08 December 2013

Apabila Cinta Dikhianati

Assalamualaikum,

Tentu kita tidak menjangka apakah yang akan terjadi dalam hubungan kita dengan pasangan (suami/isteri, tunang, kekasih) sama ada ia akan kekal selamanya atau terputus di tengah jalan. Paling menyakitkan apabila cinta dikhianati. 

Apabila Cinta Dikhianati
Apabila Cinta Dikhianati (Gambar hiasan) -Facebook
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai seandainya si dia bukan tercipta untukku. Berikut beberapa tindakan yang boleh diambil apabila cinta dikhianati:

1. Bertenang apabila cinta dikhianati
Tentu kita berasa marah kerana telah dikhianati atau diduakan oleh si dia. Cubalah tarik nafas dan bertenang bila berhadapan dengannya. Elakkan memaki hamun dan menengking terutamanya di hadapan anak (bagi yang sudah berkahwin). 

2. Berbincang baik dan jangan beremosi apabila cinta dikhianati
Duduk berbincang elok-elok dengannya, tanya kenapa si dia khianati anda. Cuba fahami dan terima apa yang diluahkannya. Bincang juga kebajikan anak-anak seandainya anda dan si dia bercadang untuk berpisah. 

3. Usah salahkan diri sendiri apabila cinta dikhianati
Usah salahkan kelemahan diri anda yang menyebabkan si dia mengkhianati anda. Sebaliknya berfikirlah secara rasional dengan menganggap memang tiada jodoh antara anda berdua. 

4. Berfikiran positif apabila cinta dikhianati
Mungkin sebenarnya si dia bukanlah pasangan yang sesuai untuk anda. Pasti ada hikmahnya anda putus dengannya. Percayalah pada qadak dan qadar dari Allah SWT. Dalam masa yang sama cuba perbaiki kelemahan diri agar menjadi lebih baik. 

Apabila Cinta Dikhianati

Oleh itu bersedialah dengan kemungkinan yang mendatang. Hanya orang yang pernah mengalaminya yang merasai betapa sakit dan kecewa hati apabila cinta dikhianati. Anda boleh juga membaca merawat hati yang luka kerana putus cinta

^_^

64 comments:

  1. salam dear...jalan2 kat blog ni..salam perkenalan..nice entry..:)

    ReplyDelete
  2. Mmg sedih bila cinta dikhianati ni..sya pun dah mnglami beberapa kali..tp mmg kna sentiasa positif dan biarkn masa mngubat segalanya ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau cinta sampai di hianati ya cari yang lain lagi mizz hehehe peace ^^

    ReplyDelete
  4. Cubalah bersabar dan jangan terlalu emosi

    ReplyDelete
  5. Cinta klu dikhianati mmg sesuatu yg amat memedihkan.. perlukan ketabahan & sokongan sahabat.. takut2 mmg boleh memakan jiwa... T kasih diatas perkongsian, mudah2an membawa kebaikan buat semua..
    kacau2 sony lagi.. :D

    ReplyDelete
  6. mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita..lepas kan dia pergi..

    ReplyDelete
  7. Nice share kak,
    komunikasi memang sangatlah penting dalam human relationship sehingga tidak terjadi kesalahpahaman

    ReplyDelete
  8. terfikirkan macam2 bila baca entri akak ni...ika pun selalu fikir..adakah hubungan ika dengan tunang akan kekal hingga ke ijab qabul...sometimes bila fikir..jadi takut..sebab dugaan banyak sangat..tapi diam je..simpan dalam hati :')

    terima kasih di atas perkongsian ni kak... :)

    ReplyDelete
  9. mmg perih bila cinta dikianati...itu x lagi cinta ditolak mentah2 hihih

    ReplyDelete
  10. Ini yang sedang menimpa saya mizz terimakasih tipsnya sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  11. berbincang baik dan jangan beremosi apabila cinta dikhianati sepertinya sulit untuk dilakukan Mizz :)

    ReplyDelete
  12. Apabila Cinta Dikhianati, maka akan hancur hati ini :D *eaa

    ReplyDelete
  13. pujuklah hati dgn berkata memang dah tak ada jodoh...nak buat camana lagi...

    ReplyDelete
  14. nice sharing kak. memang sakit hati bila cinta dikhianati.. kena kuatkan hati dan jangan berdendam, pasti ada hikmah semua tu.. :)

    ReplyDelete
  15. Pembahasan tentang cinta memang tidak ada habisnya, salah satunya apabila cinta dikhianati. pasti sakit, tetapi jika kita menghadapi dengan tenang dan tidak berpikir bahwa kita tidak bisa hidup tanpa si dia. ingatlah bahwa, masih ada Allah yang sayang sama kita :) Salam sukses hehe

    ReplyDelete
  16. Yang pasti kena terima dengan Redha setiap perancangan Allah untuk kita...setiap kejadian ada hikmahkan..

    ReplyDelete
  17. Perkara yg amat memeritkan lagi memedihkan... Hu3

    ReplyDelete
  18. semoga kita terhindar drpd cinta yg seperti ini..

    ReplyDelete
  19. salam mizz aiza..

    the best entry..untuk di kongsi tapii not berkongsi kekasih or dikhianati..:)

    ReplyDelete
  20. memang sakit bila cinta dikhianati..tapi pasti di sebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Yang penting kita redha dan teruskan dengan kehidupan :)

    ReplyDelete
  21. tak guna pun kalau kita terus bersedih...Puteri isi tabung untuk aiza..malam ni ada dua selain si burung biru :)

    ReplyDelete
  22. uwaaaa T_T nanges kuat kuat belakang pintu. cinta tasneem dikhianati :'( sampai hati.

