03 December 2013

Garang atau Tegas?

Assalamualaikum,

Ada yang berpendapat garang adalah perlu jika ingin mendisiplinkan anak. Sememangnya cara itulah yang digunakan sejak dahulu oleh ibu bapa kita supaya kita menjadi seorang manusia berjaya. Sebelum ini dibincangkan mengenai 4 tahap mendidik anak.

Garang atau Tegas?
Garang atau Tegas (Gambar hiasan) - Facebook
Tiga pendekatan asas yang digunakan untuk mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1. Lembut - ibu bapa tak ok tapi anak ok
Lembut pastinya akan merugikan ibu bapa dan anak itu sendiri. Anak-anak yang dididik dengan terlalu lembut akan menyebabkan mereka manja dan sampai satu tahap mereka akan melawan atau menyakiti hati ibu bapa. 

2. Garang - ibu bapa ok tapi anak tak ok
Garang dikaitkan dengan kekerasan dan paksaaan. Jika ibu bapa terlalu garang, akan timbul perasaan takut dan benci di hati anaknya. Kebaikan yang anak-anak lakukan hanyalah lakonan semata-mata kerana takutkan ibu bapa. 

3. Tegas :  ibu bapa ok dan anak ok
Tegas adalah pendekatan secara berhikmah (keseimbangan di antara lembut dan garang). Sekiranya ibu bapa tegas, pasti anaknya akan lebih menghormati dan menyayangi ibu bapa. Pasti anak-anak melakukan kebaikan dengan hati yang ikhlas. 

Oleh itu, garang (kekerasan) bukanlah pendekatan yang sesuai di dalam mendidik anak-anak. Malahan ianya akan membuatkan anak-anak berdendam dengan ibu bapa apabila dewasa kelak. Seeloknya ibu bapa tegas supaya dihormati oleh anak-anak. 

^_^

77 comments:

  1. garang sikit ok, untuk bg mereka takut n respect kot..tp jgnlah keterlaluan..pun x elok juga..hehe

    ReplyDelete
  2. betul...garang xsemesti dpt ddk ank2 dgn cara terbaik...

    ReplyDelete
  3. kene ada garang, tegas dan lembut.. tapi fiza mmg dididik dengan cara garang.. hehe..

    ReplyDelete
  4. biar tegas jangan garang,,,takut lama-lama anak akan dendam pulak dengan kita

    ReplyDelete
  5. info yang sangat berguna..thanks share :)

    isi tiga tabung nuff :)

    ReplyDelete
  6. Anak adalah titipan Allah yang harus dijaga, dilindungi, serta dididik dengan baik dan benar. bukan untuk dijadikan objek kekesalan/kekerasan. bukan hanya peringatan terhadap orang tua, tetapi untuk kakak juga yang mempunyai adik, agar tahu bagaimana cara bersikap terhadap adiknya.... share yang bagus mba.. Selamat Pagi :)

    ReplyDelete
  7. garang perlu tegas pun perlu... mengikut kesesuaian la kan... lembut lg bgus... sb bdk2 ni bpt memberontak kalau marahad2 ni

    ReplyDelete
  8. Kakak ni kategori apa tak tahulah Aiza. Kadang kakak jadi garang, kadang jadi kawan dan boleh berlembut dan kadang kena bertegas. Anak perempuan garang sgt pun tak boleh bimbang mengguris hati. Kakak lentur anak ikut umur...

    Dah besar ni dah boleh kongsi rasa - macam kawan walau ada batas

    ReplyDelete
  9. tb setuju,,,ketegasan tak bermakna kita tak sayangkan anak kite..tetapi untuk mengajar nya jadi org yg berguna

    ReplyDelete
  10. met pgi sobat. trmksih banyak infonya mbk.

    ReplyDelete
  11. betul2..kalau garang pun anak2 akan benci & jd penakut barangkali..kalau dididik tegas dlm kelembutan itu memang tip top.. :)

    ReplyDelete
  12. ketegasan itu plg penting dalam mendidik anak2 !

    ReplyDelete
  13. berarti lebih baik tegas daripada yang lainnya :)

    ReplyDelete
  14. Ika setuju sangat kak!!
    Terlalu memanjakan tak boleh, garang pun tak boleh, ada parents yang sampai pukul anak macam anak tu buat salah ape pulak,

    yang paling baik adalah tegas,..anak boleh dijadikan seperti sahabat, anak2 pun akan hormat and ok dengan parents...

