16 December 2013

Ketentuan Allah SWT

Assalamualaikum,

Selepas tamat peperiksaan SPM selalu orang bertanya kenapa tak masuk universiti? Lepas habis belajar bertanya pula bila nak dapat kerja? Bila umur dah meningkat mula bertanya bila nak kahwin? Lumrah manusia memang selalunya begitu.  

Ketentuan Allah
Ketentuan Allah (Gambar hiasan) - facebook. com
Sedangkan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Siapa mereka untuk mempersoalkannya? Qadak dan qadar manusia telah pun tercatat di Luh Mahfuz. Sebelum ini diceritakakan kisah mengenai semua yang ditentukan Allah SWT adalah baik.

Seharusnya kita redha menerima takdir dari Allah SWT kerana Dia Maha Adil. Tidak mungkin Dia melakukan kezaliman terhadap hamba-Nya. Ketentuan-Nya adalah bukti kebijaksanaan Allah SWT. Apa yang boleh kita lakukan adalah berusaha dan berdoa. 

Hikmah terbesar adalah pasti Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya pada masa kini dan masa akan datang. Allah SWT hanya akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang mampu ditanggung sahaja. 

Oleh itu kita mestilah bersabar sekiranya Allah SWT takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita dan usah menyalahkan takdir. Mungkin ada sesuatu baik yang Allah SWT akan anugerahkan kepada kita di sebalik apa yang berlaku. 

p.s: Rasa sedih dengan kata-kata dari segelintir manusia yang tidak memahami. Sedangkan ketentuan Allah SWT yang terbaik. 
^_^

50 comments:

  1. betul tu kak, ketentuanNya tak patut kita persoalkan...terima dengan redha, mungkin ada hikmahnya... :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita termasuk orang-orang yang bersabar

    ReplyDelete
  3. kadang2 manusia mudah lalai akibat kemodenan. . >.<

    ReplyDelete
  4. ya sis kita pernah juga alami mcm tu..bukan kita pinta mcm tu kan.semuanya suda tertulis ketentuannya..

    ReplyDelete
  5. Kita sebagai manusia hanya bisa berusaha dan berdo'a saja. Hanya Allah yang bisa menentukan nya ya mizz :)
    Thanks informasinya mizz :)

    ReplyDelete
  6. segalanya memang ditetapkan oleh Allah,, tetapi Allah tetap memberi pilihan kepada kita untuk memilih..

    insyaAllah. semoaga kak aiza terus berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Mereka x rasa selagi x mengalaminya,da kawen t,org tanye pulak,bila nk dpt anak..huhu

    ReplyDelete
  8. tak tahu kena bertanya tapi pertanyaan2 begitu menjengkelkan...

    ReplyDelete
  9. lumrah manusia kak, kadang2 buat kita jadi rimas dan stress..tapi yang penting tetap sabar dan sentiasa berdoa :)

    ReplyDelete
  10. Setuju mizz biasanya memang kalau umur dah meningkat pertanyaan seperti itu sering datang beruntun....kembali pada ketentuan tuhan itu jalan terbaik

    ReplyDelete
  11. saya anggap manusia yg tak faham " kuasa dan urusan Allah " itu sebagai org yg x habis belajar agama ...

    ReplyDelete
  12. betul tu akak.. memang lumrah macam tu..tak bolehla nk bandingkan apa yg dia dpt dgn apa yg kita dapat..rezeki masing2 dah ditentukan.. churp2 utk akak.. :D

    ReplyDelete
  13. Selamat Malam Mbak Miz Aiza
    Sesuatu memang Manusia hanya
    Berencana yah Mbak? tetapi Allah
    Maha segalanya. tapi dengan kita
    Berkeinginan dan selalu memohon
    Barrakah darinya Insya Allah cita
    Dan Harapan akan terpenuhi. jika
    Allah Meridoi (Amien)

    ReplyDelete
  14. Alhamdullilah saya bisa Mampir
    lagi kemari di Blognya Nya Mbak
    Mizz yang bagus segalanya. mohon
    Ijin pakai ID Saya Mbak soalnya
    Dari kemarin ID Dan Blog saya
    Error terus coba Mohon Cek blog saya
    Mbak Mizz terima kasih :))

    ReplyDelete
  15. What happen Aiza...be positive k and take care!!!

    ReplyDelete
  16. manusia memang bergitu...sabar ye kak

    ReplyDelete
  17. semuanya rahsia Allah..biasalah manusia..takkan pernah berpuas hati..