    ReplyDelete
  23. hi hi hi
    cinta dikhianathi mcm2 cara...tabah dan redha wpun hati sakit...ermmm

    ReplyDelete
  24. betul tu..dan apa yang penting ialah jangan membuat keputusan ketika marah kerana normally, ia hanya mendatangkan keburukan pada diri sendiri...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. Waduh, artikelnya pas banget dengan suasana saya.. :( makasih banget deh artikelnya cukup membntu.. hehehe.. aku tunggu komentarnya di blog ya? kalo follow pasti tak follbeck. cius ! :D

    ReplyDelete
  26. mantaaaap ifo baru nih :D
    mantaaaap gan :D
    jgn lupam mampir balik :D
    salam kenal

    ReplyDelete
  27. satu je nak tanya, kenapa mesti dikhianati ye?? kalau begitu jadinya, cinta kita tak kuat la kan.. Ish, jangan ada cinta la kalau camtu. (kami tak bersedia utk dilukai)

    ReplyDelete
  28. Susah sepertinya melakukan hal itu, sis
    Dari laman page ini saya melompat ke "seandainya si dia bukan tercipta untukku" dan saya suka itu ^^

    ReplyDelete
  29. If everyone is as postive as this, we won't have problem in falling in love lol

    ReplyDelete
  30. teringat plak tadi apa yg dibelajar kat kursus kahwin.. hehe

    ReplyDelete
  31. @intanfirdaus247

    mantap lah artikelnya sakit memang kalau cinta dihianati ..

    ReplyDelete
  32. Semoga dijauhkan la perkara sebegini dr kita kak. Huhu

    ReplyDelete
  33. Ya allah harap2 dia dapat terima ketulusan cinta aku..

    ReplyDelete
  34. Paling penting, kita kena bfikiran positif ketika tu..tak semestinya cinta itu berbalas, apatahlagi dikhianati...hermm..teringat masa silam pulak haha..

    *Klik tabung INTI kat sini..thanks :)

    ReplyDelete
  35. cinta dengan Allah pun kita boleh belot, inikan pula cinta sesama manusia.

    ReplyDelete
  36. memang amat sakit jika cinta kita dikhianati..sukar utk menerima.
    klik2

    ReplyDelete
  37. inilah yang terbaik..orang yang tenang selalu menang

    ReplyDelete
  38. insyaAllah sy bleh buat kesemua tip2 yg akak bg kecuali no.2 ..sy x mungkin bleh dok berbincang lg.. sbb hati sy sgt keras nk tgk muka org yg menghancurkan hati sy...

    ReplyDelete
  39. bila jd cm nie.. mst frust menonggeng punye kak.. mula la seminggu mengenangkan kisah2 lama.. tips akak nie berguna sgt..

    ReplyDelete
  40. Sealamat siang Mbak Mizz Aiza nyimak lagi saya Mbak. Yang Nama nya Cinta yang dikhianati Pahit dan getirnya melebihi segalanya jujur saya sekali dalam hidup saya pernah di kecewkan oleh Wanita samapai sekarang paitnay gak pernah lupa..hehhe jadi Curhat

    ReplyDelete
  41. pernah terjadi dulu..memang perit..

    ReplyDelete
  42. Susah jugak kalau macam ni. Kalau benar sayang takkan dikhianat jadi yang terbaik mungkin beralih ara :p

    Senang ja IM ambil tindakan. Hee. Munkin berbincang jalan terbaik sebelum buat apa-apa. :)

    ReplyDelete
  43. hari yang sama waktu sama hee hotlink dan tylors..

    ReplyDelete
  44. rasa nak pijak kaki orang itu kuat kuat -kuat sebab sakit hati kita

    ReplyDelete
  45. saya buat no.4 tu jek..
    taknak sudah..lalala..

    ReplyDelete
  46. bila tgk entri nie.. terus teringat lagu..screen - bila cinta didusta...

    jiwang2..hehehehe

    ReplyDelete
  47. tb baru je merasainya kak aiza..thanks for sharing

    ReplyDelete
  48. pernah dikhianati..memang sakit la hukhuk tapi biarla lagipun belum jadi suami lagi setakat boyfriend haha

    ReplyDelete
  49. tak pernah rasa dikhianati, sebab ianya menyimpan sejuta memory dan kenangan.

    dan yang paling penting kita lebih matang dari sebelum tu.

    ReplyDelete
  50. Satu pengalaman kehidupan yang dapat mematangkan seseorang.

    ReplyDelete
  51. Cintakan bunga,bunga akan layu..cintakan manusia akan mati.....cintakan Allah kekal abadi..

    ReplyDelete
  52. apabila cinta dihianati pengen digantung aja itu orang ya mizz...hehe

    ReplyDelete
  53. Susahkan nak cari cinta sejati...

    ReplyDelete
  54. mungkin ada hikmah dan ada yang lebih baik di masa akan datang :)

    ReplyDelete
  55. Sakitnya bila cinta dikhianati. Alhamdulillah, belum pernah terkena..Dan tak mahu terkena

    ReplyDelete
  56. sesuai untuk remaja cam deeya . tx aiza , gud tips

    ReplyDelete
  57. Akak pun pernah rasa cinta di khianati..sakit sgt..tp da tertulis dia bukan utk ku,,

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum,salam perkenalan..

    inilah yang sy sedang hadapi saat ini..apepun yg telah terjadi,diri kita sendiri kena kuat..tiada siapa yg boleh membantu melainkan diri sendiri..percayalah takdir Allah itu lebih baik..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^