    ReplyDelete
  15. Ayah IM tegas tapi alhamdulillah semua anak-anaknya boleh tahan okaylah. Hehe :p

    ReplyDelete
  16. mendidik anak2 ni berbeza mengikut pribadi mrk. tp cara didik anak lelaki perlu tegas n garang sikit...

    ReplyDelete
  17. ehh kak, lama gak bw.. apa kabar :) ..

    happy blogging :) .

    ReplyDelete
  18. tegas dan lembut adalah dua elemen penting dalam kehidupan. ia perlu diadun dengan sebati agar dapat mendidik dengan berkesan

    ReplyDelete
  19. Trm kasih dear ..umi akan gunakan info ni sebagai panduan mendidik anak ("^_^)

    ReplyDelete
  20. memang betul tu kak, mak acik tegas tapi dalam masa yang sama dia adalah seorang yang caring

    ReplyDelete
  21. tegas memang berbeda dg keras. ada prinsip-prinsip yg berbeda..

    ReplyDelete
  22. my abah lembut tp tegas.. tu yg terbaik kot.. :)

    ReplyDelete
  23. bagus2 tips ni..hehee..kalau garang sentiasa tak pernah senyum memang takut la anak2 tu,bia tegas ada masanya.. :D

    ReplyDelete
  24. Akak memang garang dgn anak2.bkn baran ye..tp ank2 x takut pun dgn mamanya yg garang ni..hehee..mungkin da biasa kena marah,dia orang da faham kot mama dia ni mcm ne..:P

    ReplyDelete
  25. Mmg betul tu Aiza. Tegas adalah yg sebaiknya. Klu garang takut anak2 jadi rebel pulak nnti atau buat benda salah sembunyi2.. wallahualam..
    menabung transition.. :D

    ReplyDelete
  26. ramai org kata, kita kena didik anak macam kawan...jgn terlalu sokong, jgn terlalu mengongkong :)

    ReplyDelete
  27. utk mendidik anak2 biar tegas supaya dpt mendisiplinkan mereka.kalu garang t takut mereka berdendam..klik2 tabung sis inti :)

    ReplyDelete
  28. selamat siang Mizz, sepertinya 3 pendekatan Asas ini harus saya pelajari sebelum saya menjadi Ayah untuk anak anak saya kelak...terimakasih Mizz atas Artikelnya

    ReplyDelete
  29. puteri rasa dalam mendidik ni kena ikut sikap seseorang anak itu secara individu, ada anak yang lebih mudah dididik secara lembut dan ada yang lebih mudah dibentuk bila mak ayah garang...lain anak lain perangainya kan :)

    ReplyDelete
  30. anak burung biru sahaja yang berterbangan.. :)

    ReplyDelete
  31. Slm singgah membaca tengahari ni !

    ReplyDelete
  32. comei budak2 tu...hehehe..garang la best...baru sempoi

    ReplyDelete
  33. dimulai dari penyabar .. sering nakal jadi garang, . jika kelewatan baru tegas

    ReplyDelete
  34. garang juga harus ada tapi harus tetap berada dalam batasan...

    ReplyDelete
  35. Zaman sekarang, budak-budak tak boleh nak kena marah, mesti memberontak..

    ReplyDelete
  36. Memang cara mendidik anak dulu dan sekarang sudah jauh berbeda. Makasih masukannya Teman

    ReplyDelete
  37. tasneem comment ni berdasar kan cara abah dan mak mendidik tasneem dan abang. Alhamdulillah, tasneem di kurnia kan parents yang very supportive + tegas. opcos la abah tegas sebab abah seorang tentera. hehe mak sangat memahami kehendak anak tapi perlu dengan pendapat abah dulu. tapi bab bab pelajaran, mak ngan abah selalu jadi orang pertama. tak mau anak2 tertinggal dalam pelajaran. syukur, kami diberi peluang untuk membalas jasa mak abah. :)terima kasih mak abah! eh. tetiba macam panjang pulak comment tasneem kali ni. apa pun nice entry kak aiza ^^

    ReplyDelete
  38. Setuju dgn entry ni. Org tua2 selalu berpesan sayangkan anak tangan2kan. Ia bukan bermaksud ibu bapa kena garang dan bengis tetapi tegas pada tempatnya.

    ReplyDelete
  39. Untuk anak-anak hari ini kena banyak menggunakan ketegasan berbanding kegarangan.

