06 December 2013

Panduan Memilih Sahabat

Assalamualaikum, 

Pasti setiap orang mempunyai sahabat atau kawan kerana kita tidak boleh hidup bersendirian. Kita memerlukan seseorang untuk berkongsi kegembiraan dan kesusahan. Sebelum ini telah dibincangkan mengenai berhati-hati mencari sahabat sejati

Panduan Memilih Sahabat
Panduan Memilih Sahabat (Gambar hiasan) - Facebook
Al-Qamah (ulama masyhur zaman dahulu) memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat seperti berikut:
  1. Jika engkau membuat bakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan sedaya upayanya.
  4. Jika kamu berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan.
Oleh itu, berhati-hatilah memilih sahabat. Kesilapan memilih sahabat bukan sahaja membawa kepada kemungkaran, malah jika kita memerlukan pertolongan dia akan menjauhkan diri. Untuk mencari sahabat baik, seharusnya diri kita menjadi sahabat baik terlebih dahulu. 

Rujukan: Buku Indahnya Hidup Bersyariat (2011), Dato' Ismail Kamus, Telaga Biru

^_^

60 comments:

  1. Menjalin ikatan ukhwah adalah perkara yang amat dianjurkan di dalam Islam. Cumanya, di dalam masyarakat zaman ini, perlu berhati-hati supaya ikatan itu tidak mendorong ke arah kerosakan.

    ReplyDelete
  2. kalau dapat sahabat mcm tu.. memang best..

    ReplyDelete
  3. Sahabat bukan sekadar kawan.. pilihlah sahabat yg dpt membawa kearah kebaikan semua.. T kasih diatas perkongsian.
    Transitions lagi.. :D

    ReplyDelete
  4. ye kak betul tu.. sahabat susah dicari.. rakan bersepah jer.. hahaha..

    akak pernah dah dgr citer contest seo eridy nie x???

    sy baru je tertgk secara x sengaja. hahaha

    jom support3 togehter3

    http://www.ahmadhasif.info/2013/12/contest-seo-eridy.html

    ReplyDelete
  5. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja tetapi perlu bijak untuk memilih yang mana boleh diikut dan dijadikan teman rapat...iaitu spt yg Aiza kongsikan ini.

    ReplyDelete
  6. susah nak cari kawan yang betul2 sejati sekarang ni aiza...nice sharing dan salam jumaat..

    ReplyDelete
  7. memang susah nak cari sahabat..kawan ramai tpi sahabat ada 1 dlm seribu..klik2 tabung inti & taylor

    ReplyDelete
  8. kalau baik mcm mizz aiza in sya Allah akan dpt ramai shbt baik...

    ReplyDelete
  9. Bagi seorang lelaki, ada ramai kawan sahabat sebegitu. Tapi malangnya isteri cukup cemburu kawan-kawan suaminya yang sebegitu....

    ReplyDelete
  10. kawan... kawan... suatu perkara yang susah ditelaah.

    ReplyDelete
  11. In Sha Allah, moga ika boleh mnjadi sahabat yg baik buat kawan-2..:)

    ReplyDelete
  12. salam yang..

    saya nak kawan dengan admin blogger boleh tak? ada fb tak. tolonglah add saya suri surihati

    inti sana, sana 2x hee..

    ReplyDelete
  13. kawan baik mudah nak cari kawan jenis tikam belakng sukar nak lupkan lainka dia minta maaf pada kita

    ReplyDelete
  14. sahabat bkn senang nk cari..kawan ramai..

    ReplyDelete
  15. sahabat seharusnya dia gembira kalau kita boleh buat kebaikan...dia tegur kita kalau kita buat kesalahan

    ReplyDelete
  16. betul tu, kita kena pandai pilih kawan sebab pemikiran kita byk dipengaruhi rakan..sbb tu orang kata kalau nak kenal seseorang tu, tgk rakan2 dia..

    ReplyDelete
  17. terima kasih berkongsi tips bersahabat :) jemput singgah blog shafiq A Gentleman To Be

    ReplyDelete
  18. memilih sahabat macam memilih kain..kalau kain tu x elok,,baik jangan beli..kan3x? heee

    ReplyDelete
  19. syukur alhamdulillah sbb dikurniakan sahabat yang baik2

    ReplyDelete
  20. harus benar-benar selektif dalam mencari sahabat ya Mizz :)

    ReplyDelete
  21. salam aiza..hopefully firda boleh jadi sahabat dialam maya yang baik ya..amin

    ReplyDelete
  22. betul kak aiza, tasneem akur tasneem perlukan seorang sahabat untuk bersama di kala susah dan senang. Alhamdulillah, tasneem di kurniakan seorang sahabat. dia baik, tolak ansur, caring. semoga ukhwah ni terus kekal. ^^

    ReplyDelete
  23. Sangat penting bagi kita untuk menemukan sahabat, karena sahabat adalah orang kepercayaan untuk menjaga hati kita :)

    ReplyDelete
  24. mencari sahabat sejati tu memang susah..syukur alhamdulillah sy masih dikurniakan 2 orang sahabat yang masih bersama saya sejak dari sekolah rendah lagi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Kawan memang senang nk cari,tp sahabat sukar di cari

    ReplyDelete
  26. aisshhh bukan senang nak cari kawan yang boleh dibuat kawan... takut nanti jadi lawan... huhuuh

    ReplyDelete
  27. Sahabat adl, dia yg mengajak kita kpd kebaikan.

