS itu adalah nombor baru yang aku khaskan untuk broadband sahaja. Pelik bagaimana nombor itu boleh diketahui oleh pihak Shell. 
  • Nombor telefon khidmat pelanggan yang tertera di laman web palsu Shell adalah nombor telefon peribadi (012-819 1536). 
  • Memang kedua-dua laman web itu kelihatan hampir serupa. Ketika adik aku balik dari kerja, dia memberitahu bahawa dia juga menerima mesej yang serupa.
Oleh itu kita haruslah menyelidiki terlebih dahulu sebarang tawaran dari pihak tertentu sebelum memberikan maklumat peribadi kita kepada mereka. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang lumayan. Sekarang sudah banyak penipuan yang berlaku.

*Nota: Adik aku mencadangkan kepada aku supaya melaporkan penipuan ini kepada pihak SKMM.

 ^_^