    ReplyDelete
  18. manusia yg agak cetek pemikiran dan soal agama gitulah..sabar deh
    org busybody kan..haha

    ReplyDelete
  19. hanya Allah yang dapat menentukan segalanya

    ReplyDelete
  20. memang lumrah manusia.. selalu nk bertanya pasal soalan2 yg sensetif.. sabar akak

    ReplyDelete
  21. saya lagi sedih.. kawan yg lain semua dah keje, saya masih blom grad.. hmm..

    ReplyDelete
  22. betul tu..kekadang manusia tak paham yang kita bukan ade semua jawapanya...klik nuffy sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  23. Betul mizz ketentuan dari allah pasti yang terbaik :)

    ReplyDelete
  24. selamat malam kak Aiza,knp akk sedih2 ne? abaikan jer kak..kita tak boleh tutup mulut org, yg penting kita hepy :D..nanti lepas dah kawen org tnya lagi bila nk dapat anak dan begitulah selnjutnya..soklan2 mcm ni mmg kta tak boleh elak..huhu

    ReplyDelete
  25. Siapakah kita untuk melawan segala ketentuan Allah?

    ReplyDelete
  26. betul tu, persoalan tu tak akan berakhir
    pelik kan

    ReplyDelete
  27. manusia hanya berusaha, selepas tu. biarlah Allah yg menentukan :)

    ReplyDelete
  28. Mmg ada kebanyakkan manusia yg bertanya soalan yg seolah2 tidak memahami ketentuan Allah.. astagfirullah..
    Maplestory & churp2 sini.. :)

    ReplyDelete
  29. Untuk bersabar memang kita harus melalui sebuah roses perjalanan yang panjang, hingga kita sampai ke suatu titik yang akan membawa kita sadar akan sebuah ketentuan Alloh, dan itulah yang terbaik yang bisa kita dapatkan.Pasti ada hikmah di balik semua ketentuan Alloh itu.

    Salam

    ReplyDelete
  30. memang begitulah realiti..takleh nak elak ni yunk..cuba terus berusaha kalau boleh dan sentiasa lah mendoakan mereka yang sering mengata..

    ReplyDelete
  31. Itulah antara soalan "klise" yang sering disoalkan. Yang pasti, kita kena banyak bersabar.

    ReplyDelete
  32. susah nk bsabar apabila org suke menguji kesabaran kita.. insyaAllah.. mudah-mudahan

    ReplyDelete
  33. betul tu kak.. yakin perancangan Allah lah yg sebaik2nya.. :)

    ReplyDelete
  34. Sebaik2 perancangan kita... perancanganNYA adalah yang terbaik buat kita... :D

    ReplyDelete
  35. orang suka bercakap itu ini,
    sedangkan mereka tak rasa apa yg kita hadapi & lalui..sabarlah wahai hati...Hanya Allah Maha Mengetahui :-)

    ReplyDelete
  36. setuju sgt dengan entry akak nie.. mmg lumrah.. mmg dah mulut orang nie susah kita nak tutup.. berkata2 seolah-olah Allah tidak mendengar.. dosa pahala tak diendahkan.. mohon kita dijauhkan dari sifat mcm nie kak..

    ReplyDelete
  37. datang balik untuk klik nuffy...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  38. realiti aiza.selalunyer begitulah..

    ReplyDelete
  39. betul tu...
    hidup ni mmg perlu bnyk BERSABAR...
    DIA dah tntukan yg tbaik utk kita..hnye perlu yakin dan tawakal.InsyaAllah =)

    ReplyDelete
  40. masuk Universiti atau tak, itu adalah rezeki yang diberi Tuhan, tak semestinya orang yang tak masuk Universiti tak boleh berjaya.

    ReplyDelete
  41. :) semoga kita semua orang orang yang selalu di lindungiNYA.

    ReplyDelete
  42. Kita hidup sesama manusia yang hatinya lain2. Kita kenalah sabar dan tabah menerima apa jua kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Oleh itu yg penting kita puaskan kehendak Allah krn Dia tidak pernah menyakiti hati kita.

    ReplyDelete
  43. Betul tu .. Hidup kita ini allah tentukan dengan cukup sempurna .. Jadi kita kenalah terima semua yg telah ditentukan oleh allah sama ada baik atau buruk .. Kita kenalah redha dan tabah kan

    ReplyDelete
  44. betul tu kak.. sentiasa ada persoalan dr org sekeliling.. kdg2 dlm tak sedar, persoalan mereka tu melukakan org lain..

    ReplyDelete
  45. agree ! hana sedang lalui peringkat bila nak kawen tu. -_-

    ReplyDelete
  46. Semua tu rahsia Allah. Qada' dan qadar yang patut kita percaya :)

    ReplyDelete
  47. sebenarnya itu adalah pesanan Allah pada kita supaya tak jadi mcm dorang tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^