18 December 2013

Kebetulan

Assalamualaikum,

Pada Jumaat yang lepas aku membawa mak aku ke klinik. Entri ini ada kaitan dengan kisah terlupa di petang Jumaat. Disebabkan aku sampai awal di Putrajaya, aku singgah membeli makanan tengahari di Food Court Presint 9. 

Kebetulan
Kebetulan (Gambar hiasan) - facebook. com
Aku meninggalkan mak di dalam kereta kerana mak aku tidak berdaya untuk menaiki tangga. Selesai saja membayar harga nasi ayam, aku terus beredar dari kedai makan itu. Tiba-tiba aku mendengar nama aku dipanggil.

Rupa-rupanya beberapa orang kawan aku di tempat kerja lama sedang makan di situ. Kami berbual sekejap saja memandangkan aku telah lama meninggalkan mak berseorangan di dalam kereta di tempat letak kereta bawah tanah. 

Sebenarnya beberapa malam sebelum itu kebetulan aku bermimpi kawan-kawan sepejabat aku. Mungkin kerana aku terlalu merindukan mereka. Kini aku benar-benar berjumpa mereka. Ternyata gerak hati yang kuat mampu merealisasikan mimpi dengan kehendak Allah SWT. 

p.s: Kita hanya merancang tetapi Allah SWT juga penentu segalanya.  

^_^

69 comments:

  1. entri akak ni membuatkan sy rindu nk jumpa kawan2 lama semula.. :)

    ReplyDelete
  2. kdg2 apa yang kita tak jangka tapi itulah yg Allah rencanakan utk kita..Subhanallah..:)

    ReplyDelete
  3. bestkan akak kalau jumpa kwn2 lama secara x segaja.. surprise gitu.. hihi.. :D

    ReplyDelete
  4. pada dasarnya semua sudah direncanakan oleh Allah ya kak...

    salam pagi :)

    ReplyDelete
  5. Itulah Aiza ada kala memang apa yg kita mimpi benar terjadi. Masa itu mesti minda terus terfikir "eh... betul terjadi macam mimpi"..

    ReplyDelete
  6. mesti sronok kan dapat jumpa kawan kawan lama. terubat rindu kan

    ReplyDelete
  7. betul 2..perjalanan kita sudah tertulis..

    ReplyDelete
  8. kekadang mimpi tu ada btlnya juga kan sis

    ReplyDelete
  9. pasti karena kerinduan itu akhirnya Tuhan memberi suatu kebetulan

    ReplyDelete
  10. saya pun berlaku macam tu..
    saya penah mimmpi berada ditempat yang sama suasana yang sama..tapi berlaku betul2 dialam nyata.....rasa eh macam pernah rasa keaadaan mcm ni suasananyer pun sama tapi dalam mimpi sebelumnyer...memang kebetulan yang ajaib rasenyer..

    ReplyDelete
  11. fuh.. ni mimpi kasyaf ni.. hahahah

    ReplyDelete
  12. suratan atau kebetulan.. yang penting hepi

    ReplyDelete
  13. saya pernah bermimpi menerima sepucuk surat . didalamnya ada kertas berwarna kuning . esok harinya , saya benar - benar menerima surat itu dgn kertas berwarna kuning didalamnya ... alhamdulillah dpt RM .

    ReplyDelete
  14. fizi pernah alami mimpi..dan benar2 berlaku selepas 2 atau 3 tahun kemudian...huhu

    ReplyDelete
  15. kan, terus mimpi jadi kenyataan...mimpi ika pasal twilight tu ada kemungkinan tak jadi realiti kahkahakah

    merepek dah ni~
    selamat pagi kak :)

    ReplyDelete
  16. cam lagu kenny, remy dan martin
    suratan atau kebetulan...hehe
    tapi betullah, semua tu atas kekuasaan ALLAH =)

    ReplyDelete
  17. wahhh. mungkin kak aiza rindukan mrka kot tu smpi termimpi.alhmdulillah dpt jumpa juga skjp ye ;)

    ReplyDelete
  18. sy percaya dgn keadaan mcm ni...kalu rs nk telefon, tetiba ada yg call...kalu berjumpa pn sm jg laa

    ReplyDelete
  19. gerak hati tue kadang2 betul kan :-)

    ReplyDelete
  20. Dia Maha Mendengar kak.. :) seronok dpt jumpa kwn kite balik kan..

    ReplyDelete
  21. kadang kadang itu juga kebetulan...tapi tu semua kuasa Allah..

    ReplyDelete
  22. salam cik aiza...

    rindu kawan ye...smpi bwk mimpi..hehe

    tp dalam hidup ni sebenarnya xde yang kebetulan pun...segala perkara kan dah memang tercatat dari dulu lagi.. ^_^

    takdir Allah =>

    ReplyDelete
  23. apapun kebetulan2 yg kita anggapkan adalah takdir Allah SWT.

    ReplyDelete
  24. saya selalu mimpi kawan sekolah tapi tak jumpa2...hhaaa

    ReplyDelete
  25. hai aiza..
    a 'ahlah kan akak pon pernah bermimpi sesuatu..selang 2 ke 3 hari dari mimpi tu kejadian yang sama dalam mimpi akak..tulah kuasa Allah kan aiza :)
    tetiba rindu pulak dengan kawan sepermainan huhu..

