26 December 2013

Jangan Terlalu Mencintai

Assalamualaikum, 

Mencintai seseorang umpama menggenggam sebilah pisau yang tajam di tangan. Jika pisau itu digenggam terlalu kuat pasti ianya akan melukakan tangan kita akhirnya. Sebelum ini dibincangkan apabila cinta dikhianati.

Jangan Terlalu Mencintai
Jangan Terlalu Mencintai (Gambar hiasan) - facebook. com
Begitu jugalah realiti kehidupan, usah terlalu mencintai seseorang. Sampai satu masa mungkin kita terpaksa melepaskannya pergi apabila kita mula menyedari bahawa itu akan membahagiakannya. Beberapa alasan jangan terlalu mencintai adalah seperti berikut: 

1. Terlalu bergantung kepada dirinya
Jika terlalu mencintai pasti ke mana saja harus berdua dan segalanya pasti akan dilakukan bersama. Kesan buruknya adalah anda akan terlalu bergantung kepada pasangan. 

2. Menyisihkan hubungan yang lain 
Terlalu mencintai si dia akan membuatkan anda mengabaikan hubungan anda dengan keluarga atau sahabat baik. Kerjaya atau pelajaran anda juga mungkin akan terganggu hanya kerana si dia.

3. Akan dipergunakan
Apabila si dia mengetahui anda terlalu mencintainya dan sanggup buat apa saja demi dirinya mungkin anda akan dipergunakan. Berhati-hati apabila si dia mula merayu meminta perkara yang tidak sepatutnya. Kawal perasaan anda agar tidak keterlaluan memberi cinta.

4. Bersedia untuk dikecewakan
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada cinta kita dengan si dia pada masa akan datang. Terlalu mencintai dan mengongkongnya mungkin akan membuatkan si dia rimas dan bersedia untuk meninggalkan anda.

5. Pandangan negatif
Terlalu mencintai pastinya akan membuatkan kita mempamerkannya kepada umum melalui kemesraan dengan si dia. Mungkin keadaan ini akan membuatkan si dia tidak selesa dan orang di sekeliling anda merasa meluat melihatnya.

Oleh itu, besederhanalah mencintai seseorang kerana manusia tidak akan kekal. Cinta itu milik Allah SWT, bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik rasa cinta itu pergi jauh dari kita. Sebaik-baiknya cintailah diri sendiri dan Allah SWT terlebih dahulu.

^_^

100 comments:

  1. sebenarnya kita takut juga nak menyintai sesorang nie dgn sepenuh hati nie sis..takut dikecewakan..tapi andai itu suda suratnnya terpaksa juga redha ketentuan-Nya

    ReplyDelete
  2. Beserderhana itu yang lebih baik. Bukan takat dlm hal cinta tapi dlm semua hal.

    ReplyDelete
  3. erm...betul tu akak...ssh kalau sngt2 menyintai seseorg tu..:')

    ReplyDelete
  4. Motivasi yang membina pepagi ni kak, nice sharing kak... :)

    mama singgah menabung untuk akak....

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  5. kasus dipergunakan memang menjadi masalah yang serius, kasihan sekali

    ReplyDelete
  6. Cintailah sesorang itu biasa2 shj. ;) jgn terlalu 100% mencinta. Betul x sis ;)

    ReplyDelete
  7. cinta itu indah n manis...menjadikan seseorang yg mengalaminya terpana n sanggup berkorban apa saja demi cintanya....

    ReplyDelete
  8. bener mbak aiza.. kita memang tidah boleh mencintai seseorang 100%. agar nanti jika kita tidak jodoh dengan orang tersebut, kita tidak terlalu sakit atapaun galau hehehehehe

    ReplyDelete
  9. masalahnya kalau perempuan selalu syg yg tak berbelah bagi.. huhu.. :(
    klik inti

    ReplyDelete
  10. Setuju Aiza.. besederhana dalam semua hal adalah yang terbaik.. dalam dunia ni, semuanya hanyalah pinjaman sahaja.. sedih..tapi itulah kenyataan

    ReplyDelete
  11. terlalu mencinta akan terasa sakit ketika cinta itu pergi meninggalkan kita :)

    ReplyDelete
  12. setuju sgt..jgn terlalu mencintai sgt..biar bersederhana..kan lbh baik? :)

    ReplyDelete
  13. betul tu akak.. bersederhana itu penting.. kalau kecewa kita juga yang merana...

    ReplyDelete
  14. betul..bersederhana adalah lebih selamat..dalam apa jua segi..

    ReplyDelete
  15. Ye.. sy ambil ikhtibar dari pengalaman lepas..

    ReplyDelete
  16. Ada betulnya. Apa2 pon kita kena bersederhana dalam kehidupan. Semua yang kita sayangi adalah pinjaman semata2. Lepas tarikh luput tempoh pinjaman, kita kena pulangkan balik pada empunya.

    ReplyDelete
  17. betul tu...melainkan dah jadi suami isteri...maksud cinta pasti berubah

    ReplyDelete
  18. Betul tu kak. Memang sakit bila cinta dikhianati. Walau berpuluh tahun berlalu, rasa sakit tu masih ada. Serikkk..

