13 December 2013

Kekuatan Hati

Assalamualaikum,

Kehidupan kita diibaratkan seperti sebatang pokok yang rendang. Daun pokok akan bergoyang apabila ditiup oleh angin. Namun akar pokok tetap kukuh mencengkam bumi dan tidak terkesan oleh tiupan angin yang kuat itu. 

Pokok
Kekuatan Hati (Gambar hiasan) - www.npr. org
Begitu juga kehidupan kita yang selalu diusik oleh pelbagai perkara. Hati kita diibaratkan seperti akar pokok itu yang tetap kukuh walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Dasar kekuatan hati kita perlu dibajai dengan keimanan dan ketakwaan. 

Mungkin kita merasakan hidup ini tidak adil kerana kadangkala kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan dan ada perancangan yang direncanakan tidak terlaksana baik. Atau apa yang kita beri tidak setara dengan apa yang kita terima. 

Sebenarnya Allah SWT sedang mendidik hati kita supaya tabah dan sabar untuk menerima qadak dan qadar dari-Nya. Oleh itu, kita harus bersangka baik terhadap-Nya kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebelum ini telah dibincangkan lihat dengan mata hati

^_^

69 comments:

  1. salam Jumaat sis..btl tu tak semestinya apa yg kita impikan akan kita dpt..mungkin akan ada yg lebih baik lagi kita akan dapat..klik2 transition

    ReplyDelete
  2. husnuzzon dengan semua perancangan Allah. In Sha allah pasti Allah lebih tahu hati kita.. dan ujian yang sesuai dengan kita..

    ReplyDelete
  3. kekuatan seseorang bukan pada tubuh badannya, tetapi pada hatinya

    ReplyDelete
  4. utk mendapatkan sesuatu yg kite inginkan kekadang lame sgt n ssh sgt..xpe tuh sume dugan yg diberi olehnya..saje nk uji kesabaran kite.semua yg terjadi ada hikmah..bnde yg ssh dapat tuh la adalah yg terbaik ;)

    ReplyDelete
  5. Tidak mudah mendidik hati tapi kalau selalu dibaja tidak mustahil juga hati bertambah kuat walau apa juga ujian yg dtg.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak.. yg penting hati kena kuat.. huhu

    ReplyDelete
  7. Kekuatan hati terbentuk karena sebuah proses kehiduoan yang selalu dapat dilalui dengan menghadapinya secara dewasa.

    Salam

    ReplyDelete
  8. great entry kak...membuatkan kita sedar walau sebesar mana dugaan tiba, kita masih mampu hadapi dan lama2 hati kita semakin kuat.. :)

    ReplyDelete
  9. insyaAllah kak.. moga2 hati kita sekuat akar pokok tu yg mencengkam tanah walaupun ditiup angin yg kuat...

    ReplyDelete
  10. insyallah..moga kita juga ada kekuatan hati seperti pokok kan aiza..

    ReplyDelete
  11. harapnya terus tabah. :)
    kuatkan semangat dan cekalkan hati.
    insyaAllah semua akan ok.

    ReplyDelete
  12. semoga kita diberi kekuatan hati seumpama kekuatan akar sebuah pokok.. :)

    ReplyDelete
  13. betul tu didik hati n pujuk hati agar reda n pasrah ketentuan Ilahi. Perancangan kita xsebaik mana...

    ReplyDelete
  14. apa pun dugaan kita kena berbalik ke asal..pada agama..InsyaAllah dgn mudah kita boleh lalui ujian tu..

    ReplyDelete
  15. apa2 ujian tanda Allah sayangkan kita :)

    ReplyDelete
  16. teringat satu cerita ni yang ika tengok,
    lelaki ni tanya seorang perempuan, dia nak jadi apa, perempuan tu jawab nak jadi pokok, sebab ada akar yang kukuh dan takkan berganjak walau apa pun yang berlaku :)

    ada pengajaran, ada hikmahNya kan kak :) kita kena kuat dan sentiasa berbaik sangka padaNya. Slam jumaat kak :)

    ReplyDelete
  17. terus percaya kuasa Allah..insyaAllah ada jalannya...yg penting hati kena berpegang teguh kpd AgamaNYA :)

    ReplyDelete
  18. Salam aiza,

    semoga kita terus diberikan kesabaran yang berpanjangan..insyaallah

    ReplyDelete
  19. betol tu kak. walaupon tekstur hati tu lembut tapi kuat melalui segala suka duka hidup

    ReplyDelete
  20. hmmmm, adakah sy rasa apa yg akk maksudkan nie, hanya org yg pernah hampir putus asa jer faham maksud entry ni,,, tapi sy berpegang dgn satu ayat..sesungguhnya, tidak bputus asa dari rahmat Allah melainkan org KAFIR :)

    ReplyDelete
  21. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.. hidup ini suatu ujian.. huhuhu..

    ReplyDelete
  22. Hati adalah dasar utama atau akarnya dalam menjalani kehidupan, untuk itu jagalah hati agar tetap bersih dari kotoran - kotoran duniawi :)

    ReplyDelete
  23. Perancangan Allah adalah terbaik untuk kita. Ujian melanda pasti ada hikmahnya. Hanya hati yang cekal dan bersih mampu mengaharunginya dan bersyukur. Jagalah hati dengan keimanan.