    ReplyDelete
  28. kena pandai pilih sahabat yang boleh membimbing kan..sahabat pun akan dianggap macam keluarga sendiri kan..jadi memang perlu berhati hati bila memilih :)

    ReplyDelete
  29. kadang-kadang kalau kita salah terpilih kawan, mereka juga boleh menyesatkan..

    p/s puteri dah isi tabung yang sedang menari..ada inti dan burung biru :)

    ReplyDelete
  30. betul2 sangat ni aiza...

    ReplyDelete
  31. bukan senang nak cari kawan yang bisa berkongsi dalam segala hal terkadang cuma waktu senang saja nak dikala susah menjauh...

    ReplyDelete
  32. Terima kasih kak aiza. Kawan sejati memang susah nak cari..

    ReplyDelete
  33. dulu zaman sekolah bila ada yg rapat sgt2 dgn kita,itulah kita anggap sahabat.Tapi bila dah masuk zaman bekerja,sahabat selepas sekolah adalah yg terbaik..sgt2 terbaik :)

    ReplyDelete
  34. seronokkan kalau ada sahabat baik yg memahami kita dan sekepala dengan kita...

    tq atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  35. Harap kita pun menjadi pilihan sebagai sahabat pada org lain Aiza. Jgn kita aje memilih sebab org lain pun nak pilih kita mesti bersebab..

    ReplyDelete
  36. betul tu kak, salah pilih sahabat buruk padahnya. secara sedar atau tak, kita akan terpengaruh dgn sikap sahabat kta tu sikit atau banyak..kalau dia bawa pengaruh yg baik takpelah jgk..kalau dah involed dgn drug, maksiat..memang kta rugilah pilih sahabat mcm tuh..

    ReplyDelete
  37. Sukarnya mencari sahabat kan, tapi kalau dah ada, ia umpama sebutir permata bernilai kan aiza.

    ReplyDelete
  38. sahabat adalah teman baik yang bisa saling mengasihi, mengerti, saling membantu, dan lain sebagainya. Sebaiknya memang kita mempunyai sahabat sejati, yakni sahabat yang tidak kenal waktu dan terus berlanjut. Untuk itu diharapkan kita bisa memilih sahabat dengan baik dan benar. Tips diatas bisa dijadikan panduan yang tepat untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  39. saya ramai sahabat 'gelak'... tapi sahabat sejati hanya 1 - 2 jer... hehe

    ReplyDelete
  40. Akak Singgah Aiza.. Lama x menabung kat sini :) Akak pun doa kita dpt kawan-kawan yang baik :)

    ReplyDelete
  41. Selamat ya mizz, Blog Dunia Kecil dapat pagerank 2 dari Google. Luar biasa. Silahkan cek di url ini http://lh4.googleusercontent.com/-BHzwSDymmnw/UqGiDz_nINI/AAAAAAAADf0/_9S3Z2xcwGE/s800/Pagerank%2520Dunia%2520Kecil.jpg

    Untuk memasang widget pagerank di blog, bisa baca di posting ini http://goo.gl/sRc3Dv

    ReplyDelete
  42. kawan dan sahabat berbeza....kawan boleh jadi sahabat, kawan juga boleh jadi musuh dalam selimut :) ika experienced a lot berkaitan ini...selalu jumpa kawan yang salah...tapi ika bersyukur, at least ika ada ramai juga sahabat yang betul2 sahabat! :)

    semoga persahabatan berblogging ini juga bermanfaat buat kita semua :)

    ReplyDelete
  43. Setuju, buatlah pilihan yang tepat.

    Comel pula arnab tu dgn itik.

    ReplyDelete
  44. Alhamdulillah, kawan yang ada sekarang baik-baik belaka. Semua yang hadir ada hikmah memasing :)

    ReplyDelete
  45. Sungguh kak. Mencari sahabat cukup sukar. Namun, kita perlu pandai untuk memilih sahabat yang baik.

    ReplyDelete
  46. Betul tu kak.. kawan ketawa senang di cari.. kawan menangis itu bukan senang nak di cari.. :D

    ReplyDelete
  47. Doa yang baik-baik ajekan Aiza..nak cari yang betul-betul ikhlas memang susah esp bila kita berada di posisi yang lebih baik..hmmm

    ReplyDelete
  48. setiap org memerlukan sahabat dan sahabat sejati tu mmg sukar diganti.. :)

    ReplyDelete
  49. Selamat sore mbak,kunjungan perdana..salam kenal mbk..buat semua ƞyα salam kenal juga ;)

    ReplyDelete
  50. betul tu kak, kena hati2 memilih sahabat.. :)

    ReplyDelete
  51. betul...setuju sgt..jgn sekadar memilih kawan tapi pilihlah seseorang yg blh dijadikan sahabat

    ReplyDelete
  52. penting pilih sahabat dengan betol, sbb sahabat akan banyak pengaruhi kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  53. alhamdulillah adda ada sorg shbat yg mmg slalu ada wktu ssh dan sng..:))

    ReplyDelete
  54. betul Aiza, janganlah kita tersalah pilih sahabat hendaknya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^