    ReplyDelete
  19. cinta itu ibarat kencing dalam seluar.. org lain hnya nampak kebasahannya.. tp kita je yg rasa kesuamannya.. ahakssss

    ReplyDelete
  20. sangat setuju..cinta manusia, manusia akan mati..

    ReplyDelete
  21. Betul Aiza sebab kita semua ini adalah milik Allah. Tak tahu di mana dan apa akan terjadi... Biarlah berpada kalau sayang pun jgn sampai lupa pada qada'dan qadar...

    ReplyDelete
  22. Bermanfaat sekali kak , buat anak muda yang cendrung di mabuk cinta yang buta . hehe

    ReplyDelete
  23. mencintai diri sendiri terlebih dahulu. kemudian keluarga.. heheh , nice sharing sis (:

    ReplyDelete
  24. Betull tu Aiza...sokong..hehehee...


    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
  25. saya setuju dengan entry ni
    saya pernah berkawan dengan seseorang yang terlalu
    mencintai seseorang
    tapi kuasa ALLAH, jodoh mereka setakat tu aje
    kawan saya hampir bunuh diri
    kerana terlalu kecewa

    cinta terhadap ALLAH aje yang kekal =)

    ReplyDelete
  26. Beserhada dalam mencintai makhluk..

    Cintakan bunga, bunga kan layu..
    Cintakan manusia, manusia kan pergi..

    Lebih baik cintakan Allah swt yg maha kekal.. :)

    ReplyDelete
  27. Betul tu...bersederhanalah dlm apa jua yg kita lakukan...Nice sharing Aiza. Thanks.

    ReplyDelete
  28. betol tu kak..jika kite mencintai seseorang sepenuh hati then bile dia tinggalkan kite, kite akan rasa 1 kehilangan yg amat sngt..so, lebih baik kite cintakan ALLAH...selamanya:)

    ReplyDelete
  29. cinta Allah cinta yang kekal abadi....

    ReplyDelete
  30. Ermm.. K idah dah lama dah apply kaedah ini... :)

    ReplyDelete
  31. selamat tengah hari kak Aiza :)..setuju dgn fakta kat atas nih. Takut jgk kalau kta terlalu cinta sma s'sorang sekali itu bukan jodoh kta yg sebenar, mmg parah la jadinya..jd bsederhanalah dlm mcintai makhluk..yg di Atas sana kita utamakan :)

    ReplyDelete
  32. huhuhu kak aiza punya post selalu deep heheheh.
    Betul, jgn lah over dari allah swt :D
    thanks kak aiza!!!
    Nasibaik qila tak de cinta cintun huhuhu

    ReplyDelete
  33. Ramai jee yang macam tu akak. terlebih menyintai, pastu terlebih makan diri.

    ReplyDelete
  34. bener sekali mizz,
    wahh jadi pertamax aku :D

    ReplyDelete
  35. Betul Aiza, selagi belum berkahwin, janganlah mencintai seseorang macam dunia ini dah tak ada orang lain. Bahaya tu

    ReplyDelete
  36. Sesuatu yg terlalu memang tidak baik...

    ReplyDelete
  37. cinta kerana Allah, itu lebih bermakna :)

    ReplyDelete
  38. jangan terlalu mencintai, betul tu sis.

    ReplyDelete
  39. aiza..akak sambung ea!
    takut nanti dikianati dengan cinta itu sendiri kan aiza hehe :)

    ReplyDelete
  40. Alhamdulilah ... entri yang bermakna ..boleh dijadikan teladan ..

    ReplyDelete
  41. Sebelum ada apa2 hubungan...cukuplah sekadar kenal mengenali. Bila dah kahwin, cintailah sepenuh hati...setia pada yg satu

    ReplyDelete
  42. Yang patut kita cintai sepenuhnya hanya yang menciptakan kita yaitu Allah swt, :) Salam sukses mba mizza

    ReplyDelete
  43. setuju dengan entri akak yg ini. :)

    ReplyDelete
  44. cintalah makhluk krena Allah...mesti berkesudahan baik...

    ReplyDelete
  45. cintai diri sendiri lagi bagus hihi

    ReplyDelete
  46. Cinta yang kekal hanya milik Allah :)

    ReplyDelete
  47. betul tu kak, kalau suka jangan sampai terlalu suka, takut nnti kita jadi benci pula. kalau benci jgn terlampau benci, nnti jadi sayang pula hehe

    ReplyDelete
  48. betol tu kak. klo cinta xleh 100% kena gak tinggal untuk diri seniri gakk :)

    ReplyDelete
  49. Selaga sesuatu yang berlebih itu memang akan membawa kita ke dalam permasalahn yang besar juga loh Ka, Jadi lebih baik kita bersikap sewajarnya. Apalagi dalam hal mencintai orang.