    ReplyDelete
  24. betul tuh.. allah memang didik kita menjadi tabah

    ReplyDelete
  25. ya.. kita harus berprangsa baik dan selalu tetapkan iman

    ReplyDelete
  26. Betul tu..terima dgn redha..kita x tahu apa hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete
  27. Dalam menghadapi cobaan hidup,kekuatan hati sangatlah berpengaruh,oleh karena itu tetap tenangkan hati dan yakinkan pada yang maha kuasa,, :)

    ReplyDelete
  28. Semoga hati kita kuat seperti pokok.

    ReplyDelete
  29. Kerana hati boleh jadi berguna atau binasa. Sama-samalah kuatkan hati :)

    ReplyDelete
  30. betul..kadangkala yang pahit itu untuk mematangkan kita.bukan untuk membuat kita putus asa..

    ReplyDelete
  31. semoga kita sentiasa tabah melalui hari-hari kehidupan :)

    isi 3 tabung akak. 2 churp+ dan 1 transitions :)

    ReplyDelete
  32. salam mizz aiza..
    yup aiza..tapi bukan senang nak mendidik hati yang sentiasa beremosi..
    kadang2 tak terjangaka oleh kita,apa sebenarnya kehendak hati kita itu sendiri..:)

    ReplyDelete
  33. Bhkan dari sebatang pohon kita bisa mengambil pelajaran.

    Dibutuhkan selalu akar yg kuat, krn semakin tinggi sang pohon, semakin kuat angin kan menerpa.

    Nice!

    ReplyDelete
  34. Hati sering diuji..pasti sekali sukar mendidik hati, tapi jika redha dengan ketentuan Allah, maka semakin tinggilah mertabat iman.

    ReplyDelete
  35. Salam jumaat akak .. BEtul tu .. Kita diuji sebab allah nak bagi kekuatan kat hati kita

    ReplyDelete
  36. mg hati terus kuat mengcengkap ..agar tak mudah ikut kata hati tanpa berfikir terlebih dulu

    ReplyDelete
  37. salam jumaat :) nice sharing,kak aiza :) hati kena kuat... :)

    ReplyDelete
  38. hari-hari berdoa semoga hati kita teguh dan tak akan goyah dengan dugaan dan cabaran..

    ReplyDelete
  39. sebesar apapun cobaan yang menghampiri kita, sebaiknya kita tetap sabar dan tabah ya mizz, jadi hati kita bisa kuat untuk menghadapinya. Karena hidup di dunia ini tak lepas dari yang nama nya cobaan dan masalah :)

    ReplyDelete
  40. Bila kita ingat, bukan kehidupan didunia ini yg kita kejar, in sha Allah, hati kita akan kuat menghadapi semua ujian dan cabaran

    ReplyDelete
  41. Betul tu kak, allah sentiasa uji org yang dia sayang...

    ReplyDelete
  42. Subhanallah.. semoga Allah sentiasa memberi kekuatan iman didal hati agar kita tidak tumbang oleh bisikan syaitan dalam menempuh pancaroba kehidupan.. aamiin.
    Salam Jumaat Aiza.. taylor's & churp2.. :)

    ReplyDelete
  43. InsyaAllah kak.. Allah sentiasa brsama kita...
    teruskan kehidpan kita sebagai hamba..yakini stiap aturannya...

    ReplyDelete
  44. sentiasa bersangka baik dgn-Nya...

    ReplyDelete
  45. suka dgn metafora akak...:D teringat balik drama autumn in my heart

    ReplyDelete
  46. selalu berfikiran positif...

    menabung kat sini

    ReplyDelete
  47. benarlah perumpamaan akak,
    semakin tinggi sebuah pohon, semakin kuat pula angin yang mengguncangnya.

    ReplyDelete
  48. Cobaan dari yang kuasa bertujuan agar kita lebih sabar dan tabah dalam menjalani hidup :)

    ReplyDelete
  49. karena hati mudah terombang ambing, maka kita harus menguatkan akar hati :)

    ReplyDelete
  50. entry yang bermanfaat kak, moga hati kita tetap sabar menerima apa juga ujian Allah..

    ReplyDelete
  51. terima kasih atas perkongsiannya.. nice entry.. :)

    ReplyDelete
  52. Dugaan Allah untuk mereka yang terpilih aiza...

    ReplyDelete
  53. start chat & cursor mania untuk aiza...

    ReplyDelete
  54. kekuatan hati bagi saya antara salah satu faktor yang akan menentukan hala tuju masa depan kita...

    ps: klik nuffy

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  55. apa sahaja yang telah dirancangkan olehNYA untuk kita adalah yang terbaik. Yang penting kita redha kan :)

    ReplyDelete
  56. iya, sy setuju dgn apa yang diperkatakan..peringatan seperti ini memang perlu kerana kadang-kadang kite terlupa segalanya berlaku atas kehendak Dia yang Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  57. Kita hanya merancang tp Allah menentu segala

    ReplyDelete
  58. mamng kita msti seperti akar pokok yang kukuh.. Insya Allah kita bisa menjadi sprti yg di gambarkan kak mizz :)

    ReplyDelete
  59. bila hati suci maka sucilah seluruh tubuh, demikian juga sebaliknya....

    ReplyDelete
  60. semoga kita selalu dikuatkan hatinya :)

    ReplyDelete
  61. slmt hujung minggu akak.. hidup kena bykkan bersabar. tak mudah beremosi dan nina pun macam tu juga

    ReplyDelete
  62. Hati umpama enjin yang menggerakkan tindakan dan boleh mempengaruhi perasaan kita.

    ReplyDelete
  63. Motivasi yang cukup baik dan menginsafkan...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^