    ReplyDelete
  26. Yang dikenang selalu itu pasti terasa diseru.hehehe

    ReplyDelete
  27. Hati dan pikiran kalau sudah kuat apapun bisa terjadi

    ReplyDelete
  28. Rakan2... memang selalu merindui mereka.. baik rakan sekolah smpai la ke alam kerja .. :D

    ReplyDelete
  29. Kebetulan yg menggembirakan .. Best betul kalau dapat jumpa kawan lama

    ReplyDelete
  30. mimpi sebab kita terlalu ingatkan sesuatu.. jupe kawan lama mst byk nk dibualkan tapi yelah tak kan nak biarkan mak akak tggu lama...

    ReplyDelete
  31. wah seneng ya mbak bisa ketemu teman teman lama nya.. tapi kasin mak nya di tinggal di dalam kereta sendirian mbak.. hehehehe

    ReplyDelete
  32. betul tu..apa yang mampu kita buat hanyalah merancang..dan tuhan yang menentukan segalanya...nasib baik aiza ingat lagi mak dalam kereta tu..kalau terlupa jugak??adoiyai...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  33. Itu juga rezeki Allah pertemukan dengan apa yang kita impikan... :)

    ReplyDelete
  34. ''Kalau kita ingat kat orang tu, orang tu akan ingat kat kita balik,''

    -Chomprak Chawatbesiwat, 48, Bomoh Siam Hantu Kak Limah.

    ReplyDelete
  35. Singgah siang Mbak Aiza...
    Sepertinya Mbak Aiza ini sedang merindukan masa-masa bernostalgia dengan kawan lama ya... :)

    ReplyDelete
  36. Pada 3,4 malam yang lepas , aku bermimpi ada orang telah masukkan duit dalam bank 600k. keesokan paginya aku bangun tidur dan terasa ingin mengeluarkan duit dalam puluh ribu untuk beli kereta toyota Caldina

    Ah..sungguh giler mimpi itu .. ;)

    ReplyDelete
  37. Kekadang mimpi jugak jadi kenyataan. Namun... Ia adalah rahsia Allah. Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  38. satu kebtulan yg benar2 menggembirakan !

    ReplyDelete
  39. apa yang Allah rencanakan pasti ada terkandung hikmah disebaliknya.... :)

    ReplyDelete
  40. Alhamdulilah ..dapat jugak dear melepas rindu nak jumpa kawan2 ..(^_^)

    ReplyDelete
  41. Senang ya bisa bersuah kembali dengan teman lama :)

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat Aiza,dari alam mimpi menjadi nyata.

    ReplyDelete
  43. subhanallah..indahnya mimpi sis
    rupanya nak bagitau....alamat nak jumpe rkn lama..beznye

    ReplyDelete
  44. hana pown selalu alaminya. betul tu. ALLAH perancang terbaik. :')

    ReplyDelete
  45. selamat malam kak Aiza..mungkin mimpi tu adalah petanda akk akan jumpa kwn lama kan.. best jgk mimpi mcm ni..sy selalu mimpi benda pelik..petanda apa ke tu??takut jgk T__T

    ReplyDelete
  46. mimpi jadi kenyataan, semua kuasa Allah. terus rindu kat kawan2 :')

    ReplyDelete
  47. Rindu menjadi nyata...kebetulan yg memang diimpikan

    ReplyDelete
  48. jadi rindyu pada kawan-kawan yang lama

    ReplyDelete
  49. Wah. Ketentuan Allah. Juga mungkin mimpi itu petunjuk dari Allah :)

    ReplyDelete
  50. Selalunya bnda yg kita tak expect yg Allah bagi...hehe

    ReplyDelete
  51. kebetulan yg memang tak terduga,,hebat percaturan ALLAH

    ReplyDelete
  52. Salah satu sebab kita bermimpi adalah kerana kita teringatkan sesuatu...dan mimpi akan jadi kenyataan kalau semuanya tersimpan rapi Aiza...Double churp-churp untuk Aiza!!!

    ReplyDelete
  53. kalau ikut Dr fadzilah kamsah...kalau kita teringatkan sesiapa sebenarnya kita telah menghantar gelombang rindu kepada orang tersebut

    ReplyDelete
  54. seronoknyer jumpa kawan2..

    ReplyDelete
  55. Allah maha mengetahui... hmm best kan cam tu. rindu rindu pas tu boleh jumpa jumpaan.

    ReplyDelete
  56. seronok dapat jumpa balik kawan lama akak :)

    ReplyDelete
  57. seronok jugak kalau terserempak dgn kawan2 lama ni.. boleh chitchat sikit.. bertukar nombor phone mana yg dah tak pakai nombor lama tu. contact balik mana kawan2 yg dah lost contact. hehe

    ReplyDelete
  58. Sememangnya ada diantara mimpi2 itu menjadi kenyataan.. bersama2lah kita semua berdoa agar mimpi2 yg baik menjadi kenyataan.. aamiin.
    Inti lagi.. :)

    ReplyDelete
  59. tiba2 rindu pulak kt kawan2 lama yg terpisah brtahun2. lost contact pun ada

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^