    Salam,

    ReplyDelete
  50. betul tu akak.. sangat setuju dgn semua2 kenyataan di atas.. cinta kpd manusia itu biarlah bersederhana. cinta manusia akan pudar, tapi cinta Illahi itu cinta hakiki..:)

    ReplyDelete
  51. betul tuh saya sendiri pernah ngerasainnya

    ReplyDelete
  52. Sesuatu yang terlalu memang kurang baik

    ReplyDelete
  53. iya sebaiknya memang dalam mencintai atau membenci seseorang jangan berlebihan, nggak baik. Lebih baik yang sedang-sedang aja ya mizz soalnya hati manusia itu mudah sekali untuk berubah :)

    ReplyDelete
  54. kena sedia untuk memberi dan menerima

    ReplyDelete
  55. setuju sis..
    sbaiknya cintalah secara berserdahana..cinta krana allah :)

    ReplyDelete
  56. cinta tu org kate kalau kat hubby sdri pun jgn diberi 100%.. huhuhu

    ReplyDelete
  57. Saya setuju dengan uraian di atas,

    cinta kepada Allah harus segalannya ya Mizz... Salam

    ReplyDelete
  58. setuju dgn akak.. memang sakit bila bercinta.

    ReplyDelete
  59. bak pesan nabi, bersederhanalah dalam segala urusan..

    ReplyDelete
  60. bagi syuk , cintai allah itu yang utama :D

    ReplyDelete
  61. Yang sederhana saja bila memberi cinta. Selalu amalkan 70% untuk dia dan 30% lagi untuk kita. Agar tidak merana bila cinta punah separuh jalan. Nice sharing anyway.

    ReplyDelete
  62. Berpada-padalh dalam bercinta Aiza..jangan over..cinta yang sejati adalah untuk DIA...

    ReplyDelete
  63. Lagi entri yg saya baca malam ni.. kenapa saya rasa sedih.. huhu.. (':

    ReplyDelete
  64. Betul tu . Setuju sangat kak . Btw , sorry tak jejak ke blog akak . Takde masa nak online . Jom ke entry terbaru saye

    http://mrssuperawesome.blogspot.com/2013/12/want-this-pls.html

    ReplyDelete
  65. cintai seadanya . jgn melebihi cinta terhadap Allah , rasulullah , ibu bapa juga diri sendiri . Yg ptg jgn menaruh harapan tinggi utk dpt hidup bahagia bersama hingga akhirnya .

    ReplyDelete
  66. setuju..berpada2 dalam apa jua yg di lakukan.begitu juga dalam soal cinta..aiza,jom join segmen bloglist kathy?

    ReplyDelete
  67. Sentiasa mencintai Allah dalam setiap keadaan, in shaa Allah.. akan dikurniakan hikmak agar dikasihi insan kepada kita juga nanti.. aamiin.
    inti & inti.. semoga ceria selalu.. :D

    ReplyDelete
  68. Kadang2 terlalu bosan utk berlaku terlalu setia hahahaha

    ReplyDelete
  69. Letaklah Cinta Allah itu nombor satu dari Cinta kepada insan...

    ReplyDelete
  70. APA PUN KTA BUAT KENA BRTERASKAN Agama..cinta pun mcm tu gak

    ReplyDelete
  71. ya mbak, saya sangat setuju :) bersederhanalah dalam mencintai seseorang :)

    ReplyDelete
  72. sungguh, hancur hati jika cinta kitorang kandas ditengah jalan..wlkwlkwlk

    *nangis lagi

    ReplyDelete
  73. hai aizza..rindu nye nk berkomen2 kt sini...

    ReplyDelete
  74. Setuju, janganlah kita serahkan sepenuh hati pada pasangan. Itu bukan bermakna kita tak percayakan dan tak sayangkan pasangan kita sepenuhnya.

    ReplyDelete
  75. mencintai Allah adalah cinta kekal abadi selamanya..tidak ada yang rugi cinta ini

    ReplyDelete
  76. yang penting mencintai seseorang itu tak boleh lebih dari mencintai Allah kalau tak macam ni la jadinya :)

    ReplyDelete
  77. Betul tu akak .. Kalau nak cinta lebih2 dekat allah aje .. Kat manusia sikit2 aje lah kan

    ReplyDelete
  78. betul tu kak, bercinta biar bersederhana..cinta Allah dan Rasul yang perlu di utamakan :)

    ReplyDelete
  79. betul tu aiza..terlalu mencintai boleh memudaratkan kita andaikata jodoh kita denganya tidak panjang..klik inti sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  80. Kerana terlalu itulah kecewa yg bakal kita terima akan TERLALU juga...jd besederhana...masalahnya boleh ke bersederhana mencinta...?hehe......

    ReplyDelete
  81. sy rasa...saya ada macam ciri2 di atas..huhuw..thnks infonya aiza

    ReplyDelete
  82. bila mencintai seseorang memang kena berpada-pada kan. Kalau terlalu menyintai takut terus rebah bila kecewa

    ReplyDelete
  83. ada betul juga apa akak share ni...jangan terlalu mencintai...sekurang2nya letakkan cinta kepada Allah rasul dan ibu bapa itu yang dahulu daripada cinta manusia lain....

    ReplyDelete
  84. iya mbak, leres sanget niku.
    tapi pripun yen orang niku mempertahankan karena ingin setia dengannya ?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^