    Saya suka bersifat tegas dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  40. setahu akak..akak ni garang kot bila mendidik anak.hehehe

    ReplyDelete
  41. I think the changing of generation is what create different approach that might work the best, cause long time ago, being strict is a best way of disciplines.

    ReplyDelete
  42. bagi didiey ketegasan memnimbulkan rasa hormat manakala garang menimbulkan rasa takut...

    anak2 perlu hormat bukan takut pd ibu bapa...

    ReplyDelete
  43. Zaman sekarang ni lebih prefer tegas dgn anak2.. at least anak dgr kata dan syg.. ( aku ckp mcm dah ada anak pulak hahaha :P )

    ReplyDelete
  44. Betul tu kak..tegas hikmah dan bijaksana..

    ReplyDelete
  45. My parents both garang & tegas..he..he..so kita orang semua ok-ok..mendengar kata..Tapi sekarang lain sikit kot coz adik-adik sekarang dah tak boleh marah...

    ReplyDelete
  46. masing punca cara untuk mendidik anak2..yg penting biarlah didikan itu tidak memudaratkan anak2.. :)

    ReplyDelete
  47. Seperti dalam surah Luqman yang mendidik anak dengan lemah lembut.


    Salam singgah kakak! :)

    ReplyDelete
  48. sekarang kita banyak dengar takleh garang dengan anak.

    ReplyDelete
  49. deeya kena jadi cikgu yang tegas ah nanti . tengs kak aizaa :D

    ReplyDelete
  50. Berui akk..klu garang..lma2 ank2 bosan..asyopik kna marah je..ibu baoa yg tegas lbih bgus :)

    ReplyDelete
  51. Kalau garang nanti anaknya bisa stres mbk :D

    ReplyDelete
  52. yup..harus tegas dalam mendidik anak..terselit garang dalam kelembutannya dan terselit kelembutan dalam garangnya ^_^

    ReplyDelete
  53. Sedara saya ada yang terlalu garang sampai tengking2 anak dia. Sekarang anak dia seorang yang nakal. Hmmm mungkin ada kaitan kan.

    ReplyDelete
  54. yup btl4 tu kak.. tegas lagi bagus ..

    ReplyDelete
  55. setuju. punca anak2 pandai melawan adalah sbb ibubapa terlebih lembut sangat. kalau mak ayah saya ada masa diorang lembut, ada masa tegas ^_^

    ReplyDelete
  56. tegas itu perlu dalam pendidikan untuk anak anak.

    ReplyDelete
  57. dalam mendidik..lembut dan tegas perlu diadun dengan sebati agar berkesan

    ReplyDelete
  58. Jadi parent ni, umpama menjadi ketua sesebuah organisasi. Jadi, seperti mana seorang ketua yang dihormati dan disegani, waktu untuk tegas dan waktu untuk bermain perlu diagih dengan seimbang.

    ReplyDelete
  59. Garang, tegas, lembut, psiko....semuanya perlu tapi kenalah bijak menggunakannya dimasa yg betul.

    ReplyDelete
  60. Parent Erin garang.. sebab tu kadang cari kawan untuk meluahkan.. huhu

    ReplyDelete
  61. betul tu..sy juga lebih prefer kepada method yang tegas daripada garang..hehe

    p/s: sebaya laa rupanya kita nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  62. Memang ada perbezaan garang dan tegas ni.

    ReplyDelete
  63. agak susah untuk membedakan antara garang dan tegas. Tapi semua itu kita kembalikan lagi pada individu masing-masing ya mizz :)

    ReplyDelete
  64. betul tu..
    ibu bapa kena tegas terutama ttg apa yg disuruh dan apa yg dilarang di dalam Islam..

    ReplyDelete
  65. setelah baca entri ni baru tahu betapa sukarnya untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa kelak dan bagaimana cara kita membentuk anak kita. fuhhhhhh...

    ReplyDelete
  66. zaman sekarang... memang payahnya nak membesarkan seorang anak. tu baru seorang, kalau dah 2,3,4,5 nanti adoiii.. mmg banyak benda kena belajar, fahamkan dan praktikkan.
    thanks aiza

    ReplyDelete
  67. setiap org ada cara msing2 kn..hnya ibu bapa yg lbh knal anak sndri..

    ReplyDelete
  68. setuju sngt, perlu tegas dlm didik anak-2

    ReplyDelete
  69. nice sharing buat ibu bapa dlm mendidik anak2.. mcm nina tegas plus lembut. oke je. hehe

    ReplyDelete
  70. betul tu kak.. bukan garang yg diperlukan tp ketegasan.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^